CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Thursday, April 26, 2012

:: Kongsi Info : Bipolar Disorder@Penyakit Gangguan Mental ::


Foto : sumber Google
 Salam,

Nak cerita pagi ni macam biasa bangun sekitar 5.30 pagi pump susu kemudian berkemas barang kanak² ribena nak antar gi rumah pengasuh dan kebiasaannya buka tv sambil pump susu. Haaa nak tau x setiap pagi ada je topik yang agak menarik TV2 cuba kupaskan yang sangat mengujakan aku untuk kongsi untuk korang² baca juga. 

Tapi kan aku tertarik pasai topik ni sebab masa doktor tu terangkan gejala dan cara² merawat penyakit ni ada juga di selitkan i'view pesakit yang pernah mengalami gelaja BD. Pesakit tu dah pulih dan boleh bekerja macam biasa, doktor bagitau kita boleh mengenal pasti pesakit dengan melihat wajah, bentuk tubuh badan dll aku xingat sangat. Cara penyampaiannya yang ringkas dan mudah di fahami. 

Meh baca kot² korang pun ada simptom² Bipolar Disorder ni... 


♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
Latarbelakang

Kebanyakan pesakit dibawa berjumpa doktor adalah kerana aduan menganggu jiran, tindakan agresif dan juga cubaan membunuh diri. Pesakit biasanya akan dimasukkan ke wad untuk pemerhatian dan rawatan jika keluarga mereka sendiri tidak tahu apa untuk dilakukan.

Apa itu Bipolar Disorder?

Bipolar Disorder adalah satu penyakit psikiatri yang melibatkan gangguan perasaan. ‘Bi’ bermaksud ‘dua’ dan ‘pole’ bermaksud kutub. Ini membawa maksud dalam penyakit ini, perasaan seseorang boleh berada dalam dua ‘kutub’ yang berbeza pada tahap yang ekstrem atau keterlaluan. Pesakit boleh menjadi TERLALU MURUNG sehingga ingin membunuh diri atau TERLALU GEMBIRA sehingga sanggup melakukan apa sahaja

Apakah kekerapan penyakit Bipolar Disorder?

Bipolar Disorder dialami oleh 3 hingga 6 peratus dari kalangan lelaki dan perempuan dewasa.

Apakah tanda-tanda Bipolar Disorder?

a) Mania
  • Merasa sangat gembira
  • Banyak melakukan aktiviti lebih dari biasa
  • Sangat bertenaga
  • Kurang keperluan untuk tidur
  • Banyak idea
  • Melakukan perkara yang berisiko seperti memandu laju
  • Berbelanja besar dan menghabiskan wang yang banyak
b) Hypomania
  • Gejala hampir serupa dengan mania tetapi tidak teruk
c) Kemurungan
  • Merasa sangat sedih
  • Tiada minat untuk melakukan perkara yang biasanya digemari
  • Gangguan tidur
  • Gangguan selera makan
  • Gangguan tumpuan
  • Merasa diri tidak berguna atau merasa bersalah yang keterlaluan
  • Keinginan untuk mati atau membunuh diri
*Di antara episod-episod di atas, pengidap bipolar boleh kembali normal. Walaubagaimanapun, episod tersebut boleh berulang (‘relapse’)

Apakah rawatan untuk Bipolar Disorder?
  • Pesakit memerlukan rawatan untuk menstabilkan perasaan mereka. Rawatan ini dipanggil ‘mood stabilizer’ atau ‘penstabil perasaan’.
  • Contoh ubat yang digunakan ialah : Lithium, Sodium Valproate, Carbamazepine dan Lamotrigine
  • Pesakit juga boleh dirawat dengan ubat antipsikotik terutamanya untuk episod mania. Antikemurungan mungkin diperlukan semasa episod kemurungan
*Walaupun pesakit telah kembali normal, adalah amat penting meneruskan rawatan ‘penstabil perasaan’ dan rawatan lain yang disyorkan oleh doktor untuk memastikan episod mania atau kemurungan tidak mudah berulang

Apakah nasihat penting untuk pesakit Bipolar Disorder?
  • Amalkan tidur yang teratur
  • Amalkan aktiviti harian yang tetap
  • Elakkan daripada dadah dan alkohol
  • Dapatkan sokongan keluarga dan rakan
  • Tangani tekanan dalam hidup
  • Kenal pasti tanda-tanda awal relapse seperti perumahan awal kepada perasaan, bidur, tenaga, semangat dan keyakinan. Selalunya perumahan bidur adalah gejala yang mudah dikenalpasti

Foto : sumber Google

Sumber info :  KLIK SINI


 Lagi info : KLIK SINI
Wikipedia : KLIK SINI

Tuesday, April 24, 2012

Video si Farisya : Wahhhhhhhhh......


