CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, July 16, 2013

Akhirnya.....baru dapat Lesen P

Assalamualaikum....


Lama dah x sembang sorang² dalam blog ni kan.... bizi ler kunun²nya hihihi... Nak citer salah satu keazaman untuk tahun 2013 dah tercapai al-hamdulillah syukur ;) 

Sebelum ni x pernah pun nak letak target nak buat itu ini nak capai itu ini untuk tahun sekian² tapi tahun ni ada kelainan sikit chewah....

Entah datang dari mana kekuatan nak cabar diri ler kununnya dan kebetulan ada suatu haritu kandaku demam xlarat bangun gamaknya semenjak kejadian itu kot rasa ada sedikit keberanian nak 'mencuba' amik lesen kereta walaupun agak berusia (sob..sob..sob...)....


belajar kat sini

Mula mendaftarkan diri pada 3 Mac 2013 (ahad) gi dengar ceramah 5 jam pastu next week 10 Mac 2013 (ahad) terus mik Ujian Undang² al-hamdulillah lulus dapat 47 markah yeayyy! dan 17 Mac 2013 (ahad) masuk kelas amali 6 jam.

Belajar bawak kereta pada 24 Mac 2013 (ahad) masa ni cikgu sham yang ajornya agak tegas yea orangnya terkial-kial awok ni belajor masuk gear tekan cluth tekan break naek bukit belajor parking dan 3 penjuru... Masa ni sekolah memandu ni masih menggunakan tiang untuk belajor parking.... haaa ada cerita teman nak khabo pasai ni kome tunggu yeaaa....

7 Apr 2013 (ahad) belajor lagi dalam trek, 13 Apr 2013 (sabtu) sambung lagi belajor haa cikgu dah mula bawak gi jalan raya pulak kelas amik hari sabtu sebab esoknya teman kene out station gi Port Dickson. Pastu sibuk dengan balik mengundi bagai sambung kelas pada 18 Mei 2013 (sabtu) dah dekat sebulan x bawak kereta udah rasa mengelabah semula jadi tambah kelas 3 jam pada 26 Jun 2013 (ahad) sebab nak test JPJ 28 Mei 2013 (selasa).

Maka berserah diri pada yang maha Esa 28 Mei 2013 (selasa) hari terakhir untuk ujian parking menggunakan kaedah tiang dan selepas itu @ sesiapa yang gagal kene repeat test JPJ TETAPI kene tambah kelas untuk belajar parking yang tidak menggunakan tiang...

Ditakdirkan hari itu, dapat sesi ke-3 iaitu sesi petang dengar cerita jumlah calon yang mengejar tarikh akhir tu seramai 400 calon. Sangatlah dukacita bila Ujian Praktikal Bahagian II GAGAL kat 3 penjuru (masa dah berjaya buat bukit dan parking terus rasa gelojoh pakej gelabah, teruja sampai silap langkah hahaha sayang 1000 kali sayang kan... Terus menggeletar masa sign result tu huwaaaaaaaa kene ulang semula!)

Bila masa menunggu giliran untuk Ujian Jalan Raya Bahagian III, mulut ni doq bertasbih la semoga dapat la kereta kancil sebab xPERNAH langsung bawak kereta viva ok... Tapi nasib masih xmenyebelahi diri dapat juga kereta viva huwaaaa sekali lagi... 

Takdir tertulis sudah ujian tu LULUS hahaha dapat markah kesian 17 je al-hamdulillah bersemangat la balik walaupun tahu selepas ni kene tambah duit dan kelas untuk belajar step baru hadoiii.....

Haa...keesokan harinya gigihlah daku menaip email panjang berjela buat rayuan kat JPJ rupa² daku ini mangsa keadaan kekdahnya kesian kan xtau cerita patut la jiran sebelah meja ni amik lesen dia cerita belajar parking kat tempat dia x guna tiang pun aiikkk....

Hari rabu email pagi khamis orang JPJ cawangan Padang Jawa Shah Alam call tanya 'pe masalah ko ni ek?' (xde la dia tanya gitu ye jadi jangan percaya hihihi..) Teman pun cerita la A-Z maka beliau pun menceritakan hal sebenarnya begini begitu... Maka rayuanku telah di tolak oleh sebab² yang dinyatakan di bawah ni huwaaaaaaaa lagi dan lagi dan lagiiiiii..... Dapat reply dari JPJ Putrajaya juga via email bagus² pantas korang buat kerja hehehe....






Selepas je tau kisah sedih tu terus merajuk kejap xmau fikir pasai lesen kete sementara waktu sebab nak fokus untuk Exam KPSL N27 (Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) la kununnya pada 25 hingga 27 Jun 2013. Gigih la melaburkan sejumlah duit beli buku sendiri sebab buku kat library dah habis orang pinjam... Dah usai exam baru rasa lega aman damai tenang dan leh la sambung balik masuk trek belajor kereta ye...

