CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Sunday, July 19, 2020

Selamat Datang 2020

Assalamualaikumm

Hai semua! lama sudah blogku ini menyepi.. rasanya menjak mil meninggal dunia (bln 8 tahun 2018 lepas hinggalah daku bertukar bahagian bulan mac 2019) dan kini masuk pertengahan tahun 2020..

Mungkin peralihan tempat kerja baru yang lagi sibuk dan mencabar membuatkan daku kebizian lalu kemalasan untuk membawang hahaha..

Perkembangan terkini masih daku bergini seadanya.. tetap kegemukan hahaha masih gagal misi mengecil.. pernah mengecil sekejap tapi kesudahannya membesar semula kikiki..

Di tempat kerja yang baru ini menyeronokkan boleh terlibat dengan event besar.. berpeluang terbang ke negeri di bawah bayu selama 5 hari menjadi urus nan setia.. pengalaman yang sukar dilupakan..

Sebelum ni daku tidak pernah menguruskan HR dan urusan eP (lo untuk tempahan makan minum mesyuarat dan tempahan bilik penginapan untuk pegawai dan kakitangan) maka itu salah satu pelajaran baru buatku.. dengan pengurusan aset/stor semua versi yang daku tidak pernah buat..

Persekitaran tempat bekerja alhamdulillah menyeronokkan, kawan sekerja walaupun unit kami kecil tapi tetap meriah hahaha..

Apa yang berubah tahun 2020 ini?

Banyak benda telah berubah tidak sama seperti sebelum ini.. rahmat kerana covid 19 ni kita semua berpeluang merasa duit moratarium selama 6 bulan kan.. daku mengambil kesempatan menyiapkan rumah Pr1ma Tapah.. pasang tinted, pasang grill rumah dan beli kipas lampu.. next time balik Tapah boleh la singgah jenguk rumah.. dekat 2 tahun rumah tu tak siap budget xde uols..


Tahun ni juga penuh debaran menunggu giliran berpindah Kementerian.. ramai kengkawan dah dapat email.. bagi yang telah melebihi 7 tahun servis di satu² kementerian/jabatan JPA akan buat pertukaran.. jeng³x...

Apa gambaran korang berkaitan tahun 2020? adakah sama macam bayangan kita dulu²? kereta terbang.. negara yang serba maju.. tapi seiringkah kita dengan kemajuan ini..

Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersama kita jayakan..

Oklah tu je daku nak cerita.. tahun bila pulak nak menulis lagi sabarlah korang menunggu.. ehh iye ke ada yang tunggu errmmm..

Signature - ANIM-Yatie Ahmad