CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, November 25, 2013

Bubur Asyura & Karipap

Assalamualaikum....

Petang semalam tetiba rasa rajin sebab terbaca post FB anak jiran mak kat kampung, katanya mak kasi dia bubur asyura herrmmmm.... Memang kebiasaanya mak akan masak bubur asyura banyak kekadang berkongsi masak sesama dengan jiran tetangga pastu dah siap masak mak akan agihkan kepada jiran semua....

Simple je xde pun taruk daging ke ayam ke cuma perasa udang kering or ikan bilis je tapi sedap ok! Selalunya mak akan petik dedaun yang ada sekeliling rumah kemudian masak bubur asyura.... Makan panas² memang sedap rasanya pedas² berempah gitu....


rindu bubur asyura mak!
bubur asyura teman masak sendiri.... 
x sama rupa dan x sama rasa pastinya...

Pukul 2.30 petang gigih la turun ke kedai runcit beli sayur kacang panjang, carrot, kangkung, pak choy, ubi kentang, ubi keledek putih, santan rm3 dan ayam sebelah.... Top up kredit dan online internet pi google resepi bubur asyura nak tepon yong pun top up rm5 je kikiki.....

 Daku masak 1 mangkuk (saiz taufo fa) beras dengan 1 bunjut sup adabi, tanak sampai nasi lembut... sementara tu potong dadu ubi kentang, ubi keledek dan carrot.... Ohh yea daku campurkan daging cincang dan ayam juga sebagai penambah rasa....

Rempah yang daku guna sesudu kecil jintan manis, jintan putih, lada hitam (kisar kasar), tambah juga sesudu cili giling yang daku blender sekali bersama sedikit ikan bilis, belacan, sebatang serai, bawang merah, bawang putih dan halia.... Tumis campuran rempah ni hingga wangi dan masukkan daging cincang dan ayam yang di potong dadu.... Masak sampai sekata dengan api perlahan...

Untuk menceriakan warna bubur daku tambah sikit serbuk kunyit :) sesambil tu siang kangkung, pak choy dan potong kacang panjang (ni leh masukkan akhir sekali sebab cepat masak kan....)

Bila beras dan lembut masukkan 3 jenis ubi tadi (ubi kentang, ubi keledek dan carrot) masak hingga ubi tu semua empuk... Leh masukkan rempah tumisan tadi dalam periuk bubur dan campurkan santan, perasakan garam gula dan bila mengelegak leh masukkan sayuran hijau tadi.... Sayur lembut boleh la tutup api tunggu sedikit sejuk dan sedia untuk di makan yummy!!!

Farish x berapa gemor katanya pedas tapi si adik leh makan tambah 3 kali ok! si ayah lak makan bubur asyura tambah kicap manis memacam ragam depa ni huhuhu.... 

Kebetulan semalam (sabtu) kandaku gi masak bubur asyura versi manis yang campuran pelbagai jenis kekacang tu dah rupa macam bubur kacang pun iya tapi aku makan sikit² jelah letih la nak kunyah kekacang tu semua huhuhu.....   



Entah semangat apa yang datang terajin lak nak masak karipap sebab ada lebih daduan ubi kentang dan rakan²nya nak masuk semua dalam bubur kang terlebih ubi lak kan... cakap kat Farish ibu nak masak karipap lah tapi kasi ibu rehat dulu la petang² nanti baru masak yea kasi ibu rehat penat silat kat dapur tadi masak bubur asyura....

Macam biasa nak masak pe pun kene google resepi ek nak kata terror masak tu nipu ajanya kikiki semua bantuan en google nak resepi pe google jek :)

Kali ni inti campuran 3 jenis ubian tadi masak dengan rempah kari dan campuran daging cincang dan ayam nak kasi pekat daku pecahkan telur sebiji kasi inti kering senang nak bungkus nanti kan...

Ohh yea kali ni guna resepi HaSue


Karipap Ros Sedap
Resepi  : Ros Jintanmanis
Sumber : Izahdaut dan Mashitah
 By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Untuk Pastry Rapuh

Bahan :
400 gram tepung gandum
1/2 cawan minyak
2 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais)
garam
Untuk Inti Keledek* guna kentang

Bahan :
1 biji keledek saiz besar ( boleh dinganti dengan kentang)
* 5 - 6 biji sederhana kentang
1/2 gengam ikan bilis ( boleh ganti dengan daging atau isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari *3 sudu besar
1 sudu besa cili kisar *omit
garam

Cara :

Buat Doh Pastri dulu
1. Campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.
2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan doh pemukaan doh agak licin,  masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. *izah tak masukkan dlm peti es, cume biarkan doh yang sudah licin diuli sebati lebih kurang 1/2 jam. Sementara itu boleh buat inti karipap.


