CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, April 28, 2014

Balik Melaka + ambik report card Faris Akmal

Assalamualaikum....




Di hari Jumaat yang damai tetiba je kena taq nama kat FB alalala sweet x nak balik kampung main taq² nama je hahaha.... tapi aku le orang pertama yang komen kikiki... yelah kot dia lupa hari sabtu ada Hari Bicara Akademik (ambil report card & Taklimat Penambaikan PBS KSSR...) Jadinya kena balik lepas amik report card lah yea....


~26hb April 2014 (Sabtu)


Ahaa beria-ia ingat kandaku soh pi sekolah tapi daku malas nak pi hahaha... bukan pe si Faris x sihat dia batuk² pastu kain baju xbasuh penuh sebakul... lom lagi baju nak balik kampung lom kemas... rumah pun sepah lantai x mop dah seminggu... haisshhh eden banyak koje...

Kebetulan pulak aku nunggu abang posmen sebenarnya hahaha... beli baju tido untuk si Farisya (baju FROZEN meh singgah FB Roshaniza Idris, dia jual cadar, kain pasang dan baju budak... ohh yea ni ofismate aku dulu masa keje kat C.K Leong & Nurbaya)

Tapi tunggu punya tunggu abang posmen x kunjung tiba huh sakit hati kite hukhukhuk....



ce kome bayangkan si Farisya pakai baju ni mesti pakat perasan lari² versi video klip FROZEN yang hari² di khatamnya hahaha.... lom lagi gaya hentak kaki kununnya kuar salji haisshh banyak nengok cite kartun ginilah semua nak di tiru....

::: Ambik Report Card :::


Aku pernah cite sebelum ni Faris ni agak lambat sikit nak membaca tu yang cikgu kumpulkan dalam 1 kelas bebudak yang masih merangkak-rangkak lagi nak membaca ni kan senang nak di monitor....

Al-hamdulillah aku tengok dia dah boleh membaca yeyeye (*meh lompat bintang!) tapi perkataan yang susah tu aku peratikan dia sebut sesuka hati je malas nak eja haisshhh... Pencapaian exam baru² ni dapat kebanyakannya C dan dapat D untuk subjek Dunia Sains & Teknologi... Pemahaman, pembacaan dan lisan pun dapat C juga....

Gamaknya dah pandai membaca ni baru dia pi cari balik buku² komek upin ipin dia dalam store tu nak baca sebelum ni beli setakat tengok gambar je x de hati pun nak baca... alahai Faris oh Faris...

Selalunya bila waktu aku tengok berita jam 8 malam aku akan soh dia baca tajuk utama warta berita tu x lama pun 30 minit je pun, yang lelaju kuar bawah tu dia x leh nak kejar jadi tajuk tu jelah aku soh baca... kekadang dia ngelat xmau baca pun nak main dengan adik je... ni dah ada tab pastu memacam movie ada dalam tu 2 beradik tu asyik hadap benda alah tu jelah....

Nak paksa pun kesian juga pagi petang sekolah malam lah dia nak rehat kalu x de kerja sekolah aku kasi la dia tengok... kekadang aku soh ambik buku cerita baca sebelah aku... perkataan yang susah dia x tau aku betoikan balik...


Ni ayahnya gambar tunjukkan kat aku ... katanya bintang tu mewakili tingkah laku dalam kelas (membantu guru/rajin dll) ... bagus² anak ibu dapat 3 bintang! Masa tepek salinan report card kat peti ais aku bacakan ulasan guru kelas dia... cikgu cakap kena lebihkan perhatian dalam kelas... fokus Faris fokus jangan banyak main.... 


Ohh ye lupa pulak diakan Ketua Kelas tu yang rajin tu kekeke....


::: Makan Tengah hari @ PD :::

Lapornya! kami 3 beranak makan sarapan roti je.... ssapu planta dengan kaya, pukul 11 dah lapor balik goreng telur hancur makan dengan roti... nengok punyalah malas nak kecahkan dapur.... kebetulan stok lauk pun x de nak pi kedai tu yang bercinta tu....


