Assalamualaikum semua...
Suprise untuk diriku dan semua ahli keluarga hahaha... bayangkan diusia 42 tiba-tiba UPT naik 2 line asbab period lewat... Anak yang ke-3 berusia 9 tahun, masa tu terfikir hanya 3 je anak aku ni.. cukuplah..
Debor dah bila tengok kalendar udah lewat tapi abaikan je sampai la ke sudah... Tarikh period terakhir 7 Mei 2023, x mau check apa-apa lg sehingga 23 Julai 2023, dan hasilnyaaa terang benderang..
23 Julai 2023
Malam tu juga terus buat x sabar nak tunggu esok pagi dahh ehh... nahh terang double linenya.. orang kata nak result yang valid buat masa bangun pagi x lena tidur kalau nak tunggu pagi komee...
Secara rasminya buka buku Pink pada 28 Ogos 2023, sepanjang pregnant Farhad Aleef 2x minum air gula.. bacaan kali pertama atas garisan 7 maka terus kena refer HPJ untuk detail scan atas faktor usia, jarak setiap anak juga >5 tahun, BMI, sejarah rekod kesihatan keluarga yang ada penyakit kencing manis dan darah tinggi..
Al-hamdulillah sepanjang 9 bulan semua ok bacaan gula ok normal, bacaan BP pun ok cuma HB la dah penghujung ada turun naik tapi ok terkawal..Berulang alik la ke klinik kesihatan presint 14, presint 18 dan appoinment bersama pakar di HPJ. Hasil detail scan alhamdulillah baby okey.. berbincang dengan doktor kaedah nak bersalin nanti, daku cakap nak cuba bersalin normal.. oleh kerana pernah emergency czer masa melahirkan Farha 9 tahun dulu jadi ada risiko juga takut tekanan nak bersalin tu boleh menyebabkan luka tempat czer sebelum ni terbuka.. Doktor pun kata xde masalah insya Allah boleh bersalin normal..
6 Januari 2024
Perlahan-lahan membeli semua peralatan, baju baby serba baru sebab selepas 3 jenerasi rasanya baju pun lusuh dah.. memang kena beli semula.. macam anak pertama kekdahnya..
jangkaan Mac 2024
Bawa 2 kakak scan intai jantina baby.. teruja si Abang dapat kawan bermain bola la kununnya.. memang dalam doaku mohon Allah kurniakan baby Boy, Alhamdulillah doaku makbul dan diterima.. Terima kasih Ya Allah..
~8hb Mac 2024 (Jumaat)
Daku cuti rehat arini, tarikh ni adalah hari kelahiranku yang ke 43 tahun dan juga tarikh jangkaan bersalin.. tetapi masih tiada tanda yang baby akan keluar hehehe..
~11hb Mac 2024 (Isnin) hingga 13hb Mac 2024 (Rabu)
Masih ke opis bekerja hahaha.. memang baby x jumpa jalan keluar..
~14hb Mac 2024 (Khamis)
Akhirnya kena serah diri ke HPJ, jam 10pg bergerak ke HPJ - menuju terus dewan bersalin tapi salah tempat kena pergi PAC tempat masa buat detail scan sebelum ni..
sampai je kaunter PAC misi mintak daftar masuk wad di Lobi Utama unit hasil dan balik rumah terlebih dahulu sehingga HPJ call (wad penuh tunggu kosong)
balik rumah...
Jam 2.19 petang dpt call soh dtg HPJ semula - daftar kemasukan wad tapi wad penuh menunggu wad kosong jadi sementara tu duduk la bilik menunggu.. masa ni takde rasa sakit kuat mana pun, jalan pun doktor/misi x check lg jd santai je sambil aktiviti berjalan tawaf merata dengan harapan jalan cepat buka dan dapat bersalin normal..
menunggu diruangan sementara dpt wad.
jam 6.30ptg baru dapat katil 10, esok pagi prosedur induce masuk belon bg bukaan jalan dlm tempoh 24 jam, sekiranya jalan x buka terpaksa czer 😰
Oh yee daku puasa hari ni, dapat la puasa 3 hari bila bacaan ctg x cantik esok x dapat la puasa sebab akan buat prosedur masuk belon dah..
kenangan terakhir bersalin..
~15hb Mac 2024 (Jumaat)
7.06pg bacaan ctg bb x cantik, setiap kali misi datang check bacaan ctg baby tak bagi kerjasama.. bacaan masih x cantik walaupun misi goyangkan perut dan suruh daku goyangkan kaki semasa prosedur tu tapi baby tetap x aktif.. sampai tukar mesin lain pun masih result rendah juga..
dan akhirnya terpaksa masuk air nak bagi baby bangun, masuk 1 botol sodium chorine.. ehh sama je x aktif juga.. sampaikan bila misi tukar shif pun daku adalah pesakit yang misi payah benor dapatkan bacaan ctg yang cantik..
sepanjang tempoh masa 24 jam tu memang rasa x selesa sebab bila masukkan belon dan ada wayar berjuntai tu kome tak boleh pakai seluar dalam tapi dalam masa yang sama darah start keluar..
