CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, March 3, 2014

SAKIT : Kifarah Dosa

Assalamualaikum...

~28 Feb 2014 (Jumaat) 

Rasa xselesa kat tekak dan sakit nak menelan atau minum, mata dah mula merah gaya² nak demam pun ada.... doq wassup dengan rozilah kirim dengan dia soh belikan stepsil. Herrmmm ingatkan hisap stepsil sampai 4 biji leh kebah la sakit tekak ni rupanya idak le membaik makin sakit pulak dia....

Balik tu teman naek bas idak drive di hari Jumaat kerna langkah² penjimatan kalu 2 kereta sekali jalan membazir minyak kan... Haritu ada perkiraan semula setelah sebulan memasing bawak kereta maka duit minyak gullpsss... Jadinya maybe aku bertugas 3 @ 2 hari sahaja seminggu selebihnya x bawak kereta maka penggunaan kereta dan minyak dapat di kawal sedikit... (kadar penggunaan minyak untuk si kancil rm20 untuk 2 hari sahaja iaitu sehari 2 x berulang pergi opis balik ke rumah pergi ke opis dan balik kerumah = [Presint 14 ke Presint 4])



Petang Jumaat tu bas agak lambat sikit pukul 5.27 petang baru ada sampai bus stop Presint 14 pukul 5.40 petang memandangkan aku rasa badan dah dedor tu x jadi balik rumah macam kebiasaanya (situasi bas awal dan aku sampai sekitar jam 5.30 petang) terus duduk main candy crush sambil nunggu pukul 6.00 petang faris balik KAFA. Sesambil tu sms kandaku khabo ke dia daku ini x berapa sihat rasa nak demam...

Usai ambik Faris terus singgah rumah pengasuh ambik si Farisya kendian sesampai je kat rumah dah rasa x larat mata rasa nak pejam dah ni.... Kekanak mandi tukar baju nengok tv sambil tunggu si ayah balik... Ohh kandaku ada sms dia pi pasar malam tanya si Faris nak makan pe (dia tau la tu daku x berupaya nak masak)

Pukul 6 sampai ke maghrib sempat terlelap x lena sangat pun versi luruskan tulang temulang sebab ada kekanak hyper yang perlu di perhatikan...sapa lagi kalau bukan si Farisya ler... kesian bebudak xde makanan gaya kebulur jek daku tengok ada kerepek/kuih loyang dalam peti ais tu deme 2 beradik makan sementara tunggu si ayah balik...

Kandaku beli yong tau foo dengan beehun goreng, aku makan la sikit tapi memang la siksanya nak menelan terasa macam perit je nak menelan kome....





~1 Mac 2014 (Sabtu) 

pagi tu gigihkan diri masak nasi goreng untuk kekanak sebab kandaku dah pi kerja... makan la nasi goreng tu sampai ke petang. Daku terbaring jelah makan/minum pun x lalu kome... 

Makin sakit pulak hermmm...masak la bubur nasi makan dengan ikan bilis goreng dan sambal kicap tu pun x lalu juga... selera memang ke laut.... Petang tu kandaku bawa balik beehun sup 2 bungkus maka kekanak makan beehun sup pulak kesian deme terabai makan minum sebab ibunya x berdaya sob...sob...sob....                           

~2 Mac 2014 (Ahad) 

Pepagi kandaku bawak kekanak pi sarapan kat kedai mamak dia tapaukan nasi lemak pun aku hanya mampu makan 2,3 suap je selebihnya x terusik sebab x de selera nak makan... Gagahkan diri menyapu, membasuh, melipat kain masa tu rasa macam kebah dah demam rupanya usai lipat kain rasa nak tido sebab rasa seram sejuk apa lagi tarik selimut semula... 

Kalau ikutkan keadaan cuaca semasa kan sekarang tengah cuaca panas tapi aku kesejukan... kipas bukak no. 3 je berkelubung selimut muka tutup dengan bantal bagai :(

Pukul 10 kandaku bawak Faris ikut dia pi riki² tempat mancing ikan puyu (dengar cite MIL/FIL nak datang mancing tu adalah aktiviti kegemaran mereka anak beranak...) tapi Faris kata air kering + xjumpa cacing hahaha...

Meraunglah anak dara tu kena tinggal keseorangan kat rumah bila kawan sepermainannya di bawa ayah pergi bersiar-siar di luar hukhukhuk...

Malam semalam ada masak nasi jadi gagahkan diri masak telur kicap ingat nak goreng kacang buncis tapi x terdaya pulak huhuhu.... Makan le deme 3 beranak nasi berlaukkan telur masak kicap sebab 2 hari ibu x masak kan... ibu cuma lapar jam 3.00 petang makan nasi sikit dengan separuh biji telur masak kicap tulah lapik perut... 

Petang kandaku beli apam balik daku cuma lalu jamah seketoi yang lain si Faris balun... adiknya merasa la makan seketoi setengah dia tu bukan suka sangat kekueh ni sangat....

Malam tu pukul 9 gigihlah Iron baju sekolah Faris baju kerja x gosok pun... tido awal tapi sampai ke pukul 2 pagi mata xleh la nak lelap manyak mikior entah hapahapa.... Pepagi macam biasa bangun mandi cargaskan diri dan bersemangat nak pi kerja kalau doq rumah kang memacam sakit lak hinggap biorlah doq opis ada juga kekawan bawak bersembang...

~3 Mac 2014 (Isnin) 

Al-hamdulillah harini dah ok sikit walaupun tekak ada rasa sakit sikit dan batuk² entah kenapa malas pulak nak pi klinik pagi tadi....



   

No comments :