Assalamualaikum...
Harini nak citer pasai Farish Akmal anak terunaku yang sulong aka Abang Farish...
Kalau ikutkan tarikh nikahku pada 24hb Disember 2005 (rasanya waktu aku nikah tu baru lepas period hikhikhik)... Lepas tu 8hb Januari 2006 aku period so maknanya lepas kawen xde apa² terjadi la kan hehehe....
Masuk bulan 2 releks lagi tapi bila masuk bulan 3 period xmai² aku dah rasa cuak semacam... xkan kot? awal sangat ni.... huwaaaa..... T___T
Seingat aku kami balik Masjid Tanah dan kandaku belikan Pregnancy Test dan terus buat ujikaji dan resultnya +ve huwaaaa aku nangis sedih la kununnya... x sangka leh awal gitu kan... Tapi sampai sekarang aku masih ingat janji² manis kandaku hahaha katanya xpelah pregnant awal nanti dah bersalin leh makan ubat kasi jarak lama sikit..... Memang betoi pun masa nak dapatkan si Farisya beza 5 tahun kot....
Ni nak citer masa memula bagitau MIL dan mak aku deme semua xde perasaan hahaha nak happy pun idak juga confius jap aku hahaha..... Gamaknya cepat sangat kot tu yang macam percaya x percaya gitu...entah la....
Tapi yang jelasnya berat aku lepas kawen dan pregnant naek mendadak fuhhh.... sebelum kawen 65 kg bila buka buku Merah (kandungan aku 9 minggu) berat aku naek girang jadi 69 kg.... Korang tau la pi klinik kesihatan pakai timbang besar tu pastu semua pakat berbaris naek pastu cakap la berapa berat korang kat nurse haisshhh malu kot sebut berat sendiri hehehe....
19hb Okt 2006 tarikh ni last check-up kat klinik kesihatan berat aku sebelum bersalin 80 kg yehaaa!!!Sonok sangat sampai sekarang xturun² berat tu hahaha....
Buku PINK Pertamaku :)
21hb Mac 2006 : bleeding 2 hari dapat la mc sehari
check-up
buat kat Klinik Desa Sg. Sekamat je lah... Tapi bila aku bagitau aku
ada bleeding terus refer Klinik Kesihatan Bangi kot (lupa dah...) jumpa doktor dan scan ada ke patut dia cakap harapan tu 50:50 je haiishhh sedih.... Doktor soh rehat kat rumah jangna buat kerja berat.... Bos pun kasi cuti rehat 1 hari lagi jadi doq rumah dediam jgn buek keje katanya hehehe..........
ini lah gambar scan si Farish masa 29/07/2006 doktor kata baby Boy dia tengok tang mana ek jenuh aku la aku telek idak le aku faham hahaha.... udah doktor khabo baby boy jadi kita iyakan jelah....
ni gambar kenangan masa pi kursus Induksi kat PD
Rasanya tahun 2006 tu habis semua kursus wajib termasuk Kursus Kenegaraan (BTN) 17 - 21 Ogos 2006 aku pi... Masa 7 bulan agak boyot² ni pi kursus BTN sebab cc Tipah kata aku akan dapat pengecualian untuk aktiviti lasak...
:: Farish Akmal 21hb Okt 2006 ::
Pengalaman pertama melahirkan Farish Akmal pada 21hb Oktober 2006 dulu sangatlah mendebarkan, sakit wooo beranak ni huwaaaa.... Kalau ikut perkiraan jangkaan bersalin (due date) aku sepatutnya bersalin 15hb Oktober 2006 tapi nampak gayanya Farish xmau keluar lagi huhuhu....
Last check-up pada 19hb Oktober 2006 nurse kasi Post Due selam 4 hari beserta surat pengesahan aku ni dah overdue. Kot pi memana Hospital nurse/doktor refer surat tulah sebagai rujukan....
Kebetulan 15hb Oktober 2006 bersamaan hari khamis dan semalamnya (Rabu) ada sesi bersalam-salaman awal (kununnya aku nak bersalin dah la) sebelum semua cuti raya Aidilfitri
Aku ponteng kerja selama 2 hari sebab naik malu sehh xberanak² lagi hahaha... Mak aku pun dah seminggu ada kat Kajang waktu itu tunggu aku bersalin tapi x bersalin²
juga :). Akhirnya mak aku ajak balik Perak petang Jumaat selepas
kandaku selesai sembahyang Jumaat, yelah raya dah dekat nanti sape nak
bakar lemang mak aku kata la...
Selepas waktu berbuka puasa petang Jumaat tu aku mula sakit perut, pi tandas pas tu aku menjerit kat mak yang aku "PERIOD" hahaha mak aku senyum jek katanya tanda²
nak bersalin la 2... Mak siapkan bekalan nak bawa gi Hospital tapi mak
soh aku tidur dulu katanya kalu aku mula sakit sangat baru gerak gi
Hospital Teluk Intan.
Sekitar
jam 11.00 malam aku mula rasa sakit sangat xleh nak pejam mata jadi
camne nak tidur... Kami pun bertolak gi Hospital dan aku kene tahan.
