~13 Mei 2012 (Ahad)
Ni sambungan citer sini, sebenarnya aku balik kg awal hari khamis malam jumaat aku dah gerak balik dari Putrajaya sebabbbbbbbbbbbb kandaku ketagih tahap gian nak mancing ikan. (Katanya nak buat ikan kering banyak² dan kasi mak dia) Ohh yea orang Melaka suka ikan kering ni tau hehehe....
Akan tetapi kandaku ni hanya mancing ikan lombong je, spesis ikan raja ni je kegemaran dia sebab katanya syok layan masa berlawan tarik masa nak mendaratkan ikan tu ke tanah. Satu kepuasan katanya jika nak berbanding mancing ikan lain.
Entah le aku xtau hanya orang² yang suka mancing je tau apa yang depa rasakan. Seronok? Kekadang aku rasa macam buang duit sebab alatan memancing ni mahal ok! Nasib hobi mancing dia dah lama berkubur cuma kalu balik Perak je dia akan mancing pagi dan petang lepaskan keingginan memancingnya.
Nak tau rupa ikan raja?
Ni la ikan raja @ nama saintifiknya peacock bass
Suatu masa dulu kandaku ini giler mancing (ehh betul ke ayah pancing ikan besor ni?)
Oppss melalut dah ++ kasi asben enterprem lebih pulak hahaha... Sebenarnya aku nak cerita yang harini aku balik semula ke Putrajaya tapi sebelum tu sempat makan tengahari dulu. Mak masak macam² menu demi memenuhi setiap permintaan anak²nya, kebetulan pagi tu aku pergi Pasar kat Langkap macam² aku borong hehehe.....
Hajat hati nak makan terubuk bakar tapi mak kata susah nak dapat jadi wan beli keli 2 kilo buat keli bakar cicah air asam. Masa pusing pasar jumpa daun pucuk salang ni, huisssh lama dah xmakan sayur ni kalu dulu masa mak noreh getah balik bawak daun ni buat masak air je makan dengan nasi panas² lauk ikan goreng dan sambal belacan pun leh tambah nasi 2, 3 pinggan. Siap tonggeng pinggan nak hirup kuah hahaha....
Daun Salang
Masa aku jaga bara api panggang ikan keli mak x habis² bercerita dengan sepupunya pasai makanan kesukaan anak²nya. Seronok je dia bergelak tawa sambil siapkan makan tengahari. Yong xde masa ni sebab ikut besannya gi Gopeng kalu x lagi galak depa masak kat dapur tu reramai hehehe.... Nyah pulak sibuk ampaikan kain yelah sehari x basuh kain penuh kain berbakul sebab bila berkumpul banyak la kain baju yang nak kene basuh kan...
Menu simple makan tengahari ahad kami sekeluarga :)
Ikan keli bakar veberet si wan, daun salang tu asalnya aku mintak mak masak air tapi dia kata buat masak lemak pun sedap juga, kepala ikan keli mak x buang buat sup sahang kekadang dia masak asam pedas (versi x tumis), ikan duri tu permintaan Nyah masak apa aku xtau nama.
Lepas asar kami bergerak balik 3 kete tapi aku gerak dulu, mulanya wan nak konvoi dengan asben kakak si imran tapi si imran tu bawak slow agaknya depa kene tinggal hehehe... Seronok dapat balik berkumpul reramai, dah tentu² mak la paling happy kan....
Sebelum balik mak tanya 'bila nak balik lagi ni?' Insyaa Allah ada kelapangan kami balik. Ohh yea tahun turn beraya kat umah mak yeyeyeye.....!!!
No comments :
Post a Comment