CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Thursday, September 20, 2018

Ibu Mertuaku Kembali Kerahmatullah :(


Assalamualaikum semua...


Hampir sebulan lebih dah mak pergi meninggalkan kami semua.. sedih rasa hati bila mengenangkan arwah.. mertua yang baik..  walaupun orang melaka ni jenis cakap lepas dan kasar tapi mak ni ok je..  ada waktu dia akan membebel marahkan kita, tegur dan bagi nasihat juga sebab dia sayangkan kita.. 

Pembersih dan pengemas orangnya.. masa muda sihat dedulu karpet pun dia basuh.. woww terperanjat kita tau.. 

Walaupun ada ketikanya mulutnya asyik menyebut nama anak kesayangannya hahaha.. kalau masak dia akan terkenang anak yang ini kesukaannya apa.. yang itu cerewet makannya blablabla.. 

Ada waktu dia suka bercerita..  bersembang bergosip sama².. pemurah sifatnya..  kalau bab makanan dia xberkira..  kalau anak² balik dia masak sedap².. yea mil masak sedap!  

Dia akan ajar kita masak lauk kegemaran suami kita.. bagi dia sebagai seorang ibu dia tau apa anak dia suka dan tak suka..  kita belajar meniru walaupun x kan sama air tangannya.. tiap kali balik kampung dia akan ajarkan masak walaupun kita sekadar tukang kacau² dan tukang rasa cukup ke x garamnya..

Tapi semenjak kesihatannya kian merosot dia cuma duduk kat kerusi makan dan bagi arahan nak buat apa.. mak xboleh nak berdiri lama².. kalau balik dia serahkan dapur tu ko masaklah gitu..

Ayah cakap tahun ni rezeki mak dapat puasa penuh.. puasa 6 pun dia buat juga.. bulan puasa pi teraweh penuh juga walaupun uzur dan solat duduk tapi dia semangat je nak ikut ayah pi surau..

Kesukaan mak adalah bunga.. pi memana kalau dia berkenan bunga tu dia akan beli or kalau pi rumah orang dia akan mintak benih or keratan batang nak tanam kat rumahnya.. ayah selalu lah bising sebab mak suka peram air basuhan ikan or air basuhan beras nak siram bunga²nya hahaha..

Mak juga suka bela ayam kampung.. dia cakap anak² dan cucu suka makan gulai ayam.. tapi semenjak setahun lepas ayah xkasi dah mak pelihara ayam sebabnya depa pun selalu naik KL kekadang 4,5 hari pi setiap rumah anak².. sini 4 rumah kena pergi baru sama adil dan saksama katanya tu yang dekat sebulan kan.. kalau bela ayam nanti sapa nak tengokkan ayam dan kasi makan kan..

1 je jadi rasa ralat tu menebal dalam hati ni.. bulan puasa aritu kami ni balik kejap² je dan x tidur pun.. apa ntah yang abeku rungsingkan xtau la.. nanti jem la esok ada kerja la banyak sangat alasannya.. dia pulak yang panas hahaha patutnya menantu yang mengelupur nak balik cepat kan..

Biasanya kalau raya kat Perak kami akan balik raya ke-2 malam or pagi raya ke-3 tapi kalini abeku xmau balik.. katanya bulan puasa tu dah 2x balik dan sebelum raya kami balik sebab beli baju raya cumanya xbermalam jelah.. balik hari gitu.. dia memang kasi duit belanja/duit raya daku dah sesiap belikan kekuih raya.. 

Setiap kali balik kampung abeku tu suka beli daging salai/ikan keli salai/burung puyuh salai jadi kami akan bahagi dua kasi mak juga.. so ada kaitan ye cite ikan keli salai ni.. bacalah kronologi di bawah...


~30hb Jun 2018 (Sabtu)

Kisahnya bermula ayah call bagitau mak kena tahan kat Hospital Melaka.. katanya tulang pinggul mak patah.. tapi malam sabtu tu kami masih belum tau cerita sebenarnya.. jadi semua adik beradik yang tinggal di sekitar KL, Selangor, WP putrajaya ni akan balik Melaka ziarah mak esok pagi..


