CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, September 4, 2012

Diari Raya 2012~Perak

** N3 kali ni panjang berjela harap maklum.....**


Salam Syawal,

Sudah 17 syawal rupanya tapi mood nak citer pasai raya agak lemau gitu (kebetulan masuk kerja bz menghias opis untuk pertandingan 'keceriaan merdeka raya' gituw + card reader x dijumpai + sakit pinggang nan agak kronik juga wawawa..........) 


:: Balik Raya weyyy...!!! ::

Perjalanan bermula degan rasa teruja nak balik kampung meraikan syawal yang bakal tiba + tahun ni beraya kat umah omak den yeayyyyyyy horeyyyyy!!! suka ko jah! hehehe....

4 sekeluarga haruslah beg sorang satu kan, yang hover opkos la aaii kekeke beg besar gituw macam nak doq sebulan gayanya... Baju raya nan gemerlapan harus jangan di lupa kang ada nangis guling² xde baju nak di pakai di pagi raya... Tema kami tahun RED CHILI huahuaha... (merahnya mak ngah ooii...!!)

Sebelum balik Perak kami singgah balik ke Melaka pada 11hb Ogos 2012 aritu, malam ahad tu sibuk la cari baju raya kat 'Kedai Kemboja' kat pekan Masjid Tanah. Mulanya kandaku berkenan warna oren tapi saiz M ngam² je kat susuk badannya + rasa x selesa katanya, malas dah nak tawaf semula kedai² yang lain terus sambar jek baju warna merah.

Hamik ko berkilau gitu aku 2 veranak dengan baju penuh labuci kekeke... MIL kata bergaya sakan 2 veranak ni raya tahun ni hehehe..... Beli 4 pasang baju (2 pasang baju melayu + 2 pasang baju kurung) RM300 haruslah aaii yang paling mahai kekeke....


Kebetulan sebelum balik Melaka kami singgah Nilai beli kuih, kerepek raya untuk MIL dan stok untuk kandaku makan di rumah katanya.... Febret Abam Farish keropok bantal berebut dengan nenek sebab ayahnya 1 kilo je, sebelum balik Putrajaya ari ahad tu patah semula Nilai belikan keropok bantal anak terunaku ituw... senyum lebar siap cakap lepas berbuka dia makan :)


 ~16hb Ogos 2012 (Khamis malam Jumaat)


:: Kete Breakdown ::

Sebenarnya aku xkemas pun kain baju nak balik kampung lepas berbuka baru terhegeh-hegeh nak kemas beg, mulanya kandaku nak balik tengah malam jadi leh la dia berehat@tidur sekejap. Alih² kul 10.00 malam kami gerak dah balik :) 

Dalam perjalanan kete memang banyak bawak 80 km je (slow sebab kete dah banyak nak balik kampung) tiba² nak sampai RnR Tanjung Malim radio kete padam 'plop' kandaku dah cuak 'alamak kete ni nak buat hal ke? jangan la nak balik raya ni....' Kejap on kejap off kemudian diam terus 'stanby'.... Kalu kete ni berenti terus x leh jalan ni hopely sempat la sampai RnR Tanjung Malim kandaku terus call kengkawan@pomen mintak bantuan. (tapi xde sapa sanggup sebab kami dah di pertengahan jalan)

Aku cuba call anak buah, sms abang kat kt kampung bagitau keadaan kami 4 veranak. Nasib baik sempat sampai RnR Tanjung Malim 2 beradik yang mulanya tidur pun terjaga bila enjin mati dan ekon pun kiok sama harapkan angin malam je.... Kalu ujan malam tu lagi naya nasib x ujan.... Kete langsung x leh start alternator rosak kandaku kata, call sana sini tanya kengkawan dia kot² ada yang sanggup tolong tapi hampa...


Call abang sulung@Yop mintak dia datang amik aku sekeluarga + kot² dia ada kengkawan pomen ke sebab kete x leh tinggal kat hway gitu² je tingkap kete xleh naik bateri kiok terus... Dekat jam 12 tengah malam nunggu Yop datang, sabar la kami menunggu....

Tiba² ada 2 mamat tegur kandaku 'kete rosak ke bang?' Rupa² depa tu 'ongkai@ala tonto tarik kete tu'... Kandaku tanya la ada ke bengkel yang berhampiran, harga spare part nak ganti tu berapa, upah tarik dll yang berkaitan... Sembang² akhirnya kami bersepakat untuk tarik kete gi bengkel yelah malam makin larut masa tu dah kul 1 pagi....

Aku call Yop soh tunggu kat RnR Tanjung Malim Belah ke KL sebab kami akan pusing keluar kat Tanjung Malim untuk tarik kete ke bengkel, malam² mana ada bawak duit cash banyak kan cari ATM semua tutup nasib leh transfer guna M2U tu pun transfer guna henpon kandaku...