Masa Nurse check masa 2 bukaan baru 1 cm, rasa sejuk semacam kecut perut
dengar suara² mengerang sana sini. Ohh.. camne la nasib aku? :(
Cian
mak dan kandaku sebab depa tidur kat surau Hospital tunggu aku... Apalah
agaknya depa makan masa bersahur pagi 2... Esok paginya aku di pindahkan
masuk wad (transit aku kira sementara sebelum masuk labour room). Sepanjang malam aku xleh tidur :( menahan sakit yang maha dasyat daripada sakit senggugut...wawawa....
Esoknya ramai la yang datang menjenguk aku bergilir-gilir. Aku ditempatkan dalam satu bilik berkongsi dengan 4 ibu² lain... Sebelah katil aku seorang ibu yang dah bersalin 7 kali tapi katanya dia dah Induced (klik sini) 2 x tapi x bersalin2 jugak...
Depan
katil aku pulak seorang ibu yang kene darah tinggi jadi xsakit pe pun
releks je... Sebelah katil beliau seorang perempuan cina dengarnya
beliau dah 2x cucuk Epidural Anesthesia (klik sini) tapi x bersalin2 jugak....
Sampai
petang aku masih bergelut dengan kesakitan yang teramat... xde sapa
dapat tolong wawawa... Mak dan kandaku balik rumah untuk berbuka puasa
maka tinggallah aku sendirian... Selepas Maghrib rasa sakit makin
menjadi²
dan disebabkan aku ni jenis xpandai nak meraung, menjerit xtentu pasai
maka menahan sakit sorang sambil tarik kain cadar katil... Makkkk
sakitnya nak bersalinnnnnnnnnnn.....!
Kakak
sebelah katil aku agaknya perasan aku macam orang gila kejap baring
kejap duduk... Aku ngantuk la semalaman aku xtidur dan sekarang rasa
sakit 2 datang makin kerap... Dia panggil nurse soh tengok²kan aku, dan masa check untuk tengok brape bukaan cm aku jerit cakap nak berak dah ni...
Kelam kabutlah nurse 2 tolak aku masuk labour room katanya dah tiba masa nak bersalin dah ni... Rasa sedih sebab xde sapa² yang tunggu aku... kebetulan hujan lebat sangat jadi mak dan kandaku lewat sampai hospital... Aku teringat² pesanan mak jangan teran selagi nurse or doktor soh teran...
Rasa
sakit macam nak berak 2 tapi aku kepit kaki aku sambil sedut gas
oksigen kot... Sebelah katil aku ada seorang ibu yang meraung-raung
sakit, mengadu sesak nafas la jadi kelam kabut la doktor dan nurse
tengok keadaan dia tapi xde apa² pun... Aku pun xsempat kene cucuk masuk air sebab baby dah nak kuar sangat...
~21hb oktober 2006
~21hb oktober 2006
Jam
11:13 malam akhirnya farish lahir kedunia di sambut oleh SN Fatimah :)
tapi sebab dah lama sangat dalam perut ibu farish lahir x menangis
pun... Jadi nurse jolok2 mulut dia baru la wuarrggggghhhhhh nangis...
baru lahir ke dunia
Doktor doq perli² ibu yang sebelah katil aku 2, katanya tengok aku ni ha senyap sunyi tiba² bersalin hahaha....
Dah
selamat melahirkan aku capai hp dan sms semua orang hahaha.... Rasanya
dekat kul 12.00 t/mlm baru selesai dan aku di tolak masuk wad, mak dan kandaku mengiringi aku... Masa 2 aku mintak mak nasi aku lapooorrr....
~31hb Oktober 2006
Farish akhirnya kena tahan di Hospital Tapah sebab kuningnya tinggi....meraung la ibu kena tinggal bila cuti raya dah habis dan kandaku kena balik Kajang sebab tuntutan kerja... Nurse pulak soh susukan Farish dengan susu badan supaya cepat baik tapi malangnya dalam keadaan tertekan tu susu xmau keluar nangis la daku sambil bancuh FM bila Farish wuekk² nangis lapor.... Puting luka melecet, anak kuning, asben jauh, serba serbi x de pengalaman buat daku jadi makin stress huwaaaa....
buah hati kesayangan kami
Bila habis pantang dan balik ke Kajang semula kami sempat la balik Masjid Tanah jumpa MIL dan kakak iparku yang balik bercuti (dia menetap di Melbourne, Australia)
kandaku sama² membesar ikut isterinya hahaha adil gitu...
lepas habis pantang xkecut² pun badan acanerrr.........
tepek bedak sejuk best woo...
Atih dan Angah
Jenjalan pi Jusco, Melaka
Bulan 1 2007 : ibu dah mula masuk kerja
Rumah yang penuh kenangan tempat di mana Faris membesar dalam perutku dan sempat membesar di sini sebelum kami pindah kuarters...
Aku harap anak ke-3 ni Allah S.W.T mempermudahkan kelahirannya aminnnnn...
No comments :
Post a Comment