Pukul 2 lebih kami gerak balik ikut jalan dalam lalu PD masa tu dah pukul 4 perut pun kriok² terus berenti oder nasi goreng cina, nasi goreng ayam dan nasi goreng kampung.... pesal lain benor dari kebiasaan daku makan haisshhh lain negeri lain style kandaku kata hahaha...

 nasi goreng kampung yang x berapa kampung hehehe...

kedai ni masa kami makan lalat punyalah banyak menyerang nak makan pun jadi  x selesa... gamaknya sebab ada sotong dalam nasi tu lalat jadi menggila hurung kami... adoiii memang ni pertama dan terakhir kali la daku jejakkan kami makan kat sini...

malam nilah aktiviti 3 beranak tu...


 ~27hb April 2014 (Ahad)

::: Bibik sebelah rumah nak lari! :::

Ohh ye masa kiterorang sampai petang semalam maid indon rumah depan tu siap² nunggu kami mak kata dia x pandai membaca dan kawannya mintak alamat... nak mintak tolong hantarkan sms kepada kawannya la tu.... oohoiii aku la yang taipkan sms tu haaayyyoookkk! 

Al-kisahnya dia nak lari pi Kelang sebab x tahan dengan layanan isteri tuannya... 

Katanya dia makan x menentu kekadang x makan langsung.... bila isterinya tuannya masak deme makan anak beranak x tinggal pun sikit untuk dia.... bila masak apa² or ada biskut ke hapa makanan tu habis bibiklah jadi sasaran kemarahan...

Tapi tuannya baik masa memula datang gajinya cuma rm400 je sekarang dah naik jadi rm600, mak nasihatkan dia bersabar dan bertahan... tapi katanya dia yang duduk dalam rumah tu rasa x selesa sangat dengan layanan seperti musuh tu...

Pernah duitnya hilang rm200, bila mengadu dengan tuan dia kata toyol yang curi hahaha... dia mati² xpercaya duit tu hilang angkara anaknya sendiri... banyak kali cubaan anak tuannya memecah masuk bilik bibik tetengah malam nasib baik berkunci kan... pehal ko nak ketuk² bilik orang memalam hari kan... tapi sapa nak percaya kan...

Tapi kandaku kata susah nak percaya... entah la aku pun x tau nak komen pe...

Kecoh la mak bercerita katanya kawan si bibik tu nak turun Masjid Tanah nak bawa dia pi Klang (deme kawan sekampung katanya... si bibik ni baru 1st time masuk Malaysia kerja sebagai amah) tapi pepagi hari aku tengok ada lagi bibik ni katanya mau kabuurr kok katanya malam tadi berangkatnya? hehehe...


bibik yang nekad!

Kawannya tetiba pulak kata kete/motor rosak x leh nak ambik soh dia naik bas @ teksi tunggu kat Puduraya pulak... xpepasai kami sekeluarga terlibat sebab dia minta ayah belikan tiket bas @ teksi....


Ayah dapat carikkan teksi dar Masjid Tanah ke Puduraya dengan harga rm150. Bibik siap bawak seekor ayam kampung (dah siap proses la), petai dan jering.... Katanya nak masak menu jawa nak makan dengan kengkawannya...

Sebab berdebar nak mengelak anak² tuan rumah or sesapa nampak dia langsung terlupa nak salam dengan mak hahaha... Aanak majikannya tengah terbongkang tidur malam tadi kuar ke mana ntah pukul 3 pagi baru balik....


 ni anak dara punya kerja...

Mak dengan ayah doq bincang kot² jiran depan datang tanya nak cakap apa? Ayah kata x yah la kite masuk campur cakap jelah kite xtau.... aku tak tahu tindakan kami ni tolong bibik tu ok ke x... kalau betul apa yang bibik tu cerita oklah kalu dia sengaja buat² cerita acanerrr....

Aku tengok ayam dalam reban jiran depan rumah tu macam kelaparan... gamaknya deme perasan ke x bibik dah xde... ehhh² aku pulak yang terlebih emosi ni hahaha... Bibik ni nekad nak lari sebab tuan dengan isteri xde deme pi luar kawasan... dia dah dapat gaji rm600 dan dapat extra rm50 duit makan (xyah masak pi makan kedai je kata tuannya...)