Aku ikut Yop balik dulu sementara kandaku uruskan hal kete, cian bebudak 2 ketoi tu penat, ngantuk (tapi Farisya makin galak pulak gelak² dan menyakat Farish dalam kete pakcik) kete makin banyak nak masuk exit Tapah dan mula jam RnR Tapah xleh masuk sebab penuh kete, nasib la sapa² yang balik Utara tu....

Sampai Tapah jam 3 pagi, Yop ajak makan dulu dia belanja hehehe.... Kandaku sampai lewat 1/2 jam kemudian dia pun lapar sebab masa berbuka tadi makan beehun sup je.... Makan² sampai kedai pun nak tutup hahaha... Sampai rumah jam 4 pagi ngantuk giler+penat! Langsung x bangun join famili bersahur sebab dah makan tadi terus tidur sampai subuh zzzzzzzzzzz............


 ~17hb Ogos 2012 (Jumaat)

xde buat mende rehat²kan diri dan membongkang depan tv hahaha sesambil tolong Yong kepak² daun palas nak rendam dalam air senang sok nak anyam katanya... Yong sibuk cari daun pisang nak buat sarung dalam buluh lemang.

Petang aku 4 veranak gi bazar ramadhan cari makanan tambahan (walaupun Nyah dan pesan jangan beli sebab dah masak!) Petang tu boss anak buah sembelih lembu mak aku mintak kot² dapat kaki lembu nak buat sup sekali dapat tulang dengan daging syukur al-hamdulillah rezeki.... 

Jadi menu berbuka kami sup tulang :) ada lagi menu² lain aku dah x ingat yelah ni dah raya ke berapa kome oii... Aku beli mee rebus, rojak, air kelapa, mee goreng + kuew teow goreng untuk Farish dan apaknya dan pencuci mulut beli buah mata kucing sekilo....
 

:: Hari Mantai@Memasak Raya ::

~18hb Ogos 2012 (Sabtu)

Hari mantai (orang melaka kata la) aku sekeluarga agak kelam kabut sebab Nyah nak balik petang ni juga, sok raya dia kene kerja.... Pagi tu aku sibuk siang bebawang, lengkuas, halia, serai untuk rencah masak rendang, masak kicap dan masak kari. Macam biasa mak akan buat sambal goreng jawa dan ada 1 lagi menu tambahan (xtau nama masakan tapi bahan asasnya kulit lembu) dah berjiran kiri kanan depan orang jawa jadi menu pun banyak terikut style jawa la kan....


Rebus ketupat, ketupat palas, lontong dan bakar lemang, sesambil tu jaga api rendang, masak kicap dan kari ayam kat belakang rumah (guna dapur kayu jimat gas sebab beli ayam pencen kan ke daging ayam tu liat makan masa nak masaknya...) penat juga jaga api dan tolong kacau² jek huhuhu...


Nyah dengan Yop sibuk cat rumah, pagi tu Nyah siap pasang langsir, aku macam biasa tugas menyapu, mengemas rumah dan basuh pinggan mangkuk yang sokmo penuh dalam sinki... 


Ohh yea hari ini dalam sejarah rambut Farisya mak aku gunting kontot hahaha terkezut laki aii tengok rambut anak daranya dan togel nasib beliau x marah hahaha.... xpelah Farisya nanti besor nak simpan panjang sukati ko la nak kekecik ni rimas pulak aku nengok dia rambut gerbang bila x berminyak apatah lagi baru bangun tidur wooo tanjat boboiii!


:: Salam Lebaran 2012 ::


 ~19hb Ogos 2012 (Ahad)

Ok² raya dah yeayyyyy!!! Kemas² umah angkat sofa campak bawah rumah kasi clear ruang tamu mau hidang makanan untuk rombongan baraan raya (ni lagi pengaruh jawa ada ziarah rumah ke rumah sambil baca tahlil untuk ahli keluarga yang telah pergi)


Menu wajib raya kami... lemang, ketupat, rendang & kari ayam pencen
Lontong, sambal goreng jawa, kuah lodeh dan menu special mak....


Bila habis sembahyang raya, xsemua yang balik rumah terus Yop & Cik Ndek terus ikut rombongan baraan ziarah rumah ke rumah jadi yang ada kat umah ni pakat bergambar sakan sebelum rombongan tu sampai rumah kami pulak....

Mulanya nak mik gambar famili cenonet aku ni jek sekali mak aku pun datang siap melaram jubah barunya terus ajak bergambar famili hehehe layan yolah.... Jadi sesi bermaafan dan saling memberi $$$ raya untuk anak aku la yeyeye syok oooo.....