Pelakon utama : Nur Farisya Aqeela


Ni kekdah rakam sendiri ok, memula confius ahkak tau sapa lah yang kreatif buat video ni bila sampai penghujung tau dah angkara siapa hahaha chomel la ko nak!


Ni masa mai opis hari Jumaat (20hb April 2012) aritu, word yang buat ibu dia jakun sama hahaha... Teruja tengok upin ipin (walaupun dapat tengok gambar je kebetulan masa tu Youtube kene block xleh la nak tunjuk kat Farisya). Dia wahhh sana, wahhh sini, wahh sinun kekeke....

Tapi lepas Jumaat dapat bukak Youtube terus bukak citer upin ipin nahhhh terus diam kaku kusyuk dan tawaduq tengok sambil mulut xberenti sebut wahhhhhhhhhhhhhh..... waaahhhhhhhhhhhhh..... Ko buat lawak la dik kekeke........

Semalam kan lepas amik dari rumah pengasuh Farisya macam berapa x sihat je gayanya, merenggek² kasi susu pastu dia sambung main kemudian merenggek lagi buat pulak bubur oat+stok ayam+puree labu+puree keledek oren dia makan banyak (lapar gamaknya). Tiba² dia macam terbatuk-batuk pastu hamik koo bluerkkkk habis kuar semua bubur oat yang dia dah makan tadi. Alalalala cian anak ibu :( tapi pas lap badan dia kemudian tukarkan baju ada nafsu nak makan lagi kasi 2, 3 suap terus geleng kepala dah xmau makan.

Ibu xde mood nak masak jadi soh ayah tapau lauk tomyam + ayam goreng kunyit + kangkung goreng belacan je, tapi Farish nak makan nasi + telur goreng dengan kicap jek apalah Farish ni huhuhu.... Ayah melayan Farisya yang macam nak demam je gayanya, ibu pun kasi la Farisya ubat demam woww releks je dia sedut ubat walaupun geleng² kepala xmau makan tapi telan juga sampai habis 4 ml je pun :)

Cuba kasi abang Farish makan ubat huh! macam nak mendera anak gayanya kene pegang kaki tangan pastu bukan main payah nak kasi makan ubat... Beza sungguh korang 2 beradik ni ekkkk..... 

Ni pun abang Farish batuk² susah ahti ibu tau malam² kong sana kong sini mesti sakit kan dada tu rasa selesa nak tidur tapi tulah abang Farish xmau makan ubat, dia semacam phobia siap cakap 'ibu, ayah jangan la pegang mulut Farish kasi ubat' masalahnya soh makan sendiri lagi la payah kalu xkene paksa camne nak baik anakku.....haishhhh............


Monday, April 23, 2012

Wow chomel gituw! Mood : Happy ♥♥♥


Salam,

Pepagi ni macam biasa rutin WAJIB check fesbuk dulu sebelum gi beli breakfast hehehe... Aku jarang update status tapi kebiasaannya aku on je fesbuk 9 jam waktu bekerja (jahat kan..kan..kan...) tengok orang punya status or ada apa² verita menarik untuk di baca sebagai kudapan hahaha....

:: FESBUK UDAH KENE BLOCK KOME ::

Tapi harini udah xleh nak buat gituw sebab dah kuar notis ni haaa.... Minggu lepas Youtube yang kene block tapi sehari je hari Jumaat boleh pulak bukak dan sesuka hati leh dengar lagu / tengok dengan riang ria :)

Tengahari ni kene makan lelaju sebab nak bukak fesbuk boleh gituw? hahaha.... Nikmat keseronokkan dah kene tarik kome! Jangan fikir asyik ngadap fesbuk keje x jalan, sebagai manusia biasa aku perlukan hiburan juga hehehe....

Ye betui keseronokan nengok fesbuk dll buat kita lalai yang itu aku akui! Betoi x? kome lekeih angguk kepala cepat :)

UPDATE : Waktu operasi Fesbuk di Opis KKLW :-

             => TUTUP pada jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari
       => BUKA pada jam 12.01 tengahari sehingga jam 2.00 petang
             => TUTUP pada jam 2.01 petang hingga jam 4.00 petang
     => BUKA pada jam 4.01 petang sehingga kome balik la ye....

Padan muka aku hehehe...


:: AL-HAMDULILLAH SLIP GAJI + GAJI BARU UDAH KELUOR KOME ::

Internet pagi ni very² slow giler macam siput b**i, jenuh nunggu nak loading dah le aku ni kurang penyabor sikit (tapi kome percaya x aku dapat buat failing surat² yang penuh atas meja ni dengan jayanya wowww!!!!~eleh tu sebab mood dah datang gamaknya @pun sebab xleh bukak fesbuk kekeke... sengal aku ni deh!)