Mak pun jenuh dan pujuk yelah sesambil tu kalu bibik ada lagi kot² mak nak pi rumah anak² ada lah bibik tolong tengokkan rumah dan kasi ayam makan kan... pujukan mak x berjaya...

Mak macam biasa mesti akan bekalkan ayam kampung.... huwaaa ayam aritu masa mak datang pun baru minggu lepas aku habiskan ni stok baru mari dah.... Di sebabkan mak bizi proses cabut bulu ayam bagai kat belakang maka tugas memasak aku la kena buat... Pukul 9.00 lebih lepas sarapan aku terus masak... menu sup ayam dengan masak lemak cili api ayam kampung... 

Siap tanak nasi mandi terus bersiap pi kedai bundle hahaha dah jadi tempat wajib lak tiap kali balik kampung.... beli t-shirt 3 helai dan suar tido 5 helai terus tu hahaha terbang rm45 hukhukhuk.... seluar kat rumah mana pinggang longgang bontot koyak terus campak masuk tong sampah chewahhh...

Balik Putrajaya pukul 2 lebih.... singgah Nilai antarkan kiriman mertua untuk cucunya....


~28hb April 2014 (Isnin)



Ni bawak pi ofis kasi kengkawan... ramai pulak suka petai silap amik yang sikit bawak 6 papan je berbahagi la sorang sikit kat kengkawan semua yea.... petai kikis kulit pun ada dengan belimbing buluh....

tu je nak kapochi hikhikhik....
 

Wednesday, April 23, 2014

22 April 2014~ Warna Warni Semalam

Assalamualaikum.....

Lama x kapochi meh la kite sok sek sok sek sikit ek....

::: APC 2013 :::
Nadia Hakimah
Encik Zamri

Tahun 2013 ada 2 insan bertuah dapat APC dan kedua-duanya dari Unit yang sama Agropolitan.... TAHNIAH diucapkan kepada Encik Zamri dan Nadia Hakimah....

Ohooo si Nadia ni dah tukar Bahagian dan sekarang dah jadi keluarga Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Aset.... Tempat dia sekarang pun dah ada pengganti... sebelum ni toleh ke depan ada nanad sekarang sebaris ke depan semua jejantan sesaja... bebudak kontrak Agro kali ni semua jejantan belaka x de dah perempuan... elok lah senang nak travel pi site visit bagai kan....

Tapi akulah yang merasa sangat canggong/kepelikkan bagai sebab semua jejantan kan dan lagi si edwin tu bukan beragama islam jadi nak pasang bacaan surah ke hapa kena la pelan² orang kata kita kena hormat dia sama... keselesaan dalam pergaulan seharian sepanjang waktu bekerja....

bersemangat si lela tu nyanyi hehehe

Ok berbalik semula cite APC sungguh la daku ini bersama Rozilah pantas lagi teruja seawal jam 9 pagi kami dah turun ke Auditorium kununnya dan chop tempat duduk kengkawan kan... Alih² kali ni APC lebih santai duduk versi meja bulat gitu....

Udah sampainya awal amik la meja tetengah sekali kununnya jelas la nampak en riri dan nanad naek pentas kang kami nak sorak² ala-ala pom² girl kekdahnya hahaha (nampak sangat nipunya....)

Makan tengah hari 

Happy en najo ni nengok buah hatinya naek pentas ye... rezeki pengantin baru ni hehehe... Leh la simpan duit 1K tu masuk Tabung Haji ekk .....


 ::: Kereta Breakdown huwaaaa T___T :::
pokok pun leh tumbang dan byk tmpt naik air 

Petang semalam hujan lebat pakej angin dan kilat petir bagai tu terus sms kandaku tanya ada kat rumah ke... nak bermanja-manja minta datang ambik kat opis hehehe..... (kebetulan dah dekat 2 minggu daku x drive pi opis langkah penjimatan katanya...)

pi check bateri berpayung bagai hujan agak lebat ok

Tiba² masa tengah que traffic light merah kat jambatan Alamanda tu alih² radio mati ahhh sudah matikan enjin nak hidupkan semula langsung x leh on pastu...hazard lights pun xleh nyala...econ kete lagi non ado kan... Ntah apa yang kandaku godek² hazard lights mau nyala al-hamdulillah...