###   ###   ###   ###   ###



::: Misteri Nusantara..... :::

 ~23 Nov 2013 (Sabtu)

Masa bersidai tengok panorama matahari terbenam kat beranda rumah ternampak la ada sebuah van dengan kereta macam gambo kat bawah ni haa tapi siap ada siren lampu lap lip lap tu doq bertapa tepi kolam tadahan air bawah rumah tu..... Aikk ado pelik ni....


 sumber google

Ado la dalam 10 orang ni pakai t-shirt merah siap bawak kerusi dengan touch light di tangan pastu depa doq dalam kolam tadahan air..... ni buat daku tertanya-tanya siapakah mereka itu? depa buek po kat situ? bla..bla..bla.....

Kapochi tanya kandaku tapi dia marah² cakap nape daku kapochi sangat nak tau hahaha... dia kata tu orang Kementerian Kesihatan tu depa check nyamuk... yea ke?

bawah pokok rimbun tu van dgn kete lap lip lap tunggu
kat sini ada 3 orang
sini pun ado jugak...

Daku pelik sesangat ni sampai pukul 11 malam baru depa beredar.... ingatkan kumpulan paranormal ke hapa tapi xde lak kamera ke hapa ke hanya ada touch light je....

Tu je nak kapochi sama kalian yea tata titi tutu....


Monday, November 11, 2013

Kebakaran sofa aras 16 Blok E Presint 14 @ 10 Nov 2013

Assalamualaikum....

 Tengah hari semalam tengah daku bizi masak kat dapur dengar la siren neno neno neno Farish pi jenguk katanya Bomba oooooo......... rupa²nya ada kebakaran kat blok daku ni ishhh³ idak le daku tahu.....

Dapat tahu pun petang lepas anak buah semua dah balik tu pun tau sebab ketua blok update kat FB cisss sampai hati kandaku x kapochi sama kami tadi.....


Gambar kejadian

 mangsa kebakaran
nasib baik sempat padamkan kalau tak.............
terima kasih abang bomba...

Ni kalau Farish tau makin berkobar-kobar la dia nak tengok sebab dia cakap cita² dia nak jadi BOMBA kan... Bahaya api ni kecik² jadi kawan bila besar terbako kome... Hati² ye....
 

Makan² with ♥


Assalamualaikum....

 Semalam kan dah berjanji dengan anak buah (kakak) nak main masak² katanya dia bawak ikan nak masak pe x tau lagi... siap whatsApp soh kakak beli tempe dan ikan bilis leh la buat sambal tempe kering kan yummm³......

Pepagi tu kanda tapau roti canai, pastu beliau keluar pi beli pampers Farisya terus soh dia beli stok ikan dan sayur.... Pukul 11 pagi kakak sampai dengan bekalannya tempe, ikan bilis dan ikan mata uji rashid 4 ekor tapi saiz besar la... 

Sementara nak kakak siang ikan bekalannya daku baru la terhegeh-hegeh nak mandi dan turun kedai bawah rumah beli santan rm3, beli ubi kentang 4 biji, beli buah tomato, beli serai dan biskut dan jajan untuk 2F ....

 Masak lemak cili ikan bersama tempe dan tomato

Sementara kakak kupas bawang, siang ikan bilis, kupas ubi kentang dan potong tempe daku dah siap blender cili untuk sambal tempe dan blender cili api dengan kunyit untuk masak lemak cili api

Daku masak lemak cili api ikan sambil kakak goreng tempe, kentang dan ikan bilis.... tetiba teringat mak penah masukkan tempe dalam masak lemak cili api kan terus je campak sikit kikiki dan mengelegak baru masukkan buah tomato... 

Pedas sikit sebab terlebih cili api tapi tengok deme makan rileks je siap menambah 2,3 pinggan hahaha.... 

 Sambal tempe kering

Suka makan sambal tempe ni selalu beli kat food court bangunan sebelah (Jab. Peguam Negara) Ni sendiri masak sesuka hati kan nak lebih tempe nak kentang garing dan ikan bilis garing juga hehehe...

Setengah orang suka rasa pedas manis kan tapi semalam x letak gula pun sesedap rasa je + x berapa pedas sangat fuhhh licin juga semangkuk besar tu....

 Ikan masak kicap

Ingatkan tekak anak juga kalu semua pedas apa deme nak makan kan terus masakkan ikan yang sama tu (kerat 2 bahagian kepala masak lemak cili api) masak kicap tapi daku nengok deme bantai juga lauk kanak² tu huhuhu....

