Assalamualaikum dooniaa... :)
Marilah kita sembang² kisah raya puasa nan lalu... baru ada mood nak mengarang hehehe..
~23hb Jun 2017 (Jumaat)
Lepas subuh kami sesiap terus nak gerak balik Melaka... risau kang lelambat jalan jem pulak jalan.. kami gerak pukul 7.00 pagi dan hway clear uols yeayyy..! sampai umah mil 8.30 pagi.. sebab sampai awal pagi mil/fil dan anak buah tengah tidur.. ketuk² pintu deme xdengar siap call telefon rumah baru deme sedar hehehe...
Cuaca panas deting..ting..ting..ting... mencari ceruk yang redup dan sejuk untuk melenakan mata huhuhu..
Untuk berbuka mil mintak masakkan lauk ikan gelama masak lemak cili api opkos itu memang lauk kegemaran deme jenis yang pedas² ajerr... pastu masak sayur pakchoy.. yang lelain tapau aje kat bazar ramadhon..
Mil/fil berselera makan katanya dahhhhhhh lamaa xmakan lauk masakan di rumah.. semenjak mil sakit aritu fil tapau lauk je untuk makan deme berdua somi isteri...
air harus berjenis²
Masa ni xde sapa lagi yang balik daku je dengan anak kak midah (abg sulong kandaku tu belajar kat Matrikulasi Londang) si Akid...
~24hb Jun 2017 (Sabtu)
Harini hari mantai daku sesorang terkial-kial lah nak masak rendang cili api ayam pencen 2 ekor.. tetiba mil nak makan ayam pencen pulak huhuhu.. kak midah tunggu asbennya kerja jadi lewat sikit sampai..
Harini dalam kegembiraan nak menyambut raya esok akhirnya orang yang di tunggu² sekian lama balik beraya... yeayy! angah dengan danish balik beraya sebulan.. yuhoo org melbourne balik..
Angah balik dia request nak makan itik sebab masa perjalanan dari airport balik ke Masjid Tanah naik uber dia nampak banyak orang jual itik salai.. kirim jelah kak midah belikan.. masak juga kari burung puyuh..
Ayah kirim jiran sebelah belikan lemang.. jadi berbuka kami makan lemang cicah rendang ayam pencen..
berbuka hari mantai
Rendang cili api ayam pencen & kari burung puyuh
Dekat nak asar kak midah sekeluarga sampai.. meriah la rumah.. sepupu sepapat galak main.. sebab si Danish xreti cakap melayu sangat comel je dia berkomunikasi dengan sepupu sepapat dengan tab dan hp.. bila main game ramai la yang kerumun dia huhuhu..
Baju raya dah beli petang semalam jadinya malam raya gigih menjahit baju si Farisya sebab labuh dan tangan bajunya panjang sangat...
~25hb Jun 2017 (Ahad) : Raya Pertama
Aneesa dengan ayah
potret familia..
selfie dengan budak kenit yang genap umurnya 2 tahun!
sepupu.. cica
cucu dan atok/nenek.. danish baju hijau depan sekali tu
yg xde dalam gambar rizal sefamili dan ateh
akid adik-beradik
(anak kak midah & abg wan)
Macam biasalah lepas solat raya makan² dan berpotret familia kami pi ziarah adik beradik fil/mil.. lepas tu pi beraya umah kawan kandaku.. petang duduk rumah dediam sambut tetamu je.. malam menjelma rendang lemang semua dah habis.. angah (mak danish baju hijau) ajak pi Masjid Tanah beli KFC
~26hb Jun 2017 (Isnin) : Raya Kedua
Pagi ni semua pakat beransur balik.. kami pun balik Putrajaya dulu nak basuh kain baju.. oleh sebab ramai balik kampung jadinya kucing² yang terbiar ni kelaparan.. mengeow dengan kuatnya.. kesian pulak daku dengar anak kucing ni geow.. soh faris ambik bawak naik rumah bancuh susu aneesa kasi dia minum.. kandaku pi mydin belikan makanan sebab anak kucing ni kelaparan..
dia ni memang suka kucing..
Lepas asar baru kami gerak balik Perak... kakak dengan asbennya pun balik raya tapi depa gerak pepagi.. so tengah hari depa sampai terus pi beraya dan ziarah kubur.. kami sampai dalam 8 lebih sebab jalan jem + hujan...
~27hb Jun 2017 (Selasa) : Raya Ketiga
umah mak!
balik bawak anak gajah sebab leh bawak reramai pi beraya hahaha..
selamat pagi!
Harini yong ajak pi beraya umah bibik (mak sedara belah arwah abah kat kampung jawa) katanya bibik sekarang uzur x sihat.. jadinya kami 3 buah kereta pi beraya.. kebetulan umah yang bibik tumpang duduk tu masak mee kari jadinya rezeki kami sekeluarga dapat makan mee kari + sesiap mintak resepi hehehe..
Dah kenyang kami beransur ke Teluk Intan umah cik aloh pulak.. sesambil tu kandaku pi cod barang kereta kat client dia.. udah itu kami terus balik umah sebab wan nak balik damansara petang ni gitu..
Kami try masak mee guna resepi sepupu kasi tadi... wow menjadi uols hehehe...
~28hb Jun 2017 (Rabu) : Raya Ke-empat
Lepas maghrib kami balik Putrajaya dah.. kandaku mau kerja sudah... berakhirlah cuti nan panjang sempena raya.. syukur al-hamdulillah dapat balik dua² kampung beraya...
~4hb Julai 2017 (Selasa)
Ohh yea si Danish duduk kampung dekat 3 minggu gitu.. sebab mummy dia ada urusan seri paduka baginda huhuhu.. setelah hampir 20 ++ tahun berkahwin akhirnya angah ambik keputusan untuk berpisah memandangkan abang ngah pun dah kawen lain.. masalah jarak yang jauh dan lain² faktor yang x dapat diceritakan angah nekad nak meneruskan hidup sendiri..
Si Danish anak angkat yang setia menemani angah nun di perantauan sana.. alasan dia xbalik Malaysia sebab Danish xfasih berbahasa melayu... dari usia merah dah berhijrah duduk sana balik pun 2,3 tahun sekali bila raya je.. 12 tahun dah umur Danish...
Urusan tu settle angah pun tenang nak sunatkan danish.. hampir 2 minggu juga danish baru betul² sihat.. dan akhirnya 17hb Julai 2017 deme balik Melbourne semula..
kesian Danish sakit ek kena sunat..
ok habis cerita raya...
No comments :
Post a Comment