CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, July 23, 2012

Bengkel Pindaan Akta LKW @ Melaka


:: Bengkel Pindaan Akta LKW @ Melaka ::


Salam semua, 

Ni nak citer pasai minggu lepas (aku kan suka citer benda nak basi hehehe...) unit aku ada buat bengkel kat Melaka dan aku adalah salah seorang daripada urusetia yang menyiapkan tempahan hotel, mengemaskini kehadiran peserta dan menyiapkan folder untuk semua peserta. 

Tarikh nak buat bengkel ni bertukar² sampai 3 kali! Tarikh asalnya 13hb hingga 15hb Julai, kemudian berubah kepada 15hb hingga 17hb Julai dan pindaan tarikh terakhir 17hb hingga 19hb Julai 2012. Tebal muka aku ni kuarkan surat pindaan kemudian call kata pinda lagi dan lagi termasuklah terpaksa batalkan LO hotel kemudian call hotel pulak pasai perubahan tarikh...pening aaiii tauuuuuuuuu...!!!

Nasib baik juga si Khairul gi sekali kalu x jenuh la aku nak handle semua huhuhu... Aku pulak terpaksa bawak si kenit sebab dia menyusu badan kan kebetulan stok dah x semeriah dulu jadi untuk menjimatkan stok beku tu aku bawak la dia berbengkel sekali.

Nasib abangnya Farish bergantung 100% kepada si ayah untuk uruskan, takpelah dia dah besar x la susah mana nak jaga kalu nak bandingkan nak handle si Farisya ni. Aku pun nak surrender dah bila si Farisya meragam dan bosan asyik² main telefon nak abang Farish ek hehehe...


 ~17hb Julai 2012 (Selasa)

Aku masuk opis dengan beg besor macam nak gi 10 hari lagaknya, beg sandang lagi + beg pump lagi, jumpa je sesapa kat lif semua pakat nanya nak ke mana? anak ikut sekali? aiikkk x boleh ke?

Gerak ke Melaka jam 11 pagi, KPSU aku joint pool 1 kereta (kelisa comel) jadinya 3 dewasa 1 kanak² ribena berseronot-ronot nak jenjalan kekdahnya hahaha.... Aku kira boss aku tau jalan sebab dia bersembang sakan dengan si Khai pasai pengalaman dia kerja kat Melaka (tahun bila aku x tau, serius aku kat belakang doq dediam jek sebab si kenit aku tu tidur sebaik masuk dalam kete)

Kami sesat ok! x jumpa jalan nak gi hotel tapi boss aku dengan yakinnya soh khai ikut je arahan dia ke kiri ke kanan (beliau nak belanja makan tengahari kununnya ada gerai asam pedas terbaekkk kat Melaka tu dia nak promote ke kami tapi x jumpa hehehe amacam?)

Dan akhirnya hampir 1 jam berpusing-pusing tanpa arah tuju call la Psu (En Kamarul) aku yang dah sampai awal tu tanya jalan kekeke... Sudahnya jumpa la juga hotel berkat tanya orang dan call psu ku ituw. Jam 1.30 tengahari kami sampai tapi terpaksa tunggu bilik clear @ check in pukul 2.00 petang la pulak. Perut lapor + penat@lengguh tangan pangku si Farisya sebab kete penuh dengan beg, folder dll.

Sementara tunggu bilik aku jumpa sales person yang aku contact sebelum ni namanya Nor Rafiah. Beliau ajak makan tengahari dulu kat kopitiam hotel kebetulan perut pun tengah lapor kan gi lah makan dengan khai. Masa tu bos aku dah naik bilik sebab bilik dah siap call la dia ajak makan sekali.

:: Kene Tukar Bilik? ::

Masa check in aku sign la kat kertas tu nama, no tel bagai sekali budak kaunter tu perasan nama aku gamaknya sebagai urusetia jadi hotel kasi  bilik special ok! Aku x mintak ok depa nak kasi tapiiiiiiiiiiii masa nak masuk bilik aku macam jakun² depan pintu bilik hotel yelah selalunya swap rupanya touch jek kekekeke...

