CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, February 21, 2012

Tonton Online Jujur Aku Dayus

JUJUR AKU DAYUS (TV3)
Cerekarama Sabtu
TARIKH: 18 FEBRUARI 2012
MASA: 10.00malam

Sinopsis: Jujur Aku Dayus mengisahkan pasangan suami isteri, Edree dan Lisa yang hidup bahagia selepas perkahwinan yang berusia lebih setahun. Sebagai seorang pegawai berprofil tinggi, Edree memikul tanggungjawab besar di dalam syarikat. Suatu hari, dia ditugaskan untuk ke luar negara dan selepas lapan tahun keika dalam perjalanan puang ke rumah untuk melepaskan rindu kepada isteri tercinta, Edree ditimpa kemalangan menyebabkan dia koma.

Lakonan: Nora Danish, Beto, Zul Ariffin, Irma Hasmie




Ohhh cite ni penuh suspen ok! Aku dapat tengok pun 45 minit sebelum citer ni habis walaupun hanya dapat tengok di penghujung citer tapi aku masih blur x dapat nak tangkap apa ending citer ni... Memang best la citer ni...

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

copy komen drpd WoRRioR TPG

Hehe terlalu banyak persoalan masa dalam jalan cerita dengan kemunculan Aisha yang mengandung, mula mula teka Aisha ni isteri kedua kot sebab Lisa tak nak ikut ke Jepun.

Dari awal duk cerita Lisa ni dulu bukan wanita baik pun, duk teka jugak mungkin Lisa ni kembali liar dan curang..teka semua tak kena..

Kenapa kenapa Ed benci sangat dengan Lisa?..oh semestinya pengarah tak mau dedahkan awal lagi kenapa Lisa dibenci suaminya..kalau bagitahu awal tentu tak best nak tengok sampai ending kan.

Lagi lagi bila Aisha kata jubah dan tudung tak dapat nak menutup hati yang kotor (keburukan)..lagi la duk pikir Nora Danish jadi curang nih..

Kemuncak dalam cerita ni apabila tiba masa Edree pi bersemuka dengan bapa mertua dan isterinya masa nak menjatuhkan talak tu..duk suspen lagi tu..

Awak dah tahu? Lisa tanya Edree

Edree tanya balik Lisa, “Awak dah tahu”? aishhh cerita ni saspen memanjang hahah!!

bapa mertua Ed pun tanya pulak , apa yang dia tak tahu, apa yang diorang tahu? Soalan dijawab dgn soalan?

Akhirnya kepenatan menunggu jawapan apa sebab Ed bersikap dingin dengan Lisa dan berkelakuan kurang ajar melampau-lampau kat Lisa terjawab jugak..(sila bagi pujian pada lakonan Beto Qushairy ok)

Pengajaran dari drama Jujur Aku Dayus ni..isteri kena taat pada suami, minta izin suami kalau nak keluar mana mana..

Masa part Ed habis solat, masuk Lisa ke dalam bilik..

Lisa pun kata dia tak patut keluar dengan lelaki lain..bila keluar dengan lelaki lain musibah telah melanda dirinya, hingga rumahtangga yang dibina hancur, keluar dengan lelaki lain tu menimbulkan fitnah..

Walaupun sikit aje kemunculan Zul Ariffin, lakonan beliau juga boleh dipuji

Nasib baik rumah tangga mereka dapat diselamatkan apabila kebenaran akhirnya berpihak kepada orang yang jujur.. happy ending.


Friday, February 17, 2012

Kejohanan Lumba Basikal Asia di Putrajaya & Majlis Sambutan Maulidur Rasul TW

Penutupan Jalan Sempena Kejohanan Lumba Basikal Asia 
pada 14 hingga 18 Feb 2012 di Putrajaya

Salam,

Nak citer la ada Kejohanan Lumba Basikal Asia kat Putrajaya sekarang ni, setelah 4 hari berlalu maka esok akan berakhirlah event tu. Comfirm ramai orang luar rasa marah, tension dan lain² perasaan xpuas hati sebab banyak jalan tutup sepanjang event ni dijalankan ada yang terus sesat jalan sebab lencongan huhu cian deme² itu.... 

Laluan akan ditutup bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang, nasib baik sebelum waktu puncak orang nak balik kerja kalu x comfirm jalan sesak kan... Elehh macam aku naik kete lagak gaya hehe padahal setiap petang bas Nadi Putra tolong hantarkan aku balik rumah pagi je kandaku hantarkan ke ofis :).