Ada 2,3 biji kete tanya ok ke bang? Kebetulan juga ada 1 teksi pintas kete kami tanya ok x bagai (ohhh jiran 1 blok rupanya) terus tanpa segan silu aku tumpang kebetulan dia baru balik ambik wife dia juga....

Terima kasih bang tumpangkan saya balik :)

Turun je kete salam² wife dia ucapkan terima kasih bagai terus naek rumah.... Masa tu hujan masih renyai² so sesiap bawak payung pi sekolah pulak sesi ambik si abang Faris... 

Kena towing juga sebab enjin x leh start :(


Wassup kandaku tanya keadaan kereta dan dia camne... katanya dia dah call kawan dia dan kete tu alternatornya rosak terpaksa kena towing.... Masa dalam kete kandaku dah sedih dah katanya kebanyakkan client nak buat payment time gomen gaji jadi agak kekeringan juga kami waktu ini..... 


 ::: Kebakaran @ Blok D :::

Pukul 6 nampaknya hujan pun dan reda pi sekolah ambik Faris masa nak melintas jalan tu ada orang jerit² soh donggak ke atas ohhh nampak dari kejauhan asap hitam ehhh blok D terbakar...

Gamaknya wayar pintas sebab kilat/petir kan hujan lebat tadi.... Terus mesej ema melati (dah la dia baru bersalin dengan anak kecik kan kesian...) bagitau ada kebakaran kat blok dia...

Ramai la jerit² kat warga blok D tu ada kebakaran haram deme nak faham kite doq melambai-lambai sakan panggil soh turun kan.... Gamaknya ada yang call bomba pantas lagi cargas pihak bomba datang memadamkan kebakaran tu...

Dengar cite tangki air deme terbakar, jadi air pun jadi kecik... Malam tadi lori SYABAS datang bawak air (soh sesiap sedia kot la masa operasi pembaikan xde air langsung kan susah nak mandi dll kan...) kesian deme lift rosak manjat naek tangga deme pastu siaran tv pun x ok....

Deq kerna kalut kisah kereta rosak dan kisah kebakaran tu sama semua kelaparan hahaha ibunya bizi update status kah...kah...kah.... Masak pulak sup ayam kampung peh tunggu 1 jam setengah tu macam setengah hari gamaknya cian la kandaku doq tanya lambat lg ke nak makan lapor ni.... alala cian dia...

Ohhh kandaku sampai rumah pukul 7 malam orang keta towing antarkan dia balik rumah, keta tarik pi bengkel kat Presint 15... Nasib baik juga ada stok alat ganti kalau x satu hal nak pi mencari.... dan nasib baik juga ada si kitty aka kancil comel kalu x patah kaki la nak pi kerja kan....

Keta kanda tu majuk gamaknya yelah jarang² bawak dia hehehe....
  

Thursday, April 10, 2014

Perangi Wabak Denggi!

Assalamualaikum.....

Hai² semua! Ni nak kapochi sikit pasai wabak denggi.... Kebetulan pulak Presint 14 kawasan Hotspots Denggi phewwww macam x percaya setiap minggu ada je fogging, lawatan rumah ke rumah check tandas dan edar ubat jentik².... Kekadang bangun pukul 5.30 pagi dengar bunyi orang fogging nyamuk guna kereta ronda sekitar kawasan parking....



Klik gambar untuk paparan besar ye


~29hb Mac 2014 (Sabtu)

Ada ternampak 1 van kesihatan pi area rumah sampah block sebelah dan deme merayau² sekitar kolam tadahan air, kutip sampah² yang berpotensi jadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan serbu reban ayam haram.... Kantoi deme jumpa jentik².... x tau sapa punya reban ayam tu, ada kebun pisang sekali....



