CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Friday, August 7, 2015

Sepatu Silikon buatmu.... (CTEV)

Assalamualaikum....

Harini nak citer pasai anak ke-3 ni kan ke aritu payah nak keluar dan lahir2 kakinya aka telapak kakinya bengkok ke dalam... camne nak citer ek daku pun sebenarnya xberapa faham... rasa down juga masa lahir tu doktor bagitau keadaan kaki baby...

Hari ke-2 lepas bersalin doktor datang check kaki dan buat kasut khas... ukur dan tempa silikon kt wad juga... nangis2 la baby sampai soh isap jari sebab nak kan ukuran yang tepat.. berenti kejap susukan dia pastu sambung balik sampai la kasut tu siap...

Baby kena pakai kalau siang 2 jam pakai rehat pakai semula 2 jam dan malam kne pakai sepanjang malam... kene urut kaki dia setiap hari...

Silikon tu kan keras doktor kasi stokin khas juga untuk dia... sampai stokin tu lebam dan kembang la guna huhuhu... setakat ni 2x dah servis pelekat kasut dia tanggal sebab gamnya xkuat... lagipun baby lasak asyik tendang2 je kerjanya... ketang ketung la bila berlaga sesama sendiri...

Budak zaman sekarang bedung ngamuk nak bebas tangan tu ngapai sana sini... kalau bedung dan pakai kasut keras tu kesian dia... nak bebas suka hati ko la nak...

Ingatkan semalam pi hospital dah boleh discharge rupa2nya kaki kiri je yang ok yang kanan kne pakai lagi kasut tu dan urut2... 3 minggu lagi check up lagi... harap2 cepat la baik ye nak supaya awak membesar sihat normal macam yang lain...

Guna hp update memang gambar terabur la... gambar baju lengan pendek ni semalam lepas balik hospital... kasut baru + pelekat besar...

Gambar bolen pakai baju hospital tu masa kt wad Presint 8 aritu kan ke dia kene kuning kan...

Gambar bawah sekali masa doktor buatkan kasut... gigih dia ukur huhuhu...

Pantang dah habis baru nak google haisshh baru nak ambik tau hari2 cuma ikut je doktor cakap pe tapi xfaham apa yang doq buat tu iskk..iskk.isskk...

Kene smash dengan doktor lain semalam bukan doktor yang check sebelum ni... yelah yang sebelum ni pun xde terangkan camne nk tgk tang mana bengkoknya dia cuma soh buat apa yang doktor sebelum ni soh buat je...

Ni terus tanya "ibu rasa kaki baby dah ok ke?" hermmm nak jawab pe xkan cakap ok dahhh... nampak beno nipunya kan... diam jelah sebab mmg xtau nk nilaikan ok tu macam mana... doktor tu sambung lagi "ni kalau ibu lain dia akan cakap kaki ni dah ok or saya rasa belah ni x ok lagi doktor"

"Tengok ni saya pegang peha dia bla3x.......... gini gitu gini...." oooo nak check sendiri pegang mcm tu baru le faham walaupun tadi sentap juga hahaha...
Oklah tu je nk citer moh google sesama ek.....

http://www.babylonish.com/blog/2014/09/kaki-bengkok-pada-bayi
http://ortotik-prostetik.blogspot.com/2014/04/ctev-kaki-bengkok-pada-bayi.html?m=1



Thursday, June 18, 2015

Ramadhan 2015 + Menghitung Hari...

Assalamualaikum....

Hai semua.... Selamat menyambut ramadhan buat semua yea... daku harini insyaAllah akan cuba berpuasa tengoklah keadaan kalau larat akan berpuasa sampai berbuka kalau keadaan x mengizinkan terpaksalah berbuka... Yelah daku ni dah over due risau lak apa² kat kesayanganku dalam perut ni....

Bangun sahur pukul 4.30 masak nasi panaskan lauk sambal sardin dan goreng telur hancur... untuk Faris Akmal ibu gorengkan nasi... Sekali ko semuanya bangun pukul 5 pagi kami bersahur termasuklah si Farisya Aqeela... buat air milo untuk tenaga huhuhu... Pukul 5.30 si abang sambung tidur semula tapi Farisya dia xmau tidur soh bukakan tv channel kartun suka hatimu lah nak...

