CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Wednesday, February 22, 2017

Pusingan Kerja 2017


Assalamualaikum...

Hai semua!

Nak cerita akhirnya detik yang mendebarkan jiwa raga tiba jua.. setelah 5 tahun duduk seronok kekal setia di unit Wilayah akhirnya bos bersetuju untuk buat pusingan kerja untuk batch 2009.. so kami ada 3 orang yang masih kekal setia di unit memasing kan.. bos mintak tukar la 3 penjuru kekdahnya...

Pusingan Kerja :


  • 16 Mei 2006 tarikh mula melaporkan diri dalam perkhidmatan sebagai Jurutaip Gred N11 dan hingga Julai 2009 dan bertugas di Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah @ BTW
  • 3 Julai 2009 hingga 31 Januari 2017 Gred N11 telah dijumudkan menjadi Pembantu Tadbir (P/O) N17 / N19 dan dikekalkan di Bahagian sama serta ditempatkan di unit Wilayah
  • 2 Februari 2017... masih lagi di Bahagian BTW (wow! setia tu hehehe..) mula bertukar angin ke unit Tanah.. mudah²an pertukaran unit ini memberi pengalaman baru, ilmu pengetahuan dan kecemerlangan khidmat untuk kebaikan diri sendiri amnya..


 ~3hb Februari 2017 dah ada sesi perjumpaan dengan bos kecik unit Tanah.. unit ni bos besar xde sebab sambung belajar jadinya bos kecik la tanggung kerja buat sementara waktu sehingga jawatan KPSU diisi.


Sebelum ni daku jarang² draf surat jadinya bila masuk unit baru kena draf surat terkial-kial kau bina ayat ala² bombastik hahaha..ala lepas draf nanti pegawai akan edit la kasi cun xde masalah pun.. mengada² lebih ni hehehe...

Pastu daku ni versi ketinggalan zaman lagi masih lagi mengekalkan kaedah faks/pos tapi unit deme sekarang xmain dah faks/pos.. direct email dan follow up via wassup ok! ko sendiri terketar-ketar nak email lagi nak wassup haha tapi bagus ok jimat kertas katanya.. jawapan lagi cepat gitu..

Unit sekarang semua gegirl.. tapi grup wassup unit W xkasi left haha.. jangan tersalah hantar wassup sudah lepas ni kikiki.. mudah²an dapat menyesuaikan diri dengan kerja dan unit baru ni..

Ada rezeki mungkin beralih ke Bahagian lain atau keluar Kementerian suatu hari nanti insya Allah...


No comments :