CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, October 5, 2010

Bila Suami Curang.....



Bagi kaum wanita mungkin tidak ada yang lebih menyakitkan hati apabila mengetahui pasangannya berlaku curang. Jadi bagaimana menanganinya? Tidak mudah tetapi beberapa langkah di bawah mungkin boleh membantu.

Jika anda belum pasti yang pasangan anda betul-betul bermain kayu tiga, eloklah berhati-hati terlebih dahulu sebelum bertindak. Maknanya jangan bersikap membabi buta bila mengetahui suami anda bercurang. Ini kerana anda mungkin terlalu emosional, lalu perasaan marah, sakit hati, dan keinginan membalas dendam berkecamuk akan mempengaruhi tindak-tanduk anda. Berikut ada lima perkara yang anda harus lakukan.


1. Jangan tergesa-gesa meninggalkannya

 

Sebagai langkah pertama, hindari mengusir suami, apalagi meninggalkannya. Kedua hal ini adalah perkara terakhir yang boleh anda lakukan kalau difikir wajar. Apa yang perlu dilakukan adalah memerhati dan mengawasi apa yang terjadi, sambil mengumpulkan fakta. Hal ini lebih mudah dilakukan bila anda masih tinggal di dalam satu rumah. Jika anda mengusirnya atau anda yang meninggalkan rumah, akan sulit mengikuti pergerakannya.

2. Berhati-hati berkongsi kisah ini

 
Akan timbul keinginan untuk menceritakan kecurangan suami anda pada seseorang atau mencari simpati, baik daripada teman ataupun keluarga. Tetapi berhati-hatilah dengan apa yang anda hendak diceritakan. Bila anda berkongsi dengan teman wanita, biasanya dia akan memanjangkan lagi cerita itu kepada teman lain. Pastikan orang yang anda mahu mencurahkan hati anda adalah orang yang benar-benar boleh dipercayai dan mahu menyimpan rahasia itu. Sebaiknya jangan menceritakannya kepada teman lelaki anda kerana hal ini akan membuat situasi lebih sulit kerana biasanya mereka pula akan mengambil kesempatan.

3. Jangan ambil sikap tak peduli

 
Bila anda bersikap tidak ambil kisah, hal ini hanya akan membuat situasi semakin buruk. Betapa sedih rasanya mengetahui suami bercurang, anda tetap harus menghadapi kenyataan. Mengabaikan ketidaksetiaannya memberi peluang kepadanya untuk terus menikmati kecurangannya.

Berpura-pura tidak ada kecurangan yang dilakukan oleh suami akan membuatnya berfikir anda tidak berkeberatan dan menerima kecurangan itu. Pada saat-saat tertentu anda harus dengan tegas mengatakan kepada suami, anda mengetahui kecurangan itu dan memintanya dengan tegas untuk menghentikannya.

4. Berdepannya dengan bukti


Ramai berpendapat, anda harus berdepan dengan suami mengenai kecurangannya. Tetapi untuk berbuat demikian, anda harus mempunyai rencana matang. Pilih waktu dan tempat yang aman agar pembicaraan tidak mendapat gangguan. JANGAN tanyakan kepada suami apakah dia bercurang. Sudah pasti dia tidak akan mengaku. 

Perlihatkan bukti-bukti yang sudah anda kumpulkan seperti nama wanita itu, tarikh, tempat, telefon, dan lain-lainnya. Lalu ajukan beberapa pertanyaan kepadanya, seperti mengapa dia melakukannya, bagaimana mulanya kejadian ini, berapa lama kecurangan ini sudah berlanjutan, bagaimana perasaannya terhadap isu ini, dan apa yang akan dilakukannya setelah anda mengetahui perbuatannya.

5. Jangan terlalu memikirkan kecurangannya

 
Wajar jika anda ingin tahu tentang siapa wanita itu, tapi jangan sampai waktu dan tenaga anda terbuang hanya kerana wanita tersebut. Jangan terlalu obsesi pada keingintahuan anda terhadap apa yang mereka lakukan secara terperinci. 

Tumpukan fikiran pada cara mengatasi masalah ini untuk anda berdua. Jangan permalukan diri anda dengan menuntut wanita tersebut meninggalkan suami anda. Dia tidak akan layan permintaan itu. Mengganggu atau mengancamnya boleh membahayakan anda. Bila salah langkah nanti anda boleh diheret ke pengadilan. Menghina mahupun meremehkannya juga akan membuat suami anda membelanya. Anda boleh membuat hubungan mereka semakin akrab lagi. Yang pentingnya, pusatkan tenaga serta usaha anda untuk mengembalikan perkahwinan anda seperti semula. 



