CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, May 30, 2017

Pi Sign LOAN~Pr1ma@Tapah - 26.5.2017 (Jumaat)



Assalamualaikum....

~26hb Mei 2017 (Jumaat) > harini daku ambik cuti rehat sebab nak pi sign loan kat Ipoh nun.. alang² nak balik sambut puasa dengan mak hehehe...

Gerak pukul 8.30 pagi sebab kandaku cakap pepagi hari ni jalan jem lagi sebab saing² orang nak masuk kerja.. belum sampai memana lagi daku dah kena muntah deq Farha Aneesa huwaaa.. berenti la kat Miros cuci kesan muntah kat baju dan salinkan baju si kenit tu.. dah stanby plastik pun kene juga sob..sob..sob..

Isi minyak kat Hentian Sebelah Tanjung Malim.. dalam pukul 10 lebih gitu kami anak beranak lepak makan beehun goreng.. ohh yea daku sempat masak buat bekal...

Semalam daku dah wassup siap² kandaku tu.. cakap nak soh dia exit tol Bidor sebab nak lalu kawasan perumahan kami tu.. nak tengok progress terkini + nak ambik gambar la...


 di kejauhan nampak dah teres setingkat
 lot kedai dah siap 
residensi Pr1ma Tapah
teres 2 tingkat

Masuk semula Tol Tapah so masa nak ke plaza tol tu nampak orang jual petai.. siap pesan kat kandaku nanti balik kita singgah beli...


Pukul 11 lebih kami sampai pejabat lawyer terus masuk sign dokumen... sebab S&P 2 nama jadinya borang gadaian kandaku kena sign sesama.. borang hibah pun dia kena sign..

 makan nasi briyani ayam pedas
 nasi briyani kambing
 budak² ni kongsi makan briyani ayam goreng

Mahai petai sekarang ni rm10 6 papan.. katanya bukan musim.. patut masa lalu pekan Bidor xnampak orang jual.. rasa teringin nak makan petai tu pasrah jelah beli 2 ikat.. ni petai beli kat Tapah, pakcik tu cakap dia ambik 100 papan kira rezeki dia murah la petainya laku keras sebab nak sambut puasa ramai la mencari petai.. lagi² bukan musim..

Sampai rumah mak dekat pukul 3 lebih.. mak masak macam² ok sebab malam tadinya daku dah mesej abangku kat kampung bagitau daku nak balik kampung... meriah ok mak siap soh abangku beli ikan keli.. dia bakar ikan keli buat cicah air asam.. labu masak lemak putih dengan rebung manis.. ayam masak kari.. ada kacang tanah rebus sendiri lagi tu.. katanya apek cina biasa jual² ikan naik motor tu bawak..


:: SALAM RAMADHAN 1438H / 2017 ::

~27hb Mei 2017 (Sabtu) 1st Ramadhan > sahur pagi ni mak gerak pukul 4 pagi.. terjaga tu tengok² dah siap masak.. mak ni jenis set jam 2 pagi ok kang dibiarkan jam tu snooze sampai pukul 3 kang dia bangun terus masak.. jenis dia xkan makan lauk yang sama..

Malam sebelum tu daku dah siap² siang bebawang semua.. cili dah blender, petai dah siang tinggal nak masak je.. tapi mak cakap esok dia masakkan... terima kasih mak! love u muahhh..

Tapi kan cuaca panas huwaa.. rasa jam tu lambatnya bergerak.. nunggu petang tu rasa siksa hahaha.. pukul 5 petang daku tolong mak masak lauk berbuka.. rasa nak pengsan juga masak tapi gagahkan diri la.. mak pun kejap kang duduk kang sambung balik masak huhuhu.. menunya sayur asam keladi, masak lemak pucuk ubi, sambal ikan, pais ikan belanak, ayam goreng rempah untuk kanak³.. kandaku pi bazar ramadhan dengan anak³.. deme beli ayam golek madu sekor..

Yop siap mesinkan tebu.. merasa la minum air tebu hasil tanaman mak sekeliling rumah ni..


 sambal ikan campur² ikan keli ada, ikan kembung, ikan kerisi
 masak lemak pucuk ubi
pais ikan belanak
buka reramai..

Hajat hati nak tidur semalam lagi jadinya dapat la jumpa anak² buah yang lain.. deme nak balik sabtu malam ahad lepas kerja.. kununnya sahur rumah mak deme kat Tapah Road dan berbuka rumah opah..

Tapi kandaku ada kerja kene balik awal.. lepas terawih dalam pukul 10 gitu kami gerak balik Putrajaya..


~28hb Mei 2017 (Sabtu) 2nd Ramadhan pukul 12 tengah malam kami sampai.. mandangkan xde tapau lauk jadinya kami pi la speedmart beli telur dan sosej.. bedal jelah apa je yang ada buat bersahur nanti..

Kebetulan mertua ada kat rumah abang ipar di Bandar Bukit Mahkota jadinya puasa hari ke-2 kami berbuka reramai kat sana pulak..

Tu jelah citer kali ini.. raya nanti turn beraya di Melaka jadinya raya ke-2@3 insyaAllah akan balik Perak beraya dengan mak...

Signature - ANIM-Yatie Ahmad

No comments :