Basuh pinggan, piuk belanga, basuh kain, kemaskan beg baju si Farisya pi rumah pengasuh dan daku sesiap mandi dan solat subuh... Gerak abang pukul 6 lebih soh dia mandi dan solat baru soh Farisya lak mandi dan bersiap... awal harini semua dah bersiap pukul 6.30 pagi jadinya layan la cite kartun sampai pukul 7 pagi barulah semua gerak ke destinasi memasing...

Hantar si Farisya pi rumah pengasuh.. hantar Faris pi sekolah dan destinasi terakhir kandaku hantarkan daku pi ofis... ada je yang laung² namaku kat ofis ni bertanya khabar alalala ada lagi daq yati ni xbersalin lagi ek...

Selagi xbersalin memang heret la kaki pi ofis xmaulah ambik cuti awal² sebab x tau bila anak kesayanganku ni nak kuar...


yea 3 hari lewat dah kome...


Boleh ke pregnant berpuasa? KLIK SINI tu je nak citer bontot ni sakit kome bila duduk lelama apatah lagi dah sujud nak naik berdiri semula sungguh la siksa rasanya... sekian lah cerita hamba selagi ada kat opis mai keje adalah update kalau dah bersalin nanti entah² 3 bulan cuti kome tunggu le hahaha...


  

Tuesday, June 16, 2015

Check up 40 minggu + 8 hari lagi

Assalamualaikum....

Hai semua.... harini teman pi check up 40 minggu... nampak gayanya baby masih seronok bermain-main dalam rahim ibu dia ni... xde tanda² pun nak kuar huhuhu.... bukan main lasaknya dalam perut ni haa sepak terajang ibu ek...




Harini kandaku xikut pun pi check up sebab pergi sekali dengan lela dari ofis pukul 11 pagi gitu... dia doq Presint 5 kena pindah juga check up kat Klinik Kesihatan Presint 18 sebelum ni dia check up kat Klinik Kesihatan Presint 9... Lepas dapat tarikh beliau balik ofis semula adlina pulak datang check up jadinya tumpang adlina jelah balik ofis... Adlina pun sama kes macam lela doq Presint 5...

Daku dapat jumpa misi dalam pukul 1 gitu misi refer doktor untuk scan sebab dah due harini kan... tu yang kena mai semula pukul 2 untuk scan... daku balik ofis semula dengan adlina sebab kak gee dan en man belanja makan KFC jadinya gigih la kami balik ofis makan solat zohor sesiap pastu pukul 2 pi semula klinik...

Pukul 2.30 petang gitu sampai klinik tunggu turn nak jumpa doktor dalam pukul 3.10 petang baru no. naik... scan doktor cakap baby besar ni dah 3.3 kg gullpsss tapi air ketuban ok xde masalah...

Doktor kasi masa tambahan (hahaha macam main bola pulak ada masa tambahan) 8 hari lagi kalau x juga bersalin 24/6/2015 silalah serah diri ke hospital yea....

 berat baby dah 3.3 kg
8 hari lagi 

Tapi dah hujung² ni barulah result hb ok pehhh lega rasa hati... kalau x jenuh la makan itu ini idak juga mau naiknya...

HB dah normal yeayy!

Ni kali terakhir check up mengandung pasni terus refer hospital je kalau ada tanda² nak bersalin... akan datang semula untuk check up baby pulak lepas ni... Doakan saya yea kawan² semoga dipermudahkan... harap² idak le sampai 24/6 baru nak bersalinnya lama sangat tu.. letih pun iye dah ni...

  

Thursday, June 11, 2015

Check up 39 minggu

Assalamualaikum...

Check up minggu ke 39 appoinment pukul 11 pagi tapi biasanya kalau daku pi kerja dulu pepagi hari kandaku akan datang opis jam 12 tengah hari... giler kan tapi xperlu tunggu lama sebab orang xramai dah... Pukul 11.45 pagi daku wassup kandaku katanya otw dari Shah Alam... mulanya daku cakap mesti lambat lg ni kite pergi petang jelah tapi dia xmau katanya petang dia ada kerja so pergi jelah katanya...

 39 minggu

Sampai klinik jam 12.24 tengah hari pi register kat kaunter ibu anak pastu terus pi makmal xlama dalam pukul 12.35 tengah hari dah settle amik sample urin+darah... Minggu lepas check up cuma amik sample urin je kalini kena ambik sample darah juga sebab hb kan aritu masih low... sayangnya sistem down arini so result keluar secara manual misi kata...

