CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Sunday, November 20, 2016

Hari Graduasi Tabika Perpaduan Wilayah Putrajaya 2016


Assalamualaikum semua!

~12hb November 2016 (Sabtu)

harini ada raptai untuk majlis konvo keesokkan harinya.. semua mak pak berkumpul jam 9 pagi.. kami sekeluarga kuar rumah jam 8 pagi pi sarapan dulu kat cafe ikhwan presint 15. lepas sarapan terus la pi Auditorium kompleks E.. kandaku turunkan kami pastu beliau pi stornya uruskan barang² ada orang order katanyaaa...

tunggu punya tunggu pukul 10 lebih baru raptai mula.. kelas farisya punya turn no. ke 6.. deme ni ada 9 kelas seluruh putrajaya. jadinya 7 kelas je terlibat masuk acara.. semua menari-nari la ada tarian cina, ada tarian hindi, ngajat tampi, sewang dll 

dekat pukul 12 baru settle balik rumah kelaparan la semua orang.. pi singgah kedai beli ayam separuh masak la ayam sambal dengan pak choy sos tiram.. ayahnya memang hari sabtu kerja lepas hantar kami balik rumah dia kuar semula.. 


~13hb November 2016 (Ahad)

harini kena ada awal.. pukul 8 dah start katanya jadi gigih la daku masak nasi malam tadi dan goreng nasi sebab kalau nak pi mamak pun kang lewat pulak.. siap masak soh bebudak makan sikit lapik perut.. si Farisya kene pi awal sebab nak bersiap bersanggul bagai katanya.. cikgu pun ada sediakan roti dan air kotak untuk dia..

daku ni siap bawak bekal nasi goreng dan air sesambil tunggu acara bermula kami 3 beranak makan kekenyang laa.. si ayah pi sarapan luar dulu sesambil tapau roti dan air untuk kami.. 

dah comei pentas semalam xde apa pun lagi hiasannya
anak² beraksi
selpie dulu kikiki...
ni datang mintak air haus katanya
ehsan ibu bapa lain tolong ambikkan gambar
belakang tabir deme tengah bersiap
tu si farisya belakang sekali baju oren tu

xnampak muka ;( belakang sangat terlindung
camne la cikgu sanggulkan rambutnya sebab pendek

kelas farisya dapat nasib johan menabung terbanyak dalam 4k.. pastu kategori individu kelas farisya dapat johan sebab ada anak murid menabung dengan jumlah 1k sepanjang tahun 2016 wow!!

ibu² tulang belakang cikgu untuk menyiapkan semua anak²

pukul 12 usai majlis pastu deme bgambor dan akhir sekali boleh balik rumah.. Farisya dapat kfc sekotak.. seronok le dia.. sekian kisah konvo si Farisya 😊


Saturday, November 19, 2016

Pi sign S&P ~ PR1MA@Tapah 17.11.2016 (Khamis)

Assalamualaikum semua...

1hb November 2016 (Selasa) lepas dapat call daripada panel peguam Pr1ma katanya tengah sediakan dokumen S&P alang² tu daku mintak depa masukkan nama asben dalam S&P tanda kasih sayang gitu hahaha... 

15hb November 2016 (Selasa) setelah 2 minggu berlalu, puan Regina call semula untuk tetapkan tarikh untuk daku somi isteri datang sign S&P... daku bincang² dengan abeku so kami sepakat nak pi 17hb November 2016 (Khamis).

17hb November 2016 (Khamis) rutin macam biasa seawal 5 pagi bangun pump susu untuk si kenit dan siapkan beg baju/beg susu segala untuk bawak pi pengasuh la kan.. sebab nak pi Ipoh janji kata 10 pagi nak sign S&P kan gigih daku goreng kuew teow kununnya buat sarapan dan bekal sepanjang perjalanan... 

pagi tu si Faris xmau makan kat rumah jadi tapaukan untuk dia bawak pi sekolah.. si Farisya pukul 7 tu makan je kat rumah.. daku siap tapau air sekali kang haus kan.. hantar baby pi pengasuh dan antar Farisya pi tabika so 7.30 pagi kami bertolak la dari Putrajaya.

boleh pulak jalan jem sangkut ko sesama semua yang nak pi kerja kat Putrajaya ni sebab apatah lorong masuk ke Presint 12 tu tutup sebelah.. lepas je susur tu baru clear hadoii... sangkut juga lagi kat Damansara menuju ke Sungai Buloh.. masuk highway Sungai Buloh dalam 8.30 pagi gitu.. cuaca ok cerah je al-hamdulillah...