 Sayur goreng

Sayur ni saja goreng berkuah dan x pedas sebab ingat kat anak leh deme makan sayur tu kan tapi biasa la sayur carrot je Farisya makan Farish langsung x sentuh sayur mayur ni... 

si Farisya makan pun sikit je nasi dengan ikan masak kicap nyibuk nak main dengan baby daniel debab tu je.... Habis 2F punggah stor kuarkan tedy bear 1 beg tapi si debab x heran pun lagi best main ketuk² kerusi kecik hahaha....
 
  si Mamat cium kuah lemak tu dulu takut termakan tempoyak hahaha....
 cucu opah cu comei geram jek tengok dia ni haisshhhhhhhh........


p/s : petang ni nak mik report card abam Farish sekolah KAFA pulak kanda bizi soh daku gi sendiri haisshhh x seronok²! huhuhu....

Friday, November 8, 2013

-- BRIDGING.THE.GAP -- @ SK PUTRAJAYA PRESINT 14(1)

Assalamualaikum...

Hari ni ada perjumpaan ibu bapa dan guru untuk mengetahui perkembangan pembelajaran anak² di sekolah. Ohh ye sekarang ni main Band 1 sampai 6 tak macam zaman kite sekolah dulu ye kan...
Kalau dedulu mak akan tanya periksa dapat nombor berapa? kalu exam orang akan tanya dapat berapa A? bila exam contohnya SPM dapat pangkat berapa?

Sesungguhnya masa beredar terlalu pantas kan... rasanya baru je melahirkan Farish ke dunia ni, rupa² dah 7 tahun masa berlalu dah besor dan anak ibu... sob..sob..sob...

Tahun depan dah 8 tahun masuk darjah 2 pulak kang pejam celik pejam celik alih² ibu x sedar Farish masuk sekolah menengah pulak ibu makin tua huk..huk..huk...

ok² kesat ayor mata jap...


Moh kite sambung balik kisah pagi tadi...

Pukul 7 soh kandaku pi hantar Farish gi sekolah sementara tu aku mandikan Farisya dan hantar gi rumah pengasuh tetiba ada drama ayor mata dan² menangis nak ayah huhuhu yelah 3 hari x gi rumah pengasuh kan... (cuti Awal Muharam pastu kelmarin dia demam dan semalam bawak pi opis sebab demam xkebah lagi)

Pukul 8.10 pagi kandaku balik lepas mengeteh kat kedai mamak... daku sms gi sesama dan tolong hantar pi kerja, katanya ngape x drive sendiri? daku malas kang xde parking sebab datang lewat kan... yeyeye harini kanda anto pi opis :)
 8.30 pagi terus gi sekolah menuju kelas Farish 1 Hamka... keadaan kelas riuh rendah bila memasing sibuk menyiapkan latihan yang cikgu kasi x kurang juga yang mundar mandir keliling kelas hahaha anak aku la tu....

Sebelum ni Farish cakap dia penolong ketua kelas yelah gamaknya sebab dia doq tolong kawannya edarkan kertas soalan, siap tanya "siapa belum dapat?"

Kami ni doq perhatikan je tingkahlaku dia sementara nak tunggu giliran jumpa cikgu kelas... cikgu pun tunjukkan kertas penilaian untuk kami tengok

Cikgu kata ada peningkatan dari penggal 1 aritu cuma perlu lebih fokus, banyakkan latihan, yang -ve pasai Farish dia ni jenis hyperaktif x reti duduk diam dalam kelas asyik mundar mandir je ke hulu hilir, selalu tinggal buku haishh tu lah ada loker pun x reti nak guna usung beg berat² tapi buku ada juga yang tertinggal, hilang la macam² hal...  

Tahun ni dah berapa buah beg koyak tu pun pakai beg ibu dah ayah la... kekadang pi kursus dapat beg kan agak² besar kasi je dia guna alih² koyak lagi dan tali putus la haissshhh

Tahun depan nak beli gaya mana pulak x tau la hermmmm....

 ha tengok tu pi edar kertas soklan
 termenung lak sebab pensil box dgn pensil warna tinggal haishhh...

BAND utk subjek BM, Sains & Teknologi & Matematik

 Gini pulak penilaian depa ooooo....
 
Lepas dengar taklimat cikgu dan bertanyakan perkembangan Farish kami pun gerak balik sebab ramai tengah tunggu giliran nak tahu perkembangan anak masing² kan.... 
cikgu beri kebenaran untuk bawa balik Farish so terus la hantar pi rumah pengasuh...

Pastu pi opis la kerja kome!

Update :

11-11-2013 ~

Meh tepek result sekolah KAFA kat sini