Berikut di antara panduan dalam menghadapi 
suami curang:



a) Ambil Masa Redakan Perasaan

Kenyataan tetap kenyataan, anda tetap perlu berhadapan dengan kecurangan yang dilakukan. Ada sesetengah wanita yang sukar menerima kecurangan suami kerana perkara itu memang menjadi fobia dalam perkahwinan. Lakukanlah apa saja untuk menyakiti hantinya tetapi jangan berlaku curang.

Sesungguhnya memang sukar tapi inilah realiti yang perlu diterima. Ketika mendapat tahu berita kecurangan pasangan, anda mungkin merasa begitu lemah sekali, sakit hati, terasa dikhianati, marah dan ingin membalas dendam. Ini adalah respons normal setelah mengetahui ketidakjujuran dilakukan pasangan. Anda sendiri memang layak untuk marah dan juga berasa sakit hati.

Tidak dinafikan ada wanita mengambil masa yang lama untuk meredakan perasaan ini. Tapi apapun yang anda lakukan cubalah untuk tidak bertindak berlebihan pada keadaan ini. Berfikirlah tentang baik dan buruk tindakan anda sebelum melakukannya.

b) Mencari Sokongan

Dalam hal ini rakan dan keluarga selalunya menjadi tempat anda mengadu nasib. Tapi sebelum anda berbuat demikian, fikirlah dulu dengan siapa yang patut anda ajak berbicara tentang kecurangan suami.

Kesilapan memilih rakan kadang kala memakan diri anda sendiri. Apatah lagi anda tersilap pilih rakan yang suka membawa mulut dan membesar-besarkan cerita yang ada. Carilah sokongan daripada orang yang anda percayai dan kenali luar dan dalam.

Selain itu pastikan juga rakan yang anda pilih adalah seseorang yang dapat memberi sokongan dan pendengar yang baik. Bukannya memperdebatkan kembali apa yang anda katakan. Jika orang yang ajak berbicara membuat keputusan terlebih dahulu daripada anda dan mencadangkan tindakan yang anda sendiri rasakan tidak wajar maka carilah rakan yang lain.

c) Berhenti Menyalahkan Diri Sendiri

Dikatakan begini kerana ada wanita yang menyalahkan diri sendiri bila suami berlaku curang. "Aku tak layan dia dengan elok", "aku bukan isteri yang baik'' dan ''aku tak membahagiakan dirinya'' adalah di antara ayat yang mungkin keluar dari wanita ini.

Hentikan semua ini kerana yang berlaku curang bukan anda tapi dia!

Kecurangan adalah petanda besar bahawa sesebuah perkahwinan itu mempunyai masalah. Oleh itu adalah penting anda tidak menyalahkan diri anda dalam hal ini. Masalah yang berlaku sudah tentunya tidak hanya berpunca dari diri diri anda sendiri. Bahkan jika pasangan anda berasa tidak senang dengan perkahwinan yang dijalani, kecurangan bukanlah jalan keluar atau penyelesainnya. Masih banyak perkara lain yang boleh dilakukan untuk memperbaiki rumah tangga dan bukannya dengan mencari pasangan lain.

d) Jangan Buat Keputusan Ikut Emosi

Kecurangan suami sememangnya sesuatu yang menyakitkan hati. Kalau diikutkan hati yang marah dan sakit anda tentu mahu saja memutuskan saja hubungan. Biar hidup sendiri dari terus memakan hati.

Tapi ingatlah jangan membuat keputusan mengikut emosi yang marah. Berikan masa untuk emosi dan jiwa anda kembali tenteram. Selepas itu fikirkanlah pilihan anda. Mahu cuba kembali, bermadu atau berpisah?

Namun begitu, perpisahan sebaik-baiknya menjadi perkara terakhir dalam fikiran anda terutama sekali jika telah dikurniakan cahaya mata. Fikirkan tentang masa depan anak anda yang akan hidup tanpa ayah di sisi. Tapi jika perpisahan anda rasakan jalan terbaik untuk pastikan anda membuat keputusan ini dengan akal yang sihat dan rasional.

e) Lepaskan Dia Seketika

Sekiranya anda sayangkan seseorang, lepaskanlah dia. Jika dia kembali, itu tanda dia milik anda selamanya. Pernahkan anda mendengar kata-kata ini? Mungkin ada kebenarannya. Selepas puas anda merayu dan menasihatinya kembali ke pangkal jalan namun suami langsung tidak mengendahkannya.