Ni le laluan sepanjang 5 hari deme berlumba basikal, gamaknya xmau jadi macam aritu ada pelumba basikal negara dilanggar kereta KLIK SINI tu yang pakat tutup banyak jalan.

  
Ohooo opis haku pun depa lalu tau, bak kata Jilah (ketika tengah asyik makan dan makan masa majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat TW pagi semalam) 'sapa nak tengok suar ketat lalu leh jenguk luar jendela hahaha...' Leh lak semua pakat nyahut mana² terjah jendela kuikuikui...

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat TW  
pada 16 Feb 2012 (Khamis)

Ehh ada majlis makan² semalam pagi tau, kiteorang wat potluck sorang sikit. Mulanya big boss nak 'menaja' Mushroom Soup' (wahhh b/fast ala² mat saleh gitu cadangannya tapiiiiiii last minute caterer yang bos rekemen tu xsempat nak buat dan menu telah di tukar ke selera melayu ye 'Beehun Goreng' je). 

 Waaaa kecur ayor liurr jejeh² haha...

Frust weiii dah set lam otak ni nak makan Mushroom Soup + Garlic bread wahhh tetiba cancel waaaa tapi potluck semalam memang versi terbaeeekkkkkkkkk ok! Aku salute kat Ketua Penanggah aka EO Rohana dan semua mak dara, anak dara & teruna + ayahanda Lazman sesama bekerja keras sebelum, semasa dan selepas majlis berjalan.

Puhhh ramai jugak warga KKLW aka kengkawan datang memeriahkan majlis hampir jam 12 tengahari depa mai makan², sembang² dan berfoya² hahaha... santai gitu! Al-hamdulillah makanan semua habis :)

Ni layan gambo menu kami semalam.....

 Menu Utama & Potluck kengkawan TW
Pemanis Mulut gituww...
Team Work (TW) = Kerjasama : )
Selawat Nabi
Selawat & Doa
Jamuan untuk VIP
Warga TW pulak makan yehaa..
Bersuka ria itu pasti huhu...

Ok itu je nak khabo kat kome semua.. Banyak lagi gambar tapi malas nak edit boleh? hehe daaaa..........


Tuesday, February 14, 2012

Nasi Goreng Merah :)


Haii...

Pe ke halnya tajuk gitu pepagi harini? Ini adalah nasi goreng bekal sarapan pagi ni, masak demi memenuhi permintaan si Ella yang nak makan nasi goreng (siap buat pesanan penaja petang semalam soh masak nasik lebih pagi ni leh goreng katanya tapi siap pesan xmau taruk telur, udang tau huhuhu...)

Nasi goreng ni mengingatkan aku kat mak, dulu masa zaman aku sekolah mak akan goreng nasi bila nasi xhabis dan lebihan sambal belacan yang xhabis tu yang menyedapkan lagi nasi goreng ada pulak isi ikan kembung (mak aku jarang gi pasar jadi kalu peraih ikan datang dia akan beli ikan bebanyak tapi selalunya xde pilihan kan maka lauk yang sama jek kembung, merah, cencaru gelama herrmmm...)

Kebetulan ikan kembung goreng tu memang selalu ada lebih jadi mak akan amik isi ikan dan asingkan tulang temulang kemudian boh dalam nasi goreng. Kekadang kosong bodoh gitu je xde sesayur pun tapi biasa la air tangan mak 100% sedap hingga menjilat sudu huhu....


Moh masak!

Nasi Goreng Merah
Bahan² :

3 cawan nasi

Bahan A
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih             * Mayang Halus
                                             
Bahan B
Segenggam ikan bilis
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih             * Tumbuk kasar

Bahan C
2 sudu makan cili kering @ cili padi (tapi xjadi merah la pulak kan kalu guna cili padi)
Sedikit isi ayam (potong kecil)

2 batang kacang panjang (potong kecil)
Sedikit lobak (potong dadu)

Minyak untuk menumis
Garam/Gula secukup rasa 

Cara² memasak : 

Tuang Minyak dan gorengkan Bahan A sehingga layu dan naik bau kemudian masukkan Bahan B tumis hingga garing sedikit kemudian masukkan Bahan C. Bila sambal masak dan terbit minyak masukkan sayur dan nasi dan gaul rata. Pastikan api kecil je sewaktu mengoreng nasi supaya nasi xhangit dan serata je rasanya. Akhir sekali boh garam dan gula secukupnya. Siap!


Ok daaaaaa.........

