CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, September 21, 2010

~Selamat Hari Raya Aidilfitri Tahun 2010~Perak

Salam,

Tahun ni (2010) giliran beraya di rumah den yahooo selonok bangat!!! Tapi agak tragis bila semua anak dan menantu xde seorang pun beraya di umah mertua (Melaka) sedih dengar mak beraya dengan ayah berdua jek... Nak buek camno xdapek lah den nak nolong... Ateh pun xbalik langsung memang sedih la, anak dara bujang pun xbalik raya...herrmmm....

~7hb September 2010 (Selasa)

Hari terakhir bekerja, teruja sangat² nak balik malam ni kunun²nya nak dapatkan diskaun 20% tol sempena raya huhuhu... Petang 2 berbuka beli makanan kat bazar ramadhan jek xmau masak ye nak kemas dapur kasi bersih bersinar wahhh.... Basuh kain baju, sapu sampah, kemas² rumah sikit dan kemas beg pakaian untuk bekalan sepanjang di kampung....

Lepas berbuka puasa, mandi, solat sekitar 8.30 mlm bergerak lah kami 3 beranak (ehh 4 beranak dlm perut ikut sekali...) Sesudah isi minyak di Petronas Presint 16 terjadilah drama sebabak wuarrgghhh... Nak balik duit xde amacam? Nangis² bagai rasa macam xmau balik Perak dan beraya jek kat umah (Putrajaya)... Adakah en suami sengaja menduga aku? Wuarrgghhhh.....

Sambil berlinangan air mata perjalanan di teruskan menuju ke Shah Alam, kunun²nya nak berjumpa kakak iparku (kakak en suamiku la) Kebetulan beliau baru sampai di Malaysia cuti raya selama sebulan, angah memang rapat dengan aku...dia selalu dengan rela mendengar keluh kesah aku....Agak lama bersembang kosong tiba² abang ngah hulur kat aku $ RM50 tp tebal la kat aku katanya wat blanje raya...Haaaa terkejut beruk aku! Padahal kat dapur tadi angah kasi aku RM150 wat blanje tol, minyak.... Sedih, terharu, sebak semua ada wawawa................(aku kira² semua sekali aku dapat RM550 $ raya yahooo...)

Dah dapat $ raya dapat pulak Single Electronic Breast Pump jenama Philips Avent, angah kata hadiah untuk baby dalam perut aku ni...wawawa aku nangis sedih lagikkkk...........Terima kasih ye angah!!!


Akhirnya kul 11 malam baru kami bergerak balik menuju kampung halamanku....Tiba di rumah sekitar jam 1.30 pagi. Sesampai umah terus tidur ngantuk ye sok nk bangun sahur lak....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~8hb September 2010 (Rabu)

Hari ni Yong masih lagi bekerja, jadi aku mengemas rumah untuk persiapan raya sebab nyah, kakak (anak buah aku balik malam raya) En suamiku apa lagi gi mengail la katanya nak buat ikan kering banyak²... Petang 2 Wan gi amik Yong dan petang 2 jugak Yong panjat pokok kelapa rendang nak cari daun wat ketupat. Nyah pun sampai dalam kul 6 petang cuti x lama pagi raya akan kembali ke KL semula sebab kerja shift petang. Malam 2 berbuka puasa dengan ikan raja@peacock goreng, kerabu bunga paku rawan (orang jawa kt sini panggil genjer) sedap sampai bertambah2 makan huhuhu....
 ::: Nilah pokoknye ye kawan2 :::

Celur bunga paku rawan dengan daunnya sekali kemudian gaul bersama kelapa parut yang di tumbuk sekali dengan cili, belacan, bawang merah, ikan bilis kemudian perah asam limau dan perasakan dengan garam gula pehhh sodapp sehh.....

