CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, October 15, 2018

Dapat Kunci Rumah Pr1ma Tapah 😎

Assalamualaikum semua...

Akhirnya kita dapat kunci dah syukur al-hamdulillah... bulan 4 aritu dapat email VP tapi x settle banyak perkara maka drag la hingga bulan Ogos...

Sebelum ni En Haziq PIC Pr1ma Tapah call hari khamis 23 Ogos 2018 sehari lepas raya haji.. dia bagi tarikh ambik kunci 5 September 2018 (Rabu) tapi daku mintak dia tukar tarikh ke 7 September 2018 (Jumaat).. alang² cuti panjang kan boleh balik rumah mak lama sikit..


~7hb September 2018 (Jumaat)

Kami gerak pukul 7.50 pagi, singgah food court Lot 10 depan Infra, Bangi tu sarapan pagi dulu.. tunggu roti canai dan makan pun dekat 40 minit.. daku dah risau menghitung jari jemari ni sempat ke nak sampai tepat jam 11 pagi.. dup..dap..dup.. dap.. bila sepanjang jalan menuju ke Plus Hway Sungai Buloh tu jem saing² orang pepagi hari ni nak pi kerja kan..

Dah lepas Rawang jalan ok clear.. kami exit Tol Sungkai sebab abe kita nak cod barang kt Petronas Sungkai dalam pukul 10 pagi kami dah sampai wahh kira awal la juga kan... 

Daku nampak ada orang jual petai jeruk dan petai seikat rm10 (kiranya sepapan rm1 la, jeruk petai tu sebekas kecik rm2.. ni aritu cite kat mak dia teringin tu daku belikan..) tunggu punya tunggu 10.30 pg baru mamat tu sampai padahal kat hway tadi kami dah call deal jumpa sekian² tempat..  katanya dia dari Trolak..

Lega la rasa hati sebab sempat ni sampai Tapah jam 11 kan.. Tappiiiiii boleh pulak buyer tu lambat.. dah la lambat menyembang pulak lagi tu adoii.. daku dah resah gelisah wassup xreply daku call cakap kat abeku harini Jumaat jangan la lengah² kita janji jam 11 pagi kan..

Kami sampai lewat 5 minit la.. yang ada dalam ofis Pr1ma Cik Nasha je dialah yang bagi penerangan dan serahkan kunci.. Sungguh daku xtenang yelah 3F baik yang besar dan yang paling kecik idak le reti duduk diam haiisshh.. si ayah hermmm melayan hp dan berasap kat luar lah dia.. 

 uisshh banyak pulak borang nak kena sign kome..
lenguh tangan ececeh...
teres 1 tgkt penuh dah.. 
cumanya rumah 2 tgkt masih banyak kosong lagi.. 
 2 ketoi kanak² yang x reti doq diam herrmmm..

segugus kunci

Kami xterus pi tengok rumah sebabnya dah pukul 12 tengah hari kan.. abeku cakap petang baru kita pi tengok rumah boleh ajak mak sekali dan tunggu yong balik kerja boleh ajak dia juga tengok rumah..

Sampai je rumah mak daku terus bersilat tolong mak masak lunch..dia ingat daku sampai petang tu lambat masak katanya..

Kesihatan mak ni makin merosot juga..  dia cakap xboleh nak berdiri lama² pinggangnya sakit tapi anak cucu balik dia tetap gagahkan diri masak..  rindu air tangan mak kan..  kita asyik² makan masakan sendiri jelak juga.. 

Hujan bukan main lebat kome..  udahnya apaknya dan si terunaku tu xpi pun solat jumaat.. udah kenyang makan nasi kami bersiap² nak pi tengok rumah..  yong balik kerja jam 4 petang daku soh dia datang dengan anak menantunya je..  kalau tunggu dia balik kerja kang PIC Pr1ma tu pun nak balik deme kerja office hour..  tu pasai daku kena ambik cuti yea bukan sesaja nak pontengkan anak² sekolah..

Datang lenggang kangkung hahaha tapi tengok lantai rumah penuh debu terus call yong mintak dia bawak baldi,  penyapu,  mop lantai..  serba daif kami hahaha..  kunun² setakat nak tengok² jelah.. 

Yop pun datang kemudiannya..  daku soh dia datang tengok sama².. tapi dia tengok kejap je ada janji dengan kawan katanya petang tu.. 

ni la jentera reput kami kalau balik kampung.. 
 
acah² nak gambar untuk riak takbur hahaha..
Assalamualaikum!
Opah merasa jejak kaki dan tengok rumah kita..
tapi mil hajatnya tak kesampaian :(
kosong dan berdebu..
tgkp bilik master bedroom
 
 
bilik no. 2
bilik no. 3
2 bilik air 
dapurku nan secoet
view dari toilet luar
  
  
  
kecik je belakang ni
yop datang juga tengok rumah hehehe

tengok apa dik?
  
belakang lot kedai kome..
paip belakang
 sesi membasuh


10hb September 2018 (Isnin)

Sebelum kami balik Putrajaya kami singgah tengok rumah semula..  kunun² nak check defect dan hantar report..  tapi daku lupa nak ambik ukuran tingkap dan sliding door daa.. hajat hati nak survey harga grill tapi semua pakat tanya ukuran kikiki 😂...


defect la.. sikit jela taruk sini
depan padang permainan.. 
leh parking tepi² tu kan

point lampu, kipas semua

huwaa terus gaji kena potong


Sebut harga yang daku dapat rata² bagi grill cat biasa dalam rm2'600.00 kalau grill powder coating rm3'600.00.. daku survey harga je dulu boleh lagi menabung nampaknya kikiki...

Awal tahun depan la kita pasang grill tunggu bonus ASB hahaha.. sabor jela!

Sekian, rumah tu terbiar kosong setakat ni belum ada perancangan nak buat apa.. mybe kita nak buat homestay kemudian hari..


Signature - ANIM-Yatie Ahmad

4 comments :

Azlan said...

Assalamualaikum.sy salah seorang pembeli pr1ma tapah.nak tanya pr1ma tapah tu ada buat group wassap x?untuk owner .Kalau ade sy nak join.

Yatie Ahmad said...

wslm.. saya x pasti.. saya pun nak join kalau ada

Unknown said...

Kalau ada sy pun nak join juga..

Anonymous said...

Assalamualaikum.pr1ma tapah dah ada wassp group.kalau nak join boleh lah tinggalkan no telepon dan no unit.nti sy usulkan pada admin.ada 2 group.group 1 dah penuh.sbb tu buka lagi 1 group.