rasa janggal pulak dating berdua hahaha.. selalu jalan jauh² ni bawak anak² ni kami somi isteri je dalam kete.. kejap nyembang kejap kang senyap sunyi kikiki... sampai Tapah dekat pukul 10 pagi.. alamak janji bukan main pukul 10 pagi nak sign kan.. rasa serba salah pulak x menepati janji so call balik pn Regina cakap lewat sikit sampai..

tepat 10.30 pagi kami sampai tu pun google maps salah location hahaha rupa²nya ke depan sikit lagi opis tu.. abeku cakap dia xsuka guna google maps sebab xup to date map nya better guna waze gitu..



ni la nama panel peguam pr1ma tu
puan Regina yang duduk kerusi merah tu
puan yang baru merah ni la banyak jawab soalan² daku tanya

sampai je kami duduk kejap depan kaunter ni.. kecik je opis ni ada 2 bilik untuk urusan sign dokumen... xsampai 5 minit kami kene masuk bilik.. sempat lagi partner firma ni en Meor sapa dan salam abeku.. datang dari mana? putrajaya yea...


al-kisahnya kami sampai je si Farah (dia handle untuk client sign dokumen je yang prepare semua dokumen tu pn Regina) ni mintak ic nak photocopy katanya.. daku tanya la asben saya punya ic xmau copy ke sebab S&P 2 nama.. si Farah ni gelabah katanya ehh dokumen ni 1 nama je.. bila masa puan mintak letak 2 nama? daku cakap la 2 minggu lepas pn Regina call saya dah bagi detail nama dan no. ic asben..

kecoh la kerani kat luar semua tu.. yang sorang tu kata xpe² meh sini ic asben saya buat sekarang katanya.. so si Farah ni buka la dokumen S&P ni soh daku check betul ke tak nama dan no. ic semua..


bila daku tengok nama orang lain aikk patut la si Farah ni salah ambik fail.. daku appoinment jam 10 pagi yang nurhayati ke hapa namanya lupa tu pukul 3 petang kakakaka.. bila ambik fail yang sebenar memang betul dah siap ada nama asben haisshh.. gelabah juga minah ni.. konpiden dia tu pehhh macam betul je hahaha...

senaman tangan
si Farah nama saya hehehe
harap² developer ni ok la yea...
salinan geran

daku tanya si Farah ni apa beza freehold dan leasehold dia xleh jawab hahaha panggil bantuan masuk dalam terangkan... katanya kat perak ni susah nak jumpa freehold sebab kebanyakan tanah milik Kerajaan Negeri.

hartanah daku beli ni pajakan 99 tahun kalau ikutkan semua orang nak beli hartanah yang statusnya kekal kan @ freehold tapi dah rezeki kami dapat gini so syukur jelah.. terima dengan lapang dada yea.. baca sini ada info lagi sini 

Secara am, tanah yang digunakan untuk projek perumahan pada masa ini memegang status Pajakan. Ini sebab tanah yang ada sekarang dipinjamkan kepada oleh kerajaan kepada pemaju untuk dibangunkan. Hanya projek perumahan terdahulu yang tanah itu dimiliki oleh individu sahaja yang memiliki status freehold.

daku tanya si Farah lagi kalau tanah milik Kerajaan Negeri mesti ada sekatan kan? kalau nak pindah milik ke hapa kena mintak kebenaran kan?  dia xleh jawab hahaha panggil bantuan lg masuk dalam terangkan... so untuk makluman meh baca sini sekatan 

carian rasmi

acah² bijak la tanya itu ini.. dulu masa kerja law firm tahun 2003 hingga 2006 kita sama je gelabah bila client tanya hahaha...

daku tanya lagi berapa invois nak kena bayar ni? katanya xtau lagi kena tunggu loan lulus berapa baru boleh kira... yelah nak tau juga anggaran berapa bil nak kena bayar tapi si Farah ni kata tunggu dulu.. tapi masa pemilihan unit @ bidor aritu agent insuran bagitau dalam anggaran 4k la

banyak yang daku tanya deme xleh nak jawab.. tanya tempoh gov loan lulus bila start pemotongan gaji pun deme xsure.. kata panel peguam Pr1ma pastu xkan xde client sebelum2 ni yang ambik gov loan.. pelik teman.. tanya pasai proses untuk apply loan tu kan kene isi online pastu ada dokumen iringan termasuk salinan S&P bagai sapa uruskan? daku sendiri ke? katanya depa handle dokumen sahaja yang akan anto ke bahagian LPPSA agent insuran buat semua.. tanya insuran yang ok pun xde jawapan.. camne tu.. 

