CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Wednesday, May 17, 2017

Penantian... Pr1ma@Tapah

Assalamualaikummmmmmmmm....


Setelah sekian lamanya...bulan berganti bulan akhirnya.... jenuh la berbalas email dengan Pr1ma sebab depa ni lain² department gamaknya.. bila nak buat open day je depa akan hantar email tanya status kita...

rasanya lepas sign S&P aritu 17hb November 2016 daku xde la ambik kisah sangat.. bila dapat email 15hb Februari 2017 rasa ehh kenapa depa ni xde sistem ke? delay pun sebab depa sendiri pastu hantar email tanya kita pulak haisshhh... 


 jenuh la update..
 ni jawapan Pr1ma


Depa nak buat open day.. kenapa? sama ada ramai tolak or xlepas loan or harga x masuk akai... daku pun dapat rege rm163k rupa²nya ada la harga rm150k isk..isk..isk..

 email 21/3/2017 soh update lagi hehehe...


22hb Mac 2017~ call pejabat lawyer tanya (puan Julia) update terkini.. macam biasa la jawapannya Pr1ma belum bagi semua dokumen complete... katanya mb consent belum sign

14hb April 2017~ call lagi tanya update terkini (cik Farah) katanya Borang 5A (Akujanji Pemaju belum sign)

25hb April 2017~ call lagi tanya (Puan Julia) katanya dokumen semua dah lengkap akan pos tak laju ke kita horreyyy!!

28hb April 2017~ call tanya no. tracking tapi (Puan Julia) xsempat nak kasi sebab call pun dah lewat petang...

Sebab dapat tau dokumen otw rasa xcited la kan.. bukak la semula website SPPB untuk isi detail kat borang pinjaman online tu.. alih² tengok maklumat ketua jabatan tu salah.. bila masa kita kerja kat Pejabat Risda Daerah Tengah-Kinta, Mukim Bota, Bandar Seri iskandar, Perak?????? kita kan kerja pejabat KKLW HQ Putrajaya isk..isk..sik...

Nak edit x boleh terpaksa la call help desk LPPSA tu.. katanya kene call Unit ICT LPPSA sebab depa je ada authority untuk edit (kena kasi nama, no. k/p la)... settle by 27hb April 2017 :)



maklumat ketua jabatan salah...
ok dah betulkan semula :)


5hb Mei 2017~call lagi malas nak cakap dgn (Puan Julia) daku mintak no. tracking dengan (Cik Farah) baru la dapat no. tracking dan dapat tengok pergerakan dokumen tu dah sampai mana...

 


Boleh pulak posmen ni senyap je.. xde call ke hapa alih² tengok ada slip dalam peti surat tu pun dah 2 hari tengok online dokumen tu xbergerak² ehh pelik juga ni..

8hb Mei 2017 (Isnin)~pepagi hari terus la pi Perbadanan Putrajaya.. nak ambik dokumen ni kat Pusat Mel Kerajaan Putrajaya.. sempat la sarapan bersama abeku kikiki.. sampai opis rasa gelabah pulak tengok dokumen berlambak-lambak atas meja.. penuh debar lengkapkan borang online dan print..

Call cc Bahagian Sumber Manusia mintak dia siapkan surat iringan untuk permohonan loan... nasib baik juga petang surat dah siap yeayy...


senarai dokumen yang daku terima
sale and purchase agreement
borang LPPSA 1/2016 ni pun sign 13 April 2017
19 projek Pr1ma
borang 5A ni berjanggut tunggu huhuhu


9hb Mei 2017 (Selasa)~dah complete semua dokumen dan borang online tu pun bos dah sign daku ajak la oyen temankan ke LPPSA.. mintak pn chew ex bos kecikku dulu tolong double check semua dokumen..

pukul 11.31 pagi menunggu x sampai setengah jam no. naik fuhhh...
  
penuh pelanggan..
dokumen semua ok 
tapi sebab S&P 2 nama jadinya abeku kena sign borang 7 ni...

Pukul 12 call dia bagitau dia kena mai sini sign... menunggu dia penuh drama huhuhu... katanya dia kat pejabat pos Bangi.. dekat pukul 1 dia cakap tiru jelah tanda tangan dia.. what??? isi borang no. 7 depan pegawai kat kaunter tadi pun terketar-ketar lagi nak suruh tiru sign dia huh!!!

Pukul 1 lebih katanya dia dah sampai... cari² xde rupa²nya dia kat bus stop depan opis KKLW... nak buat apa daku balik opis baik tunggu je sini sampai settle kan.. dah la tumpang kawan kesian dia menunggu lama...

Tunggu dia pusing sekali dia berenti depan bus stop MOF pulak adoiii... daku dah share location.. dah taip bus stop depan LPPSA tetap nak gaduh dengan daku ekk.. akhirnya dia sampai juga pas dokumen dia sign terus dia blah tanpa berkata apa hahaha...

Dekat pukul 2 petang kot masa tu.. si oyen tertido-tido dalam kereta.. tadi kami habis pusing dah jualan kat belakang LPPSA tu.. nak lunch takut dia sampai kang dia bising² tunggu lama.. gitu la ekk kita tunggu lama x mengapa dia tunggu lama amukan dia kasi kita huhuhu...

Disebabkan takde tanda tangan je pegawai kaunter pesan nanti pas je kat dia xpayah ambik no. giliran katanya.. daku ni menunggu la dia buka kaunter dekat 2.30 petang baru dia munculkan... ni sebab rehat lambat la tu lambat masuk semula (think +ve ok) dia nak duduk je lelaju daku kasi dia semua dokumen.. fuhh lega rasanya...

tunggu result dalam seminggu katanya...


 15hb Mei 2017 (Isnin)~ dekat nak balik uols bunyi email masuk tinggg! al-hamdulillah loan lulus hehehe.... terus gigih print dan mintak bos sign surat setuju terima tu :)


 
anggaran bayaran bulanan
tarikh hantar
al-hamdulillah loan lulus

Dah emailkan kepada Pr1ma dan Lawyer.. so tunggu call jelah ni untuk sign dokumen loan.. nak ambik cuti la sekali alang² tu nak sambut puasa dengan mak...


video
ajiya steel wall

sempat la bertanya
 tu struktur konkrit IBS
xtau cukup ke tak soket/plug/suis semua 
ni teres 2 tingkat

Haa tengok gini kekdahnya dinding semua besi gitu.. memang xleh nak renovate la nampak gaya.. tu pasai cepat siap..

view belakang nan sekangkang kera
view depan
teres setingkat

Nanti teman turun Ipoh sign dokumen loan rumah tu harap² dapatlah ambik gambar terkini.. ni gambar jumpa dalam website Pr1ma@Tapah... sekian celoteh kali ni berjumpa lagi nantiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... tatatititutu...

Signature - ANIM-Yatie Ahmad

No comments :