~1hb Julai 2018 (Ahad)

Pagi² tu daku gigih bangun awal sebab nak buat roti jala.. sebenarnya harini anak buah ada buat open house raya.. dia mintak daku buatkan roti jala.. akan tetapi memandangkan kami akan balik Melaka ziarah mak jadi daku buat banyak sikit boleh juga kasi ateh makan.. ateh ada kat hospital jaga mak.. ayah masih di Masjid Tanah tunggu anak²nya datang ambik dia dan bawa ke hospital tengok mak.

Kiranya kamilah yang paling awal sampai rumah ayah.. yang lain² masih dalam perjalanan dan akan terus menuju ke Hospital Melaka.. kami pulak naik kancil je sebab ingatkan ayah dah gerak dulu.. ateh mintak ambikkan kerusi malas dan barang² untuk kegunaan mak di hospital tu pasal la kami balik kg dulu...

Dalam perjalanan ke hospital ayah buka mulut dan cerita kisah yang terjadi semalam pagi.. pagi tu mak ajak ayah pi pekan Masjid Tanah sebab ada pasar tani.. katanya nak beli ikan keli salai.. banyak kali dia merunggut dengan ayah katanya ikan keli salai yang kami beli masa balik sebelum raya aritu xsedap bau asap sabut.. 

Jadi dia nak beli yang elok untuk kami makan.. maksudnya nanti kami balik kampung dia akan suruh masak.. yea mak sejenis pemurah orangnya.. kalau balik kampung dia xpernah berkira apa saja lauk² ada dalam peti tu dia suruh kami bungkus bawak balik :(

Lepas beli ikan keli salai dan lauk² semua ayah cakap nak pi kebun (ayah jagakan kebun sedara) tengok buah durian.. masa tu tengah start buang buruk @ belajar jatuh orang kata.. mak berkeras nak ikut katanya nak cari durian yang xberapa ok boleh buat tempoyak katanya.. anak² suka makan tempoyak dedaun katanya.. 

Takdir tertulis... asbab mak nak ikut juga ke kebun entah macam mana ayah hilang pertimbangan masa motor skuter ayah terlanggar akar pokok rambutan di kebun.. motor ayah mengundur ke belakang sebab tayar x grip akar dan motor ayah rebah.. entah mana mak boleh jatuh terduduk dan ayah pulak jatuh dengan keadaan menahan motor yang menghempap kakinya.. 

Ayah dapatkan bantuan orang untuk hantarkan mak balik rumah.. mulanya mak cuma mengadu lengguh je jadi dia cuma cakap dia ok² je.. tapi semakin petang dia rasa sakit dan ayah call ateh ajak pi klinik kunun² nak ambik 1 suntikan untuk kurangkan rasa sakit.. tapi masa doktor check keadaan kaki mak katanya ni patah jadi dia bagi surat refer untuk rawatan seterusnya ke hospital untuk x-ray..

Biasa la bila di unit kecemasan ni agak lama.. petang membawak ke tengah malam baru dapat katil dan warded.. ateh antarkan ayah balik rumah dan dia pun balik rumah untuk berehat sebelum esok pagi² kembali ke hospital semula katanya..


-------------------------------------------------------------


Pagi di Hospital Melaka

Ateh update setelah doktor buat pemeriksaan dan hasil x-ray doktor mencadangkan untuk mak jalani 1 operation untuk pasang plat/skru pada tulang yang patah tu tapi belum tahu bila bergantung pada kekosongan OT dan kesihatan mak juga..

Semua anak² berkumpul di hospital dan abang wan selaku abang yang sulong mencadangkan untuk memindahkan mak ke PPUKM (Ijal bekerja di hospital tersebut jadinya senang lah dia nak tengok²kan mak katanya.. dan alasannya adik beradik lelaki ni semua ada berdekatan saja boleh datang jagakan mak.. (deme ni ada 5 beradik yea 3 lelaki dan 2 perempuan.. urutan adik beradik deme.. angah, abg wan, ateh, saipul dan ijal - angah duduk luar negara nun Melbourne sana, 3 beradik lelaki ni ada je sekitar KL dan ateh duduk Melaka)

Sebelum ni mak pernah buat operation buang ibu jari kaki akibat jangkitan kuman (penyakit gout/kencing manis jadi luka tu makin teruk dan x dapat diselamatkan) jadinya ateh berhenti kerja tolong jagakan mak selama 2 bulan.. tapi kalini dia xdapat nak jaga mak sebab kekangan masa dan kerja luar..