Tunggu giliran nak jumpa misi je lama pukul 1.35 tengah hari baru no. naik... see depa xtutup klinik pun tengah hari pun depa bertugas syabas²... kalini yang check daku bukan misi tapi sister U36 (baju biru)... rasanya daku orang terakhir sebab xde sapa dah lepas daku kuar bilik 25 tu...

Macam biasa timbang, check perut, check tekanan darah pastu sister tanyalah xde ke tanda² nak bersalin... daku kata xde... settle semua daku pun nak balik dah la leh lak dia bagitau Hospital Putrajaya sekarang tengah renovate wad bersalin 'mybe' kalau ramai orang nak bersalin hari kejadian daku akan di tolak ke Hospital Serdang... TAPI kalau pergi dengan ambulan Hospital Serdang xmau terima (ada dah 2,3 kes jadi dah katanya...) depa akan soh pergi Hospital Kajang @ HKL... risiko kan tendang sana sini sesuka hati haisshh... Melainkan kalau pergi sendiri nak x nak Hospital Serdang akan terima jugalah macam kes si Farisya dulu...

Daku pun citer la kan kandaku sebab dia xbalik rumah tunggu daku sampai siap... apa lagi membebel lak dia laaa xpepasai daku jadi tempat dia meluahkan rasa xpuas hati... katanya nasib baik dia x masuk sekali dalam bilik misi tadi kalau x kena marah dah misi tu katanya...

Kandaku xpuas hati sebab xde kelebihan pun pada kita yang kerja dan tinggal di Putrajaya (xsemua la yea ikut nasib juga...) check up bulan² di klinik Kesihatan Putrajaya tapi xde jaminan masa pi Hospital nak bersalin dapat bersalin di Hospital di Putrajaya... Melainkan booking Full Paying Patient (FPP(ni kena bayar deposit lah)

Daku dulu masa nak bersalinkan si Farisya masa tu dah pecah air ketuban pi Hospital Putrajaya kene tolak mentah² je soh pi Hospital Serdang xde pun depa nak check kondisi kita sesuai ke pergi sendiri ke hapa.. so apa² jadi tanggung sendiri gitu... Nasib baik juglah daku ni jenis lambat bersalinnya selamat le sampai Hospital Serdang dengan air ketuban ni turun x berenti...

Ikutkan masa tu Hospital Serdang penuh xde katil kosong pun tapi depa terima juga... check bukaan jalan baru 2 cm... Tulah kejadian yang buat kandaku marah sangat tu... Kalini apa nak jadi jadilah katanya dia nak daku bersalin Putrajaya juga kalau x dia nak marah semua yang bertugas aritu termasuk pengarahnya sekali alahaiii... Katanya luar kawasan Hospital Putrajaya terima je ni dalam kawasan depa tolak sana sini...

Aritu adalah member opis cite makcik dia doq Shah Alam leh lak dia datang bersalin Hospital Putrajaya aikkk... katanya doktor kasi pilihan Hospital Sungai Buloh or Hospital Putrajaya (mybe ada problem dengan kandungannya gamaknya...) Di sebabkan bukan kakitangan kerajaan depa kena bayar deposit RM800 kalau normal charge dalam rm500 je so masa check out Hospital pulangkan semula rm300... kalau c-zer pulak bayar deposit rm800 + rm100++ untuk bil hospital gitu... daku ada GL jadinya xperlulah bayar kalau bersalin hospital kerajaan ni...

Tulah semua tu berbalik kepada rezeki kan...kalau rezeki baby dalam perut ni nak bersalin kat Hospital Putrajaya al-hamdulillah syukur tapi xmaulah daku tetiba bukan rezekiku buat kali ke-2 kandaku ngamuk² kat kaunter malu sehhh...


Bertabahlah menghitung hari... kandaku kata baby ni nak kuar masa puasa gamaknya sebab xde tanda² pun dia kasi...macam best sangat doq dalam perut ni xmau kuar huhuhu... daku slow talk hehari dengan baby tapi entah lah mybe keturunan 2F gini selagi x cukup 40 minggu deme xmau kuar kekdahnya...

Ada next appoinment 16hb Jun 2015 (tarikh due date) kalau xde juga tanda² nak bersalin mesti klinik kasi masa lagi kalau idak juga bersalin kenalah serah diri pi Hospital jawapnya... Ya Allah daku nak bersalin normal xmaulah dipaksa-paksa... wahai kesayanganku yang berada dalam rahim ibu ini keluarlah nak ibu xterdaya dah penat dah ni... meh la nak kuar jumpa ibu, ayah, abang dan kakakmu... plezzzzz...