CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Thursday, October 1, 2020

Lapor Diri : Berpindah ke Jabatan Peguam Negara (AGC)

 

Assalamualaikum semuaa...

Akhirnya penantian penuh debaran terjawab sudah.. masa dapat emel pertukaran tu ku ingat lagi hari Jumaat baru lepas lunch.. doq santai sambil buka emel ehh dapat emel pertukaran.. penuh debaran baca ohh sebelah je kikiki...

sebelah je kikikiki 😅

Masa tu semua pakat terkejut walaupun tau dah akan ada pertukaran secara besar-besaran.. ramai geng PT daku dah pindah keluar daku je masih menunggu... Dapat tau je dengan siapa bertukar terus gigih buka direktori cari penama dalam surat tu.. 

Lepas lunch terus call dan soal selidik serba sikit dan bertukar no. hp.. tujuannya nak tahu apa kerja-kerja yang sebelah sana buat jadi ambik tahu awal la untuk persediaan mental dan fizikal kekdahnya...

Tapi daku mohon tangguh selama 2 minggu kena selesaikan kerja-kerja yang tinggal dan sesambil tu memasing sama-sama belajar la step by step cara kerja di tempat baharu nanti..

1st time daku masuk admin, masa di Bahagian Tanah dan Wilayah (TW) KKLW dulu daku kerja menjaga 5 Agensi sahaja (, menguruskan persediaan, persiapan mesyuarat dan rekod fail. Bila bertukar ke Unit Komunikasi Korporat (UKK) daku kena buat keseluruhan admin termasuk perolehan, Aset dan lain-lain jadinya banyak benda baharu la daku belajar kat UKK meskipun x lama mana..



5.10.2020 hari terakhir di KPLB, 14 tahun bersama akhirnya melangkah pergi.. agak berat hati dan terdetik kegusaran jika langkah ini tak seperti apa yg diharapkan/digambarkan 😂😅

semoga dipermudahkan urusanku dan urusan semua sahabat² seperjuangan yang diarah bertukar.. dapat kawan sekerja yang baik dan dapat belajar benda yang baru 💪

terima kasih kawan² (dulunya di WK/TW 2006 hingga 2019) dan di UKK walaupun kita bersama cuma 1 tahun 6 bulan banyak kenangan tercipta 🥰 semoga ukhwah diantara kita kekal terjalin insyaAllah


aras 25 (TW) dan akhir sekali aras 2 (UKK)



Berbeza pulak di AGC hanya fokus mesyuarat utama dan ada kerja-kerja selain mesyuarat seperti menguruskan kehadiran warga AGC ke Perhimpunan JPM, Perhimpunan AGC, Majlis Sambutan Hari Pekerja, Hari Kemerdekaan, Maal Hijrah, Maulidur Rasul dan sewaktu dengannya.. dalam kata lain cari orang pi event hahaha...