~2hb Julai 2018 (Isnin)

Ikutkan perbincangan deme adik beradik urusan transfer hanya akan dibuat pada hari Selasa tapi entah macam mana ntah kalut² Isnin dah ready report dan surat menyurat untuk pindah hospital.. kelam kabut juga tapi rezeki ambulan free haritu dan mak berjaya dipindahkan.. mahal juga kos sewa ambulan ni Hospital Melaka - PPUKM dan balik kosong xde penumpang = RM500 gullpss mybe tu memang rate charge deme ek..

Pukul 3.53 petang ambulan sampai PPUKM.. al-hamdulillah dipermudahkan urusan perpindahan..


~3hb Julai 2018 (Selasa)

10.46 pagi Ijal maklumkan mak start puasa maksudnya nak operation la ikutkan.. tapi jam 11.02 pagi doktor maklumkan mak ada pneumonia jadi x boleh teruskan..


~4hb Julai 2018 (Rabu)

Mak dipindahkan wad biasa tapi duduk berhampiran kaunter untuk misi buat pengawasan.. katanya bila mak dah stabil baru boleh pindah ke wad yang special sikit.. disebabkan operation ni nanti kena masukkan plat/skru jadi kena bayar deposit besi dalam rm1705 gitu la..


deme tong² adik beradik bayar


~8hb Julai 2018 (Ahad)

Daku baru berkesempatan nak ziarah mak.. hari kerja memang terkejar² memang xsempat nak pi ziarah.. asben je pergi sendiri naik motor senang katanya nak menghadap jem stress juga.. daku masakkan mak bubur kosong.. mula² kami gilir² masuk sebab anak² xboleh masuk kan.. masa lawat ni mak ok cuma xleh bergerak sebab kaki pasang pemberat tu untuk pastikan tulang xlari katanya.. jadi terbaring jelah dengan ada waktunya kena sedut gas.. tetiba pulak mak kena atshma jadi paru² xclear tu kena tangguh operation tu..


~9hb Julai 2018 (Isnin)

3.38 petang Ijal maklumkan mak mybe akan operation awal pagi esok.. 1st patient yang masuk OT katanya.. doktor akan epidural bius separuh badan je.. tapi bergantung juga tahap kesihatan mak yea katanya..


~10hb Julai 2018 (Selasa)

8.54 pagi Ijal maklumkan mak dah masuk OT dan mybe operation akan selesai tengah hari.. tapi jam 12.27 tengah hari doktor maklumkan operation cancle due to atshma.. lung condition not clear to proceed.. doktor cakap reschedule operation until lung is clear.. mybe 2-3 minggu lagi katanya..


~11hb Julai 2018 (Rabu)


Mak demam dan bacaan gula mencanak naik cecah hampir 20 mmol/L.. misi dah bising² gula xmau turun katanya mybe makanan luar tinggi gula.. bahaya yea makcik!


~12hb Julai 2018 (Khamis)

Ijal update sebab gula mak tinggi sekarang doktor terpaksa cucuk insulin untuk turunkan gula bagi stabil.. selagi bacaan gula + pheumonia + blood pressure x stabil operation xboleh diteruskan.. mak kena guna inhaler juga..


~13hb Julai 2018 (Jumaat)

Update terkini! Ijal jumpa doktor pakar dan depa doq bincang katanya dapat detect masalah kat jantung pulak (myocardium infarction) so doktor bagi 2 pilihan:-

  • boleh bedah tapi sangat berisiko tinggi.. under cardiologist supervision
  • bawak mak balik dan 3 bulan selepas ini datang semula.. yang patah akan cantum dengan sendirinya tapi x akan elok macam biasa.. tapi versi ini pun berisiko juga sebab mak x boleh bergerak dan duduk pun x boleh.. bedded.. pun bahaya sebab boleh kena strok sebab baring saja..

