CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Sunday, January 2, 2011

Kisah Stroller Baby....




Sebenarnya stroller combi ni banyak kenangannya...Yelah 3 generasi tau yang dah guna... Bermula dari si empunya stroller si Danish, kemudian kasi pinjam kat aku untuk si Farish dan terakhir sekali kasi pinjam kat Ijal (adik ipar bongsu-adik asben i ok) untuk si Akif.

Kalu aku dah kawin selama 5 tahun maka umur stroller 2 pun sama jek dengan ulangtahun perkawinan aku... Dan akhirnya 14 Dec 2010 (Selasa) stroller 2 dah pergi meninggalkan keluarga kami... Kenapa? Rumah adik iparku itu kene pecah masuk deq pencuri, kebetulan stroller dalam bonet kete beliau dan lagi tragisnya kereta beliau pun di rembat deq pencuri bersama-sama barang2 lain....

Aku pun rasa terkilan apatah lagi tuan empunya (angah) yang dah kuar duit beli stroller 2 huhuhu.... Entah mimpi apa semalam (1 Januari 2011) terdetik dalam hati nak google stroller murah2 kunun2nya nak guna untuk bb aku yang tengah tunggu ari jek nak menjenguk dunia ni... Sekali masa google2 dalam mudah.com maka terjumpa stroller jenama yang sama malah warna yang sama! Wahh ianya mengembalikan kenangan kami bersama lah huhuhu... Mybe jugak mengubat hati angah kalu tengok stroller ni...

Giler ahh! terus sms tuan stroller, deal harga, tempat nak jumpa dah akhirnya stroller combi ni jadi milik aku dengan harga RM160 dan keadaan stroller masih ok sebab tuan empunya jarang guna dan berhajat nak beli stroller Maclaren katanya. Bukan xmau bertukar kepada stroller jenama lain mybe ada memori antara 3 generasi yang membuat aku tak berpaling tadah, nak kata jenama combi ni ok sangat idak la ada kekurangannya, tapi aku punya suka lah nak beli hahaha....!!!

Aku sekarang tengah susah ati ok, sok farish nak sekolah (masuk tadika) entah macam manalah ye, petangnya nak ajar dia doq umah pengasuh yelah selama umurnya dah doq nursery secara beramai2 sekarang kene transit waktu petang kat umah pengasuh....

Aku akan merasa tenang dan damai sikit bila dah selesai urusan farish dan sekolah barunya + rumah pengasuh, kemudian menunggu ari nak bersalin pulak uuikkkksss? Dup..dap...dup..dap.................berdebar2 wokey! Kawan2 doakan saya selamat ye....

1 comment :

εïз mummyHaza εïз said...

InsyaAllah semuanye selamat... Selamat masuk labour room yek yatie.. Daku menunggu bila kite nak jumpa, i nak flash tu... huhuuh