CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Thursday, March 8, 2012

♥ Hari Tua Saya ♥


Salam semua,

Harini 8 Mac 2012 (Khamis) genap usia saya 31 tahun... 
Ohhh sudah tua rupanya saya sob..sob..sob....

Apa yang telah saya capai sepanjang menempuh usia ini? 
Adakah saya telah dapat apa yang saya mahukan, dambakan, inginkan????

♥

♥

♥

♥

♥

♥

♥

Apapun saya bersyukur kerna masih bernafas lagi pagi ini, menyambut hari tua saya....

Sesi Luahan Rasa ♥ : Kerna Hati....


Salam,

Harini sepatutnya aku rasa gembira kan yelah sambut hari jadi 
mesti la seronok² 
tapiiiiii aku rasa sedih, sebak, sakit hati dan macam² perasaan ada
yang paling ketara sakit hati, rasa marah, rasa bersalah, rasa macam xberguna
entah xtau macam mana nak terangkan rasa serabutnya aku harini...

wawawawawawawa rasa nak menjerit beritahu semua apa yang aku rasakan
rasa nak menangis nak mengadu damba tapi pada siapa?

sukarnya bila berada di persimpangan diantara hati dan perasaan
sukarnya nak memenuhi semua harapan dan impian orang disekelilingku
aku rasa tersepit bila memikirkan semua ini...

maafkan aku jika tindak tandukku melukakan hati² insan yang ku sayang
maafkan aku jika aku xmampu membahagiakan kalian semua
maafkan aku jika aku xmampu memenuhi setiap impian dan keinginan kalian semua

aku mahu jadi anak yang baik, taat pada orang tuaku
ya selagi nyawa mereka masih ada di dunia ini
ingin sekali aku berbuat bakti dan jasa
aku mahu...aku mahu...aku mahu..........

aku mahu jadi isteri yang taat pada suami
aku mahu berada disampingnya saat susah dan senangnya
aku mahu berkongsi segala-galanya bersamanya
aku mahu...aku mahu...aku mahu..........

aku mahu jadi menantu yang baik pada kedua ibu bapa suamiku
aku mahu menjaga hubungan baik ini
aku mahu...aku mahu...aku mahu..........

aku mahu jadi ibu yang baik kepada kedua-dua cahaya mataku
aku mahu jadi jodoh teladan buat mereka
aku mahu mereka berjaya dunia akhirat
aku mahu...aku mahu...aku mahu..........

8 Mac 2012  (Khamis)


Tuesday, March 6, 2012

Aksi anak²

Hai...

Meh layan gambar 2 beradik bila ada kat rumah... sambil ibunya nak masak ada je idea si abang nak menyakat si adik kekadang nangis, ketawa mengekek² dan kekadang lari terkedek² peluk kaki ibu bila kene agah/kejar deq si abang... 

Ohh kadang² naik angin 1 badan ok bila si adik mula merenggek sedangkan haku tengah masak risaukan kang terpercik minyak ke apa ke sebab dia seolah² peluk kaki ibu dia tu 'port' paling selamat la huhuhu.....

Yup kekadang rasa bersalah sangat² bila aku mula marah² kat si abang tapiii Ya Allah lagi di tegur lagi lah di buatnya, macam sengaja je nak ibu dia ni leter² kat dia.. (ehhh kene leter x best ok! : ni pengalaman ibu masa kecik² dulu la)

Tipu la kalu aku kata aku xpernah nak jentik si abang tu, apa je depan mata tercapai deq tangan aku tibai si abang... Ye kekadang terkuat pukul kemudian menyesal sepanjang hari bila teringatkan peristiwa itu. 

Aku bukan sengaja melampiaskan kemarahan terhadap si abang @ x sayangkan dia lagi kerna adanya si adik sebagai penganti tapi kekadang kesabaran hilang pabila tengok karenah dia. (Ye aku akui dia nak perhatian aku bayangkan hampir 5 tahun hanya dia yang dimanjai tapi kini ada adik yang berkongsi segalanya...)

