CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, April 28, 2014

Balik Melaka + ambik report card Faris Akmal

Assalamualaikum....




Di hari Jumaat yang damai tetiba je kena taq nama kat FB alalala sweet x nak balik kampung main taq² nama je hahaha.... tapi aku le orang pertama yang komen kikiki... yelah kot dia lupa hari sabtu ada Hari Bicara Akademik (ambil report card & Taklimat Penambaikan PBS KSSR...) Jadinya kena balik lepas amik report card lah yea....


~26hb April 2014 (Sabtu)


Ahaa beria-ia ingat kandaku soh pi sekolah tapi daku malas nak pi hahaha... bukan pe si Faris x sihat dia batuk² pastu kain baju xbasuh penuh sebakul... lom lagi baju nak balik kampung lom kemas... rumah pun sepah lantai x mop dah seminggu... haisshhh eden banyak koje...

Kebetulan pulak aku nunggu abang posmen sebenarnya hahaha... beli baju tido untuk si Farisya (baju FROZEN meh singgah FB Roshaniza Idris, dia jual cadar, kain pasang dan baju budak... ohh yea ni ofismate aku dulu masa keje kat C.K Leong & Nurbaya)

Tapi tunggu punya tunggu abang posmen x kunjung tiba huh sakit hati kite hukhukhuk....



ce kome bayangkan si Farisya pakai baju ni mesti pakat perasan lari² versi video klip FROZEN yang hari² di khatamnya hahaha.... lom lagi gaya hentak kaki kununnya kuar salji haisshh banyak nengok cite kartun ginilah semua nak di tiru....

::: Ambik Report Card :::


Aku pernah cite sebelum ni Faris ni agak lambat sikit nak membaca tu yang cikgu kumpulkan dalam 1 kelas bebudak yang masih merangkak-rangkak lagi nak membaca ni kan senang nak di monitor....

Al-hamdulillah aku tengok dia dah boleh membaca yeyeye (*meh lompat bintang!) tapi perkataan yang susah tu aku peratikan dia sebut sesuka hati je malas nak eja haisshhh... Pencapaian exam baru² ni dapat kebanyakannya C dan dapat D untuk subjek Dunia Sains & Teknologi... Pemahaman, pembacaan dan lisan pun dapat C juga....

Gamaknya dah pandai membaca ni baru dia pi cari balik buku² komek upin ipin dia dalam store tu nak baca sebelum ni beli setakat tengok gambar je x de hati pun nak baca... alahai Faris oh Faris...

Selalunya bila waktu aku tengok berita jam 8 malam aku akan soh dia baca tajuk utama warta berita tu x lama pun 30 minit je pun, yang lelaju kuar bawah tu dia x leh nak kejar jadi tajuk tu jelah aku soh baca... kekadang dia ngelat xmau baca pun nak main dengan adik je... ni dah ada tab pastu memacam movie ada dalam tu 2 beradik tu asyik hadap benda alah tu jelah....

Nak paksa pun kesian juga pagi petang sekolah malam lah dia nak rehat kalu x de kerja sekolah aku kasi la dia tengok... kekadang aku soh ambik buku cerita baca sebelah aku... perkataan yang susah dia x tau aku betoikan balik...


Ni ayahnya gambar tunjukkan kat aku ... katanya bintang tu mewakili tingkah laku dalam kelas (membantu guru/rajin dll) ... bagus² anak ibu dapat 3 bintang! Masa tepek salinan report card kat peti ais aku bacakan ulasan guru kelas dia... cikgu cakap kena lebihkan perhatian dalam kelas... fokus Faris fokus jangan banyak main.... 


Ohh ye lupa pulak diakan Ketua Kelas tu yang rajin tu kekeke....


::: Makan Tengah hari @ PD :::

Lapornya! kami 3 beranak makan sarapan roti je.... ssapu planta dengan kaya, pukul 11 dah lapor balik goreng telur hancur makan dengan roti... nengok punyalah malas nak kecahkan dapur.... kebetulan stok lauk pun x de nak pi kedai tu yang bercinta tu....


Pukul 2 lebih kami gerak balik ikut jalan dalam lalu PD masa tu dah pukul 4 perut pun kriok² terus berenti oder nasi goreng cina, nasi goreng ayam dan nasi goreng kampung.... pesal lain benor dari kebiasaan daku makan haisshhh lain negeri lain style kandaku kata hahaha...

 nasi goreng kampung yang x berapa kampung hehehe...

kedai ni masa kami makan lalat punyalah banyak menyerang nak makan pun jadi  x selesa... gamaknya sebab ada sotong dalam nasi tu lalat jadi menggila hurung kami... adoiii memang ni pertama dan terakhir kali la daku jejakkan kami makan kat sini...

malam nilah aktiviti 3 beranak tu...


