CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Wednesday, April 23, 2014

22 April 2014~ Warna Warni Semalam

Assalamualaikum.....

Lama x kapochi meh la kite sok sek sok sek sikit ek....

::: APC 2013 :::
Nadia Hakimah
Encik Zamri

Tahun 2013 ada 2 insan bertuah dapat APC dan kedua-duanya dari Unit yang sama Agropolitan.... TAHNIAH diucapkan kepada Encik Zamri dan Nadia Hakimah....

Ohooo si Nadia ni dah tukar Bahagian dan sekarang dah jadi keluarga Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Aset.... Tempat dia sekarang pun dah ada pengganti... sebelum ni toleh ke depan ada nanad sekarang sebaris ke depan semua jejantan sesaja... bebudak kontrak Agro kali ni semua jejantan belaka x de dah perempuan... elok lah senang nak travel pi site visit bagai kan....

Tapi akulah yang merasa sangat canggong/kepelikkan bagai sebab semua jejantan kan dan lagi si edwin tu bukan beragama islam jadi nak pasang bacaan surah ke hapa kena la pelan² orang kata kita kena hormat dia sama... keselesaan dalam pergaulan seharian sepanjang waktu bekerja....

bersemangat si lela tu nyanyi hehehe

Ok berbalik semula cite APC sungguh la daku ini bersama Rozilah pantas lagi teruja seawal jam 9 pagi kami dah turun ke Auditorium kununnya dan chop tempat duduk kengkawan kan... Alih² kali ni APC lebih santai duduk versi meja bulat gitu....

Udah sampainya awal amik la meja tetengah sekali kununnya jelas la nampak en riri dan nanad naek pentas kang kami nak sorak² ala-ala pom² girl kekdahnya hahaha (nampak sangat nipunya....)

Makan tengah hari 

Happy en najo ni nengok buah hatinya naek pentas ye... rezeki pengantin baru ni hehehe... Leh la simpan duit 1K tu masuk Tabung Haji ekk .....


 ::: Kereta Breakdown huwaaaa T___T :::
pokok pun leh tumbang dan byk tmpt naik air 

Petang semalam hujan lebat pakej angin dan kilat petir bagai tu terus sms kandaku tanya ada kat rumah ke... nak bermanja-manja minta datang ambik kat opis hehehe..... (kebetulan dah dekat 2 minggu daku x drive pi opis langkah penjimatan katanya...)

pi check bateri berpayung bagai hujan agak lebat ok

Tiba² masa tengah que traffic light merah kat jambatan Alamanda tu alih² radio mati ahhh sudah matikan enjin nak hidupkan semula langsung x leh on pastu...hazard lights pun xleh nyala...econ kete lagi non ado kan... Ntah apa yang kandaku godek² hazard lights mau nyala al-hamdulillah...

Ada 2,3 biji kete tanya ok ke bang? Kebetulan juga ada 1 teksi pintas kete kami tanya ok x bagai (ohhh jiran 1 blok rupanya) terus tanpa segan silu aku tumpang kebetulan dia baru balik ambik wife dia juga....

Terima kasih bang tumpangkan saya balik :)

Turun je kete salam² wife dia ucapkan terima kasih bagai terus naek rumah.... Masa tu hujan masih renyai² so sesiap bawak payung pi sekolah pulak sesi ambik si abang Faris... 

Kena towing juga sebab enjin x leh start :(


Wassup kandaku tanya keadaan kereta dan dia camne... katanya dia dah call kawan dia dan kete tu alternatornya rosak terpaksa kena towing.... Masa dalam kete kandaku dah sedih dah katanya kebanyakkan client nak buat payment time gomen gaji jadi agak kekeringan juga kami waktu ini..... 


 ::: Kebakaran @ Blok D :::

Pukul 6 nampaknya hujan pun dan reda pi sekolah ambik Faris masa nak melintas jalan tu ada orang jerit² soh donggak ke atas ohhh nampak dari kejauhan asap hitam ehhh blok D terbakar...

Gamaknya wayar pintas sebab kilat/petir kan hujan lebat tadi.... Terus mesej ema melati (dah la dia baru bersalin dengan anak kecik kan kesian...) bagitau ada kebakaran kat blok dia...

Ramai la jerit² kat warga blok D tu ada kebakaran haram deme nak faham kite doq melambai-lambai sakan panggil soh turun kan.... Gamaknya ada yang call bomba pantas lagi cargas pihak bomba datang memadamkan kebakaran tu...

