CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, December 11, 2017

Kenduri Berendoi & Tahlil~9.12.2017



Assalamualaikum donia! :)

Apa khabar somuaaaa... sihat² adanye la ek... cecuti sekolah mana ajer kome berjalan? kita balik kampung halaman nan tercinta gitu chewahh... 

Kita ambik cuti 3 hari.. wow! numpang mak naga @ kakak no. 2 teman ler.. kandaku balik khamis malam sebab dia nak pi ngail ikan nun di Bagan Datok esok harinya.. melepaskan gian katanyaaaa...


~6hb Disember 2017 (Rabu)

Nak balik kampung tapi kekain baju idak le ngemas lagi.. mangkit jam 5 pagi baru terhegeh-hegeh nak ngemas hehehe... tu pun rasa lambat dah sebab janji dengan Nyah nak datang pepagi hari.. tapi mengenangkan hway nan jem nak pi rumah (area kampung medan, PJ) dia tu yang mesej khabo lewat le sampainya.. kiranya 10.10 pagi baru le sampai area rumah Nyah.. Dia dah sesiap tunggu tepi jalan masuk kereta terus la jalan...

 swafoto
 mengerbang rambut si kakak
 benti makan bekal kat RnR Tanjung Malim
sampai Tapah pi kedai gunting rambut... 
rm4 je murah giler kan
 selepas gunting nampak le ringan sikit

Sampai rumah mak dah nunggu hehehe.. mak masak pucuk paku masak lemak, sambal terung pipit, ikan talapia goreng, ikan kering berselera makan masakan bonda nan tercinta...

Petang tu lepak kat pondok pakcik sambil makan rambutan.. si Faris/Farisya apa lagi ngayuh beskal dan pakcik bawak naek lori pusing 1 kampung..


 ~7hb Disember 2017 (Khamis)

Menu kenduri bertemakan masakan bersantan jadinya gigih la mencari kelapa keliling rumah.. ngait kelapa tua lepas tu kupas guna gunting khas



kelapa mahei kome...
 nasib ada pokok tapi x cukup kena beli juga kat pasar..
asam keladi bersahang
telur dadar untuk kanak²
ikan tongkol goreng, telur masin, buah nenas dan pisang kaki
jemput makan
sepiuk nasi kome..

Kami makan tengah hari kat pondok.. lauk simple aje.. daku cakap mak orang teringin nak makan sayur keladi masak asam bersahang tu mak pi cabut keladi tepi rumah dan masakkan.. sedapnya!


~8hb Disember 2017 (Jumaat)





Pepagi hari ikut mak tebang tebu depan rumah je pun.. ikutkan hatinya dia nak tebang semua keliling rumah tapi daku cakap untuk kita anak beranak je mak minumnya.. tu dia tebang serumpun ni aje..

asam pedas daging
sambal udang petai

Daku masak lauk makan tengah hari sesama mak :) petang hari dah mula bizi.. daku merewang bebawang halia, lengkuas bagai.. pakej blender semua termasuk cili kering untuk rencah nak masak rendang ayam termasuklah rencah untuk masak mee kari, sup ayam..

Mak rendam pulut untuk masak pulut kuning esok pagi.. si wan, kakak deme sampai pukul 10 malam gitu sebab deme kerja

Malam tu kami dah ngacau rendang ayam pencen.. rebus nasi impit segera


~9hb Disember 2017 (Sabtu)


Pagi ni agak bizi juga.. kukus pulut kuning.. ngentel tepung pulut 3 kg untuk buat bubur wadai kepeng.. masak sup dan siapkan sesayur dan rencah untuk mee kari




1 famili buat hahaha.. 10 talam pehh

cucu yang ke-4 teman ni
mertua si mamat dtg dr kg gajah
meriah

kaum lelaki lepas baca doa

Bacaan doa tahlil dan doa selamat dalam pondok sebabnya khemah ada 1 je.. lepas tu masa kami bagi orang marhaban makan sekali orang kampung (perempuan) yang sampai awal dah sesiap duduk kat khemah tu joint makan sekali jadinya xkan nak halang kan..