Apesal gini gayanya sedih jek... Farisya sibuk dgn angpownya...
Udah chomei molek si farisya lak x ready kekeke...

Meh layan gambo kami sekeluarga, penat dah teman reka citer ni idea dah kering +++ berhari-hari dah n3 ni tau raya pun dah nak habis aaacaneeee tuuuuuuuuu...

Mak dengan cucu cenonetnya...
Bergambar dengan wan, edy dan mak...
Sesi bermaafan  dan gambar reramaiii..........


:: Menziarah Kubur & Sanak Saudara ::

Lepas rombongan baraan menjamu selera dan meneruskan agenda mereka kiterorang lak pakat makan sama sambil² kemas pinggan mangkuk yang dah guna tu pi basuh la kan... Yong bising² ajak aku pi kubur katanya dah lama aku x ziarah kubur (errmmm betui pun aku xberani nak bawak kanak² ribena tu pi kubur)

Yong sesambil tu cari daun pandan dan sedikit bunga nak buat ala² bunga rampai mau tabur di pusara nanti. Ikut perancangan awal mak nak ajak aku gi kubur dekat je kemudian Yong & anak²nya akan gi Teluk Intan ziarah kubur abah mereka. Aku bagitau Yong aku nak ikut dia sekali gi kubur arwah abang ipar maka rumah kami tinggalkan kepada cik ndek untuk melayan tetamu yang akan datang...

Alang² gi Teluk Intan wajib la balik kampung mak ziarah adik-beradiknya, jumpa sepupu sepapat dan mak saudara mak juga... Sebelum balik singgah rumah adik ipar yong makan nasi lemak sedapnyaaaaa di hari raya makan nasi lemak asyik ketupat lemang jek bosan ngak....

Sampai rumah kul 3 petang, nasib xramai sangat tetamu yang datang kengkawan Yop dan cik ndek je....
1st time kandaku bertemu arwah abah, arwah abah Yong & 2 abang aku...


Semenjak aku kawin inilah kali pertama aku bawak kandaku gi kubur (teruk toi aku kan...) yelah masa tu anak aku kecik lagi pastu bila balik bercuti pun x lama sehari 2 dah balik putrajaya semula. Nasib baik Yong ingatkan aku akhirnya aku dapat juga pertemukan kandaku dengan mereka semua..... sob..sob..sobb...........


:: Citer Sedih ~arwah Abahku [Ahmad] ::


Arwah abah aku meninggal dunia masa tu aku aku masih dalam pantang (menurut citer mak arwah menelek nasib menurut kata tukang telek tu kalu abah dapat anak perempuan umurnya x panjang) sepanjang mak mengandungkan aku abah dah mula jatuh sakit dan sampai la saatnya abah dibedah doktor kata kanser (leher arwah di tebuk mak kata hanya susu je leh minum tu pun guna tiup panjang masuk terus kat leher tu) abah semacam tahu dia akan dapat anak perempuan....

Tapi kuasa Allah mengatasi segalanya kan bukan sebab telekan nasib yang menentukan abah pergi tapi dah tersurat begitu perjalanan hidup abah...Aku memang xsempat nak bermanja-manja apatah merasai kasih sayang seorang ayah, tapi aku bersyukur sebab punyai ayah walaupun dapat bertemu mata sekejap sahaja... Semoga Allah ampun segala dosa² arwah dan menempatkan arwah di kalangan orang² yang beriman amin...


:: Citer Sedih ~arwah Zulkiflee ::

Kubur arwah abang ipar@ Teluk Intan


Arwah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya (bertembung dengan basikal). Masa tu suasana gelap lagi sekitar jam 6.30 pagi, perjalanan dari rumah mak ke Hospital Teluk Intan mengambil masa 1 jam (arwah bekerja sebagai pekerja am). Sewaktu kejadian menurut kata saksi arwah cuba mengelak sebuah basikal yang di tunggang oleh seorang pakcik mungkin arwah break mengejut entah macam mana arwah hilang pertimbangan dan jatuh.

Doktor kata tengkuk arwah patah dan tangannya juga patah, disebabkan pendarahan yang banyak dan tiada siapa yang berani berhenti menghulurkan bantuan arwah pergi sebelum sempat sampai Hospital. Kebetulan ada seorang hamba Allah (yang mengenali arwah) dalam perjalanan ke Hospital yang sama berenti dan membawa arwah tapi sayang Allah lebih menyayangi arwah....

Kebetulan pagi tu sebelum aku pergi sekolah dan arwah tengah bersiap² nak gi kerja, arwah panggil² anak bongsunya @ edy (berusia dalam 2 tahun) tapi anaknya memalingkan wajah seolah-olah merajuk/marah tanpa sebab... Puas arwah pujuk² nak cium peluk tapi anaknya xmau mendekati arwah langsung.... :(



Tanda² sebelum arwah nak pergi banyak sangat tapi kami je x perasan..... 