Dengar cite tangki air deme terbakar, jadi air pun jadi kecik... Malam tadi lori SYABAS datang bawak air (soh sesiap sedia kot la masa operasi pembaikan xde air langsung kan susah nak mandi dll kan...) kesian deme lift rosak manjat naek tangga deme pastu siaran tv pun x ok....

Deq kerna kalut kisah kereta rosak dan kisah kebakaran tu sama semua kelaparan hahaha ibunya bizi update status kah...kah...kah.... Masak pulak sup ayam kampung peh tunggu 1 jam setengah tu macam setengah hari gamaknya cian la kandaku doq tanya lambat lg ke nak makan lapor ni.... alala cian dia...

Ohhh kandaku sampai rumah pukul 7 malam orang keta towing antarkan dia balik rumah, keta tarik pi bengkel kat Presint 15... Nasib baik juga ada stok alat ganti kalau x satu hal nak pi mencari.... dan nasib baik juga ada si kitty aka kancil comel kalu x patah kaki la nak pi kerja kan....

Keta kanda tu majuk gamaknya yelah jarang² bawak dia hehehe....
  

Thursday, April 10, 2014

Perangi Wabak Denggi!

Assalamualaikum.....

Hai² semua! Ni nak kapochi sikit pasai wabak denggi.... Kebetulan pulak Presint 14 kawasan Hotspots Denggi phewwww macam x percaya setiap minggu ada je fogging, lawatan rumah ke rumah check tandas dan edar ubat jentik².... Kekadang bangun pukul 5.30 pagi dengar bunyi orang fogging nyamuk guna kereta ronda sekitar kawasan parking....



Klik gambar untuk paparan besar ye


~29hb Mac 2014 (Sabtu)

Ada ternampak 1 van kesihatan pi area rumah sampah block sebelah dan deme merayau² sekitar kolam tadahan air, kutip sampah² yang berpotensi jadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan serbu reban ayam haram.... Kantoi deme jumpa jentik².... x tau sapa punya reban ayam tu, ada kebun pisang sekali....



~30 Mac 2014 (Ahad)

::: Gotong Royong bersama penduduk Presint 14 :::

 berkumpul di court badminton
 Mendengar taklimat
 Ada pameran dan banner

Wakil penduduk di pecahkan dalam 5 kumpulan (ada 5 blok kuarters) dan kami menyertai pasukan kesihatan mengetuk pintu rumah penduduk untuk membuat pemeriksaan dalam rumah (check bilik air dan dapur)

Kami tunggu kat luar pintu jelah biar orang Kesihatan je jalankan tugas mereka kan... Mungkin juga cuti sekolah yang panjang jadi kebanyakan rumah yang kami ketuk xde jawapan (masih otw balik agaknya)

Ni view dari blok A cantikkan kan... menghadap INSPEN

Ohhh daku 3 beranak dapat ikut sekejap je si Farisya ni banyak ragam haissshhh... Terus daku ajak dia balik rumah abang Faris je nak main² kat bawah dan tunggu ayahnya selesai follow geng Kesihatan...





~9hb April 2014 (Rabu)

Ohh ye malam tadi orang Kesihatan ni pi ketuk setiap rumah ingatkan sebab bulan lepas deme dah datang check xdelah kena lagi rupanya rumah kiteorang pun kena ketuk siap bawak penguatkuasa Perbadanan Putrajaya lagi.... 

Farisya kata Polis kelam kabut dia lari sana sini... hahaha yo² ooo je Farisya ni.... Dah la rumah bersepah dengan kain baju x berlipat sinki ada kuali lepas masak xbasuh lagi dan ditambah pula kandaku kuarkan fail segala cari gambar IC dia nak register jadi ahli rukun tetangga katanya plus cari salinan IC juga.... Dia suka selit² surat dll datang mood mengemas @ mula rasa rimas bersepah daku buang semua dalam tong sampah terus hahaha....

Kandaku kata ada kes kat Block C tu yang nampak kerap sangat orang Kesihatan datang tu.... Kempen kesedaran bahayanya denggi katanya....

 

Wednesday, April 9, 2014

Rezeki Makan Ikan Patin, Daging Rusa & Puding Raja @ Ofis

Assalamualaikum....

Al-hamdulillah rezeki Teras Dara Konsortium S/B (TDK) blanje makan tengah hari... Sapa TDK ni? ala² macam kompeni kontraktor la depa membuat kerja² khidmat bandaran contohnya potong rumput tepi² jalan tu..... 

Ni meeting unit Wilayah Bubar..... tapi daku menyibuk je tumpang makan hahaha.... ehhh daku pun unit W apa.... W hidup kekeke.....


