CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, February 7, 2017

Kenduri Tahlil 30.1.2017 (Isnin) @ Perak

Assalamualaikum..


Lama daku menyepikan diri sebab kemalasan melanda hihihi.. malas nak transfer gambar dan malas nak berceloteh.. Dalam grup wassup anak buah melaporkan opah nak buat kenduri tahlil di kala cuti CNY nan panjang itu.. daku cakap malas la nak mengharungi jem yang maha azab nanti kandaku bebel² tepi telinga.. jadinya daku kata kalau opah setuju buat kenduri hari Isnin daku balik hahaha... kejam betul anak bongsunya ni..

~29hb Januari 2017 (Ahad)

Kunun² balik hari ini sebab x mau terjebak dengan jem... ni kan cuti panjang kome! dengor cite depa yang balik sabtu jem teruk juga.. tapi wan balik tengah malam jumaat jalan clear katanya.. sempat le dia tidur rumah maknya.. esok paginya terus pi rumah opah.. sonok opah cucu kesayangan balik walaupun isteri dan anak wan xde sebab dia balik Jeniang, Sik ada kenduri katanya..


 naek kerbau balik ni.. 
tu kancil menyelit tunggu turn masuk parking hahaha...
 selalu selfie anak beranak je si ayah xsior kome hehehe
 bawak haiwan ternakan masing²
 jem la juga + kereta banyak

Masuk sungai buloh jalan dah mula slow sebab kereta banyak.. biasanya jem kejap kat rawang xtau pasai pa.. lepas tu jalan ok.. kejap slow kejap laju gitu la.. tukar 3 lane kepada 2 lane nak ke sungkai jem agak panjang...

Konon²nya exit sungkai sebab nak makan kat restoran bambo yang femes tu.. tapi tengok penuh sesak sampai kereta parking tepi² jalan terus xjadi makan situ.. rasa xsyok pulak.. so kami berkesempatan la lalu kawasan perumahan kami tu.. wow! progress dah banyak tapi xsempat la ambik gambo sebab mengisahkan si adik muntah hukhukhuk.. kerugian di situ sebab xdapat ambik gambo huwaaaa.. T____T



eh ni godek2 fb ada la terjumpa mamat ni share

Mamat ni Engineer aka jurutera yang handle untuk projek perumahan Pr1ma Tapah ni... Tarikh gambar ni 11 November 2016 tapi sekarang progress lagi banyak la cumanya daku xsempat nak snap gambar kan aritu.. terujanyaaaaaaaa... tapi dah dekat 2 bulan ni senyap je Pr1ma Homes dengan lawyer SNP herrmmm...  


mee kicap wantan 1st time kome makan hukhukhuk...

So kami berenti la kat station bus Tapah... hajat hati nak makan laksa Kak Ngah yang femes tu... ahahaha nak makan yang femes aja... sekali laksa habis kahkahkah.. pukul 12 dah habis ajenya iyeeeeeeee... order la mee kicap wantan.. budak² order nasi goreng pattaya dan si ayahnya order mee goreng.. sebelum balik tapau kekuih untuk mak heeee...

Sampai je rumah mak semua xde.. aikk mana deme ni? shopping x balik² lagi ke? rupa²nya ada kenduri kawen kat kampung kami ni... haaa nasib kita nak buat kenduri ari Isnin kalau sama hari mesti xramai yang datang ececeh alasan hehehe...

Deme balik je rumah daku pun tukar baju terus bersila nyiang bebawang halia semua.. pi cari serai sampai miang² tangan sebab hujan jadinya rumah mak naik air.. ala² berlecak la laman rumah tu.. ngelak tanah lembik terkena la dedaun serai dan daun tebu.. kesiannnn....

Hari pulak makin gelap.. nak hujan jadinya kelam kabut la.. nasib la wan, edy sesama opah nyiang ayam dan basuh sesiap.. garam kunyit terus goreng.. kami ni nyiapkan rencah nak buat paste kari dalca dengan sambal masak merah.. biasanya mak masak dulu sesiap rempah sambalnya.. sok pagi baru la leburkan ayam untuk masak merahnya.. dan untuk dalca kami sesiap siang kacang panjang.. kentang semua simpan peti ais.. 

Tinggal di kejiranan ramai jawa jadinya makan pun terikut dah la menu deme.. ada sambal goreng juga.. yong cakap sambal goreng kat kenduri kawen tadi x sedap sebab semuanya kering xbasah.. tercekik katanyaaaa... kami ni sesiap la hiris nenipis kentang, tempe dan goreng sesiap.. sok pagi baru la gaul bebahan yang lain mak kata..