Mungkin satu cara yang boleh anda lakukan adalah dengan melepaskan dirinya seketika. Anda telah melakukan kewajipan anda. Biarkan dia dengan dunianya, mungkin dengan melihat kesabaran anda berhadapan dengan sikapnya membuatkan hati suami lembut dan dapat membezakan yang mana intan dan yang mana satu kaca.



Bersediakah wanita hadapi suami curang?

Pakar psikologi perkahwinan berpendapat isteri perlu buat kajian jika pasangan cari teman baru

Segala-galanya sudah diberikan. Kasih sayang, makan minum terjaga, perhatian dan tanggungjawab sebagai isteri tidak pernah diabaikan. Pucuk pangkal, suamilah segala-galanya. Demam dan letih ditolak ketepi semata-mata ingin memberi sepenuh kasih sayang buat suami tercinta.

Namun, apa yang dibalasnya pada anda? Dia mempunyai wanita simpanan! Adakah anda bersedia menerima perkhabaran kecurangan suami anda?

Tentu pelbagai taksiran menerjah di kotak fikiran. Ya, mungkin kebanyakan wanita yang mengalami permasalahan sebegitu akan berasa diri teraniaya diperlakukan sedemikian rupa.

Kecurangan suami sentiasa berlegar malah mengisi setiap minit kecurangan suami bermain di benak fikiran. Pengorbanan yang dilakukan selama ini dirasakan hanyalah sia-sia.

Dalam kejadian 19 Februari lalu umpamanya, seorang suri rumah yang dikatakan hilang pertimbangan selepas mengesyaki suaminya bermain kayu tiga bertindak di luar batasan apabila membunuh dua anak lelakinya di Taman Indah, Batu Maung, Georgetown.

Wanita itu juga dipercayai menjerut mati anaknya dikenali sebagai Muhammad Alif Hakimi, enam tahun, dan Muhammad Alif Hazemi, 17 bulan, dengan wayar seterika. Kesnya masih dalam perbicaraan pihak berkuasa.

Dalam satu kejadian berasingan minggu lalu, gara-gara cemburukan suami yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita lain, Woon Suik Ling, 25, mengambil tindakan nekad terjun dari tingkat lapan kondominium di Jinjang, Selangor.

Malah, dua hari sebelum mengambil tindakan nekad itu, mangsa dipercayai cuba membunuh diri dengan mengelar tangan dan memakan pil. Namun, tindakannya itu berjaya dihalang keluarganya.

Kejadian sebegini menunjukkan betapa sikap curang itu membawa padah dan boleh mengundang bahaya.

Perunding Klinikal Psikologi Perkahwinan dan Terapi Seksologi Keluarga, Datuk Dr Mat Saat Baki, berkata kecurangan mempunyai definisi yang cukup besar khususnya dalam hubungan suami isteri.

“Banyak faktor yang tidak diketahui mengapa lelaki curang. Kita mesti mengkaji mengapa suami bertindak sedemikian (curang). Malah, mungkin juga bagi lelaki dia tidak melihat perbuatannya itu sebagai suatu kecurangan sedangkan wanita pula sangat menitikberatkan soal kepercayaan.

“Tetapi, dalam hal ini jika hubungan itu berkaitan dengan ikatan perhubungan yang tidak sah, hukumnya tetap zina,” 

katanya. Mungkin lelaki bernama suami mempunyai alasan tersendiri kerana menduakan wanita. Faktor keseronokan dan sifat tidak cukup hanya satu membuatkan sesetengah lelaki mula memasang wanita simpanan.

Faktor sentiasa tidak berpuas hati membuatkan sesetengah lelaki bertindak mudah dengan mencari teman wanita. Malah, ada antara mereka tidak langsung memikirkan risiko perbuatan curang itu semata-mata atas tiket keseronokan.

Apatah lagi bila mengenangkan isteri di rumah sudah tidak secantik dan sewangi dulu. Siapakah yang harus dipersalahkan?

Realitinya, sememangnya ramai wanita yang sudah mendirikan rumah tangga tertinggal suatu amalan yang mereka sentiasa pentingkan ketika masih bergelar anak dara.

Lebih-lebih lagi bila sudah bergelar ibu dengan beberapa orang cahaya mata, mulalah mengabaikan tabiat berdandan hingga lupa akan penjagaan kecantikan.