Boss aku tu tunjukkan cara + tengok bilik aku besar gabak (lebih besor drpd bilik dia gamaknya kekeke...) terus dia sms psu  (pn nazatul) soh call aku tukar bilik dengan boss besar (kebetulan boss besar lom sampai lagi) katanya napa hotel x ikut kelayakan? takut boss besar kecik ati sebab pto dia dapat bilik besor... Aduyaiiiiiiiiiiiiiiiiii... x mau lak dia cakap direct kat aku ekkkkkkk.... Adakah aku bersalah dapat bilik ini? wawawawa.......

Melaram kejap sebelum turun hangkut semua barang + si kenit tukar bilik, kang derhaka kat boss SKT dapat markah sikit pulak huhuhu...... SYMP!
Nilah bilik yang aku dapat (gamaknya kalu boss aku check kene tukar bilik lagi kot hahaha nasib x datang check)
Masa minum petang aku gi tengok bilik mesyuarat, sekali ko backdrop x siap lagi, layar pun x de hangin 1 badan jek aku tengok. Bila tanya kat si Nor Rafiah tu katanya dah siap dah... hampeh!
Aktiviti urusetia di malam hari sesambil tunggu para ahli bengkel berdebat pasai akta setiap agensi, mulanya si kenit ni ok jek tengok upin ipin tapi bila dah pukul 9 malam dia dah mula bosan akhirnya psu aku soh naik bilik cian kat Farisya katanya. Khai la yang cover aku katanya kul 11.30 malam baru settle bincang part I.


 ~18hb Julai 2012 (Rabu)

Hari-2 bengkel berjalan macam biasa cumanya pagi tu boss besar balik Putrajaya semula sebab ada mesyuarat poscab & kasi taklimat ringkas kat KSU pasai acara 'Majlis Menandatangani Perjanjian Khidmat Bandaran'  hari jumaat nanti. Beliau akan kembali petang nanti sebab agenda malam ni adalah jenjalan gi Melaka River Cruise


:: Melaka River Cruise ::
Aku mintak hotel masukkan dalam pakej (sepatutnya dapat free tiket kalu 30 pax ke atas tapi keahlian aku cuma 13 pax je nasib baik sebelum ni bahagian aku penah wat meting hotel ni jadi depa lepaskan jelah pejam mata sebelah hahaha....)

Nak jadi citer petang tu si khai gi survey jalan nak gi Melaka River Cruise sebab kalu gi nonong je malam kang sesat barat maunya aku dengan si khai kene bambu dengan boss besar kan, alih² dia call cakap x jumpa jalan pening dah dia. Aku pun kelam kabut sms si Nur Rafiah soh lukiskan peta jalan nak gi. 

Al-hamdulillah ada staff hotel baik hati nak tunjukkan jalan katanya nak lukis peta takut kang semua sesat kan ke naya... Selamat aku malam tu hehehe.......

Lepas maghrib aku turun makan malam janji dengan semua pukul 8 nak bertolak alih² tunggu orang tu tunggu orang ni pukul 8.30 malam baru nak gerak haisshh nasib staff hotel tu x kisah (ehh ye ke?) .......

Follow la kete, kalu tau jalan kejap je sampai x sampai 10 minit pung.... Weeee merasa la naik Melaka River Cruise yeayyyyyyy!!! Si Farisya teruja sesangat tengok lampu + 1st time naik bot kan ala² jakun la jugak hehehe.......

Ni bilik kami hujung benua hehehe...


~19hb Julai 2012 (Khamis)

Hari-3 ada acara penutup di sebelah pagi, pukul 12.00 tengahari kami pung check out. Khai hantar aku terus balik rumah wahhh syioknya bersenang lenang di rumah x yah masuk opis hahaha (hampeh jek kan padahal sampai rumah kul 2 petang tuu...) Si khai masuk opis settle kan segala mak nenek persediaan untuk keesokkan harinya sebab ada majlis besar TW la kan....

Sekian, capek sudah!


Hang Tuah World Heritage Hotel
Jalan TMR6,
Taman Melaka Raya,
75000 Melaka.

Tel : 06-284 8000


No comments :