Akhirnya dapat juga aku nengok gaji baru (dah tau sebenornya sebab dah buat kira² tapi kene nengok juga atas kerotas macam mana ropenya ye idak... ) Slip bulan ni siap tulis berapa masuk wahhh nengok gaji kasar macam x percaya banyaknya gaji aku yeaaa... tapi tang bahagian kene tolak tu jejeh² air liur keluor banyak juga kene tolaknya wawawa... Tapi kan deme tulis berapa ratus ringgit duit aku kene tolak dalam slip gaji sebab menginap di istana (Kuarters gomen ler) sebelum ni idak pulak ada di catatnya herrmmm ngape yea? diam² udah ler, boleh x? :) ....

Slip gaji baru :)  

:: WAJAH BARU EMAIL RURALLINK ::

Hari² bukak email guna Internet Explorer (lambang e kecik nuu..), tapi pagi ni jiran sebelah si Jilah tunjukkan sesuatu yang chomel ok! Boleh tukor² theme tapi kome kene gunakan Google Crome kemudian bukak email seperti biasa pastu ce kome nengok bahagian kanan tu ada Option kan klik situ kemudian pilih la theme apa kome suka.... chomel kan..kan..kan... suka laaaaaa hehehe...!

Ni email versi baru kiut miut je kan...kan...kan...

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

:: BERITA YANG X BERAPA NAK CHOMEL SOB..SOB..SOB... ::


~19hb April 2012 (Khamis)

Petang kala macam biasa gi ngambik 2 beradik di rumah pengasuh akan tetapi si pengasuh cerita BPH datang serbu, katanya ada aduan@ada penghuni istana (rumah kuarters gomen) yang hantar email mengadu kepada KSN. 

Pengasuh mengadu lg beliau terpaksa amik cuti keesokkan harinya kerna BPH panggil beliau dan rakan² sepejuangannya untuk mendengar taklimat di pejabat BPH. Aku pun ada dengar dan ada terbaca post di Fesbuk dalam group 'Komuniti Putrajaya' yang memaklumkan kuarters Presint 8 & 9 dah kene serbu dan BPH adakan dialog bersama penduduk sekitar pada Rabu malam Khamis, 18.4.2012 jam 8.30 malam di Dewan Serbaguna Kompleks Kejiranan Presint 9.

Susulan kepada dialog tersebut:


Menurut SUB BPH (kita pun sedia maklum) mengikut perjanjian menerima tawaran menduduki kuarters (dokumen warna biru) ada menyatakan tidak boleh manjalankan sebarang aktiviti perniagaan dsb. So tindakan BPH tidak salah apatah lagi kerana atas arahan KSN yang mengambil tindakan atas aduan penghuni sendiri.

 
So keputusan setakat ini:

1. Pengasuh diberi kelonggaran untuk menjaga max 3 orang shj. Untuk 4-9 orang perlu dapatkan lesen (bergantung pertimbangan JKM), 10 orang ke atas perlu ada premis. Walaubagaimanapun setiap pengasuh juga masih di pantau.

2. Sebarang perniagaan jika tidak mengganggu org lain (maksudnya tiada urusan jual beli secara langsung di rumah/kawasan kuarters macam pelanggan keluar masuk rumah) masih boleh dijalankan.


Menurut BPH, surat notis mengosongkan rumah bagi penghuni yang telah disenaraikan telah disediakan. Hanya menunggu masa untuk ditandatangani sekiranya penghuni tidak mengendahkan arahan BPH. 
~20hb April 2012 (Jumaat)

Maka harini Farisya mai opis dan mengacau nganggu kehidupan kakak²/abang², antie² sekalian hehe... Kali ni dia dah mula mau berkawan² dan ikut tapiiii dengan syarat beliau xnampak@dengar suara merdu si ibu ok! Layan yolah aktiviti beliau sepanjang hari di opis.


Lepak kat meja Nurul Fahimah sambil baca katalog Domino Pizza :)
 
Hello... Hello... ite nak oder pizza ni...
Haus pulak meh minum ayor mineral dulu ek..
Ok sambung kerja semula ye!
Apa air masak je? Susu xde ke?
Ujikaji nak transfer air masak dalam botol satu lagi tu...
Cari makanan... nak makanan... tolong...tolongggg..!!
Aikk xde makanan? Haish!

Tuesday, April 17, 2012

Dalam Kenangan : Tragedi Highland Tower Runtuh & Pemergian Opah tersayang...


