Assalamualaikum...
Semalam boring² xtau nak buek po 'dengan sengajanya' ajak la kandaku pergi scan baby hahaha ikutkan sebenarnya nak pi scan hujung bulan ni bila genap 7 bulan tapi entah kenapa semalam rasa melonjak-lonjak pulak perasaan ni nak intai si kenit dalam perut...
Hasil hasutan pengasuh si Farisya katanya scan 3D/4D kat Klinik Sofea Puchong Utama ni murah jek rm80 + dapat CD kata beliau... Hasil google dan baca review blog sana sini daku jadi teruja pulak haisshhh...
Sanggup korek tabung baby hahaha (ini x kelakor yea...) simpanan untuk beli persiapan bersalin dia juga nak pi scan sebab harap maklum kite harus berjimat cermat sebab gaji bulan 3 lambaaaattttt lagi (25-3-2015)....
Klinik Sofea
No. 36, Ground Floor, Jalan PU 7/3,
Bandar Puchong Utama, 47100 Selangor
(belakang Aeon, opposite 99 Speedmart)
03-8061 9628
Gerak dari rumah pun lambat kome pukul 12.00 tengah hari gitu dan hasil bantuan google map berjaya le sampai dalam pukul 12.35 tengah hari sekali masuk je klinik mak aiii ramainya umat manusia!
Memula macam nak pi jenjalan kat Eon Big kat belakang tu dulu sebab pukul 1.00 tengah hari kan ke lunch time xkan klinik buka kot kan (gitu le gerak hatiku berkata-kata...) Tapi sebelum tu baik register dulu kan...
Dah register kami anak beranak pilah Eon Big sengaja buang masa kekdahnya sesambil tu beli susu si Farisya dan kitchen tissue paper... rupanya 2 beranak (si ayah dan abang Faris beli selipar baru) rasanya 5 barang je dekat rm70 ko termasuk 5 ketoi coklat Ferrero Rocher isk...isk...iskk...
Datang semula dekat pukul 2 tengok dah x ramai orang risau juga kot² nama dah naek tadi kan tu tanya kaunter tapi katanya sikit lagi nama teman akan di panggil le ooo ok²... x sempat pun nak makan tengah hari tadi tapau roti ala² roti boy tapi versi banyak pilihan inti gitu daku beli 4 ketoi 2 ketoi inti coklat, seketoi inti durian, seketoi lagi inti apa ntah lupa... deme 3 beranak makan le roti tu sesambil tunggu giliran maknya ni nak di panggil...
Dekat 2.30 petang baru nama di panggil apa lagi kami semua pakat masuk reramai... doktor sofea soh baring dan bebudak tengok screen dekat doktor ibu dengan ayahnya pandang screen kat dinding...
Godek² si kenit ni x bagi kerjasama... siap mengiring ke kanan bagai nak dapatkan gambar muka... boleh pulak tutup muka dengan tangan segala... Tapi doktor kata baby ok x de cacat cela x de sumbing al-hamdulillah... ibu je kot rasa pehal lama sangat doktor ni godek² nak juga dapatkan gambar muka budak bertuah ni hahaha... ibu sebenarnya teruja nak tau jantina je sebab nak shopping baju hahaha....
Yup uri masih bawah lagi :(
ibu ada apoinment dengan Klinik Kesihatan Presint 18 25hb 3 ni (28 minggu) untuk minum air gula sekali lagi T___T, jumpa doktor untuk scan pasai kedudukan uri dan kena cucuk kancing gigi gamaknya...
Kalini ibu kena pindah klinik Presint 18 pulak sebab Presint 9 dah x cover pesakit dari Presint nombor belas² ni... Klinik Presint 3 pun mulai tutup harini dan semua pesakit kat klinik tu transfer ke Presint 9 pulak...
posisi dr atas kepala... yang hitam tu rambut
tangan kat pipi pulak
tangan kat dahi pulak
haa nampak pun muka
ni doktor doq cakap hidung mancung hahaha gelak ibu
rasa abang dengan si kakak hidungnya penyek
ni yang doktor cakap gegirl??? ye ke? terlindung dengan kaki
ayah xpuas hati soh scan lagi ni haa tunjuk bontot pulak
Berat baby pun ok x obes dan x kurus sangat... 24 minggu = 896gram. lega ibu dengar perkembangan kamu baik² saja di dalam perut ibu ni... walaupun dah seminggu ibu batuk teruk minum ayor suam je kot (tapi semalam tengah hari makan nasi kat kedai ibu oder sirap ais tu pasal malam tadi x leh nak tidur sebab batuk dan sejuk econ gamaknya... pukul 3 lebih terjaga sebab batuk² sampai rasa terkencing gitu... perut sakit dada pun sakit herrmm...
bacaan degupan jantung pun ok
berat baby
due awal 3 hari doktor kata
Bab gender baby tu doktor yang yakin sangat cakap gegirl ibu lak rasa macam xberapa caya hahaha... yelah gerak hati kata boy asben pun cakap gamaknya boy ++ kiraan nadi dia rendah bawah 140bpm bukan ke bacaan tinggi baru le girl... keliru sudah!
Xpelah janji baby sihat ibu x kisah kalau gurl sekalipun itu lagi ibu suka sebab Farisya ada kawan xdelah kelakuan kejantanan sangat hahaha... si abang jelah frust sebab dia ingat dapat adik boy... Si ayah pulak memandai menenangkan si abang katanya xpe² nanti ayah kasi adik ke-4 lelaki ek... amboi² macam dia je yang mengandung kan main oder jek...
Ok tu je nak citer babaiii...
PS : sayang sekali CD xde kuar apa² gambar or video @ kosong mybe kesilapan teknikal masa copy nak pergi semula agak malas x berbaloi xpelah xde rezeki cuma ada versi print je sebagai kenangan al-hamdulillah...
PS : sayang sekali CD xde kuar apa² gambar or video @ kosong mybe kesilapan teknikal masa copy nak pergi semula agak malas x berbaloi xpelah xde rezeki cuma ada versi print je sebagai kenangan al-hamdulillah...
1 comment :
Salam puan, jika tidak silap saya doktor sofea tu nama sebenar beliau ialah dr ayu ningrad binti nor azahar.. Sila semak status doktor tersebut dengan lembaga perubatan ya.. Hati hati.. Suami beliau seorang nigerian. Dia bukan doktor..
Post a Comment