CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, September 30, 2014

Resepi : Nasi Mandy Kambing

  Assalamualaikum....

Hai semalam tengah hari pi Jabatan Peguam Negara (AG) kebetulan ada jualan jadi sesaja la gi cuci mata dan menabur duit kat sana hahaha... xdelah shopping beria pun beli ni haa perencah Nasi Mandy Ayam dan Daging (huhh tamak ko...) sekotak ni rm15 siap beras basmathi dan rempah tumis tinggal beli daging @ ayam je dengan beli la sikit bahan² nak buat sos dan saladnya....


Mulanya nak masak Nasi Mandy Ayam siap dah beli ayam sekor siap mintak kerat 4 je tetiba kandaku kata masak la Nasi Mandy Kambing alang² memang soh dia beli barang dapur kat Mydin Presint 15 tu yang dia beli daging kambing sekali...


::: Nasi Mandy Kambing :::

Kambing :
Memula rebus daging kambing hingga empuk dan lembut (tanpa garam) kalau ada preasure cooker lagi senang xyah la rebus lama kan... takpe² dah oder dah kat Lazada tunggu barang sampai je yeayy!!


Nasi Mandy :
1. Rendam beras basmathi dengan sesudu serbuk kunyit selama 20 minit (ni kalau xde pewarna kuning telor la ek kalau ada x perlu masukkan serbuk kunyit tau) kemudian toskan.

2.  2 sudu minyak masak @ zaitun ni untuk menumis hirisan 2 biji bawang besar (saiz sedang²) dan hirisan 5 biji bawang putih... goreng hingga layu kemudian masukkan rempah hidup (kayu manis, pelaga, cengkih dan lumi) agak² bawang nak garing masukkan serbuk rempah Mandy (perlahankan api jangan sampai hangus pulak) Tutup api dan masukkan dalam periuk nasi... 

3.  Masukkan garam secukup rasa, dan 2 batang cili hijau.

# Nak lagi cantik memula boh beras separuh dan masukkan tumisan rempah kemudian susun daging kambing yang sudah di rebus empuk, daun ketumbar dan akhir sekali boh habis balance beras tadi. 

4.  Masukkan 600ml air rebusan daging tadi dalam periuk nasi. 

5.  Tanak dalam rice cooker, tunggu nasi masak 80% gaulkan perlahan-lahan kemudian tutup balik biarkan hingga nasi masak.






::: Sos Harrah :::

Cara Buat Sos Harrah :


1.  2 biji buah tomato, 2 ulas bawang putih, 1 sudu perahan lemon (agak² la x cukup tambah la lagi), daun ketumbar, 3 @ 4 biji cili api (ikut la kepedasan tekak kome ye) dan sedikit garam.

2.  Kisar semua bahan tanpa air. Siap!


::: Salad Arab :::

Cara buat Salad Arab :

1. 2 biji buah tomato, sedikit carrot, dan timun (buang biji supaya x berair nanti) potong dadu.

2.  Separuh biji bawang besar (potong dadu) dan hiris daun ketumbar.

3.  Campurkan semua bahan perasakan dengan garam dan lada hitam. versiku boh sesudu kecil perahan lemon dah jadi ala² jelatah.


::: Kari Kaki Ayam ala² Dalca tanpa Kacang Dal :::

Macam kering je xde kuah kan maka gigih la daku masak kari kaki ayam (dapat sepasang je pun pastu amik la bahagian tetulang tu sikit buat rencah). Boh carrot, terung dan ubi kentang dadu... masak macam kari ayam biasa je.

Fuhhh al-hamdulillah menjadi yeyeye... riso sangat takut nasi terlembik sebab daku ini bab tanak nasi memang fail lagi² kalau versi nasi ayam dll... yelah masih sukat pakai jari lagi ko x reti wei nak agak²... tapi kebiasaannya x leh nak guna jari sebab sup panas kan huwaaa... Tu pun masa tanak tu sukatannya 600ml tapi ku kurangkan sikit keras leh adjust tapi kalu lembik camno nak repair kekdahnya... Nasib baik nasi masak elok wah bangga giler wei dalam hati ni berbunga-bunga je hehehe...

Ok² pasni leh masak nasi Arab lagi xyah dah beli perencah bagai sebab dah google camne nak buat rempah Nasi Arab sendiri yeyeye...


Bahan - bahan:

1 sudu makan bunga cengkih **
1 sudu makan lada hitam **
1 sudu makan jintan manis **
1 sudu makan jintan putih **
2 sudu makan biji ketumbar **
1 sudu makan buah pelaga **
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) **
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda ** sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara.

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.
** Didalam resepi asal, halia dicampurkan sekali. Saya tidak masukkan halia sebab rempah2 diatas adalah kering dan boleh disimpan lama. Masukkan halia semasa nak msk makanan.


KREDIT : Blog Resepi Raidah KLIK SINI


No comments :