Walaupun bawak balik rumah penjagaan kena buat macam duduk hospital yea.. kena bagi ubat cair darah, kena bagi inhaler, kena buat lung exercise, kena bagi oksigen juga..

Bacaan ECG (electrocardiogram) mak punya jantung xberapa ready nak buat operation.. kalau masih x ok juga pakar boleh bedah dalam HIGH RISK walaupun xbius habis katanya..




bahagian yang patah inter-trochanteric

mybe skru yang akan dimasukkan macam gini


~16hb Julai 2018 (Isnin)

Doktor mengesahkan operation xdapat dibuat atas faktor kesihatan.. (gout/kencing manis/darah tinggi/atshma dll) jadi disarankan bawak balik rumah.. kena training naik wheelchair dulu kalau boleh duduk maka esok hari dah boleh balik rumah.. doktor bagi tempoh 3 minggu kalau dah stabil baru operation akan dibuat..


~18hb Julai 2018 (Rabu)

Mak discaj arini dan akan duduk dengan abang wan kat Ampang (rumah isteri no. 2).. kebetulan isterinya suri rumah sepenuh masa dan belum ada anak jadi mak duduk sana di bawah jagaan deme..


~20hb Julai 2018 (Jumaat)

Mak x ok sangat sebab menahan sakit.. tapi masih terkawal lagi keadaannya.. masih menyesuaikan diri.. sebab tulang patah tu jadi memang pakai pampers 24 jam mybe rasa selesa sebab xdapat nak cuci bersih dan detail.. kesian mak tahan sakit bila tukar pampers.. sakit katanya.. :(


~25hb Julai 2018 (Rabu)

Ditakdirkan mak kena hypo jam 10 malam dan hypo ke-2 jam 3 pagi.. dan mybe waktu itu ayah beranggapan mak dan ok bila dah kasi air manis.. dan ayah pun terlelap hingga ke subuh.. ayah beranggapan mak ok tidur sangat lena sebab dia xbergerak dan cuma bunyi seakan dengkuran.. rupa²nya itu bukan bunyi dengkuran tapi bunyi air yang bertakung di mulut sebab mak dah x sedarkan diri dan xdapat nak telan air tu.. :(

Jam 9 pagi keadaan mak masih sama.. abang wan dah pergi kerja macam biasa.. ayah call abeku mintak datang Ampang dengan kadar segera.. sebab ayah panggil mak dan cuba gerakkan dia tapi x de respon.. Ijal call ambulan dan mak terus dibawa terus ke hospital Ampang..

MO check gula mak drop menjunam tinggal 1 mmol/L paras bahaya! bahasa medic kata diabetic shock..


~26hb Julai 2018 (Khamis)

Mak akhirnya sedarkan diri tapi masih lemah..


~27hb Julai 2018 (Jumaat)

Keadaan mak masih lemah.. boleh bercakap tapi dalam bahasa yang kita x faham butirannya.. kesan hypo masih ada.. dia kenal lagi semua orang al-hamdulillah..


~29hb Julai 2018 (Ahad)


Jam 10 malam abang Wan dan abeku pi hospital tengok mak dan kasi mak makan/minum (ada kelonggaran sikit part ni sebab xde sapa yang temankan mil waktu malam jadi pukul 10 malam tu waktu kasi makan/minum yang terakhir katanya..).. tiba² keadaan mak tercunggap-cunggap kurang oksigen.. dan xsedarkan diri semula :(


~30hb Julai 2018 (Isnin)

Daku ambik time off petang memandangkan semalam daku xsempat nak jengguk mak semenjak dia warded hospital Ampang ni.. semalam daku xdapat pi hospital sebab abeku pi KL naik motor sebab abang Wan nak guna motor ulang alik hospital.. parking susah kat hospital tu katanya.. jadinya lepas melawat mak abang Wan terus hantarkan abeku balik Putrajaya..

Lagi membuat daku susah hati bila kak midah (1st wife abang wan) update keadaan makin merosot..  pagi mak masih xsedarkan diri lagi.. dapat update jam 12.11 tengah hari doktor cakap suspek stroke.. dan x berapa selera nak makan..