Paras rupa mulai kusam, kulit kering dan potongan badan tidak mengancam seperti zaman anak dara. Nampak seakan enteng, tetapi itu semua begitu penting di mata suami.

Dr Mat Saat berkata, perubahan itu sedikit sebanyak membuatkan suami memberi alasan untuk ‘makan luar’ oleh kerana isteri mulai mengabaikan penjagaan diri.

“Berdasarkan kajian yang dibuat mendapati ada 88 faktor kecurangan dalam perhubungan. Kita juga perlu tahu sebab apa kecurangan itu berlaku,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan suami berlaku curang mungkin sebagai alasan untuk berpisah dengan pasangannya atau sekadar inginkan keseronokan.

Katanya, jika hubungan kekeluargaan ingin diselamatkan, biasanya pasangan suami isteri akan diberikan kaunseling untuk memulihkan semula hubungan, seterusnya mencari penyelesaian terbaik untuk menyelamatkan ikatan perkahwinan.

“Namun, kita juga perlu mengambil kira sebab apa tindakan suami untuk berlaku curang. Adakah dia ingin kembali semula kepada isteri atau ingin bercerai untuk bersama dengan pasangan barunya. Begitu juga dengan isteri, adakah dia bersedia untuk menerima kembali, seterusnya memaafkan perbuatan suami,” katanya.

Ditanya panduan mengekalkan hubungan suami isteri, Dr Mat Saat berkata, banyak cara untuk pasangan suami isteri beroleh kebahagiaan selain saling mempercayai.

Katanya, penting sekali untuk mereka mengukuhkan ikatan kasih sayang sambil saling mengambil berat perihal pasangan masing-masing bagi memastikan kerukunan rumah tangga.



5 Faktor Perubahan Suami

1 – Menjadi panas baran

- Jika sebelum ini, suami sentiasa berkata dengan lemah lembut tetapi secara tiba-tiba mulai bengis dan sering marah-marah. Malah, isteri dimarahi dengan menjadikan alasan sikap isteri membebel memeningkannya padahal sebelum ini suami tidak bersikap demikian.

2 – Tiba-tiba menjadi sibuk

- Perubahan ketara suami yang sentiasa bertugas di luar dengan pelbagai alasan. Malah, dalam keadaan tertentu, suami hanya menyatakan dia sibuk menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa mahu bertemu dengan anda.

3 – Sering berahsia

- Segalanya tidak mahu dikongsi bersama. Baik hal di pejabat dan kisah peribadi. Tambah mencurigakan, suami sering ‘lari’ sebaik menerima khidmat pesanan ringkas (SMS). Bila telefon berbunyi pula, suami menjawab di tempat jauh dan berbisik-bisik. Siapa yang menelefon, teman lelaki kata suami! Boleh percaya ke?

4 – Semakin bergaya

- Penampilan suami yang dulunya biasa-biasa bertukar dengan drastik. Rambut baru, pakaian baru dan siap dengan minyak wangi mengalahkan zaman bujang. Penting bagi isteri menyelidiki suami mereka yang bersikap sedemikian!

5 – Menjadi bertambah penyayang

- Memang pelik. Jika sebelum ini hendak mendapat peluk manja bukan main payah tetapi sikap suami agak keterlaluan berbanding kebiasaan. Malah, dia juga sering memeranjatkan anda dengan pelbagai hadiah untuk mengaburi mata anda. Berhati-hati…

p/s : copy from internet

12 comments:

Anonymous said...

Salam, tunang saya telah berlaku curang. Dan segala bukti telah saya kemukakan kepada dia. Dia mengakui kesalahannya dan ini bukan kali pertama perkara seperti ini berlaku. Saya sentiasa memaafkan dia dan menerimanya utk kes2 sblm ini kerana dia bjanji tak akan mengulanginya lg. Tp kali ini saya memang meletup kerana terjumpa message dia dan perempuan tersebut di facebook (sangat mesra). Saya mahukan keadilan. Saya tidak mahu berpisah kerana msih sayangkan dia. Apa perlu saya buat? Kali ini saya memang xboleh terima kecurangannya. Wajarkah saya minta dia berjanji di hadapan keluarganya pula agar dia berpegang pada janji utk tidak mengulangi perkara ini?