Monday, February 13, 2012

:: Kongsi Info : Siput Sudu@Kupang Sambal ::

Siput sudu atau juga dikenali sebagai kupang, merupakan sejenis famili kerang-kerangan dwicangkerang yang boleh dimakan. Siput sudu boleh dijumpai di kawasan air tawar seperti tasik dan sungai dan juga di kawasan pasang surut di pinggir laut di seluruh dunia.

Melalui arkeologi, dapat diketahui bahawa manusia telah lama menjadikan siput sudu sebagai satu sumber makanan. Hari ini, siput sudu laut merupakan sejenis makanan laut yang popular, terutamanya di Belanda dan Belgium, di mana ia biasanya dimakan bersama kentang goreng atau jejari kentang. Di Itali pula, siput sudu biasa dimakan bersama makanan laut lain atau dimasukkan ke dalam pasta. Di Turki, siput sudu akan digoreng dengan tepung dan dimakan dengan kebab ('midye tava') atau dimakan sejuk bersama nasi ('midye dolma'). Siput sudu juga selalu dimakan dengan alkohol (selalunya dengan with 'raki' atau bir).

Seperti makanan laut lain, siput sudu merupakan sumber protein yang baik.

Sumber :  http://ms.wikipedia.org/wiki/Siput_sudu


~12hb Februari 2012 (Ahad)



Semalam tengahari encik suami beli kupang iaitu salah satu makanan kegemaran beliau (walaupun beliau tahu kupang adalah tergolong dalam kumpulan seafood, ohh yea ubat resdung ada kata beliau sambil tersenyum lebar huhuhu...) 

Selalunya sambal je yang akan membuka selera dan nafsu makan beliau, maka setelah beliau memborong sekilo kupang dengan harga 1kg = RM8 beliau jugalah yang akan menyucikan kulit kupang dengan menyental dengan kudrat lelakinya hahaha... Sesudah bersih rendam sebentar pula dengan air panas supaya bersih dan tiada pasir lagi.

Moh masak!

Siput Sudu@Kupang Sambal
Bahan² :


1 kg Siput Sudu@Kupang (yang telah dibersihkan)

Bahan A
Cili Kering * (ikut suka berapa banyak ye suka pedas taruk lebih)
1 biji Bawang Besar *
5 ulas Bawang Putih *
1 batang Serai *
1 inci Halia *
1 sudu kecil Serbuk Kunyit
1 inci Belacan                * Kisar Halus

Bahan B
2 ulas Bawang Kecil #
2 ulas Bawang Putih #
1 batang Serai #
1 inci Halia #                # Mayang Halus

1 keping asam keping
Minyak untuk menumis
Garam/Gula secukup rasa 

Cara² memasak : 

Tuang Minyak dan gorengkan Bahan B sehingga layu dan naik bau kemudian masukkan Bahan A tumis hingga terbit minyak. Bila sambal masak dan terbit minyak masukkan kupang, asam keping dan gaul rata kemudian tutup kuali biarkan selama 5 minit. Rasakan garam dan gula dan gaul rata lagi. Bila kulit kupang tergangga maknanya dah masak la tu....

Nota kecil : kupang ni jenis pembawa air jadi sambal kita akan jadi cair la ye so jangan tambah air sewaktu menumis sambal. Kalu nak sambal kering korang kene rebus dulu kupang dan amik isinya dan leh masak sambal macam biasa :)



:: Kongsi Info : Asam Jawa@Celagi ::



Asam jawa atau Celagi adalah sejenis pokok saka malar hijau yang terdapat di hutan Malaysia. Nama botaninya Tamarindus indica.

Asam jawa mempunyai kelongsong yang mengandungi beberapa biji asam jawa didalamnya. Kelonsongnya yang keras akan dipecahkan dan isinya akan diasingkan dari biji benih yang terdapat didalamnya.

Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang.

Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula. Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak.

Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Asam_jawa


Ni asam jawa yang encik suamiku bawak balik, bila ku tanya beliau kata kutip kat luar pagar sekolah tamil (lokasi xtau kat mana). Ku tanya lagi nak buat apa beliau jawab buat makan la... 

Hahaha makan gitu² je ke macam makan kacang ekk? ................!!!


Friday, February 3, 2012

1 Tahun 3 Minggu + 3 batang gigi : )

Hai, salam pagi Jumaat semua : )

♥ French Fries with Mayonis ♥
♥ Cucur Bilis With Carrot ♥
Vegeroni Spirals & Sos Kimball and Mushroom