Duti setem dikecualikan 50% untuk surat cara pindah milik (atau dokumen S&P), dan had pembelian ditingkatkan dari RM400,000 kepada RM500,000 untuk pembeli rumah kali pertama.


PETIKAN BUDGET 2017

Satu skim pembayaran akhir atau end-financing khas jenis step-up untuk program PR1MA.

Melalui skim khas ini, pembiayaan lebih mudah dan accessible kepada pembeli, dengan jumlah pinjaman mencecah 90 hingga 100 peratus, dan kadar penolakan pinjaman akan berkurangan secara drastik.

Proses permohonan bagi skim ini akan mula dilaksanakan pada 1 Januari 2017. Skim ini merupakan hasil kerjasama di antara pihak Kerajaan, Bank Negara Malaysia, KWSP dan juga empat bank tempatan iaitu Maybank, CIMB, RHB dan AmBank.

Contohnya, pemohon yang berpendapatan RM3,000 sebulan, hanya layak mendapat pinjaman lebih RM187,000. Melalui skim pembiayaan khas ini, pemohon boleh mendapatkan pinjaman sehingga lebih RM295,000.
Di samping itu diumumkan pengecualian duti setem dinaikkan kepada 100 peratus ke atas surat cara pindah milik dan surat cara pinjaman perumahan. Ini membantu mengurangkan kos pemilikan rumah pertama, berbanding 50 peratus pada masa ini.
Walau bagaimanapun, layanan pengecualian ini terhad kepada nilai rumah sehingga RM300,000 bagi pembelian kediaman pertama sahaja, antara tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2018.


dalam pukul 11 lebih kami settle sign semua dokumen.. abeku ada janji dengan kawannya budak Teluk Intan nak jumpa kat kedai makan nasi ganja kebetulan juga member tu beli barang kereta..

alang2 sampai Ipoh dia pun wassup la kengkawan dia selalu lepak kalau balik Tapah Road mesti naik Ipoh mengopi.. amboi mengopi Ipoh sesaja... jadi le jumpa 2 orang geng sesama minat make up kereta ni gitu katanyaaa...

 nasi ganja @ Ipoh
 ayam goreng
                                                             kari kambing
 sirap limau & teh o ais

usai makan kami beransur la balik.. singgah jenguk mak kejap pastu terus balik Putrajaya semula.. kami masuk tol Tapah lebih kurang jam 3 petang.. ujan selebat-lebatnya xdapat le nyinggah beli bebuah ke hapa... sampai Putrajaya pun pukul 5 petang kami jejak je tanah Putrajaya hujan pulak belah sini.. kiranya dari Tapah sampai le ke Putrajaya hujan lebat kome!

gitu le.kisahnya... nunggu dokumen S&P di sign oleh Pr1ma dan developer pastu mati stamp baru le deme bagi salinan untuk kita apply loan pulak.. mudah2an le proses mohon loan dipermudahkan.. aritu kan ingatnya loan nak guna khidmat ex bos tapi xboleh katanya 1 lawyer ni buat untuk dokumen S&P dan dokumen loan..

kalau kata makan masa sampai sebulan lebih pun xngaper hehe teman teringin juga nak merasa 100% waive stamp duty tu ececehhh tp kalu 2016 lulus loan adoiii jelesnya sebab jarak masanya alaaaa dekat bebenorr...

ni teman compius.. kalau S&P ada nama asben boleh ke dia keluarkan duit KWSP sedang loan teman sesorang pastu full loan pulak...kalau boleh kuarkan duit KWSP tu boleh le buat blanje beli barang2 rumah kan.. herrmmm kene google kot lg ni huhuhu...


tunggu lg ni.. step sign dokumen loan pulak.. kene turun Ipoh lg kome!


21hb November 2016 (Isnin) dapat call dari Pr1ma HQ mintak salinan ic abeku..depa soh emailkan.. sebab S&P kan 2 nama tapi aritu masa pemilihan unit ic teman je deme ada.. rasa macam wow dokumen udah sampai HQ ke? cepat ni... alaa nak diskaun 100% hahaha..

Wednesday, November 2, 2016

citer rumah PR1MA @ Tapah setelah 2 bulan berlalu hehehe...

Assalamualaikum...

~ 19hb Oktober 2016 (Rabu)

Setelah sekian lama menyepi.. hampir 2 bulan xde khabar berita akhirnya dapat email daripada Pr1ma soh update berkenaan status pinjaman lulus ke x? nak teruskan or nak tolak..




 email pr1ma...
 daku reply balik 19.10.2016...
  maklum balas pr1ma...


Mula² dapat email pr1ma depa salah projek... ada ke nama daku depa letak kat projek pr1ma @ Sg Petani.. nasib baik depa betulkan semula.. cuak kita ok!

