Salam,
Rasanya coti2 malaysia doq umah sangat bahgia...banyak masa terluang tapi malas nak update blog....si kenit tengah tidur tapi kadang kala terganggu dengan bunyian lesung batu si nenek (MIL) nak masak gulai buat lauk tengahari...Pe si ibu makan? ohhh MIL pepagi dah buatkan sup ayam kampung untuk daku ini....
Wahh2 beruntungnya hidup masih punyai ibu dan MIL kan, tapi sebenarnya mereka cuma jaga aku seminggu je... Mak dah balik perak-sedih sangat bila usia mak menginjak 71 tahun dan serba serbi xkene (agaknya mak haku dah mula nyanyuk kot?) sekarang ni emo sesaja....daripada aku menambah dosa biarlah dia balik kampung umahnya sendiri barulah dia rasa happy...banyak sangat drama air mata terjadi sementara menunggu aku bersalin dan minggu pertama aku bersalin...biorlah jadi rahsia hati wawawa............
Minggu ni MIL pulak jaga, ye MIL aku mulut bising orang kata mulut jahat huhuhu tapi sebenarnya baik hati...terharu dan terhutang budi aku sepanjang seminggu dia jaga aku dia masakkan lauk berpantang, bakarkan ikan haruan, buatkan sup ayam kampung...wawawa terharu giler ahhh...........
Maka minggu depan aku meneruskan sisa2 berpantang bersendirian....Ohh ye farish semenjak kehadiran adik ni dia mula berubah agaknya rasa tergugat dengan kehadiran adik... Asyik memberontak, cium si adik xkira masa kita pulak risau tengok...
Lom termasuk kerisauan yang melanda bila si kenit kene kuning xkebah2 sampai ari ni...Ya Allah selamatkanlah anakku, jauhkan ia daripada sebarang penyakit merbahaya, kasihanilah dia masih kecil....Bermacam cara, petua, usaha dah aku lakukan...sedih rasa hati bila seawal kandungan dulu aku berniat nak menyusukan anakku ini, ya Allah makbulkan doaku siang dan malam agar susuku cukup untuk dia tapi dugaan ini membuat aku sedih adakah aku berpeluang menyusukan dia lagi andai kata susuku tercemar dan menyebabkan dia terus-terusan kuning?
:(
2 comments :
ubat terbaik utk kuning adalah susu ibu. kerap bagi susu, jgn tgu bby mintak, selang 1 1/2 jam/ 2 jam bagi je. jgn demotivate susu sikit. bagiii je. tapi kalau2 dah terdesak sgt bg la susu formula. x kurang kasih sayang si ibu w/pun bagi susu formula okehh. anak saya no 2 hari tu pun kuning juga lepas seminggu. doc kata, bby ada 2 jenis kuning - 1. kena cepat (sebaik lahir) atau 2. lewat (bberapa hari pas lahir). anak saya kena yg ke-2. doc ckp, kalau yg ke-2, MEMANG LAMBAT TURUN/ SEMBUH SEPENUHNYA. JGN RISAU. sy hari tu dlm masa sebulan pantang, EVERY WEEK pegi klinik cek darah utk monitor kadar kuning tu. EVERY WEEK. x mcm org pantang pun ada. doc kata NORMAL. jangan sedih ok. sedih masa nak amik darah tu je la, kesian tgk bby nangis2. tp alhamdulillah, pas sebulan sembuh. ada bby yg sama2 cek kuning ngan saya masa tu, dah 6 minggu berulang klinik cek kuning. so, it's ok. yg penting, bbg kena banyak minum - priority susu ibu, kalau x buleh, formula. JANGAN SEDIH2 YATI. insya allah, ada hikmah di sebaliknya. TAKE CARE & REST ok.
~pn mimi~
salam...just sharing...pykit kuning bayi baru lahir bukan kerana susu ibu tercemar (kerna ia tak mungkin tercemar)...kuning disebabkan 1)perubahan fisiologi- hati bayi
belum matang utk proses darahnya...ini normal, ( dan kebanyakan bayi, termasuk my first baby, dapat ini)--> just banyakkan bagi susu ibu..
sebab ke2)patalogi-means sbb penyakit, cth darah ibu dan anak tak serasi atau tak sama jenis, pykit kurang ennzim G6PD, dan bbarpa pykit lain...
So dont worry , insyaAllah your baby will be fine...
Post a Comment