 ~27hb April 2014 (Ahad)

::: Bibik sebelah rumah nak lari! :::

Ohh ye masa kiterorang sampai petang semalam maid indon rumah depan tu siap² nunggu kami mak kata dia x pandai membaca dan kawannya mintak alamat... nak mintak tolong hantarkan sms kepada kawannya la tu.... oohoiii aku la yang taipkan sms tu haaayyyoookkk! 

Al-kisahnya dia nak lari pi Kelang sebab x tahan dengan layanan isteri tuannya... 

Katanya dia makan x menentu kekadang x makan langsung.... bila isterinya tuannya masak deme makan anak beranak x tinggal pun sikit untuk dia.... bila masak apa² or ada biskut ke hapa makanan tu habis bibiklah jadi sasaran kemarahan...

Tapi tuannya baik masa memula datang gajinya cuma rm400 je sekarang dah naik jadi rm600, mak nasihatkan dia bersabar dan bertahan... tapi katanya dia yang duduk dalam rumah tu rasa x selesa sangat dengan layanan seperti musuh tu...

Pernah duitnya hilang rm200, bila mengadu dengan tuan dia kata toyol yang curi hahaha... dia mati² xpercaya duit tu hilang angkara anaknya sendiri... banyak kali cubaan anak tuannya memecah masuk bilik bibik tetengah malam nasib baik berkunci kan... pehal ko nak ketuk² bilik orang memalam hari kan... tapi sapa nak percaya kan...

Tapi kandaku kata susah nak percaya... entah la aku pun x tau nak komen pe...

Kecoh la mak bercerita katanya kawan si bibik tu nak turun Masjid Tanah nak bawa dia pi Klang (deme kawan sekampung katanya... si bibik ni baru 1st time masuk Malaysia kerja sebagai amah) tapi pepagi hari aku tengok ada lagi bibik ni katanya mau kabuurr kok katanya malam tadi berangkatnya? hehehe...


bibik yang nekad!

Kawannya tetiba pulak kata kete/motor rosak x leh nak ambik soh dia naik bas @ teksi tunggu kat Puduraya pulak... xpepasai kami sekeluarga terlibat sebab dia minta ayah belikan tiket bas @ teksi....


Ayah dapat carikkan teksi dar Masjid Tanah ke Puduraya dengan harga rm150. Bibik siap bawak seekor ayam kampung (dah siap proses la), petai dan jering.... Katanya nak masak menu jawa nak makan dengan kengkawannya...

Sebab berdebar nak mengelak anak² tuan rumah or sesapa nampak dia langsung terlupa nak salam dengan mak hahaha... Aanak majikannya tengah terbongkang tidur malam tadi kuar ke mana ntah pukul 3 pagi baru balik....


 ni anak dara punya kerja...

Mak dengan ayah doq bincang kot² jiran depan datang tanya nak cakap apa? Ayah kata x yah la kite masuk campur cakap jelah kite xtau.... aku tak tahu tindakan kami ni tolong bibik tu ok ke x... kalau betul apa yang bibik tu cerita oklah kalu dia sengaja buat² cerita acanerrr....

Aku tengok ayam dalam reban jiran depan rumah tu macam kelaparan... gamaknya deme perasan ke x bibik dah xde... ehhh² aku pulak yang terlebih emosi ni hahaha... Bibik ni nekad nak lari sebab tuan dengan isteri xde deme pi luar kawasan... dia dah dapat gaji rm600 dan dapat extra rm50 duit makan (xyah masak pi makan kedai je kata tuannya...)

Mak pun jenuh dan pujuk yelah sesambil tu kalu bibik ada lagi kot² mak nak pi rumah anak² ada lah bibik tolong tengokkan rumah dan kasi ayam makan kan... pujukan mak x berjaya...

Mak macam biasa mesti akan bekalkan ayam kampung.... huwaaa ayam aritu masa mak datang pun baru minggu lepas aku habiskan ni stok baru mari dah.... Di sebabkan mak bizi proses cabut bulu ayam bagai kat belakang maka tugas memasak aku la kena buat... Pukul 9.00 lebih lepas sarapan aku terus masak... menu sup ayam dengan masak lemak cili api ayam kampung... 

Siap tanak nasi mandi terus bersiap pi kedai bundle hahaha dah jadi tempat wajib lak tiap kali balik kampung.... beli t-shirt 3 helai dan suar tido 5 helai terus tu hahaha terbang rm45 hukhukhuk.... seluar kat rumah mana pinggang longgang bontot koyak terus campak masuk tong sampah chewahhh...

Balik Putrajaya pukul 2 lebih.... singgah Nilai antarkan kiriman mertua untuk cucunya....


~28hb April 2014 (Isnin)



Ni bawak pi ofis kasi kengkawan... ramai pulak suka petai silap amik yang sikit bawak 6 papan je berbahagi la sorang sikit kat kengkawan semua yea.... petai kikis kulit pun ada dengan belimbing buluh....

tu je nak kapochi hikhikhik....
 

No comments :