CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, August 3, 2010

::: Karipap Ohh Karipap :::


::: KARIPAP PUSING :::

Bahan² inti (35 biji) :
300gm isi ayam - dipotong kecil (guna mince beef/chicken pun boleh ikut selera masing2)
3 biji ubi kentang - dipotong dadu
2 sudu besar serbuk rempah kari ayam - dibancuhkan dengan sedikit air supaya menjadi paste
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
sedikit daun sup - diracik

Bahan
² tumis:

 
1 ulas bawang putih - dihiris halus
3 ulas bawang merah - dihiris halus
sedikit minyak untuk menumis

cara-cara:

 
1. panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi
2. masukkan rempah kari, isi ayam dan kacau rata
3. kemudian masukkan ubi kentang, air, garam dan gula secukup rasa sambil dikacau lagi
4. masak sehingga ubi kentang menjadi lembut dan kuah menjadi pekat dan kering
5. angkat dan biarkan sejuk


Bahan² doh berminyak:
 
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 - 3/4 cawan air

cara-cara:

1. masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan dan campurkan garam ke dalamnya sambil digaulkan sebati
2. buatkan lubang ditengah2 tepung tadi dan curahkan minyak masak dan gaulkan sehingga sebati
3. setelah itu tuangkan air sedikit demi sedikit sambil diuli tepung sehingga tidak melekat di tangan
4. bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan kemudian bahagikan doh kepada 5 bahagian
5. setiap bahagian ditimbang seberat 90-95gm dan bentukkan menjadi bulat
6. ketepikan - lihat gambar Step 2

Bahan
² doh marjerin: 

150gm tepung gandum
100gm marjerin

cara-cara:

 
1. masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan
2. kemudian masukkan marjerin sedikit demi sedikit sehingga habis sambil diuli sehingga tidak melekat di tangan
3. bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan kemudian bahagikan doh kepada 5 bahagian (doh marjerin hendaklah sama banyaknya dengan doh berminyak)
4. setiap bahagian ditimbang seberat 45-50gm dan bentukkan semula menjadi bulat
5. ketepikan - lihat gambar Step 1

cara untuk membuat kulit karipap:

 
1. ambil sebiji doh berminyak dan bentukkan menjadi leper
2. kemudian ambil sebiji doh marjerin dan letakkan ke atas doh berminyak tadi dan tutupkan - lihat gambar Step 2
3. setelah itu bentukkan menjadi bulat - lihat gambar Step 3
4. lakukan sehingga habis - lihat gambar Step 4



5. ambil sebiji doh tadi dan canaikan - lihat gambar Step 5
6. kemudian gulungkan seperti swiss roll - lihat gambar Step 6
7. canaikan lagi doh tadi menjadi panjang - lihat gambar Step 7
8. gulungkan sekali lagi seperti swiss roll - lihat gambar Step 7 & 8
9. potongkan doh tadi setebal 1cm - lihat gambar Step 9
10. lakukan proses ini sehingga habis
11. ambil sekeping doh tadi dan canaikan

12. isikan inti dan klimkan doh atau gunakan acuan karipap. jika suka bolehlah letakkan sepotong kecil telur rebus bersama2 dengan inti
13. lakukan sehingga habis dan gorengkan sehingga garing dan keperangan
14. lebihan karipap bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam fridge 

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 
 
 ::: KARIPAP RANGGUP :::

Bahan-bahan (45-50 biji):
500gm tepung gandum - diayak
1/2 sudu besar garam
94gm marjerin/butter/shortening/vegetable fat - boleh letak 1/2 butter & 1/2 shortening
1 biji telur
1/2 cawan ais
250ml air


inti karipap secukupnya


cara-cara:
  • masukkan tepung yang telah diayak ke dalam mangkuk adunan yang besar. ketepikan
  • kemudian masukkan ais dan garam ke dalam air
  • kacaukan rata dan ketepikan
  • pecahkan telur ke dalam tepung tadi dan gaulkan rata sehingga menjadi serbuk roti
  • ketepikan
  • sementara itu panaskan butter/marjerin/shortening dengan api sederhana panas sehingga kesemua cair dan hampir mendidih
  • angkat dan tuangkan ke dalam adunan tepung tadi
  • gaulkan dengan menggunakan hujung jari sehingga menjadi serbuk roti
  • setelah itu tuangkan campuran air tadi ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan (campuran air tidak digunakan kesemuanya cukup sekadar adunan menjadi doh)
  • kemudian bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan selama 1 jam. tutupkan mangkuk adunan tadi dengan kitchen towel
  • setelah itu bahagikan doh tadi kepada dua bahagian
  • ambil satu bahagian doh tadi dan canaikan menjadi nipis (ketebalan kulit bergantung pada selera masing2)
  • kemudian gulungkan bahagian paling panjang seperti swiss roll
  • potong doh tadi sebanyak 20-25 biji dan ulangi lagi proses ini sehingga habis
  • ambil satu biji doh kecil tadi dan canaikan menjadi bentuk bulat
  • isikan 1 sudu besar inti dan kelimkan bahagian tepi atau boleh juga menggunakan acuan karipap
  • lakukan sehingga habis
  • selepas itu bolehlah digoreng dengan api yang sederhana panas sehingga garing dan keperangan
  • hidangkan sebagai minuman pagi atau petang
  • karipap atau doh bolehlah disimpan di dalam freezer
  • apabila hendak menggoreng bolehlah keluarkan dan biarkan sekejap sebelum digoreng
  • karipap sentiasa garing
note: pada penggemar karipap ini adalah salah satu resepi karipap yang sedap, mudah dan sentiasa garing - this is a keeper

source: nasuha, myr
-->

No comments :