Anonymous said...

wasallam.... saya juga sedang mengalami masalah yang serupa.. tp mmg sebelum saya bercinta dengan dia.saya dah tahu dia ni mmg kerap melayan perempuan. pada awalnya saya benci dia. tp saya tak tahu kenapa Allah berikn saya perasaan cinta dekat dia dan akhirnya saya kecundang. saya seolah2 terperangkap... saya telah bertunang dgn nya dec 2011 yang lalu. tapi kecurangan nya masih menjadi2.. yang paling menyedihkan.. dia inginkan saya bukan kerana cinta kn saya. tp sbb dia mempunyai agenda yg tersendiri. mula2 saya mmg x tahan. saya rase mcm nak je luahkan semua tu kat fmly dia.. tp trust me. mcmana teruk pn ank dia.. tu ttp ank dia darah daging dia. lelaki yang curang ni biasa nya dia xkan mengaku slah dia 100%. dia akan cuba untuk mencari kelemahan kita untuk tutup buruk dia.. so sekarng ni.. saya berdoa dan berserah je dgn ketentuan Allah.. sbb saya dah tak berdaya nak buat apa2... pengalaman sya kantoi kn dia curang dah lebih 4 kali. dan kesemuanya telah membunuh hati sya dgn kejam nya.

Anonymous said...

hye

Anonymous said...

aku sayang terhadap bf aku tapi dia curang same kawan karib aku? setelah mengetahui, aku pun tak dapat meninggal dia shj, aku perlukan dia. apa boleh aku lakukan? pening kepala.

Shikin said...

saya dah bertunang dgn lelaki yang sy kenali hampur setahun 2 bulan... perkenalan selama 6 bulan menjadikan hubungan kami serius sehingga membawa kputusan utk bertunang,, sy sgt sygkan dia sebab dia sgt softspoken, mulut manis,,,sgt caring, n selalu suapkan saya mkn.hehehe.. tp sejak brtunang dah 2 kali dia kantoi curang dgn saya melalui sms, we chat n fbook...mungkin mmg Allah bg instinct yg sgt kuat kt saya utk check msg dia d hp,, n ptutlah selama ni dia lock password hp, rupanya ada yg disembunyikan,,, prcubaan menaip pasword yg sy sendiri jugak xtahu, berjaya,,, setelah 4 / 5 kali jugak mncuba...alangkah trkejutnya,,,,bila mcm2 yg sy detect,,luluh n hancur hati ni bila tahun dia curang,,, satu hari sy brbncng pasal hal ni,,, tp jawabnya,,, pempuan tu yg trhegeh2 n suka giler kt dia,,, dia kata pempuan tu bleh buat mcm2 nak hancurkan hubungan kami,,,sebab pas kantoi tu, terus sy call pempuan sundal tu,, n pempuan tu pnyala excited nak citer pasal kecurangan yg drg dh buat kpd saya tanpa rasa brsalah pun... tp tunang sy masih sama, dia kata pempuan tu akan ckp mcm2 nak burukkan keadaan spy kami xbrsama... saya pening,, perlukah sy tnggalkan dia atau mcmna? sy juga ada mngadu dgn makcik tunang saya memandangkan mck tunang sy ni lah yg paling rapat dgn dia dan mcik dia juga rasa marah n mnta sy pikir masak2 sbelum kawen bulan 11 nih... Ya Allah,,, kompius nya aku,,,

Anonymous said...

Syukur la korng dah tau perangai tunang or bfren sblm kwin.tglkn si dia sblm kwin dan beranak pinak.mcm akak sikap curangnya sda akak ketahui ketika bcinta lg tp dek krna tlalu cinta (sbb cinta ptama sdgkn akak cinta ke 100 agaknya) akak teruskan. Baru2 ni tjumpa butiran chatting dgn tmn sekuliahnya. Apa yg menyakitkan hati suami yg bmati2 an ajak ppuan tu yg kuar minum @ mkn. Btl2 mjatuhkan maruah akak. Ppuan tu siap pgl abg n suami pun mmbahasakan dirinya abg. Klu bkn krna anak2 mau akak halau dan minta cerai. Kpd adik2 bt lah kptsn yg bijak sekiranya kita ditakdirkan tiada psgn bknlah brerti kita tidak boleh hidup bahagia hidup base durian.jgn sesekali cemburu melihat kebahagiaan org lain yg sda bpasgn.hindarilah brkenalan dgn suami org krna percaya lah dia akan mburukkan2 isterinya demi mdptkan perhatian cinta dr anda.bygkanlah prsaan kiranya anda jd sang isteri yg setia dn bertungkus lumus membantu menyara keluarga,akak sendiri yg memberi galakan utknya smbg bljr tp bkn pula nak berterima ksh ats kebebasann kepercayaan yg diberi semula dibalas pula dgn tahi.kini akak hanya bdoa 'ya Allah sekiranya dia baik utk agamaku dan ank2 ku maka panjangkan jodoh kmi ttpi jika sebaliknya maka buktikanlah dan mudahkanlah perceraian diantara kami.'doakanlah semoga akak tabah demi anak2

