Salam,
Haiishhh cite pasai makan lagi hahaha..... Ohh ye semalam pagi dapat telur rebus, biasa la bila ada kengkawan yang balik kampung sempena majlis kawin adik-beradik, saudara-mara mesti akan ada ole² buat kengkawan kat opis weeeee suka hati i ok dapt telur rebus hehehe :).
Nak citer kalu kat opis ni si Ella la penyumbang makanan, macam² makanan kudapan dia bawak opis (kat opis ni biskut kering pun nampak sodap lagi pulak makan reramai sambil bergosip opppppssss.......... hahaha...)
Okies citer pasai telur ni mulanya nak makan la dengan nasi buat lauk makan tengahari akan tetapi sebab pantry dah pindah (alasan malas nak gi amik kat meja + terlupa sebenarnya) maka bawak la balik rumah. Alah sebiji je pun kan, ok lambai kawan² nak balik si Nurul bagi pulak sebiji telur rebus yang dia dapat maka dapat la 2 biji :).
Wahhh berangan balik nak masak telur masak merah, tapi xkan 2 biji je kan... Goreng lagi 3 biji telur mata kerbau buat geng dengan telur rebus tu. Sebiji buat lauk 2 beradik tu kene la asingkan kang depa meraung pulak kepedasan hehehe....
Si ayah tu suka sangat telur kalu makan sokmo 2 biji dia sorang bedal, tapi malam tadi makan lebih pulak dia (sedap sangat kot ibu masak sampai bertambah-tambah makan siap berebut telur pulak dengan ibu kekeke....)
Telur Masak Merah
Kacang Botol Goreng dengan Ikan Bilis
Moh masak!
Telur Masak Merah
Bahan² :
Telur Ayam (Goreng @ Rebus)
Bahan A
1 biji bawang besar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih * blender
1 cm belacan
Bahan B
2 sb cili giling
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos tiram
1 cm belacan
Bahan B
2 sb cili giling
1 sb sos tomato
1 sb sos cili
1 sb sos tiram
Minyak untuk menumis
Garam/Gula secukup rasa
Cara² memasak :
Tuang Minyak dan gorengkan telur rebus sebentar kemudian angkat. Gunakan minyak yang sama tumis Bahan A sehingga layu dan naik bau kemudian masukkan Bahan B tumis hingga garing sedikit (kalu pekat tambah air kasi cair dan sambal masak dulu~sila gunakan api kecik ye). Bila sambal masak dan terbit minyak akhir sekali boh garam dan gula secukupnya. Dah masak siram je atas telur mata kerbau @ telur rebus yang dah di goreng sebentar tadi ok Siap sudah!
Ok daaaaaa.........
Ok daaaaaa.........
No comments :
Post a Comment