CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Wednesday, February 6, 2013

Rombongan merisik & bertunang @ sg buaya


Salam,

Al-kisah nak citer pasai rombongan che mah sekeluarga gi merisik dan bertunang untuk anakanda ke-3 si Mohd Faiz @ nama manjanya Mamat (dulu masa kecik si mamat ni sakit teruk tu namanya panggil mamat je bak kata mak aku nama x rasi or berat... entah la betoi ke x?.....)

Kan ke sebelum ni aku citer pepagi hari aku, yong, edy, kakak dan 2F gi Langkap cari buah, kek, nak bawak gi merisik kan.... Jadinya sekitar kul 12 tengahari kami 4 biji kete gi lah membawa hajat.... Yop dengan isteri+kakak+yong naik 1 kete, aku+mak+edy+2F naik 1 kete, wan+mamat naik 1 kete & wakil famili kami Pak Ucop naik Kancil.....

Kami nak gi Kampung Sungai Buaya kome!


Kami ikut jalan pintas lalu kampung gajah jadi pemandangan sepanjang jalan sawah padi nan terbentang luas...saujana mata memandang kehijauan pokok padi melambai-lambai chewahhh hihihihi....

Haaa udah sampai kome! rumahnya pun keliling sawah padi....
Pak ucop mengetuai perbincangan....
wajah bakal mertua mamat

Lepas sesi perbincangan selesai, pihak keluarga perempuan jamu kami makan tengahari... Sedap betoi makan masakan kampung menu lauknya ada gulai ayam kampung dengan betik (serius sedap mula² aku ingatkan buah labu sebab rasa manis tapi lepas i'view bakal MIL si mamat katanya orang kedah biasa masak ayam kampung dengan betik separuh masak tu oooooooo.....), ikan kaloi masak cuka, ikan kering, sambal belacan dan ulam-ulaman.... 


 :: Jeti Bagan Datoh ::
 
Sebelum balik kami singgah Jeti Bagan Datoh saja nak tinggalkan jejak kikiki....
Famili kecilku...
Mak, Yop, Mamat, Wan, Yong, Kakak, Edy

Ikut perancangan Mamat nikah 22hb 2 2013 (Jumaat lepas asar), sanding rumah Perempuan 23hb 2 2013 (Sabtu). Kenduri macam biasa buat kat rumah omak den la kan tarikhnya 24hb 2 2013 (Ahad).... Hujung minggu ni balik umah MIL (cuti CNY lama kan jadi kenalah berlaku adil hihihi...) Masjid Tanah, Melaka jadi minggu depan balik Perak pulak... Haissshh bulan ni jenjalan saja... 

Yelah kan ke 31hb Januari sampai 2hb Februari 2013 aritu baru je gi Terengganu ada retreat opis... Hohoho...tu lain kali aku citer banyak gambor lom edit.... 

okies tatata


2 comments :

εïзmmyHazaεïз said...

betul kot zaman dulu anak2 x serasi parents akan tuko name atau 'kasi' kat org lain as anak angkat :) macam makcik ja, name cantik tapi di panggil acik minah.. hehehe

Yatie-Ahmad said...

betoi la tu...mak kata Yong kita x rasi jaga anak lelaki jadi semua anaknya ada nama lain dan ada mak angkat sampaikan anakku 2 ketoi tu ada mak angkat juga kikiki...