Meeting ni start 9.30 pagi, kami kat luar bilik mesyuarat bizi tolong s usun atur meja/kerusi VIP dan tolong hidang makanan... Kebetulan orang TDK hantar lauk jam 11 pagi dan menu TDK persetujui untuk makan tengah hari (order catering) Nasi putih, Ayam kari, sayur campur, ulam²an, buah dan air....

Haaaa.... ni special menu bawak khas dari Pahang ok.... Ikan Patin Bakar (Pais) Tempoyak.... Pedas dan sodap!

Ni pun sama Daging Rusa masak Black Paper pun TDK taja.....
Ayam Masak kari
Sayur Campur
Ulam-ulaman dan Sambal Belacan
Buah-buahan
Nasi Putih
 
Ni special ni TDK taja pencuci mulut Puding Raja (kat Pahang femes ok! Nak resepi? KLIK SINI)


Puding Raja

Puding Raja or Royal Pudding started as a desert which was served for the Royalties of Pahang. The popularity started off in the 90s.


This particular pudding was a specialty from the region of Pekan, Pahang. The basic ingredients are pisang lemak manis (bananas from the area), prune, cherries and cashewnuts. Jala mas (golden threads) which were made from egg yolks were then put on top to dress it up. The sauce are usually served cold to finish.

Meh mundar mandir kekeke....
Ehhh² atin pun ado... dia x sihat tu yang ikut mami pi ofis....

Kebetulan juga semalam daku x bertugas amik Faris (ahahaha alasan malas nak pi isi minyak sebenarnya tu yang mintak kandaku yang pi amik kekeke....) merasa juga la nak makan patin dll hahaha...

Al-hamdulillah.....




Monday, April 7, 2014

Cuti Sekolah & Kanak² Ribena @ Opis

Assalamualaikum

 Cerita bulan lepas baru ada mood nak kapochi hikhikhik....

 ~25hb Mac 2014 (Selasa)

Nak dijadikan cerita pengasuh nak balik kampung neneknya masuk wad dan adiknya nak kawen jadi sempena cuti sekolah ni mereka mau balik kampung (Kelantan)

Maka dengan langkah longlai dan pasrah daku membawa anakanda ke ofis... Seperti kebiasaannya terpaksalah pilih salah seorang je kalau bawak dedua huru hara la ofis ni... Si ayah bawak Faris gi kerja (ohh ye semalam daku dah bawa Faris mai ofis maka x delah ralat/iri hati dll lagi kan...) 

Malam sebelum tu kandaku dah pasangkan car seat senang kang tengah aku drive dia membuat aksi² luar batasan susah nak control pulak....


::: 1st day @ ofis ibu/mama :::
posing dulu dalam kete hehehe....
matan jangan lupa... kenyang perut hati happy!
sepahkan meja... minum susu... tido.....
hasil seni 1st day keje hahaha....

Harini asyik la munggah sana sini sebab xde kawan kan tu yang conteng muka sendiri tu hahaha....

Petang tu buat pertama kali ibu drive sendiri pi pasar malam.... bawak Farisya dan beli baju tido princess dan boboboi untuk anakanda teruna :) 

Wah² ada perasaan riak di situ kahkahkah....


 ~26hb Mac 2014 (Rabu)

::: 2nd day @ ofis ibu/mama :::
berbaju kurung hijau gitu...
hepi dah ada kawan yeayy!
hasil seni 2nd day lalala............

Harini happy sebab ada tatak atin... sayang tatak atin sampaikan tatak nak pi tandas pun dah syahdu syahdan nangis... pegang tangan sakan... beli apa je ingat tatak nak belikan sama... Sebab terlalu happy meja pun Farisya nak conteng haisshhhhhhhhhh..........


 ~27hb Mac 2014 (Khamis)

::: 3rd day @ ofis ibu/mama :::
posing lagi dan lagi...
bergambar dengan tatak atin dulu....
teruja ada baby syirah...
dah bertiga gaduh² manja pulak haishhh....
turun pi sign kehadiran mesyurat dan nak amik goodies bag je hehehe....
syirah kena buli alahai cian....

Hari Jumaat amik cuti sebab nak rehat letih woo bawak anak pi ofis ni, memacam karenah deme ni nasib juga ada pc free leh la buka youtube kasi deme lalai sikit kalu tak ada je karenahnya... conteng muka, conteng meja nasib baik juga guna liquid paper kalu marker pen menangis ibu farisya ooiiii............

Inilah cerita hotel TW bagi Farisya.... camne leh jadi hotel pun ibu x tau hahaha....