~16hb Mac 2024 (Sabtu)
jam 7.30pg blk prosedur buka belon. daku tak perasan doktor kata bukaan dah 4 cm doktor (Perempuan) cadangkan pecahkan air ketuban, masukkan ubat berak kencing utk stanby hantar LB.. tapi bacaan ctg baby masih x cantik juga.. baby santai tidur syok sangat doq dalam perut maknya x nak keluar gamaknya..
10pg doktor (Lelaki) datang nak pecahkan air ketuban, entah macam mana dia seluk dan toreh alat untuk pecahkan air ketuban tu sampai bercalar kepala baby..isk..isk..isk...
lepas prosedur celok menyelok 2x tu terus stanby nak tolak daku ke LB..
masuk air compaund sodium 2 botol dan ubat indius air.. kontraksi ada.. cucuk bontot ubat tahan sakit jd mengantuk.. misi soh sedut gas bagi kurangkan sakit tapi dalam keadaan mengiring dengan berselirat wayar ctg lg masuk air lg x larat ahhh.. nak tidur pun x boleh sebab sakit tu makin kerap datang.. sakit yang menekan bawah perut daku jadi gundah gulana bila doktor kata kalau bersalin normal depa risau terbuka jahitan czer sebelum ni sebab tekanan..
doktor sarankan ambik epidural bagi kurangkan sakit, mulanya daku bersetuju tapi bila doktor pakar bius (doktor india) datang explain keburukan je manjang ehh serabut lak otak dengarnya.. siap ugut pulak tu..
"Puan kalau lepas puan reject ni puan mintak nak epidural dan bukaan puan melebihi 4cm kita tak layan ye'!
Jadi daku tolak.. doktor LB tanya kenapa puan tolak? dah tu asyik cerita negetif je takut la saya dengar.. 2x bersalin HPJ ni memang rajin ek doktor misi offer bius epidural herrmmm.. masa Farha dulu pun daku ambik tapi tragisnya bukaannya langsung xde progress jadi bacaan ctg jadi x cantik terus emergency czer sebab fetal distress.. boleh baca kat SINI
jam 1.30ptg setelah 4 jam bukaan masih sama.. doktor bg lg 2 jam untuk tengok progress bukaan jalan kalau xde perubahan juga pilihan akhir czer.. jarak baby dengan kepala rahim jauh macam peluang bersalin normal tipis herrmm..
jam 3.30petang bukaan jalan sangat la poor progress, daku rasa x tahan dan surender.. akhirnya tolak OT bersalin czer.. maka dr LB terus tolak ke OT di perjalanan doktor soh sign surat setuju BTL sekali dan terangkan prosedur selanjutnya
persiapan czer dan BTL (daku disarankan kalau bersalin czer terus BTL @ ikat sebab faktor usia), semasa proses czer alhamdulillah daku x rasa apa hanya dengar doktor berceloteh nak beli mknn berbuka la apa la sambil tolak2 perut.. kesejukan teramat ye.. menggigil badan, disebabkan tangan kiri kananku berbalut kain tebal entah macam mana cap yang menutup kepalaku tu sampai ke depan menutup mata hahaha..
bayangkan bila baby dah keluar misi hulur soh tengok mataku tertutup hahaha, nasib baik ada doktor perasan tolong tarikkan cap tu semula.. gatal muka tapi xleh nk garu weii.. tangan sebelah masuk air..kejung dua2 tangan tu..
bayangkan bila baby dah keluar misi hulur soh tengok mataku tertutup hahaha, nasib baik ada doktor perasan tolong tarikkan cap tu semula.. gatal muka tapi xleh nk garu weii.. tangan sebelah masuk air..kejung dua2 tangan tu..
5.00ptg selesai dan turun wad

~17hb Mac 2024 (Ahad)
rasa gagah sikit dah.. misi bukakan beg kencing dan pi tandas cuci diri dan pakai spendar + pad (xberani mandi lagi dan alhamdulillah xkena gatal-gatal 1 badan, sebelum ni masa bersalin Farha Aneesa teruk ooo alergic apa xtau lepas beranak 1 badan bergaru muka xpayah cakap calar balar sebab gatai tu merenyam ooo..) orang kata alergic ubat bius tu entah la..
start suntikan Heparin cucuk cair darah (1) 2x sehari (pg punggung kanan ptg peha kanan)
daku dibekalkan ubat tu jadi setiap hari kena cucuk 2x (pagi dan malam), pagi (jam 8 pagi) pi klinik kesihatan kat bawah rumah je malam (jam 8 malam) kena pi Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia, (PBBR1M) di Presint 8, Putrajaya bila dibenarkan keluar wad nanti..