Anonymous said...

saya sgt2 kecewa bila tau bf saya curang dengan tidur dengan perempuan lain.luluh hati saya.itupun lepas perempuan 2 bgtau pada saya..saya kecewa n xboleh teruskn hubungan nih..dia mati2 nakkan saya..menangis tersedu2 mintak ampun,mintak maaf.tapi hati saya xkuat.saya tak boleh terima suma nih..tlg la saya

Anonymous said...

Saya baru sahaja berkahwin 2 bulan yang lalu. Tetapi sudah bercinta dengannya hampir 7 tahun. Sepanjang 7 tahun, tiada masalah kecurangan. Saya cuma dapat tahu bila baru balik dari honeymoon. Alangkah sedihnya, dia ada hubungan dengan rakan sekerjanya. Hubungan mereka terjalin sebulan sebelum kami berkahwin. Saya terjumpa gambar mereka berdua dan msg dari fb. Selepas suami ditangkap curang, dia berjanji sudah tidak mahu lagi berhubung dgn ppn tu, tapi selepas diberi peluang hingga sekarang, dia masih lagi dengan perempuan tu. Puas saya berusaha untuk minta nasihat ibunya, ibu saya dan abang saya tapi tiada perubahan. Dia selalu kata dia sudah tidak menghubunginya tapi mcm2 saya dapat tau.. apa harus saya buat lagi untuk selamatkan rumahtangga yang baru saja dibina?

Anonymous said...

Saya sudah kenal suami 5tahun .. beberapa kali dia berlaku curang. Menjalin hubungan dengan pempuan secara diam2. Kesannya. Saya berdendam. Sy maafkan beri dia peluang dia tapi dah xboleh nk layan dia dgn iklas. Setiap kali saya ingtkan peristiwa kecurangan dia.. skrg sudah berkahwin. Perasaan curiga masih ada. Dendam pun ada lagi. Sy xboleh nk hormat dia sbg suami. Adik2 fkir2la.. sebelum jd mcm akak ni..

ietams said...

salam singgah..
saya copy paste info yang berguna ni ye..
terima kasih berkongsi

Anonymous said...

Baru terjadi pada saya hari ini...di saat bahagia dgn 2 anak kehidupan baru stabil tiba2 suami curang..fb la punca semua..tak tau nk buat ape...sy masih memikirkan kenapa dia curang...saya sedih sgt2...semalam kehidupan kami OK...lps tau dia curang sy tak tau nak percaya apa...lelaki di luar sana, hargailah isteri ...

Anonymous said...

sy pn sama lepaz kawin sbuln bwu dpt twu suami ada kwn ngan pmpn lain dah 2 thn..tp dlm masa yg sama dy kwn ngan sy hmpir 4 thn..lpz kawin bwu dpt twu pangai dy cm haram je..lpz raya je sy dpt twu lg skali suami curang kuar ngan pompuan 2..sy dpt twu sbb diam2 sy wt frien findr..memg bkti kukuh dy x leh mgelak..sy mceg betina tua 2,dy pn dgan riang hti cite mcm2 antara dy ngan suami..memg x ada rasa brslh lnsg..betina 2 memg jahat,sebab dy memg nk pisahkn sz ngan suami dan yg paling dashat dy sgup nk bermadu..sy bg kta 2 pd suami..yg pling sy sedih sy tgh megandung 9 bln lpz seminggu hal ni..sy bsalin..suami da tkar num..hope betina 2 x cri suami lg..tp sy stil wt find finder wlaupn sy da brbaik tp sy kena hti2..brsyukur sngt2 sebab allah kurnia naluri yg kuat pd isteri..dan tnjkan sgala kecurangan suami..masa dlm pntg sy hmpir2 brcerai,sy yg mtk nasib baik x meroyan pkirkn ank bwu lahir..sy bwu umur 25 thn,mcm2 dah dugaan sy tmpuh..ats nasihat fmily..sy truskn jgk..skrg sy hanya berdoa dan berhati2..memg sy x pcayakn suami..tp sy buat mcm biasa..