Petang tu kami anak beranak kecuali si Faris je dia sekolah.. pi melawat mak.. waktu melawat tu ateh pun ada sama.. dia dengan mata merah² tarik tangan daku dan meluahkan rasa.. daku hanya boleh jadi pendengar.. 

Waktu ni al-hamdulillah mak dah sedar.. tapi dia macam xkenal orang dah.. panggil tapi xnyahut dan pandang kita dengan pandangan yang kosong... 


~31hb Julai 2018 (Selasa)

Kak midah update lagi.. yea arini dia ambik cuti melawat mak kat hospital.. kesihatan mak makin merosot.. doktor xboleh nak buat apa² dah.. mak masih boleh makan dan minum setakat ni..

X de improvement...masih sama cam semalam, tadi dorang bincang so decide mak stay sini dulu tengok camna progres bila doktor nak masukkan darah, ikut abang Wan soh pindah hukm tapi ijal risau plak nak bawak sbb risiko sendiri, sekarang ni doktor masukkan ubat balik..


~1hb Ogos 2018 (Rabu)

Ateh cuti ada kat hospital jagakan mak.. abang Wan cuma update dengan kak midah je.. dia xbagi update dalam grup famili sebab takut angah susah hati dan semua panik... Mak dah pejam mata dan xboleh makan minum macam biasa.. sekarang kena guna tiub untuk bagi susu melalui hidung..


 ni abeku wassup dgn abang wan
ni kak midah wassup abang wan


~2hb Ogos 2018 (Khamis)


Akhirnya... Allah swt beri peluang untuk angah balik tengok mak.. walaupun mak dah xsedarkan diri.. dah xkenal semua orang.. tapi dia tunggu anak dia yang dirinduinya selama 2 tahun ni.. walaupun zaman moden boleh call boleh video call tapi sentuhan / pelukan itu yang dia dambakan..

Daku cuti harini.. sebab nak bawak angah pi hospital tengok maknya.. anak² Farish/Farisya sekolah jadi Farha je ikut kami.. kami sampai pun jam 2 petang jadi waktu melawat dah habis.. terus pi cafe lunch dulu.. ayah ada, ijal pun ada sekali.. kesian ijal dalam kekalutan ulang alik jaga mak dan isterinya juga tengah sarat menunggu hari dia kena bisul dan bontot adoii.. rasanya ni kali yang ke-3 kalau x salah.. berakar pulak dia..

Pukul 3 petang daku soh Angah naik wad tengok mak.. luangkan masa dengan mak.. kami masuk melawat jam 4.30 petang.. mak macam tu jugalah.. tapi tangannya membengkak kesan air.. kalau isnin lepas walaupun mak xleh bercakap tapi dia respon bila misi angkat tangannya dia buat memek muka sakit.. harini xde dah respon..macam tidur lena je.. cuma nampak dadanya berombak turun naik bernafas..

Angah tunggu dan temankan mak sampai 10 malam je sebab dia penat baru sampai pagi tadi masih jetlag katanya..


~3hb Ogos 2018 (Jumaat)

Daku kerja macam biasa.. Angah tinggalkan danish kat rumah dengan abeku.. abang Wan ambik angah dan bawa pi hospital.. jadi dia boleh jaga mak.. 

Pagi ni Kementerian ada buat bacaan yassin daku tumpang sekali.. salah 1 usaha untuk kesembuhan / memudahkan urusan mak insyaAllah..

Angah update jam 11.28 pagi mak kena puasa.. bahasa medic nya doktor cakap xde harapan dah.. sila panggil semua ahli keluarga semua berkumpul.. semua ubatan badan mak tolak badan xleh terima.. badannya makin lemah..

dan akhirnya disaat azan asar berkumandang mak menghela nafas terakhir... innna lillahi wa inna ilaihi raji'un  إِنَّا اللهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Ayah sempat ajar mak mengucapkan kalimah syahadah.. angah ada sekali waktu itu.. abang wan pun sempat sama.. ijal pun sempat juga.. cuma abeku je dalam perjalanan.. dan ateh pun xsempat juga baru nak bergerak dari Melaka waktu itu.. ayah call ateh cakap x payah datang kl.. tunggu kat rumah saja..