pg pakar kanak² check kesihatan + ambik darah detect jaundis tp result darah xkeluar lg, kepala ada kesan calar kemungkinan masa pecahkan air ketuban doktor toreh tu terkena kepala baby
start duduk bawah lampu untuk jaundis
jam 4ptg misi tanya bb dh kencing? xdpt nk sahkan sbb 2x tukar pampers dia berak (pg dan thari, mlm smlm misi yg tukarkan sbb dia berak) akhirnya sebab daku x boleh nak pastikan baby dah kencing ke belum terus misi ambik baby huwaaaa... bb x mau menyusu dia jadi x pandai nak masukkan puting dalam mulut lepas tu dia bantai tidur jela..
bb warded nicu 1) kes xdpt kesan kencing
2) jangkitan kuman dlm darah
3) jaundis xtau brp bacaan darah
doktor kata ibu boleh discharge esok, dh kencing dah kentut.. kena berulang tgk baby kt nicu ikut jadual masa melawat nicu
10 mlm daku demam mengigil 1 badan kesejukan yang amat nasib ada 2 helai selimut.. menggeletar 1 badan tahan sejuk ya amat... rindu anak 😣, risau xde khabar berita.. nanges sob..sob..sob..
~18hb Mac 2024 (Isnin)
doktor bagi discharge hari ini.. jam 12 tengah hari boleh balik dah, pi NICU melawat baby udah teman melalak depan laki bila jumpa doktor kata baby x mau menyusu main-main je dia lepas tu melalak dan tidur.. udah deme buat uji kaji itu ini cucuk sana sini.. ada kuning juga katanya kena duduk bawah lampu.. bila masuk NICU dengar baby menangis aku terus menangis sama huwaaaa...
balik tu terus pergi beli pump susu kt Presint 15 rm190 (guna 30 minit kiri kanan tahan 2x je isk..) tapi mikir emergency nak hantar susu ke baby pejam mata jelah..
~19hb Mac 2024 (Selasa)
12.30 tengah hari pi HPJ nicu jenguk bb dan hantar ebm.. ada jangkitan kuman dlm darah, on antibiotik dan tiba² nafas laju jd on bantuan oksigen.. udah berwayar dalam mulut baby kome, nanges lagi teman tengok baby..boleh berak kencing alhamdulillah 🤲
malam rutinku bermula cucuk ubat cair darah PBBR Presint 8 jam 8 malam
~20hb Mac 2024 (Rabu)
12.30 tengah hari pi HPJ nicu jenguk baby dan hantar ebm.. status terkini oksigen dan wayar feeding dah buka.. arini jam 3.30ptg akan ambik darah utk result antibiotik berjaya ke tidak dan utk result kuning sama.. harini duduk bawah lampu.. tali pusat nmpk mengering
~21hb Mac 2024 (Khamis)
12.30 tengah hari pi HPJ nicu jenguk bb dan hantar ebm.. semua progress FA ok tinggal habiskan antibiotik je sampai sabtu.. insya Allah doktor cakap boleh balik esok petang.. kuning masih ada dan duduk bawah lampu.. try bagi nyusu direct tp mcm biasa dia buka mulut kecik je 😂
Ya Allah terima kasih atas nikmat yang kau berikan.. aku bersyukur anakku lahir sihat sempurna cukup sifat.. semoga anakku pandai menyusu dan tumbuh besar dgn baik..
~22hb Mac 2024 (Jumaat)
12.30 tengah hari pi HPJ nicu jenguk bb dan hantar ebm..Yeay baby boleh blk rumah!.. kuning masih ada kena ambik darah kk presint 9 mulai esok!
~23hb Mac 2024 (Sabtu)
pi kk presint 9 ambik darah dan check kuning naik tinggi 250..
~24hb Mac 2024 (Ahad)
berat 3.44kg
check kuning kt klinik Anda presint 15 bacaan kuning 211
~25hb Mac 2024 (Isnin)
berat 3.57kg
pi kk presint 18 bacaan kuning 199
~27hb Mac 2024 (Rabu)
berat 3.66kg
pi kk presint 18 bacaan kuning 172
~29hb Mac 2024 (Jumaat)
berat 3.68kg
pi kk presint 18 bacaan kuning 140. beli susu dutch lady 0-12, moga serasi tukar puting
~24hb Mac 2024 (Ahad)
11.58pg-berak byk
~1hb April 2024 (Isnin)
berat xxkg prolog jaundis
pi kk presint 18 bacaan kuning...
~8hb April 2024 (Isnin)
ambik darah+jumpa doc.. alhamdulillah 🤲 bacaan kuning turun 84 👍 xperlu pi ambik darah lg.. berat bb naik 4kg
~19hb April 2024 (Jumaat)
check up 1 bulan ibu & anak
berat bb : 4.4kg
1st jumpa baby













