CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, June 9, 2015

Jom Jenjalan : Art of Speed Malaysia @ Maeps

Assalamualaikum....

~7hb Jun 2015 (Ahad)


Pagi ni hujan lebat di luar jendela memasing kelaparan daku ni gigih la tanak nasi nak buat nasi goreng... semalam dah goreng jemput bilis xkan hehari nak makan jemput pulak kan jemu wooo... jemput bilis cicah sambal bilis licin kome kanak² makan huhuhu...

Kandaku nak kuar minum kat kedai mamak katanya jadi daku 3 beranak jelah makan nasi goreng... dalam pukul 10 gitu beliau balik dia ajak pi Maeps katanya ada pameran kereta/motor... daku pun mandi manda sesiap nak ikut sama... orang kata banyak jalan cepat bersalin...

 Ada bas percuma disediakan cuma bayar parking je RM5
 2F posing²
Tiket masuk rm10 1 kepala kanak² bawah 12 tahun masuk free je
photo kenangan dalam bas free hik³


Ok dah habis pusing buang masa moh balik hahaha... kandaku ajak makan nasi ayam kat bangi klik SINI ni kali ke-2 makan kat sini... perut kenyang kandaku nak hantar balik rumah katanya dia nak pergi Teluk Panglima Garang nak ambik barang kereta tapi daku cakap nak ikut sama maka pasrah la dia bawak anak isterinya sekali hahaha...

Itulah aktiviti ujung minggu kami anak beranak... sabtu si ayah jadi pengurus ada pertandingan futsal tu gamaknya ahad ajak kami jenjalan kalau x terperuk je kat rumah bosan kanak² sekalian kan...

Oklah ibu sakit perut ni xtau sakit nak bersalin ke nak nyak² dah lupa camne rasanya nak bersalin...tanda² pun xmuncul tiba alahaiii lamanya baby ni nak kuar...

  

Monday, June 8, 2015

Potluck TW : Makan² versi nak nyambut Puasa 2015

Assalamualaikum...

Rezeki harini geng TWrian buat potluck sempena nak nyambut bulan puasa pun ia... nak tunggu minggu lagi depa risau daku lak x sempat nak makan yelah due date minggu depan kome...

Ni ada menu yang di idamkan semua orang terutamanya mak² yong sekalian huhuhu...

 Hati Ayam masak cili api~Dayah
 Rendang Daging~Kak Gee
Rendang Ayam~Adlina
Sayur Cendawan~Daku le masak
Sup Tulang+Sambal Kicap~EO Rohana
 Wadai Kepeng~Kak Ros
 Puding Roti~Lela
Nenas KEJORA
 Budak² kelaparan
Sedap tapi kepedasan huhuhu...

Al-hamdulillah kenyang... baby cepat le kuar ibu dah dapat makan macam² dah ni... xlarat dah ni hahaha alasan bukan main... 

  

Thursday, June 4, 2015

Mood Masak Datang!

Assalamualaikum....

Semalam balik kerja pi kedai runcit beli barang basah... dah 2,3 hari x masak memula ingat nak masak lemak kobis+kerang goreng cili+telur dadar+sambal kicap (cicah untuk kerang tu)... mikir dalam freeze ada 4 plastik kelapa parut hahaha bila nak masak gulainya idak le tau... Weekend aritu MIL/FIL tidur 1 malam kat rumah kandaku balik Melaka ambik depa sabtu petang sampai rumah dekat pukul 10 malam gitu...

Ahad pagi deme anak beranak (termasuklah adik ipar kat Kajang nuu nak pi Tanjung Karang gi kenduri rumah besan aka Famili mertua abang wan la...) daku je x ikut malas + xterdaya le jejauh tu letih badan baik tidur kat rumah best apa hahaha... mulanya si Farisya ikut sekali tapi masa tunggu lift dia dah sedih² sebab ibu x ikut sama kan... alih² bila sampai kat kereta nanges sekuat hati... ayahnya antar la balik rumah nak sangat ibu kan... dah ada dengan ibu dia nanges nak ikut atok nenek pulak dah memang xde sapa nak layan la nanges la ko di hujung sana!

Pi ambik Farisya kat rumah pengasuh mamaira kasi santan beku 2 bungkus katanya adik dia niaga santan ada lebih gamaknya kasi sampai 6 kilo sapa nak makan... terus la dapat idea masak nasi lemak pun ok ni lagipun lama dah x tanak nasi lemak... 2F suka tapi kekadang ibunya yang over malas xleh nak kata apalah kan...