Daku mesej abeku tanya apa plan kita? nak bawak jenazah balik kampung ke? katanya ibu bersiap lepas maghrib kita gerak balik kampung.. ayah dan angah akan naik 1 kereta dengan kita.. kak midah gerak sendiri balik dengan anak²nya.. abang Wan dan ijal uruskan hal² di hospital.. ijal dapat guna van jenazah PPUKM dan abang Wan menemankan mak sepanjang perjalanan.. Ijal balik dengan familinya lewat sikit la lepas urusan di hospital selesai..





Kami gerak dalam pukul 8 lebih.. kelaparan jadi sampai je Masjid Tanah terus pi KFC sebab xkan nak singgah kedai makan pulakkan.. tu je paling cepat sebab kat rumah ramai dah datang tunggu jenazah sampai..

Jenazah sampai dalam pukul 11 lebih.. urusan pengebumian keesokkan paginya.. ohh yea mak kita datang direct dari Tapah, depa sampai dekat 2 pagi... dapatlah mak jumpa besannya katanya ralat masa arwah sakit x datang ziarah kalau x datang masa ni bila lagi dapat jumpa..

:(

~4hb Ogos 2018 (Sabtu)

Pukul 9.00 pagi siap dah ustazah potong kain kapan.. cadangannya nak kebumi sebelum zohor dalam pukul 11 gitu la.. daku berpeluang dapat sama² mandikan mak.. seumur hidup daku x pernah tengok secara live setakat drama di tv je.. angah, ateh, jiran sebelah rumah, 2 orang kariah surau dan daku..

siap pakai kain kapan semua dah solat terus bawak ke tanah perkuburan.. rezeki mak 3 anak lelakinya bawak turun ke liang lahat..al-hamdulillah selesai semua dan dipermudahkan semula urusan.. 

Malam lepas isyak kami buat tahlil sikit.. xmasak pun kami order je orang masak..

ayah 
lepas 2,3 hari mak pergi..

 abeku cari batu kat langat



naik batu dah... 

Ayah setakat ni nak duduk kampung belum terbuka hati nak ikut kami duduk dengan anak² katanya.. 

Thursday, September 13, 2018

kronologi pembelian rumah Pr1ma Tapah


Assalamualaikum semua...

Kita nak share sikit kronologi kisah pembelian rumah Pr1ma Tapah.. rajin kita catit ek hehehe... boleh la mengkome tiru kalau ianya memberi faedah kalau idak abaikan jelah sekadar bahan bacaan kome jelah yea hehehe... 

Usah mengkome buang masa ayyyuuhh kita!

       PR1MA TAPAH


KRONOLOGI PEMBELIAN RUMAH PR1MA@TAPAH


Tarikh Tutup Permohonan Online                                          31.5.2016
Tarikh Cabutan Undi Online                                                   21.6.2016
Berjaya dalam Pengundian (via email)                                   01.7.2016
Email Jemputan ke Pemilihan Unit                                         15.8.2016
Tarikh Pemilihan Unit @ Dewan Muhibbah, Bidor klik sini     20.8.2016

1st Email kpd Pr1ma                                                              19.10.2016
- Tanya status Pinjaman Perumahan (Pr1ma)
                 
Pr1ma reply email pertanyaan                                                25.10.2016

Tarikh Sign Sale and Purchase Agreement (S&P) klik sini    17.11.2016
Tarikh Sale and Purchase Agreement (S&P) [cover pages]  29.11.2016   
Tarikh Stamping Sale and Purchase Agreement (S&P)         01.12.2016

2nd Email kpd Pr1ma                                                              21.11.2016
- bagi Salinan ic suami (S&P 2 nama)
    
Email tanya Status Pinjaman Perumahan (Pr1ma)                15.2.2017
- Jawapan pertanyaan oleh Pr1ma (via email)                       16.2.2017

3rd Email kpd Pr1ma                                                               21.3.2017
 - Tanya status Pinjaman Perumahan (Pr1ma)