Usai nyiang bebawang segala mak bancuh adunan untuk buat bubur wadai kepeng.. 2 kg ok! jenuh la siap terlunjur bagai nak nyiapkan gentel  7 talam semuanya.. yang parut kelapa.. yang perah santan..yang goreng kentang tempe.. so memasing buat kerja.. walaupun kakak no. 2 si mak naga xbalik dan anak buah 2 orang xbalik sebab kerja..

7 talam kome pehhh

Daku tempah kek hari jadi untuk si Farisya.. yelah kenelah adil dengan anak² dan sebenarnya nak sonok² berkumpul adik beradik anak buah kan kat kampung.. mak sibuk masak bubur wadai kepeng kat dapur masa Farisya tiup lilin...


sonok Farisya dapat tiup lilin hehehe
 tempah dengan orang kampung senang xde isu kek terbelah 2 lagi hahaha
kek pandan cheese
adik nak makan sendiri ok!

Elok semua tengah meluruskan tulang sebab kepenatan buat kerja petang tadi jiran sebelah rumah datang tanya nak ikan talapia ke? mak kata nak rm20 tapi yong cantas cakap rm10 cukup la hahaha.. kekadang mak ni ketamakan sikit sifatnya.. gigih dia siang ikan malam tu juga.. katanya dapat 24 ekor belum campur stok ada dalam peti ais (haaa tengok dia ada simpan ok!) ikan tu yang bebesor mak kerat 2 jadinya esok pagi garam kunyit terus goreng buat lauk tambahan.. 


~30hb Januari 2017 (Isnin)



 mak ada jemput geng untuk masak nasi tomato ok
cucu kesayangan harapan ni hehehe... si wan
 kari dalca daging
 ikan talapia goreng
 ayam masak merah
 sambal goreng jawa
 jelatah
 nasi tomato / nasi putih
siap sewa khemah
 ada kaunter bubur wadai kepeng juga..
 ni jemputan versi gegirl duduk dalam rumah sementara bacaan doa dan tetamu lelaki makan dulu la.. al-maklumlah rumah kecik hihihi
 faris makan nasi
versi boboboi makan
gigih kandaku dan wan basuh pinggan
versi gegirl makan pulak
meow yang suka berak merata

Pukul 2 lauk habis kome.. tetamu yang datang pun ramai syukur al-hamdulillah.. sedara mara adik beradik mak dan besan yong pun datang memeriahkan kenduri kami.. jiran² tetangga jauh dan dekat pun datang... lauk yang tinggal pun gulai dalca dan nasi tomato.. kami bungkus sedekah sorang sikit jiran tetangga...

Pukul 3 lebih yong dan anak² (wan/edy dan dhia) pi kubur.. ziarah kubur (abah/atok/opah dll) mereka yang telah pergi meninggalkan kita.. kami yang tinggal kat rumah ni meluruskan badan la baring² hehehe...


opah melayan cucu makan limau mandarin
3F
menu makan malam ikan keli bakar cicah air asam
labu air tumis sahang@lada hitam


Petang tu hujan lebat giler.. si wan call masa otw balik dari kuburan soh siang ikan keli dalam peti ais.. mintak opah buat ikan bakar katanya.. yelah nasi kenduri lauk dah habis kan.. dalam hujan tu gigih opah hidupkan api buat bara nak bakor ikan keli kegemaran si wan cucu kesayangan...

Yong macam biasa bila kat dapur tung tang tung tang siap masak panggil semua makan sesama dalam hujan nan lebat sangat la menyelerakan... deme tolong ngemas basuh sisa pinggan mangkuk piuk belangga yang tinggal sebab malam ni memasing dah balik sebab deme kerja hari selasa.. daku je sambung cuti..


~31hb Januari 2017 (Selasa)

Pepagi hari nolong mak buat sarapan nasi goreng.. sesambil tu mak goreng cempedak... daku pulak mengemas pinggan mangkuk lap sesiap nanti mtk tolong yop massukkan dalam stor.. basuh piuk belangga yang ada tinggal kawah je dengan termos nasik je belum basuh x sempat..

Kami pun balik semula Putrajaya jam 11 pagi.. tu pun jalan dah mula banyak kereta... tengok update semasa jalan jem jalan dalam dan highway nasib la kami balik pagi hehehe... sekian la sesi balik kampung kami.. panjang umur murah rezeki leh berkumpul reramai lagi..

Sekiannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn....

No comments :