Salam,

Hari ni tetiba bukak youtube dan tertengok dokumentari di sebalik kejadian HT Runtuh yang mengingatkan aku pada arwah opah belah mak. Pada hari kejadian seluruh negara gempar pasai HT Runtuh, famili aku pun gempar sama bila pakcik (asben adik mak) datang bgtau opah sudah pergi meninggalkan kami semua. Opah sakit tua, sepanjang hayatnya arwah seorang baik, berdikari (arwah atok xde di sisi & aku sendiri xpenah jumpa@berpeluang bermanja² uhuk..uhuk...sedihkan sama macam aku xpenah berpeluang mengenali arwah ayahku sendiri :(.....) 

Aku ingat² lupa bila tarikh pemergian arwah tapi yang mengingatkan aku adalah tragedi HT itu kebetulan ia adalah sejarah besar negara. Ketika itu aku baru berusia 12 tahun, masih kanak² ribena hehehe... Aku sebenarnya xsuka sangat balik kampung arwah sebab aku xde kawan kat sana (xde jauh mana pun kampung opah kat Padang Tembak Teluk Intan je), selalunya bila cuti sekolah mak akan hantar aku balik kampung @ kekadang arwah abang ipar yang tinggalkan aku secara 'tipu' (arwah abang ipar aku menabur janji pelsu kononnya akan amik aku keesokan harinya rupa-rupanya seminggu dia biarkan aku tinggal kat rumah opah wawawa....)

Kat kampung aku cuma ada sepupu buat kawan bermain, sungguh bosan ok! Tapi aku xpenah lupa arwah opah.... rindu nak dengar cerita opah banyak kenangan bersama sob...sob...sob....

Masa urusan memandikan, mengkafankan arwah dan bila tiba saat jenazah di bawa ke tanah perkuburan aku demam. Itulah kali terakhir tengok opah, hanya doa mengiringi opah pergi semoga Allah ampun segala dosa opah dan menempatkan arwah dikalangan orang² yang beriman amin...

Meh la kita sedekah surah al-fatihah buat mereka yang telah pergi terlebih dahulu daripada kita. Salam takziah buat mereka yang kehilangan insan² tersayang sewaktu tragedi HT Runtuh pada tahun 1993 yang lalu.



KRONOLOGI: Highland Towers

11 Disember 1993: Pangsapuri Blok A Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang runtuh pada 1.35 petang. Pembantu rumah seorang penghuni kondominium di Tingkat 7, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya, Nur Hamidah Najib, 18 bulan diselamatkan. Nakajima Shizue, 50, rakyat Jepun turut diselamatkan daripada runtuhan itu tetapi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 12 tengah malam.
12 Disember: Penghuni Blok B dan C Highland Tower di Taman Hillview, Hulu Klang diarah mengosongkan rumah mereka kerana tidak selamat. Pasukan mencari dan menyelamat dari Britian dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu.
13 Disember: Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khusus untuk menangani semua masalah berhubung tragedi Pangsapuri Highland Towers.
15 Disember: Pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak dalam runtuhan itu. Antara yang dijumpai lengan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang. Empat mayat reput itu dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan.
16 Disember: Umi Rashidah dan Nur Hamidah dibenarkan keluar daripada HKL.
17 Disember: Jawatankuasa Khas Kabinet bersetuju dengan cadangan penyelamat supaya operasi menyelamat mangsa hidup dihentikan.
18 Disember: Pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak.  
19 Disember: Pasukan penyelamat menemui tiga mayat iaitu satu mayat wanita reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta jam 7 malam. Mayat kedua, juga wanita ditemui jam 8.30 malam berdekatan mayat pertama manakala mayat ketiga dipercayai lelaki jam 10.15 malam.
20 Disember: Setakat ini, 25 mayat termasuk seorang yang memeluk al-Quran ditemui di tingkat 12. Turut ditemui mayat seorang wanita yang memakai sari dan sedang memeluk seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.
21 Disember: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha. Jenazah anak lelaki tunggal bekas Perdana Menteri Datuk Musa Hitam, Carlos Rashid dan isteri, Rozita Datuk Abu Bakar, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang selepas disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru.
22 Disember: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan.
SUMBER : BERITA HARIAN
◄ Baca sini Forum, Mesra.net 
◄ Baca sini Tragedi HT
◄ Baca sini blog Mazidul Akmal
Baca sini blog Tengku Nizam TM
◄ Baca sini blog AfIq Z@iNaL 
◄ Baca sini juga Sejarah pembinaan HT

Nak tengok gambar HT?



Tuesday, April 3, 2012

ceritera Farish Akmal Part 7

Salam,

Semalam petang baru perasan yang mata Farish macam x ok lagi herrrmmmm kene refer balik Hospital Putrajaya ni untuk susulan....


 Ohhh mood ibu jadi weng balik wawawa....

Part 6

Part 5

Part 4

Part 3

Part 2 & Part 1