CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Saturday, August 1, 2020

Tinted, Pasang Lampu Kipas dan Grill


Assalamualaikum semua...

Sekian lama daku menyepikan diri hari ini macam teruja nak bercerita dan sebenarnya nak simpan kenangan dalam blog ni je niatnya.. nak bercerita menyiapkan rumah pertamaku.. menunggu dividen ASB kumpul-kumpul baru dapat buat hehehe..

Step pertama bercita-cita nak pasang tinted, alhamdulillah hasil carian di FB terjumpa kedai ni, deal apa semua akhirnya 11 Jun 2020 team mereka datang... masa ni daku x balik pun mintak tolong yop tolong bukakan pintu rumah dan monitor deme pasang tinted.

Pakej harga daku dah lupa segala resit dan rekod whatsApps semula hilang dah hahaha... tu la sayang sangat lama x update blog kan, sekurang-kurangnya ada rekod, memori sebagai kenangan dan rujukan.. ala-ala diari online gituh..


~11hb Jun 2020 (Khamis)

pilih warna hijooo....
siang org luar x nampak kita dalam rumah...tapi malam nampak hahaha..
Tq Yop, masa ni kipas lampu x pasang lg tu bolen dianya kepanasan..
view bilik utama


view bilik no. 2


view bilik no. 3

tingkap dapur..




https://www.facebook.com/uvshieldtint 

-----------------------

~20hb Julai 2020 (Isnin)

Mak suntik dana rm1 ribu sempena rumah baru jadi dapat la top up beli kipas dan lampu yang tak cukup, beli lampu kalimantang biasa je memang xde budget pun nak beli lampu petak ke bulat ke.. sekadarnya je asalkan adoo.. lagipun rumah ni xde sapa duduk pun..

Kawan cik Ndek yang tolong pasangkan lampu kipas, lupa juga berapa upah pasang.. rekod semua hilang sebab tukar handphone..

abang teman yg comei menunggu sampai siap pasang..

Barang apa je yang ada pun.. meja makan angah punya, sofa asben kutip jirannya pindah tapi masa tu kaki sofa patah dia baiki.. masa tu anak sedara si wan balik kampung pindah jadi dia bawak la 2 barang tu untuk rumahnya.. tapi bila pindah kali ke-2 dia bagi semula sebab x muat rumah katanya..

udah pasang semua sekali ada x cukup lampunya, kami pasang sendiri lepas tu..

tq mak blanje dapat teman beli kipas dengan lampu yang x cukup..
lampu 2 bilik air..
-----------------------

~23hb Julai 2020 (Khamis)

Kunci rumah kan dapat 2018, selama itu mencari la nak pasang grill akhirnya dapat kumpul duit ni pelan-pelan.. kebetulan sebelah kampung je, set appoinment pi tengok dan bincang.. pilih design akhirnya berjaya pasang.. proses lambat sebab kena register elektrik dan air apa semua aka ada elektrik la baru boleh pasang grill sebab nak guna elektrik kan welding tu semua..


Berbulu mata yop tengok design bunga-bunga ni hahahaha... anak teman le (Farisya) yang milihnya awak ngikutkan aje.. ahh x pedulik la 😅

lokasi bengkelnya di Tanjung Keramat, Perak..

Udah siap semua rupanya grill teman x mesra OKU hihihi tinggi kena jengkit sikit la untuk si abang teman Shukor tu kalau nak buka pintu grill.. kitanya tinggi lampai mudah aje la buka kan..

depan je berbunga tingkap lain standard je..
pintu dapur mintak versi tutup separuh..
tambah buat telinga kat pagar depan dengan pagar belakang rumah..

Harga tahun 2020 sekarang teman survey kalau nak pasang awning depan belakang cecah 5K kome.. 

~28hb Julai 2020 (Selasa)

Tak ingat kenapa tiba-tiba 1 rumah xde elektrik, udah jenuh cari/panggil orang pandai elektrik mintak check.. haaa lebur rm150 awak lupa apa sebabnya.. tapi wiyering rumah Pr1ma mmg hauk hahaha berselirat wayar dalam dinding x kemas la cara kerja... atte awak terima jelah nak buat macam mana.. ini je teman mampu..


Sunday, July 19, 2020

Selamat Datang 2020

Assalamualaikumm

Hai semua! lama sudah blogku ini menyepi.. rasanya menjak mil meninggal dunia (bln 8 tahun 2018 lepas hinggalah daku bertukar bahagian bulan mac 2019) dan kini masuk pertengahan tahun 2020..

Mungkin peralihan tempat kerja baru yang lagi sibuk dan mencabar membuatkan daku kebizian lalu kemalasan untuk membawang hahaha..

Perkembangan terkini masih daku bergini seadanya.. tetap kegemukan hahaha masih gagal misi mengecil.. pernah mengecil sekejap tapi kesudahannya membesar semula kikiki..

Di tempat kerja yang baru ini menyeronokkan boleh terlibat dengan event besar.. berpeluang terbang ke negeri di bawah bayu selama 5 hari menjadi urus nan setia.. pengalaman yang sukar dilupakan..

Sebelum ni daku tidak pernah menguruskan HR dan urusan eP (lo untuk tempahan makan minum mesyuarat dan tempahan bilik penginapan untuk pegawai dan kakitangan) maka itu salah satu pelajaran baru buatku.. dengan pengurusan aset/stor semua versi yang daku tidak pernah buat..

Persekitaran tempat bekerja alhamdulillah menyeronokkan, kawan sekerja walaupun unit kami kecil tapi tetap meriah hahaha..

Apa yang berubah tahun 2020 ini?

Banyak benda telah berubah tidak sama seperti sebelum ini.. rahmat kerana covid 19 ni kita semua berpeluang merasa duit moratarium selama 6 bulan kan.. daku mengambil kesempatan menyiapkan rumah Pr1ma Tapah.. pasang tinted, pasang grill rumah dan beli kipas lampu.. next time balik Tapah boleh la singgah jenguk rumah.. dekat 2 tahun rumah tu tak siap budget xde uols..

Tahun ni juga penuh debaran menunggu giliran berpindah Kementerian.. ramai kengkawan dah dapat email.. bagi yang telah melebihi 7 tahun servis di satu² kementerian/jabatan JPA akan buat pertukaran.. jeng³x...

Apa gambaran korang berkaitan tahun 2020? adakah sama macam bayangan kita dulu²? kereta terbang.. negara yang serba maju.. tapi seiringkah kita dengan kemajuan ini..

Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersama kita jayakan..

Oklah tu je daku nak cerita.. tahun bila pulak nak menulis lagi sabarlah korang menunggu.. ehh iye ke ada yang tunggu errmmm..

Signature - ANIM-Yatie Ahmad