CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Monday, October 9, 2017

Field Trip AMRDPE @ Banghuris, Sepang


Assalamualaikum...

~2 Oktober 2017 (Isnin)

Al-kisah bermulalah ceritera chewah hehehe... Kementerian kami jadi tuan rumah untuk meting The 10th Asean Ministers Meeting on Rural Development and Povertry Eradication & Related Meetings 2017

Dalam agihan tugas Bahagian Kemajuan Tanah (TW) diamanahkan untuk menguruskan lawatan ke Pusat Aktiviti Homestay Banghuris, Sepang. Nama Banghuris itu sendiri adalah gabungan tiga kampung iaitu Kg. Bukit Bangkong, Kg. Hulu Chuchuh dan Kg. Hulu Teris. Terletak di Sepang, kira-kira 45 minit dari pusat bandar, penduduk tempatan yang rata-ratanya bergantung pada industri pemprosesan bahan makanan kecil-kecilan.

Maka kami turun padang untuk melihat dan menyusun (merancang) pergerakan untuk majlis tersebut nanti.. kiranya ni lawatan tapak untuk persediaan terakhir la..

selamat datang!

swafoto la dulu ek
2 buah kenderaan pejabat dan sebuah kereta pegawai turut hadir
 (lawatan tapak)
tempat demo menoreh getah & proses menghasilkan getah keping
di sebelah sana tempat demo pemprosesan kopi secara kampung 
(xde gambar)

Selepas lawatan tempat demonstrasi penghasilan getah dan kopi kami di bawa pulak ke tempat pemprosesan mee kuning, tauhu dan tempe... untuk melihat secara live pembuatan mee kuning kena datang awal ni mee dah siap proses hehehe..

pembungkusan mee kuning
tauhu
tempat pemprosesan tauhu
pembungkusan tempe
tempe
tempe sedia untuk di jual

Dah sampai sini xkan nak tengok je hehehe harus ambik kesempatan untuk beli dan bawak balik la kan.. jom borongggg!!!

Jam menunjukkan 12 tengah hari... sepatutnya selepas ni kita akan ke tempat pemprosesan kerepek ubi kayu / pisang tapi kilang tutup.. pekerja di sini terdiri daripada suri rumah tangga jadinya rehat hingga jam 2 petang sebab nak menguruskan anak² balik sekolah dan memasak makan tengah hari katanya..

Maka kami terus ke rumah Tuan Haji Basir Wagiman beliau adalah ketua @ yang menguruskan semua homestay di Banghuris. (pengerusi Homestay Selangor) 

Wow! teruja kot tengok rumah Tn Haji Basir Wagiman siap khemah kekal dan ada pentas untuk persembahan kesenian..

khemah makan katanya
pentas
suasana dalam rumah @ homestay Tn Haji

gigih mendengar taklimat
cc Lazman dan kak Gee
puan ziha, kak ros dan noreen
melihat bilik yang disediakan
kerusi di raja tempahan 'khas'
pernah dikunjungi oleh Sultan Perlis

Selepas habis taklimat kita ronda sekeliling rumah tengok bilik² yang disediakan dan pakej harga.. rumah ini dikatakan bertuah sebabnya pernah menerima kunjungan mencemar duli sultan Perlis gitu..


***   ***   ***   ***

~6 Oktober 2017 (Jumaat)

Hari kejadian sebenar...

Kami sudah di pecahkan dalam beberapa grup.. ada yang bersama² delegasi di hotel untuk menguruskan mereka naik bas telah disediakan untuk ke Banghuris... Kami pulak bergerak daripada ofis terus ke Banghuris


tunggu van 
geng di hotel
dalam van :)
urus setia

1 bahagian turun padang 


delegasi mendengar taklimat
teman + kak ros bertugas di tempat pemprosesan mee kuning, tauhu & tempe
rombongan delegasi dah sampai..
eo din menunggu di depan
2 buah bas 2 tingkat 
(sebenarnya 3 buah tapi bas ke-3 kita gabungkan dgn bas no-2)




semua teruja :)
pembungkusan mee kuning

pembungkusan tempe
beli tempe yeayy!
rozilah + kak gee menunggu di pusat pemprosesan kerepek ubi/pisang
 (tempat jualan hasil kerepek juga)

semua teruja nak beli kerepek


try dulu sample makanan yang ada
beli dan bayar :)

Deligasi xdapat nak tengok proses pembuatan kerepek sebab tepat jam 12 tengah hari semua pekerja dah balik jadinya mereka cuma dapat beli kerepek yang siap sahajalah...

Seterusnya deligasi di bawa ke check point terakhir iaitu rumah homestay Tuan Haji Basir.. memandangkan kekangan masa dan bagi lelaki muslim mereka nak menunaikan solat Jumaat aktiviti di sini bebas buat yang bukan muslim...

rumah Tuan Haji Basir Wagiman

persembahan cempuling
kari daging
ayam goreng
tempe, bilis sira pedas
sayur campur
ulaman
sambal belacan
buah tembikai


set untuk vegetarian


deligasi makan tengah hari
pameran produk
berminat sungguh deme ini
songket / tengkolok

Sementara menunggu lelaki muslim solat jumaat deligasi ada yang masuk ke dalam rumah dan ada yang terus naik ke dalam bas untuk berehat... pukul 2 tuan rumah mengedarkan buah tangan kepada semua deligasi dan mereka meneruskan perjalanan pulang ke hotel semula...

Sekian tugasan untuk team TWrian 2017, akan datang Mac 2018 ada 1 lagi tugasan yang sama akan kami uruskan.. masih peringkat mengenal pasti lokasi yang sesuai...


deligasi bergambar kenangan 
hasil membeli makanan frozen :)
sijil penglibatan


Homestay Banghuris
Kampung Hulu Chuchoh
43950 Sungai Pelek, Sepang
Tel : 012 662 8548 - Haji. Basir Wagiman
Faks: 03 3142 1010



Signature - ANIM-Yatie Ahmad

No comments :