CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Wednesday, October 11, 2017

*KEM MUMTAZ 2017* dan Exam UPKK 2017



*KEM MUMTAZ 2017*
    --------------

*Lokasi: Agrotek Resort,  Hulu Langat*
*Tarikh: 22,23 & 24* *September 2017*
*Hari: Jumaat, Sabtu & Ahad*


🌈🌈🌈☀☀☀🌈🌈🌈


1. Berkumpul di *SKPP 11(2)* pada jam *2.00 petang, Jumaat*.

2. Pakaian:
>👕 *oren sekolah*
> seluar sukan
> kasut (sukan/sekolah)
> *tudung hitam* bagi murid perempuan

3. Makanan semasa perjalanan pergi *tidak disediakan* , boleh bawa bekal (roti/biskut)

4. Bawa pakaian secukupnya yang menutup aurat.

5. Murid Lelaki digalakkan bawa 👕 *berkolar*

6. 💰✖ perlu
   ðŸ“±✖ perlu

Jazakallahu khairan.


>>>   <<<        >>>    <<<


~22 -24 September 2017 ( 3 hari)


Assalamualaikum semua.. harini kita nak citer pasai anakanda yang utama si abang Farish Akmal kena pi Kem Mumtaz untuk persediaan minit² akhir sebelum peperiksaan UPKK 2017 

Kem ni berbayar ye kome.. yurannya dalam rm120 gitu..







check nama
 5 buah bas rasanya lupa dah 


Lepas solat Jumaat kami pi hantarkan dia ke SKPP 11(2).. tunggu kejap hingga bas ijo ni bergerak meninggalkan kami.. syahdu je rasa hati.. tapi demi anak² kita ikutkan jelah.. kasi pengalaman baru untuk dia sambil tu leh berkenalan dengan kengkawan baru.. sebab bergabung dengan sekolah² lain juga..








baju oren ni semua geng sesama UPKK








 Kuliah

 Riadah petang kot

 ni nak balik dah gamaknya hehehe...


Sumber photo ustazah KAFA yang kasi via wassup grup untuk KAFA.. xbanyak nak diceritakan sebab ibu xberada di sana hehehe.. bak kata abang seronok bu!



>>>   <<<    EXAM UPKK 2017    >>>    <<<


~2 -5 Oktober 2017 ( 4 hari)

Selang seminggu lepas pi kem exam pun bermula.. 1st day exam (2hb Oktober 2017 - Isnin) abang kata ok la boleh jawab... tapi hari kedua dia buat hal... senak rasa ulu hati ni seram sejuk rasa hukhukhuk.. ustazah wassup 2.15 petang mintak hantarkan baju putih sekolah sebab Farish pakai baju pj... hadoi camne ibu nak balik anakku! ayahnya pun luar kawasan.. padahal sekolah bagi kelonggaran untuk yang ambik exam UPKK boleh balik jam 12.30 tengah hari maksudnya dia leka main dan x balik rumah huwaaa...

Ingatkan ustazah mintak dia balik tukar baju tapi pengawas peperiksaan bagi kelonggaran dan lembut hati bak kata ustazah.. nasib baik dapat masuk dewan fuhhh!


Balik sekolah petang tu jumpa ibu kat rumah memang kena ceramah la.. cuai sangat! taklimat dah diberikan boleh lak leka.. kalau ibu risau nak exam dia buat lekpis dia je sempat main lagi tu hadoooiii la anak..

Kita pulak over risau dia xde perasaan apa².. jenuh membebel soh ulangkaji.. pastu balik mengadu cakap xdapat jawab soalan susah acaner tu.. abang oh abang..

Daku lupa dah start bulan berapa setiap malam isnin dan selasa cikgu KAFA panggil datang sekolah untuk tuisyen 8 malam hingga 10 malam.. xde minta bayaran demi kecemerlangan anak².. terhutang budi dengan seluruh cikgu² KAFA.. TERIMA KASIH CIKGU...








ustazah ajak bergambar kenangan katanya..

Ingatkan ramai yang ambik exam UPPK ni alahai... rupa²nya bukan paksaan terpulang kita nak atau tak gitu pulak ek...

Oklah tu je nak citer.. ibu x harapkan apa² pun sejenis nak anak tu mencuba dan berusaha untuk kasi pengalaman.. haa tau pun exam sebenar tu camna gaya kan, sila ambik iktibar tahun depan jangan buat giler lagi untuk exam UPSR pulak...

Signature - ANIM-Yatie Ahmad

No comments :