CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Wednesday, November 2, 2016

Balik kampung mak x sihat :(

Assalamualaikum...

~21hb Oktober 2016 (Jumaat)

Harini birthday si anak teruna Farish Akmal yang ke 10 tahun.. dan specialnya kami nak sambut sesama cik panjang (abangku yang sulong) sebab birthday dia 20.10.2016 selang sehari je..

Sebenarnya balik kampung ni sebab nak ziarah mak.. 9.10.2016 (Ahad) mak jatuh kat dapur masa nak masak sarapan.. kakinya tersadung tikar buluh yang dah terkeluar² buluhnya.. katanya terhantuk kat kerusi kayu (abang buat kerusi ni sebab dapur tinggi jadinya kalau cik ndek (beliau ni oku rendah mcm ibrahim pendek tu) nak masak naik jelah kusi tu..

Lepas mak jatuh tu beliau pening² dan muntah².. ajak pi klinik dia xmau jadinya yong belikan ubat kedai sensei sebab mak soh beli.. tapi keadaannya x ok juga hari ke sehari.. kebetulan nyah balik kampung 10.10.2016 (Isnin) sebab mak ada appoinment kat Hospital Ipoh untuk buat MRI pada 12.10.2016 (Rabu) (ada ketumbuhan kat peha scan sebab nak tau nak kena operate ke x memandangkan benda tu makin membesar dan sakit nyut² katanya...)

Nyah dah balik bawak pi klinik bayar pun masih x ok pening² dan lemah badannya.. start hari rabu sampai sabtu nyah bawak pi mengurut pulak dan hari khamis tu pun pi Hospital Teluk Intan kununnya nak ambik report ujian MRI tu tapi rupa²nya result x kuar lagi.. masa tu nyah soh bagitau doktor kalau masih x ok lagi tapi mak senyap seribu bahasa katanya dah ok ehhh²...

15.10.2016 (Sabtu) tu nyah balik la kl sebab ahad dia dah start kerja.. puas pujuk ajak doq kl dia xmau.. demam mak rupanya xkebah² lagi.. isnin malam yong bawak pi emergency kat Tapah comfirm la kene bebel dengan doktor sebab dah seminggu baru nak pi hospital.. kebetulan wad penuh jadinya doktor cuma kasi ubat dan cucuk 1x..

Sepanjang minggu tu mak doq rumah yong.. kalau doq kampung sapa nak jaga makan minum mak sebab anak teruna dua² tu kerja pagi² boleh la yop@cik panjang belikan makanan cumanya tengah hari xde sapa nak kasi makan..

Daku ajak abeku balik jenguk mak sambil tu nak sambut birthday Faris dan Cik Panjang.. yong cakap elok la tu comfirm mak sihat dan lalu makan tengok anak cucunya balik.. yea betul mak jadi semangat ko dan ada selera makan hehehe pastu dia pening tengok gelagat cucunya yang suka pow dia duit hahaha nasib la kedai runcit sebelah rumah...

Lambat daku balik sebab berjimat cermat cuti tinggal 2 hari je huwaaaaaa....


cantik kejadian kek ni
 simple je beehun goreng dengan nugget dan sosej
 tunggu pakcik balik semua dah lapor
 huwaa bila buka kotak kek terbelah dua 
 potong jelah janji leh makan hehehe

Daku mengadu damba kat kakak buat kek tu, terkejut beliau... daku cakap salah daku sendiri la rupa² kek mencair doq kat bonet walaupun sesampai je kat rumah terus masuk dalam peti ais.. 2 jam kot sebelum majlis.. beliau sedih dan asbennya soh ganti kek lain.. mula² daku xmau tapi dia sungguh² cakap dia ikhlas nak ganti lain.. 

24.10.2016 (Isnin) petang masa balik kerja daku dapat wassup katanya share location nak hantar kek.. gamaknya banyak lokasi penghantaran kek sampai depan pintu tepat pukul 8.30 malam wowww! mulanya daku nak ambik kat lobi je sebab katanya akan sampai sebelum maghrib tapi xsempat tu katanya nak hantar terus depan pintu rumah sebab dah malam.. terbaek ko servisnya kek dan dessert pun sedap!
Daku send gambo ni kat kakak kek happy beliau.. katanya sedih anak² tengok kek rosak mesti mood pun xhappy... rezeki faris dapat 2 x potong kek.. buat akak kek sedap putrajaya semoga murah rezeki akak suami isteri.. susah payah gantikan dan hantar sampai depan pintu rumah.. kome² nak beli kek dan dessert leh try beli memang sedap..

Ok berbalik kepada kisah mak al-hamdulillah dah semakin sihat.. dah balik rumah sendiri dah... daku call kelmarin bukan main nyembang masak tomyam la itu la ini la amboi selera dah ada balik la tu hehehe... semoga mak sihat selalu maafkan daku mak terpaksa bergantung harap pada yong dan yop jagakan mak... cuti tahun ni banyak habis sebab kesihatan anak²... huwaaaaaa.... T______T



  

No comments :