1) Ada satu kejadian masa tu kebetulan bas xde jadi mak kayuh basikal gi rumah Yong kat Tapah Road (jarak 8 km). Disebabkan mak xberapa sihat baliknya arwah hantarkan dan basikal tinggal kat rumah Yong. Masa Yong bawak basikal mak balik kampung (kene melalui 2 buah tanah perkuburan) arwah tarik basikal sepanjang perjalanan bila sampai kubur arwah lepaskan pegangan dan ketawa sinis memandang Yong.... (agak pelik sebab arwah sama sekali xpernah berbuat begitu), sampai je rumah mak dia mintak basikal katanya 'dah lama x jenjalan tengok kampung'....

2) Anak Yong no. 3 @ Mamat (umur 3,4 tahun) bercerita dengan aku suatu petang dia naik motor sesama arwah abahnya kemudian arah angkat² (gaya mat rempit angkat² moto tu) kemudian jatuh dan abah mati katanya....

3) Arwah teringin makan rendang daging, dia beli daging sekilo dan mintak mak masakan... bukan main seronok awah dapat makan rendang kegemarannya...

4) Masa mengemas rumah (pemberian ibu mertua Yong di Tapah Road) arwah berpesan kat Yong supaya pasang bumbung dan simen laman rumah tu supaya anak² dapat bermain xde la berpanas... Yong dah tunaikan permintaan arwah al-hamdulillah.....

5) Seminggu sebelum arwah pergi arwah sempat bertemu bapaknya (pelakon Yahya Sulong) kebetulan bapaknya x berapa sihat waktu itu dan ipar duainya bawak arwah gi genting highland tapi dalam gambar muka arwah sedih je....

6) Yong keguguran dalam masa yang sama, seminggu lepas tu arwah pun menemui ajalnya...


Sama ada ada kaitan atau x entah la aku pun x pasti, tapi aku rasa ralat la sangat sebab aku xdapat tengok wajah arwah buat kali terakhir, mak pergi hospital pun masa tu jiran adik arwah yang amik. Masa pagi kejadian arwah suluhkan jalan (aku tunggu bas kat jalan besar dalam 6.15 pagi kuar rumah) tiba² bila balik sekolah (masa tu aku form 4 tahun 1997) ada seorang makcik bagitau aku arwah dah xde sure la aku mengamuk cakap pagi tadi arwah ada tolong suluhkan jalan lagi...Tapi bila makcik sebut "KEMALANGAN JALAN RAYA" aku terkedu, terkejut, xleh nak kata apa....

Balik rumah yang ada hanya cik ndek bila tanya dia kata yea... wawawa aku meraung menangiss, ramai kengkawan arwah datang rumah mak tanya jenazah nak kebumikan di mana. Betul la kan arwah benar² dah pergiiiiiiiiiiiiiii!!! 

Selama setahun aku masih menunggu arwah balik kot² ini hanyalah mimpi, tapi hampa... Bila raya menjelma aku mintak Yong tunjukkan kubur arwah (masa ni je leh gi kubur sebab kami orang susah mana ada kereta, ni pun tumpang adik ipar Yong sebab aku teringin sangat nak tengok kubur arwah)

Sesampai kubur adik ipar Yong berkata "abang zol ni teman bawakkan anak² abang zol datang ni" rasa nak menjerit kat situ bila nampak kubur arwah, yea aku secara perlahan-lahan mula menerima kenyataan arwah dah tiada lagi.... Sedih rasanya mengenangkan nasib Yong dan anak² terkontang kanting sendirian bila arwah pergi dulu...

Semoga Allah menempat sekalian insan² yang aku sayang di Jannah sana, marilah kita sedekahkan surah Al-Fatihah buat mereka semua...amin..........


:: Jejak kasih ::

Adik arwah abah
Anak buah arwah abah
Meow & anak² ku sayam...


okies x larat dah nk citer.... Kesimpulannya aku happy raya ni sebab dapat gi Kubur, dapat ziarah sanak saudara, dapat jejak kasih saudara mara belah arwah abah dan dapat juga beraya kat Melaka jumpa semua adik beradik belah suami... Maafkan saya kengkawan sebab xsempat nak beraya dengan korang² semua semoga ada kesempatan kita bertemu yea...

Buat kengkawan di blog saya menyusun 10 jari memohon kemaafan mana tau kata² dalam penulisan saya ada yang menguris hati kalian semua... Maaf Zahir Batin :)...

Sekian........................


1 comment :

εïз mummyHaza εïз said...

sedih pulak org bace entry awak ni yatie...


selamat hari raya ya :)