Sebenarnya kami tunggu kaum lelaki datang lepas asar tu bacakan doa baru makan tapi dah terbalik doq pasrahlah..




Ni la geng marhaban kami sesiap kasi 1 meja.. depa ni kena berambik dan antor tu lepas marhaban terus kasi deme makan sebabnya nak tunggu tok imam datang lambat pulak sampainya.. deme pulak makan lambat usai jadinya khemah penuh xde ruang dah untuk kaum lelaki ni nak duduk dan bacakan doa...


Kami xde tempah² buai berendoi.. kali ni versi buat buai dedulu kala..
 
tebu semalam tu pepagi tu yop buangkan kulit dan mesinkan
rezeki 1 kampung merasa air tebu mak
yop cakap bosan air sirap kita bancuh air sarsi katanya
kek pisang
koci pulut hitam
 
karipap kentang
kuih bom
pau mini wan sponsar
seri muka mak buat
bubur wadai kepeng 1 piuk besar habis licin
sup ayam untuk beehun soto
ayam goreng racik² halus
beehun
nasi impit
kuah mee kari
mee kuning
rendang ayam pencen
pulut kuning
rojak buah nyah sponsar

Ini jelah menu kami... pada awalnya berlaku kekalutan hahaha.. sebenarnya mak x setuju kami buat kenduri versi minum petang gini.. katanya kenduri kena makan nasi.. orang x makan menu gini.. 

Tapi daku cakap cuti sekolah ni ramai orang jemput kenduri kawen kebetulan abangku cik ndek pun dia ada jemputan main kompang kenduri kawen.. kalau kami buat juga tengah hari sapa nak datang (maksudnya xramai la) yong pun tengah hari tu lari pi kenduri 3 biji rumah.. katanya jiran tetangga dia kekawan dia kalau x pergi kecik hati deme.. tu salah 1 sebab kenapa kenduri tu kami nak buat petang sebenarnya..

Ikutkan bincang adik beradik semua sepakat kenduri lepas asar.. sekali pagi tu cik ndek tanya mak untuk kali terakhirnya sebab dia nak pi jemput orang.. mak tetap dengan keputusannya nak kenduri tengah hari hahaha... tapi kami xperasan.. ada sedara datang rumah tolong apa² yang patut la bagitau cik ndek dah jemput kenduri jam 12 tengah hari...

Apa lagi daku call la cik ndek takut dia dah jemput 1 kampung... terlambat dia usai dah panggil katanya.. tapi wan call dan cakap semula dengan pakcik.. dia tambah lagi upah panggil tu rm20 terus pakcik buat pembetulan waktu kenduri lepas asar fuhhhh...

Al-hamdulillah kenduri berjaya :)


~10hb Disember 2017 (Ahad)

Yong ngajak kami semua mandi manda kat Hot Spring Sungai Klah.. maka kami lepas je sarapan pagi kat rumah mak bersiap beg kain baju sebabnya nak balik Putrajaya lepas mandi manda tu la..

selamat datang :)
siap mandi dah ni.

sini x boleh bawak makanan jadinya lepas mandi deme kelaparan beli lah juga walaupun mahai hahaha.. makan megi la deme.. sekali hujan gerimis pakat semua lari..


seronok la kanak² dapat mandi kolam

Dekat pukul 1 kami beransur balik sebab hujan turun lebat kome.. wan pun balik juga.. tinggal si kakak + edy+dhia je berendam sampai pukul 3 katanya.. mak, yop dan nyah deme terus pi Langkap makan nasi kedai gitu..

Gitulah cerita cuti² sekolah 2017.. si Faris seronok sebab dapat kawan baru.. kayuh beskal keliling kampung.. si Farisya pulak seronok sebab dapat naek lori pakcik jalan² ronda kampung..

Kalau x aktivitinya tengok tv jelah bila balik kampung + akan cakap boooosssaaannnnn hehehe..


Signature - ANIM-Yatie Ahmad

No comments :