CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Friday, August 7, 2015

Sepatu Silikon buatmu.... (CTEV)

Assalamualaikum....

Harini nak citer pasai anak ke-3 ni kan ke aritu payah nak keluar dan lahir2 kakinya aka telapak kakinya bengkok ke dalam... camne nak citer ek daku pun sebenarnya xberapa faham... rasa down juga masa lahir tu doktor bagitau keadaan kaki baby...

Hari ke-2 lepas bersalin doktor datang check kaki dan buat kasut khas... ukur dan tempa silikon kt wad juga... nangis2 la baby sampai soh isap jari sebab nak kan ukuran yang tepat.. berenti kejap susukan dia pastu sambung balik sampai la kasut tu siap...

Baby kena pakai kalau siang 2 jam pakai rehat pakai semula 2 jam dan malam kne pakai sepanjang malam... kene urut kaki dia setiap hari...

Silikon tu kan keras doktor kasi stokin khas juga untuk dia... sampai stokin tu lebam dan kembang la guna huhuhu... setakat ni 2x dah servis pelekat kasut dia tanggal sebab gamnya xkuat... lagipun baby lasak asyik tendang2 je kerjanya... ketang ketung la bila berlaga sesama sendiri...

Budak zaman sekarang bedung ngamuk nak bebas tangan tu ngapai sana sini... kalau bedung dan pakai kasut keras tu kesian dia... nak bebas suka hati ko la nak...

Ingatkan semalam pi hospital dah boleh discharge rupa2nya kaki kiri je yang ok yang kanan kne pakai lagi kasut tu dan urut2... 3 minggu lagi check up lagi... harap2 cepat la baik ye nak supaya awak membesar sihat normal macam yang lain...

Guna hp update memang gambar terabur la... gambar baju lengan pendek ni semalam lepas balik hospital... kasut baru + pelekat besar...

Gambar bolen pakai baju hospital tu masa kt wad Presint 8 aritu kan ke dia kene kuning kan...

Gambar bawah sekali masa doktor buatkan kasut... gigih dia ukur huhuhu...

Pantang dah habis baru nak google haisshh baru nak ambik tau hari2 cuma ikut je doktor cakap pe tapi xfaham apa yang doq buat tu iskk..iskk.isskk...

Kene smash dengan doktor lain semalam bukan doktor yang check sebelum ni... yelah yang sebelum ni pun xde terangkan camne nk tgk tang mana bengkoknya dia cuma soh buat apa yang doktor sebelum ni soh buat je...

Ni terus tanya "ibu rasa kaki baby dah ok ke?" hermmm nak jawab pe xkan cakap ok dahhh... nampak beno nipunya kan... diam jelah sebab mmg xtau nk nilaikan ok tu macam mana... doktor tu sambung lagi "ni kalau ibu lain dia akan cakap kaki ni dah ok or saya rasa belah ni x ok lagi doktor"

"Tengok ni saya pegang peha dia bla3x.......... gini gitu gini...." oooo nak check sendiri pegang mcm tu baru le faham walaupun tadi sentap juga hahaha...
Oklah tu je nk citer moh google sesama ek.....

http://www.babylonish.com/blog/2014/09/kaki-bengkok-pada-bayi
http://ortotik-prostetik.blogspot.com/2014/04/ctev-kaki-bengkok-pada-bayi.html?m=1



No comments :