Salam semua,
Harini bizi menyiapkan persiapan untuk Bengkel Laporan Tahunan @ Glory Beach Resort, Port Dickson bermula 14hb hingga 16hb April 2013 ni. Tengah kelam kabut print surat itu ini yang bos arahkan tiba² datang orang PSM kasi surat dan dia tanya mana tempat Hajjah Noorhayati aku pun jawab la Hajjah masih bercuti bersalin. Sambil mengiringi beliau tunjuk mana bilik Hajjah katanya kalu x de kasi je kat cc surat tu... Aku jawab xpelah minggu depan Hajjah dah masuk opis terus aku letakkan surat tu atas meja Hajjah.
Keluar je bilik Hajjah aku cuba² baca tajuk surat PSM kasi tu (lom buka lagi surat tu tapi ternampak la kat sampul ala² bayangan tajuk surat tu) Ya Allah terus aku meluru kat EO yang sedia ada kat berdiri kat tempat Kak Gee... Lom habis ayat aku tu EO terus cantas 'ala saya dah tau dah' terus rasa nak menangis dah berlalu pergi kembali ke meja kerja aku semula...
Ya Allah mengeletar badan ni menahan rasa terkejut... Masa aku meluru kat EO tu terus terpandang sesorang terus aku rasa macam bersalah sangat lak.... down tetiba rasa macam ehh napa aku yang dapat kan cc cakap tahun lepas aku ada lewat datang 3 x dan ada persaingan juga masa nak buat percalonan tu...
Sesungguhnya aku x sangka sebab rasa peluang untuk aku lambat lagi kot lagipun pemilihan tu banyak di nilai dengan macam² kriteria... Aku bukannya ada sumbangan or aktif dalam kelab or sukan.... Aku hanya kerani yang suam-suam kuku je hahaha.....
Apa pun syukur al-hamdulillah... semoga aku lebih bersemangat menjalankan tugas² hakiki aku selepas ni.... :) Tahun ni pun penuh dengan azam membara.... Ada 3 target besar nak kucapai 1 persatu..... Semoga Allah permudahkan jalan untukku mencapai semua impian itu aminnn.....
#menginjak usia 32 tahun baru terhegeh-hegeh nak mik Lesen kereta huhuhu tiap minggu bizi dan asben tolong jagakan 2F demi sekeping Lesen itu....
No comments :
Post a Comment