Dalam tempoh merajuk tu lesen L pun xpired hahaha padan muka! kene renew dah terbang rm30... 7 Julai 2013 (ahad) kembali belajor tapi menggunakan kaedah baru trek pun dah berubah katanya ramai gagal kat 3 penjuru tu gullppsss telan air lior teman... belajor la 2 jam tapi rasa lom mengusai sepenuhnya lagi...

8 Julai 2013 (isnin) tambah lagi 2 jam sesi petang sebab pagi bizi siapkan kerja² kat opis sebab esoknya 9 Julai 2013 (selasa) adalah hari penentuan huhuhu... Kali ni cikgu faiz lak yang ajarkan sampai faham... 

Hari yang di tunggu² pun tiba bertemulah kembali kengkawan yang sesama kandas aritu rupa²nya dia masuk kali ke-3 mencuba nasib tapi gagal kat 3 penjuru tu... Takdir tertulis lagi harini ketika ujian tu hujan renyai² kemudian semakin lebat...

Giliranku pun tiba masa tu jam 12 tengah hari, dapat kereta kancil versi lama masa naik bukit comei je kedudukannya, sebab ada 2 cikgu confius jap kat atas bukit tu haha...cikgu sham ajor xyah free gear bior je stay gear 1 tapi kaki kiri stay kat cluth jangan lepas versi cikgu faiz lak free kan gear tapi tulah masa ujian tu gear xmasuk habis dah mengaum-gaum enjin kete atas bukit tu haha... Nasib baik encik JPJ baik hati dia kata ce masukkan gear semula (dia bagi ceramah katanya haritu hari jadi dia maka nak tolong semua orang lulus la...) baru la ada mau kikiki... ok lepas dah bukit...

Masa masuk side parking nasib teman kurang baik :( entah mana silapnya gamaknya kereta ke tengah sangat kot patutnya rapat ke kotak parking masa kira jalur hitam putih border parking sampai kiraan 3 je patutnya sampai garisan ke-5 selari badan kereta udah rasa sedih dah la hujan lebat buat muka kesian cakap kat encik JPJ yang jaga garisan 'boleh x saya buat semula?' masa tu lom masuk kotak parking pun... Encik JPJ kasi kebenaran apa lagi betoikan balik kedudukan kereta dan berjaya buat tapi enjin kereta asyik mati je masa nak keluar kotak parking adoiii... Encik JPJ tegur lagi 'apasal teruk sangat harini?' huwaaaa....

Tadi masa dengar ceramah Encik JPJ dah pesan amik masa untuk bertenang masa nak buat 3 Penjuru sebab ramai GAGAL sebab kelam kabut, gelojoh, rasa teruja sebab dah dapat buat bukit dan side parking kan... haaa betoi tu! Aritu gagal sebab 3 Penjuru tu la huhuhu...

Al-hamdulillah 3 Penjuru berjaya buat masuk kotak ok undur pun x langgar garisan fuhhhh leganya.... Tapi tulahkan Allah tunjukkan kat situ juga pada kita bukit dan side parking yang kita anggap 'mudah' tapi masa hari kejadian sangkut kat 2 tempat tu.  3 penjuru yang 'susah' tu Allah permudahkan pula.... rasa bersyukur sangat... 

Suasana ketika pagi mendung 

Lesen siap 12 Julai 2013 (jumaat) lepas lagi tapi petang semalam barulah kandaku tolong amikkan... dapat free pelekat P lagi... Bila nak gi kerja pagi ni tengok² kete kancil kandaku dah siap tampalkan P lepas antar Faris gi sekolah kandaku soh belajar bawak fuhhh kumat kamit mulut ni zikir baru sedar debaran bawak kereta atas jalan raya kan... Walaupun auto tapi daku masih kurang keyakinan diri lagi....

Lepas ni kandaku kata nak gi memana xyah dah susah² ajak dia leh gi sendiri huwaaa pasni kene gi kerja sendiri la ek kanda xmau antar sob..sob..sob... 

Apa² pun nak ucapkan TERIMA KASIH kat kandaku sayang yang garang tu (dia penah ajar bawak kete manual pastu marah² kita tau haha terus kita merajuk seminggu xmau cakap dengan dia...) sebab tolong jagakan anak² sepanjang tempoh kita gi masuk kelas belajor kereta jasamu daku kenang ok i lap u kanda muahhhss!

Sekian edisi merepek meraban semoga bertemu lagi di lain n3 ye daaaaaaaaaaaaaa......



No comments :