 1st Call pejabat Lawyer Tanya Status                                      22.3.2017
(Borang 5A/MB Consent Pr1ma xsign lagi)

 2nd Call pejabat Lawyer Tanya Status                                    14.4.2017
(Borang 5A Pr1ma xsign lagi)

Call 3rd pejabat Lawyer Tanya Status                                     25.4.2017
(Dokumen semua lengkap)

Call 4th / 5th pejabat Lawyer Tanya Status                            28.4.2017 / 
                                                                5.5.2017
(Dapatkan No. Tracking : RA253323989MY)

Tarikh Pendaftaran Portal SPPB                                             26.8.2016
Sistem Pinjaman Bersepadu (SPPB)

Report Unit ICT LPPSA No. e-tiket aduan : 35345                 25.4.2017
(kesalahan Maklumat Ketua Jabatan)  

-          Maklumat Ketua Jabatan (Berjaya EDIT)                      27.4.2017
03-8880 2755 (Puan Shakira)
       03-8880 1866 (Cik Fitri)

Tarikh (pej Lawyer) hantar dokumen (via AR Register)         26.4.2017
Tarikh dokumen lengkap sampai (via AR Register)               08.5.2017
Tarikh hantar borang permohonan Pinjaman (LPPSA)          09.5.2017
Tarikh Kelulusan Loan (LPPSA)                                            15.5.2017
Tarikh Hantar Surat Setuju Terima Loan (LPPSA)                16.5.2017
Tarikh Email Surat Setuju Terima Loan (Pr1ma/Lawyer)      16.5.2017
Tarikh call lawyer booking date (sign Loan LPPSA)              22.5.2017
Tarikh sign dokumen Loan (LPPSA) klik sini                         26.5.2017
Tarikh call/email Pejabat Lawyer update loan (LPPSA)      14.9.2017
(tunggu Pr1ma bagi arahan utk apply MB Consent)

Tarikh Status Kebenaran Pindahmilik Tanah (LULUS)         08.12.2017

Tarikh Email Pr1ma/Lawyer tanya status terkini?           08.1.2018

Tarikh Pr1ma reply email                                          09.1.2018

Pihak PR1MA sudah menghantar invois puan ke pihak peguam akan tetapi, kami sedang dalam proses untuk menyelesaikan pembayaran cukai tanah 2018 dalam masa terdekat.

Jika ada sebarang masalah, puan boleh menghubungi saya semula.

Nur Amanina Ahmad Azman
Associate
Credit Management
T: 03 – 7495 9784

Tarikh Email Pr1ma tanya status terkini?                   26.2.2018
Tiada jawapan


Tarikh Email Pr1ma tanya status terkini?                   04.3.2018

Tarikh Pr1ma reply email                                         05.3.2018

Terima kasih kerana menghubungi kami.

Harap maklum, PR1MA@Tapah masih belum siap sepenuhnya. Buat masa ini sudah pun di dalam peringkat akhir untuk dilengkapkan.

Syazwan
Customer Service Executive
PR1MA Contact Centre
Tarikh terima Email – Credit Management                  03.4.2018
Call Pr1ma Tanya status                                          04.4.2018

*Community Management Department Pr1ma Tapah :   
  03-7628 9898  (En Badrul)

1) Bayar Miscellaneous Invoice : RM385-00
2) Call LPPSA dapatkan ‘Disbursement Statement’ (penyata      bayaran penuh)
3) Emailkan semula ke bahagian credit dan tunggu Pr1ma call untuk bagi tarikh ambik kunci



Call LPPSA Tanya status                                          04.04.2018

*03-8880 1600 (Puan Masitah)
- 25/9/2017 LPPSA pulangkan dokumen kpd Pej Lawyer
Status terkini! – pendaftaran Gadaian Tanah LPPSA belum terima.. tiada apa2 bayaran akan dibuat selagi dokumen tersebut di hantar ke LPPSA


Call pej Lawyer Tanya status                                       
04.04.2018


*05-5063 777 puan Zira
- baru terima dokumen+arahan Pr1ma pada 2/4/2018 dan pejabat lawyer sedang uruskan dokumen consent/cukai tanah/pendaftaran gadaian