Yelah daku tertanya² apa la status projek ni senyap je.. bila dapat email tu lega sikit rasa.. pastu sesapa yang nak apply government loan tak tertakluk dengan notis 14 hari tu pehhh double legaaaaaaa...

Gigih daku buka fb pr1ma homes dan cari kat album gambar masa pemilihan unit rumah @ bidor aritu.. sesapa yang komen dan kata depa dapat tu daku pm sorang² tanya ada x panel peguam pr1ma call untuk sign snp.. rezeki juga ada yang respon walaupun salah projek hahaha... 

 sekali ko dia dpt projek pr1ma @ kemunting daaa..
baik hati beliau share maklumat detail gitu..


~ 1hb November 2016 (Selasa)

Senyap lagi.... tiba²Jam 4 petang semalam dapat call dari panel peguam pr1ma katanya depa tengah prepare dokumen snp untuk daku mai sign.. daku ambik kesempatan tanya boleh tak nak masukkan nama asben dalam snp tu? depa kata ok boleh.. terus kasi nama dan no. ic... bila nak tanya detail lagi katanya xpe next time dia akan call semula bagitau dokumen apa nak bawak.. ehhh².. dia soh tunggu call je katanya kalau x next week minggu berikutnya lah depa call soh mai..

Sampaikan nama firma pun daku x sempat nak tanya.. camne dapat tau ni? daku google je no. telefon opis tu kuar nama law firm ni hahaha...

nama firma guaman panel pr1ma

Ok hasil kegigihan pi pm sesorang yang komen kat fb prima homes tu dapat la sorang lagi kenalan baru yang dapat beli unit teres double storey sebab dia datang hari ke-2 iaitu ahad katanya single storey habis sudah...

Beliau ni MO kat Hospital Rompin.. tapi apa yang dia bagitau x sama macam si Deja Linda atas tu.. daku comfius ok.. sebenarnya pr1ma cover utk snp or kita kena sendiri bayar?? apa yang daku faham katanya buka fail kena rm500 pastu balance kene bayar lagi sebelum submit untuk apply loan...

apa maksudnya ni?

Kefahaman daku sebagai pembeli memang kita kena bayar lawyer fees untuk sign SNP dan sign submit LOAN.. 2 invois berbeza dan lawyer yang berbeza.. kalau kita nak lawyer SNP buatkan untuk LOAN pun boleh juga or untuk loan kita cari lawyer lain...

Ok di sini daku kene bayar untuk buka fail yang lelain pr1ma ke yang bayar?? Ke atau daku salah faham? ahahaha... pening arrrrr...  *TERTAKLUK KEPADA TERMA DAN SYARAT



Kalau ikut apa beliau citer macam peguam ni nak buat dua² sekali.. SNP dan submit loan... sebab siap soh bawak duit segala ni..




xpuas hati kome tanya ajen insuran pulak.. pun macam blur juga haisshhh...


See ex bos pening dgn ex staff nya hahaha... ohoo dulu daku pernah kerja law firm buat conveyancing sempat kerja 3 tahun sebelum dapat keje gomen ni..


Kesimpulannya di sini untuk rumah harga rm163k ni invois untuk lawyer SNP dalam anggaran 4k dan untuk LOAN pun sama dalam anggaran 4.+k gitu bergantung pada kelulusan loan yang kita dapat nanti.. pehh kalau betul pr1ma x cover fee untuk SNP memang nanges la sebab kene stanby hampir 9k untuk settle invois..

Kalau katanya buka fail rm500 je daku ok lagi sebab reramai kengkawan opis ni deme dah sign SNP rumah PPA1M rate gitu je lawyer deme charge.. xpe² toksah pening tunggu jelah lawyer call tanya hehabis senang puas hati... maybe x sama lawyer jadinya lain² maklumatnya gituuuuu....

So kita tunggu next step.. sekarang tengah usahakan untuk dapat surat pengesahan majikan sebab kalau baca kawan yang dapat pr1ma @ kemunting tu dia xbayar apa² pun dan hanya bawak surat pengesahan majikan je untuk sign SNP huhu...



 :: UPDATE 10hb NOVEMBER 2016 (KHAMIS) ::

 gigih ko edit video pastu share kikiki
pantas beliau share info lepas sign s&p lelaju wassup kita :)
 confius mak 1.1.2016 ke 1.1.2017?

untung la sesapa beli rumah tahun depan dapat pengecualian cukai katanya.. harap² proses s&p nak pi proses apply loan tu makan masa sikit hahaha mak teringin juga nak rasa dapat diskaun kikiki...