CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Friday, April 3, 2015

Balik Kampung~Perak

Assalamualaikum...

~27hb Mac 2015 (Jumaat)

Harini daku ambik cuti rehat sebab ada appoinment minum ayo gula dan hajat hati nak balik kampung lepas solat Jumaat gitu...


Pagi tu daku cakap pada kandaku nak drive kete sendiri malas nak soh dia anto ambik sebab minum ayo gula ni lambat kene rest 2 jam gitu... Antar Faris gi sekolah dan direct pi Klinik Kesihatan Presint 18... Sebab awal sampai jadinya duduk la dediam sampai pintu klinik buka yea...

Pukul 8.00 pagi pintu buka semua pakat serbu kaunter pendaftaran ambik no. giliran dah dapat tunggu nama dipanggil... no. gilran dipanggil pi kaunter depa dah key in nama/no. giliran kita terus pi kaunter ibu dan anak pulak... tunggu lagi nama dipanggil dan dapat arahan pi Makmal untuk sesi minum ayo gula..

Macam biasa sampai makmal ambik no. baru dan sila tunggu ye namamu akan dipanggil... Pukul 8.30 pagi nama dipanggil masuk bilik C dan 1 botol kecil darah diambil (kene puasa tau dari 10 malam tadi hingga selesai sesi minum ayo gula dan kena tunggu 2 jam kemudian ambik sekali lagi darah) settle minum ayo gula daku duduk la dediam kat ruangan menunggu makmal tu sampai 10.30 pagi sekali lagi namaku dipanggil dan cucuk lagi ambik darah...

Settle urusan minum ayo gula terus balik rumah sebab kelaparan ok... singgah kedai runcit bawah rumah beli nasi berlauk 3 bungkus sebab tengah hari nanti Faris dan Farisya balik makan tu je daku malas nak masak... kemas kain baju dan sapu²/kemas rumah sikit tunggu jelah kandaku balik... Lepas solat Jumaat kami gerak balik kampung...

Rasa lapar pulak hahaha yelah makan pukul 11 pagi je bila petang perut ni kruk krek lak bunyi mitak diisi... berenti rehat kat RNR mana ntah lupa hahaha beli pau, air keropok kerepek buat kudap² alas perut kekdahnya...

Pukul 5.30 petang akhirnya sampai rumah mak yeeehaaaa...

Sampai je mak sambut depan pintu... salam peluk cium angkat beg letak dalam bilik terus meluru ke dapur wahhh² mak masak pulut dengan kari ayam ada masak asam keladi sahang, ayam goreng berempah teruslah capai pinggan nak makan nasi dengan asam keladi :)

Sebenarnya memang hajat hati nak soh mak masak asam keladi sahang selalunya asam keladi mak masak versi ada cili kering tapi daku suka versi ni... xcakap pun soh masak tau² ada dah siap masak... yong kata tu gerak hati seorang ibu namanya hehehe...  

 
pulut tanak mak kata
kari ayam ni dah kering asyik panaskan je
 
asam keladi sahang

Si Farisya suka pulak makan pulut dengan kari ayam si Faris je kena paksa baru nak makan haisshh... Dekat maghrib yong, mamat dengan anak isterinya pun sampai wahhh sonoklah main² dengan cucu...

Kami sonok la sembang sampai 1,2 pagi entah apa yang sonok sangat macam xleh tunggu esok nak nyembang hahaha...


~28hb Mac 2015 (Sabtu)

Harini semua kerja tinggallah daku, yong, mak dan 2F je, kandaku pun xde dia pi Ipoh cari barang kereta... Semangat ni nak buat lepat labu sebab daku teringin nak makan hehehe... 

rebus/kukus labu sampai lembut
parut kelapa (putih sahaja) campur garam sikit kasi rasa lemak² nak buat inti

Lenyek labu sampai hancur kemudian campur gula dan garam gaul sekata kemudian tambah tepung gandum gaul² lagi kalau adunan kental masukkan santan sikit kasi sedap mak kata... Oppss jangan tanya kiraan gula tepung berapa daku tengok mak main campak² je hahaha nak resepi yang bebetoi klik SINI

mak bancuh adunan yong yang bungkus lepat daku tukang mik gambo je hahaha

Rezeki baby lagi daku rasa teringin nak makan pucuk paku merah sekali mak ada petik pucuk paku biasa dan pucuk paku merah apa lagi tumis belacan jelah


Kerabu pucuk ubi, pucuk betik dan pucuk mengkudu... pahit² tapi sedap!! selain 2 jenis sayur ni ada juga sayur yang ku idamkan iaitu pucuk salang (memang rezeki sungguh dapat semua yang terliur hehehe...) mak tanya nak masak pe? daku cakap masak lemak putih je... makan dengan sambal belacan dan ikan rebus goreng sedap... berselera makan lagi² ada kerabu dan pucuk paku kan...

Puas makan hati girang hahaha... lepak² bawah rumah sesambil mengimbau kenangan kemeriahan depan halaman rumah ni penuh dengan orang bila malam... ni mak la doq terkenang-kenang cucunya 2F xdapat nak tengok pakcik panjang niaga buger katanya...

Lepas kawen pakcik dah pindah doq rumah wife dia kat chenderiang jadi malam penat xniaga aka tutup dah la gerai buger ni... siang dia kerja kampung jadi malam xlarat dah nak niaga katanya...

Kami doq tunggu juga dia balik tapi xnampak batang hidung... mak lak soh pi beli roti buger, daging buger dan sesayur kunun²nya karang malam pakcik balik dapat la 2F makan burger hasil air tangan pakcik dia...

Dekat maghrib pakcik datang dengan wife dia...sonok la 2F dapat jumpa pakcik pastu pakcik masakkan buger barulah senyap kalau x asyik sebut je nak buger nak buger haiisshh sakit telinga dengor...

sarah 4 bulan dah
Farisya main dengan anak buah

Pakcik bawak kuali dia masuk rumah sebelum ni tersadai je kat luar (kedai buger yang tutup menjak dia kawen aritu) katanya kalau masak kat luar kang berbaris lak orang nak beli buger kekununnya yop dah niaga balik tak ke haru huhuhu.... 

Haaa semua happy le dapat makan buger pakcik masak... dah kenyang apa lagi Farisya bergurau senda la dengan pakcik mintak dukung la haisshh memacam... Tapi pakcik lepas isyak balik dah... tinggal main dengan sarah jelah...


~29hb Mac 2015 (Ahad)

Lepas sarapan kami gerak balik Putrajaya singgah RNR Restoran Jejantas Sg. Buloh dalam pukul 11 gitu kekununnya nak makan burger king tapi depa kata kena tunggu 11.30 untuk makan tengah hari... merayau-rayau la kawasan sekitar membuang masa hehehe... 

selfie dgn 2F sementara tunggu ayah beli buger king

Gitu ler cerita teman balik kampung hehehe.... habis semua yang teman terasa nak makan dapat al-hamdulillah... sonok dapat jumpa mak, yong, yop, anak buah dan cucu... panjang umur kita balik lagi ek...

   

No comments :