~30 Mac 2014 (Ahad)

::: Gotong Royong bersama penduduk Presint 14 :::

 berkumpul di court badminton
 Mendengar taklimat
 Ada pameran dan banner

Wakil penduduk di pecahkan dalam 5 kumpulan (ada 5 blok kuarters) dan kami menyertai pasukan kesihatan mengetuk pintu rumah penduduk untuk membuat pemeriksaan dalam rumah (check bilik air dan dapur)

Kami tunggu kat luar pintu jelah biar orang Kesihatan je jalankan tugas mereka kan... Mungkin juga cuti sekolah yang panjang jadi kebanyakan rumah yang kami ketuk xde jawapan (masih otw balik agaknya)

Ni view dari blok A cantikkan kan... menghadap INSPEN

Ohhh daku 3 beranak dapat ikut sekejap je si Farisya ni banyak ragam haissshhh... Terus daku ajak dia balik rumah abang Faris je nak main² kat bawah dan tunggu ayahnya selesai follow geng Kesihatan...





~9hb April 2014 (Rabu)

Ohh ye malam tadi orang Kesihatan ni pi ketuk setiap rumah ingatkan sebab bulan lepas deme dah datang check xdelah kena lagi rupanya rumah kiteorang pun kena ketuk siap bawak penguatkuasa Perbadanan Putrajaya lagi.... 

Farisya kata Polis kelam kabut dia lari sana sini... hahaha yo² ooo je Farisya ni.... Dah la rumah bersepah dengan kain baju x berlipat sinki ada kuali lepas masak xbasuh lagi dan ditambah pula kandaku kuarkan fail segala cari gambar IC dia nak register jadi ahli rukun tetangga katanya plus cari salinan IC juga.... Dia suka selit² surat dll datang mood mengemas @ mula rasa rimas bersepah daku buang semua dalam tong sampah terus hahaha....

Kandaku kata ada kes kat Block C tu yang nampak kerap sangat orang Kesihatan datang tu.... Kempen kesedaran bahayanya denggi katanya....

 

Wednesday, April 9, 2014

Rezeki Makan Ikan Patin, Daging Rusa & Puding Raja @ Ofis

Assalamualaikum....

Al-hamdulillah rezeki Teras Dara Konsortium S/B (TDK) blanje makan tengah hari... Sapa TDK ni? ala² macam kompeni kontraktor la depa membuat kerja² khidmat bandaran contohnya potong rumput tepi² jalan tu..... 

Ni meeting unit Wilayah Bubar..... tapi daku menyibuk je tumpang makan hahaha.... ehhh daku pun unit W apa.... W hidup kekeke.....


Meeting ni start 9.30 pagi, kami kat luar bilik mesyuarat bizi tolong s usun atur meja/kerusi VIP dan tolong hidang makanan... Kebetulan orang TDK hantar lauk jam 11 pagi dan menu TDK persetujui untuk makan tengah hari (order catering) Nasi putih, Ayam kari, sayur campur, ulam²an, buah dan air....

Haaaa.... ni special menu bawak khas dari Pahang ok.... Ikan Patin Bakar (Pais) Tempoyak.... Pedas dan sodap!

Ni pun sama Daging Rusa masak Black Paper pun TDK taja.....
Ayam Masak kari
Sayur Campur
Ulam-ulaman dan Sambal Belacan
Buah-buahan
Nasi Putih
 
Ni special ni TDK taja pencuci mulut Puding Raja (kat Pahang femes ok! Nak resepi? KLIK SINI)


Puding Raja

Puding Raja or Royal Pudding started as a desert which was served for the Royalties of Pahang. The popularity started off in the 90s.


This particular pudding was a specialty from the region of Pekan, Pahang. The basic ingredients are pisang lemak manis (bananas from the area), prune, cherries and cashewnuts. Jala mas (golden threads) which were made from egg yolks were then put on top to dress it up. The sauce are usually served cold to finish.

Meh mundar mandir kekeke....
Ehhh² atin pun ado... dia x sihat tu yang ikut mami pi ofis....

Kebetulan juga semalam daku x bertugas amik Faris (ahahaha alasan malas nak pi isi minyak sebenarnya tu yang mintak kandaku yang pi amik kekeke....) merasa juga la nak makan patin dll hahaha...

Al-hamdulillah.....