Malam 2 sewaktu bersantaian sambil tengok tv kiterorang memulakan operasi menganyam ketupat. Adat la bila nak raya maka aku kelam kabut belajar step nak anyam ketupat huhuhu....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~9hb September 2010 (Khamis)

Oleh kerana bangun sahur sekitar jam 4 pagi (mak aii awalnyaa...) Yong + Nyah layan bersembang sampai ke pagi dan akhir selepas subuh mereka terbabas tidur huhuhu...Jam 9 pagi baru keluar gi pasar cari bahan² nak masak lodeh, daun palas dll lagi... Ayam Yong dah beli semalam dan letak kat umah dia jadi tinggal nak amik je... Setiap tahun mak akan peruntukkan 8 @ 9 ekor ayam telur@ayam pencen (untuk masak kicap, kari & rendang). Selalunya aku la yang sponsar untuk beli ayam...

Percaya x pagi raya memang meriah sebab ada kenduri doa selamat dan tahlil, selepas jemaah surau abis sembahyang raya mereka akan berarak beramai-ramai menziarahi dari rumah ke rumah  membaca doa dan makan laa......

Aku menyediakan bahan² untuk ayam masak kicap, kari  & rendang. Kupas bebawang, halia, lengkuas, cili kering, santan kelapa, kerisik dll. Siap blender supaya mempercepatkan proses memasak nanti. Yong + Nyah balik maka bermula operasi mengisi beras dalam sarung ketupat, merebus ketupat, merebus lontong. Tahun ni mak xbuat Lemang maka alternatif di cari mengantikan lemang kaedah merebus, korang mesti xpenah tengok huhuhu...Rasanya memang sama macam lemang cuma x bakar jek....

Sekitar jam 4.30 petang semua dah rasa lembik semacam sebab cuaca panas, letih berpuasa, lapar, ngantuk dll... Rasa macam nak buka jek tapi dah petang sayang la puasa 2 kan... Baring2 jap rehatkan diri...memang letih sangat...!!! Setelah berpenat lelah korang layan lah menu² yang berjaya kami anak beranak masak...cuma gambar rendang ayam x sempat snap......

::: Ketupat hasil anyaman Yong, En Suamiku tercinta dan Den la huhuhu...:::
::: Ketupat Palas Yong buek sampai pengsan2 letih woo.....:::
::: Lontong versi Yong~beras dalam gulungan daun pisang...:::
::: Lemang versi Mak - pulut ditanak dengan santan kemudian dibungkus 
dan rebus...:::
::: Ayam masak Kicap versi Yong...:::
::: Kari Ayam versi Yong...:::
 ::: Kuah Lodeh versi Yong + Nyah... :::
::: Sambal Goreng Jawa versi Mak...:::

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~10hb September 2010 (Jumaat)

Pagi raya hujan rahmat turun dengan lebatnya, semalam rasa panas leting dan pagi ni hujan rupa2nya... Jenuh membangunkan anak buah supaya gi sembahyang sunat Aidilfitri kat surau berdekatan. Siapkan farish, bersarapan, mengemas rumah dan menyiapkan persiapan untuk majlis kenduri nanti.  Walaupun hujan tapi ramai jugaklah yang datang syukur al-hamdulillah.

::: Ahli jemaah surau yang datang membacakan doa selamat dan 
tahlil di pagi raya :::
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

::: Ni pulak geng kengkawan anak buah datang beraya, farish pun menyibuk sama mengacah pakcik beliau ::: 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

::: Ni pulak sepupu@anak adik mak datang beraya ::: 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

::: Wan lom brape sembuh lagi makan pun guna tangan kiri :::

::: Nyah bergambar sebelum terkejar2 nak balik sebab tiket bas 
dia kul 10.30 pagi :::
::: Mak bersama Yong sekeluarga :::
::: Keluarga den bersama Mak, Yong & Yop :::
 
::: Edy, Kakak, Cik Ndek & Yong :::

Sekian cerita raya di Negeri kelahiranku.... Petang ahad dah balik semula ke Putrajaya sebab en suamiku mula bekerja pada hari Isnin. Pada cuti umum Hari Malaysia (Khamis) kami anak beranak balik ke Melaka pulak beraya bersama keluarga mertua hinggalah pagi ahadnya kami kembali semula ke Putrajaya...esok udah mula keroje ye lama benor dah cutinyaaaaaaa..................

No comments :