Sambal Bilis

Ni rasmi ikan bilis beli kat Lumut awal bulan 5 aritu huhuhu... kununnya nak simpan buat stok dalam pantang alah mik sikit pe salahnya kan...

 Sambal Kerang

Mulanya nak goreng cili je pastu cicah sambal kicap je tapi dah alang² nak masak nasi lemak xkan nak kupas kulit kerang sambal makan nasi lemak kan... x sesuai je hahaha... gigih la rendam kejap kerang dengan air panas pastu toskan airnya kupas la buat sambal kerang.... Dasar pemalas sambal tu masak banyak kemudian bahagi 2 untuk ikan bilis dan sambal cuma ejas garam gula untuk sambal kerang je...  

Ikan bilis goreng, telur rebus dan dadar

Goreng juga telur dadar sebab anak terunaku sorang tu x makan sambal kerang...ikan bilis pun dia x berapa nak makan...see betapa daku kena masak banyak jenis demi memenuhi selera semua orang dalam rumah ni... nasib baik ibu, ayah dan Farisya x banyak songeh... Telur rebus pun buat juga kang kata xlengkap pulak set nasi lemak ni (ehhh yang ni daku la over kene la ada telur rebus+ikan bilis goreng garing+ulam timun... kacang tanah pun patutnya ada semalam doq Faris tanya tapi malas dah nak turun beli...) Telur banyak nenek bawak telur ayam kampung tu buat telur dadar tu...

 Ulam timun

Ulam timun ni ibu sorang je yang makan... dalam rumah ni deme xgemor ulam-ulaman ni jadi ibunya je fefeling makan nasi lemak set lengkap hahaha...

Nasi lemak

Nasi lemak masak 3 1/2 pot kenyang makan 4 beranak... campak je hirisan bawang merah, putih pastu ketuk serai dan hirisan halia... boh garam kasi lemak dan santan jangan lupa... tanak macam biasa dah masak buka tudung periuk woww semerbak baunya...

Sekian ibu menghitung hari melaporkan hahaha... jumpa lagi bila ibu rajin masak dan rajin snap gambo apa yang ibu masak ek...


  

Wednesday, June 3, 2015

Check up 38 minggu + berat turun pulak dah huhuhu...

Assalamualaikum...


Harini masih juga x bersalin lagi kan maka heretlah kaki pi klinik macam biasa huhuhu... appoinment pukul 10 pagi jadinya duduklah rumah basuh kain ampai dulu baru pergi klinik... cecuti sekolah ni si Faris ayah dialah bawak ke hulu ke hilir xkan nak tinggal kat rumah sesorang bahaya tapi harini teman ibu kat klinik jap la ek....



Haaa tinggal 13 hari lagi ni... menghitung harilah ni kalau x juga bersalin minggu depan 11/6/2015 ni ke mai check up lagi hukhukhuk....



Mai klinik pukul 10.02 pagi pastu misi kaunter ibu dan anak cakap xyah amik darah arini cuma urin je sebab kalau darah ni kena selang 2 minggu sekali je... ooo gitu... cepat la siap ikut jam ni kalau x nunggu dari pagi sampai le ke tengah hari xjuga no. kena panggil kan...



Misi check macam biasa tapi kene tegur pasai carta pergerakan anak hahaha... kena kira minit juga xleh la letak masa genap je... bukan main tulis pukul 2.00 ptg esoknya 2.30 petang lusanya 3.00 petang kekeke... dah kene buat semula yelah²....

Masa timbang xnampak pulak berapa berat diri sendiri sebab perut ni menghalang pandangan mata hahaha misi terpaksalah bangun tolong tengokkan berapa beratku... kalini turun 0.9 gram (seminggu punya berat ni) daku citelah isnin lepas cirit birit tu yang gamaknya berat turun...

Misi ni x puas hati sebab sepanjang pregnant berat purata naik 3.9 kg je dah kena i'view xmakan ke? stress ke? macam² soalan di tanya....siap kene refer doktor sebab sikit berat naik tapi doktor cakap sebab berat baby 2.7kg kira oklah tu... yeyeye xpayah jumpa doktor kalau x lagi banyak soal siasatnya nanti... berat banyak naik kena marah berat x naik pun kena marah gitu...

Pukul 10.58 pagi settle jumpa misi dan boleh masuk kerja yeyeye.... kejap pulak check up selalunya naik kematu bontot nunggu... 

Doakan yea kawan² baby keluar awal idakle minggu depan gi check up lagi hahaha... (ada hati nak bersalin awal rekod sebelum ni 2F bersalin cukup 40 minggu tau...)