Assalamualaikum....
~22 Ogos 2013 (Khamis)
Semalam
aku di kejutkan dengan menerima 4 miss call dan sms daripada kakak
(anak yong no. 1) tapi sayang sekali aku x sedar bila alarm hp berbunyi
jam 5 pagi baru perasan... Cuak bila tengok miss call tu terdetik di
hati mesti ada berita x baik...
Bila baca sms tu cecepat sms kakak semula dan dia pun balas kata mamat (anak buah no. 3) sekeluarga selamat rumahnya hangus di jilat api.... Cecepat on fb gi wall fb kakak nak tau perkembangan selanjutnya....
Bila baca sms tu cecepat sms kakak semula dan dia pun balas kata mamat (anak buah no. 3) sekeluarga selamat rumahnya hangus di jilat api.... Cecepat on fb gi wall fb kakak nak tau perkembangan selanjutnya....
serius aku x sedar langsung hp berbunyi tidur awal tu pukul 10 malam...
Kakak cerita;
Malam tu dia tidur rumah mertuanya (selang 2 biji je jaraknya) memandangkan dia sesorang je kat rumah sebab asbennya ada latihan kawat kaki jadi tidur di kem (beliau seorang tentera). Sekitar jam 11.45 malam dia terima call daripada siti (wife mamat) nangis² bagitau rumah depa terbakar.
Kakak terkejut dan terus ketuk pintu bilik adik iparnya minta tolong, mereka (adik ipar termasuk mertua) bergegas pergi ke tempat kejadian. Sampai simpang kubur kereta depa kene tahan sebab api dah marak jadi kejiranan kat situ x bagi masuk... Kakak gelisah cari adiknya di mana, semua susah hati selagi x bertemu mata...
kedudukan rumah yang rapat & rumah papan menyebabkan api cepat marak
Akhirnya
mamat membawa anak isterinya menuju ke tempat kakak berada...
melihatkan keadaan si mamat sungguh la sedih hanya memakai seluar pendek
berbunga tanpa baju (sehelai sepinggang huhuhu). Katanya xde apa yang sempat untuk di selamatkan :(
Kakak hubungi wan (adik no. 2) memaklumkan hal yang sama, wan pun bergegas datang untuk membantu. Mereka adik beradik sepakat untuk tidak memaklumkan yong (mak mereka) malam itu juga bimbang yong susah hati...
Mereka semua dalam keadaan terkejut dan fobia, apabila bomba datang pihak bomba mengalami kesukaran mencari punca air dalam usaha untuk memadamkan api walaupun begitu akhirnya kebakaran itu dapat di padamkan al-hamdulillah. Keseluruhannya 6 buah rumah hangus di jilat api.
** ** ** ** ** **
Detik² cemas itu mamat kongsikan ketika kami sekeluarga datang melawat malam tadi, katanya ketika kejadian dia sedang masak air di dapur dia terlihat cahaya merah di luar tingkap namun detik hatinya mengatakan ianya hanyalah pantulan cahaya lampu jalan.
Tiba² isterinya terlihat percikan api di tingkap ruang tamu (ketika itu mereka belum tidur lagi) lalu memanggil mamat untuk melihat ke luar apa sebenarnya yang berlaku. Menyedari api kian marak mereka mengetuk pintu jiran sebelah untuk memaklumkan perkara itu dan lari menyelamatkan diri.
saksi di tempat kejadian menceritakan dalam sebuah forum
Rumah anak buah yang tinggal rangka
Sumber foto : KLIK SINI
** ** ** ** ** **
Gambar semasa kebakaran
Balai Bomba & Penyelamat Kajang
** ** ** ** ** **
Gambar selepas kebakaran
pintu hadapan
ruang tamu
Rumah (arah panah) itu yang di katakan punca kebakaran, isteri mamat terlihat percikan api di tingkap inilah.
dinding batu tulah rumah mamat
bilik tidur utama
ke dapur
dapur
bos mamat membantu mengutip derma kilat
Al-hamdulillah, semalam derma/bantuan orang ramai xputus² ada juga pihak kebajikan masyarakat/YB dll turun padang melawat dan menyumbangkan bantuan kepada semua mangsa kebakaran.
Mertua mamat datang memberikan sokongan moral dan membantu apa yang termampu, aku pun mencari baju² lama (baju farish) untuk di berikan kepada danial kesian dia sob..sob..sob... kami bawa bersama buaian untuk danial...
Harini juga ketua kampung memaklumkan akan diadakan mesyuarat tergempar untuk semua mangsa kebakaran. Baru sebentar tadi (jam 4.20 petang) kakak memaklumkan Econsave juga menghulurkan bantuan kepada semua mangsa kebakaran... syukur al-hamdulillah... walaupun sumbangan mereka x seberapa namun ianya dapat mengurangkan beban yang mereka tanggung kan...
si demok yang xtahu apa² herrmmmm...
sekian...
No comments :
Post a Comment