Pejabat Lawyer call Tanya ini 1st home ke?                           05.4.2018 / 
                                                                13.4.2018
Dpt diskaun 50% (duti setem)

Tarikh Pejabat Lawyer Mahinderjit call / email                        17.5.2018

*05-5063 777 puan Zira
- dapat call / email soh bayar stamping RM1130 sebab esok last day untuk stamping.. total bil rm4290 - (deposit 500+1130 stamping) baki rm2612.96


 



Call pej Lawyer Tanya status                                         18.7.2018


*05-5063 777 puan Zira
- call tanya status terkini? Kena bayar full statement baru proses tukar nama akan di buat dan serahan dokumen berkaitan ke LPPSA. Semua ok baru PR1MA akan call untuk penyerahan kunci rumah.

Bank in via Maybank2u baki bayaran : RM2612.96 bertarikh 18.7.2018


Call pej Lawyer Tanya status                                          01.8.2018


*05-5063 777 puan Zira
- call tanya status terkini? stamping surat Hibah di LHDN (SPA 2 nama loan 1 nama jadi surat hibah kena stamping)
- geran dah tukar nama kepada pembeli.
- settle stamping pejabat lawyer akan serahkan semua doc untuk tindakan Pr1ma / LPPSA

Terima sesalinan surat via pos biasa                                       15.8.2018


- Tarikh surat Lawyer hantar ke LPPSA : 3.8.2018
    


Check website SPPB                                                      17.8.2018


- Tarikh surat kepada Pr1ma dan Tetuan Toh Theam Hock & Co Status bayaran kemajuan (bayaran penuh 100%) via Electronic Fund Transfer (EFT)  : 14.8.2018
   



Call LPPSA Tanya status                                            20.8.2018

*03-8880 1600 (En Ariq? Xingat nama)
- surat penyata bayaran penuh boleh gunakan “maklumat bayaran melalui EFT sebagai bukti pembayaran penuh telah dibuat kepada Pr1ma


Call Pr1ma Tanya status                                            20.8.2018

*Community Management Department Pr1ma Tapah :             03-7628 9898  (Cik Ika)

1) Email ‘maklumat penyata bayaran melalui EFT’ kepada (credit.mgmt@pr1ma.mycc kepada (info@pr1ma.my)
2) Bercakap dengan Cik Ika
-  tunggu Pr1ma reply email
- nanti ada person incharge akan call tetapkan tarikh temujanji utk ambil kunci rumah
- Tanya berkenaan jumlah yuran maintenance (total rm330 / 6 = rm55 sebulan => anggaran) setahun rm660


Credit Management
Mon 8/20/2018 10:35 AM

Dear Ms,

We have issued the Clearance Letter on 16 August 2018 to Customer Care Department. The PIC from the respective department will contact you soon for the arrangement on appointment for keys collection.

Thank you.

Regards,
Credit Management
PR1MA


PIC Pr1ma Tapah call                                                23.8.2018

*014-8308216 (En Haziq)
- bagi tarikh ambik kunci 5.9.2018 (Rabu) minta tukar tarikh      lain


PIC Pr1ma Tapah call                                                27.8.2018

*014-8308216 (En Haziq)
- dapat tukar tarikh ambik kunci 7.9.2018 (Jumaat) jam 11.00 pagi (jumpa En Haziq / Cik Nasya)
            1. bawa salinan kad pengenalan
            2. salinan asal SPA
            3. salinan SPA 
                -  1 cover pages
                -  1 pages pertama SPA (ada stamping)
                -  2 signning pages

- bayaran maintenance/sinking fund cover bln April hingga Oktober sahaja (valid 6 bulan rm330)
- bayaran tukar nama untuk penama meter TNB *rm260 (anggaran masa siap/lulus permohonan 2 minggu)
- bayaran tukar nama untuk penama meter LAP *rm1++(belum boleh daftar lagi setakat ini)


Sekian dahulu cerita kita.. nanti kita sambung part ambik kunci yea..... 

Signature - ANIM-Yatie Ahmad