CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, September 2, 2014

Pregnant lagi??? Ke-4 Insya Allah


Assalamualaikum....

Aku rasa baru 2 kali periodku kembali normal selepas kejadian 'Chemical Pregnancy' tiba² (cehh nak terkejut la kununnya daku yang x ambik langkah berjaga-jaga herrmmm....) pada tarikh ini setelah 48 hari periodku lewat ku gagahkan diri buat ujian UPT.... yelah bila period x menentu ni susah nak jangka kite pregnant ke x kan....

Sepatutnya kalau keguguran kena pantang segalanya lebih ketat tapi daku xmampu buat semua itu... sungguh daku x mampu.... Paling orang selalu tekankan kalau keguguran kena rehat 6 bulan bagi badan sihat semula baru pregnant semula tapi apakan dayaku semua ni kuasa Allah dan silapnya daku xambik langkah² mencegah huhuhu...

Daku mahu berhati-hati moga kejadian seperti itu x berulang lagi.... Tapi kalau ditakdirkan terpaksa melaluinya sekali lagi daku pasrah... Desakan usia mengharapkan ada penambahan ahli keluarga...rindu bau syurga... rindu moment menyusukan...rindu moment usung beg susu.... 

Ya Allah kau peliharalah anak dalam kandunganku ini agar aku berkesempatan untuk mencium, membelainya, menyusukannya...

Tarikh terakhir periodku 16hb July 2014 yang lalu sepatutnya 17hb Ogos 2014 adalah next periodku... selalunya kitaran normal 28 ke 30 hari kan tapi periodku x menentu average cycle pun perkiraan purata 6 bulan yang lalu... Sekali tengok macam normal kan... dapat pregnant tu maksudnya oklah kan hehehe...


Dulu kalau tetiba period dekat 2 bulan x mai rasa x kisah sangat sebab setiap tahun mesti akan jadi camtu tapi bila bulan ni jadi balik terus rasa cuak dan xsabar tunggu genap 2 minggu lewat baru beli UPT...

Result UPT 2-9-2014


Daku kerisauan sob..sob..sob... 2,3 hari kebelakangan ni ada kuar tanda spotting (maksudnya bila kencing siram air deras akan ada serpihan darah kuar) orang kata awal² pregnant ni kuar tanda tu maksudnya implantation bleeding tapi setakat ni x de kuar darah macam period... Moga² benda ini cepat hilang... kandungan ni x sampai 2 bulan pun lagi... semoga anakku ini kuat... bertahanlah...  

Kawan² doakan baby saya ye...


  :: Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan ::

-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"



No comments :