CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Friday, November 11, 2011

ceritera Farish Akmal Part 5


~11-11-2011 (Jumaat)

Hari yang di nanti tiba jua, pagi² ibu dah gerak ayah dan Farish supaya xlewat bangun untuk register wad untuk Farish.

Ohh yea ibu dan adik xikut sama, berat sangat hati ibu... rasa semacam ralat sebab xdapat menemani Farish tapi sebenarnya ibu rasa xkuat, takut nak tengok keadaan Farish.

Ayah temankan Farish kat wad walaupun pada mulanya ayah nak bawak Farish lari amik ibu kat rumah alasan ayah semua yang ada kat wad ni perempuan je yang jaga anak² depa. Ibu pujuk ayah supaya bertahan, yelah lelaki mana tahan duduk diam² jadi serba xkena la hidupnya = cepat bosan.

Ibu tunggu opah dan yong yang nak datang jenguk Farish tapi depa dah tersalah naik bas sudahnya depa di turunkan kat Puduraya cian Yong nasib baik dia call dan akhirnya wan amik dia terus datang putrajaya. Ibu masak banyak jadi depa mai je terus makan sebab kelaparan. 

Cian la kat opah yang kepenatan tapi berkeras nak juga datang jenguk cucunya...sob...sob...sob... terharu rasa hati ini.. Dengan keadaan opah yang uzur tapi berdegil nak datang juga walaupun terpaksa naik turun bas (road tax kete abang dah tamat tempoh + lom renew = xde kuasa semua mak nak sponsar ewah² mentang anak lelaki kesayangan haish!) Opppsss membebel pulak hehehe....

Ok kita sambung citer pasal Farish ye, meh layan gambar Farish Akmal sepanjang berada di HKL dan di rumah :)

Kaki melangkah menuju wad
Bawak beg baju sendiri ye sbb saya dah besar yeay!
Tingkat 3, Wad NW 17, Katil No. 33

Suasana dalam wad
check-in masuk wad
Kepenatan main game

Bermalam di wad buat Farish dan ayah jadi xkeruan nasib ada tv leh la Farish layan tv sambil main game PSP. Bila ibu call ayah bagitau Farish langsung xtidur petang asyik main dan bersembang dengan jiran depan katil dan sebelah...
 

~12-11-2011 (Sabtu)

Jam 8.45 pagi ayah dukung Farish turun tingkat 2 untuk sesi membius kasi pengsan la... Masuk OT dan selesai pembedahan pada jam 11.30 pagi. 

Menunggu sebelum masuk OT
Berdebar²? Ibu xde di sisi :(
Menunggu masa nak kene bius
Dah selesai operation ubat bius xhabis lagi
Waaa....sakit la...
;(
Takut nak buka mata
Tidur lagi dan lagi....
Nasib ada TV kalu x meroyan la Farish
Akhirnya jam 5.00 petang dapat check-out horeyy!

Kakak 2nd aku datang melawat Farish selepas Family Day PPUM selesai, mulanya aku sms bgtau xyah datang sebab farish nak check-out dah pun alih² dia call bgtau dia dlm teksi dah nak sampai HKL. Maka kene lah check-in pulak kat rumah dia sebab dia nak ajak mak singgah rumah dia mkn² + katanya ada goodies untuk anakanda 2 beradik tu...

Jam 10.00 mlm kami beredar balik putrajaya dan yong, mak + wan balik rumah kakak (anak yong yang sulong - ni kes opah nak gi merasa tidur rumah cucu sulong la)

~13-11-2011 (Ahad)

Dah balik rumah, Farish takut sangat tengok mata dia katanya mata dia berdarah cian anak ibu :(. Bangun pagi mata dia penuh taik mata dengan rasa kecian aku lap kan mata dia dengan kapas yang dah rendam dalam air suam. 

Doktor cakap dalam 1 minggu Farish akan rasa tak selesa. Lagi sayu + sedih masa kat HKL air mata bercampur darah yang keluar wawawa... Waktu ni dia xleh kawal air mata dia sendiri tu yang asyik berair je dan jadi bertaik mata. Kalu kat rumah asyik dengan spek ben 10 sebab dia takut tengok mata dia sendiri + rasa silau gamaknya, kain napkin adik pun xlepas dari genggaman sebab nak lap air mata yang keluar.

Malu² + takut hehe
Mata Farish selepas 1 hari operate
Selepas operate mata hitam sudah center kedudukannya
Hari ke-4
Hari ke-9

Contoh gambaran operation yang Farish lalui


1 comment :

εïзmmyHazaεïз said...

tahniah.. selamat dah farish buat operation, alhamdulillah.. :)