Salam,
Ohh coti2 Deepavali daku penuhi masa terluang dengan menjahit set tilam untuk bb den dalam perut ni... Akhirnya siap jugak lega rasa hati hihihi.... Sesi memotong kain sebenarnya bermula pada hari Ahad (31 Oktober 2010) lagi.
Al-kisah bermula bila daku meluahkan kerisauan pada kandaku bilanya nak beli kain ni nak wat sarung tilam dan bantal bb, maka beliau mengajak daku gi Kamdar Presint 15, namun xde pilihan yang menarik hati...rasa hampa sangat2 ok! Lalu beliau pun rasa xseronok bila farish mula meragam nak mainan itu ini... Hati kami lara waaa...
Perjalanan di teruskan tapi ku kira kandaku nak membawa kami gi Bangi ke Kajang ke rupa2nya gi Nilai 3...Ohhh terharu la pulak, nasib baik juga cuaca redup xla panas terik di kala petang nan indah 2....
Jalan2 jenguk kedai tu kedai ni, sampai lah lorong ke-3 kedai kami jelajah xjumpa2 jugak kedai jual kain buat cadar dan akhirnya berjaya jugak jumpa puhhh lega!
Akhirnya kandaku pilih kain cadar mengikut citarasa yang memenuhi piawai tekak isterinya ini hahaha... Bidang kain ni besar ok leh wat cadar tilam queen bak kata si penjual 2 lah... Di sebabkan aku ni kureng arif bab2 beli kain ni maka pandangan/pendapat si penjual aku dapatkan.
Aku kira dia faham lain dan aku faham lain hahaha... Tapi layan jelah kan... Keputusan di buek maka aku mik 5 meter kain x RM15 semeter... Nak kata aku pandai menawar harga idak jugak tapi terpacul jugak dari molot ku ini xleh kurang ke? Si penjual kata dia bagi RM13.50 semeter tapi kandaku pulak cucuk aikkk kurang la lagi beli 5 meter ni... Dan akhirnya dia bagi RM12 semeter....
Menurut mak melalui pengalaman beliau jahitkan set tilam farish dulu paling kurang 7 meter kalu sarung luar pun pakai kain yang sama macam farish... Kunun2nya sarung dalam nak beli kain murah2 jek tapi xde modal lebih ari kejadian hehehe...
Sampai termimpi2 tau di malam hari bila dah beli kain ni... Melonjak2 pula rasa nak jahit padahal perancangan awal nak soh Yong jahitkan kat kampung. Aku cuma beli kain jek tapi aku ni jenis xsabar ok... Hari2 tengok kain ni buek hati aku resah gelisah maka aku amik tali tape mula ukur tilam farish nak wat contoh.
Camno nk jahit ni? aku belek2 sarung tilam, bantal farish ukur sana sini maka dengan semangat waja petang hari ku beli kain tersebut juga aku dah gunting kain hahaha... Memang maraton lah petang 2...
Pagi kejadian cuma bersarapan karipap dan tengahari selepas johor kami dah kuar umah, sekitar jam 3.45 petang sampai umah kandaku beli kuih donut wat lapik perut sementara aku nak masak makan tengahari merangkap malam...
Jam 5.30 petang baru dapat jamah nasi sesambil 2 buek pulak adunan karipap dan masak inti karipap sebab dah janji nak bawak opis keesokkan harinya. Dah siap masak kunun2nya nk rehat sambil lelapkan mata jap tapi xleh nak lelap asyik terbayang bawang kain yang ku beli tadi. Sesi mengunting pulak aduyai.... Jam 9.00 mlm menguli tepung dan sesi mengelim karipap pulak..... Ponek badan mak nyah oiii....!!!
~5 - 6 November 2010 (Jumaat & Sabtu)
Sesi memotong, mengukur dan menjahit bermula xkira malam siang gok..gek..gok..gek...mesin jahitku bekerja.... Akhirnya aku dapat wat 2 set tilam bb :).
Set ke-2 aku guna kain lain carba marba la kat dalam sape nak tengok ye x... Insyaallah nanti balik Perak nanti tinggal nak isi kekabu jek...heeee kekabu freee la katakan....
:: Cantik x corak pilihan kalbu saya ni? hehehe..... ::
:: Set 1~ dapat 3 biji bantal + 2 bantal golek ::
:: Set 2~ dapat 7 biji bantal pelbagai saiz ::
:: Bantal yang dah siap ok ::
:: Siang malam mesin ni bekerja tau ::
:: Ni lah mesin yang menolong den buek set tilam bb den ::
~7 November 2010 (Ahad)
Berehat yolah xdo buek po masak pun malas hehehe....
2 comments :
wahhh... nanti leh la saya tempah ngan kak ti... ahaks...
ahak2 i like it hihihi...
Post a Comment