Aku harap sangat suatu masa nanti bila abang Farish dah besar dan faham kenapa ibu dia marah² bila dia sepahkan barang mainan, bila dia main kasar dengan adik, bila dia 'degil' dan xmau dengar nasihat ibu.... 

Maafkan ibu bila anak² ibu rasa sakit bila ibu cubit@pukul kerna kenakalan kalian ;(

Ketahuilah ibu sayang anak² ibu, sakitnya menahan kesakitan bersalin xleh nak digambarkan dengan kata² hanya Allah saja yang tahu besar mana kasih sayang ibu pada anak² ibu sekalian... Sob..Sob...Sob.. emo pulak....



ok babaiiii........


Tuesday, February 21, 2012

Tonton Online Jujur Aku Dayus

JUJUR AKU DAYUS (TV3)
Cerekarama Sabtu
TARIKH: 18 FEBRUARI 2012
MASA: 10.00malam

Sinopsis: Jujur Aku Dayus mengisahkan pasangan suami isteri, Edree dan Lisa yang hidup bahagia selepas perkahwinan yang berusia lebih setahun. Sebagai seorang pegawai berprofil tinggi, Edree memikul tanggungjawab besar di dalam syarikat. Suatu hari, dia ditugaskan untuk ke luar negara dan selepas lapan tahun keika dalam perjalanan puang ke rumah untuk melepaskan rindu kepada isteri tercinta, Edree ditimpa kemalangan menyebabkan dia koma.

Lakonan: Nora Danish, Beto, Zul Ariffin, Irma Hasmie




Ohhh cite ni penuh suspen ok! Aku dapat tengok pun 45 minit sebelum citer ni habis walaupun hanya dapat tengok di penghujung citer tapi aku masih blur x dapat nak tangkap apa ending citer ni... Memang best la citer ni...

♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥

copy komen drpd WoRRioR TPG

Hehe terlalu banyak persoalan masa dalam jalan cerita dengan kemunculan Aisha yang mengandung, mula mula teka Aisha ni isteri kedua kot sebab Lisa tak nak ikut ke Jepun.

Dari awal duk cerita Lisa ni dulu bukan wanita baik pun, duk teka jugak mungkin Lisa ni kembali liar dan curang..teka semua tak kena..

Kenapa kenapa Ed benci sangat dengan Lisa?..oh semestinya pengarah tak mau dedahkan awal lagi kenapa Lisa dibenci suaminya..kalau bagitahu awal tentu tak best nak tengok sampai ending kan.

Lagi lagi bila Aisha kata jubah dan tudung tak dapat nak menutup hati yang kotor (keburukan)..lagi la duk pikir Nora Danish jadi curang nih..

Kemuncak dalam cerita ni apabila tiba masa Edree pi bersemuka dengan bapa mertua dan isterinya masa nak menjatuhkan talak tu..duk suspen lagi tu..

Awak dah tahu? Lisa tanya Edree

Edree tanya balik Lisa, “Awak dah tahu”? aishhh cerita ni saspen memanjang hahah!!

bapa mertua Ed pun tanya pulak , apa yang dia tak tahu, apa yang diorang tahu? Soalan dijawab dgn soalan?

Akhirnya kepenatan menunggu jawapan apa sebab Ed bersikap dingin dengan Lisa dan berkelakuan kurang ajar melampau-lampau kat Lisa terjawab jugak..(sila bagi pujian pada lakonan Beto Qushairy ok)

Pengajaran dari drama Jujur Aku Dayus ni..isteri kena taat pada suami, minta izin suami kalau nak keluar mana mana..

Masa part Ed habis solat, masuk Lisa ke dalam bilik..

Lisa pun kata dia tak patut keluar dengan lelaki lain..bila keluar dengan lelaki lain musibah telah melanda dirinya, hingga rumahtangga yang dibina hancur, keluar dengan lelaki lain tu menimbulkan fitnah..

Walaupun sikit aje kemunculan Zul Ariffin, lakonan beliau juga boleh dipuji

Nasib baik rumah tangga mereka dapat diselamatkan apabila kebenaran akhirnya berpihak kepada orang yang jujur.. happy ending.