CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, October 31, 2017

Balik kampung makan doyan! 22.10.2017 (Ahad)

Assalamualaikum...

~22hb Oktober 2017 (Ahad)

Pepagi hari cik ndek call katanya mak nak cakap.. mak bersungguh cerita ni gusar sangat bunyinya katanya kalau xmau balik nanti durian habis nanti.. sebab monyet banyak jadi durian berebut la dengan depa semua..

Daku ni serba salah biar betul nak balik hari... mak pujuk² rasa berat hati pulak nak cakap "tak" daku pun cubalah pujuk² kandaku ajak balik pepagi hari tu... nasib la dia paksa rela setuju hahaha...

Tragis sangat 3x kena saman speed trap huwaaa laju benor katanya... lagi pulak xperasan pak polisi doq celah² jambatan la... pasrah la yea..

Sampai Tapah kelaparan la kami semua.. terus pi kedai kak Ngah pekena laksa dan mee kicap.. balik tu beli pisang goreng dan beli sebiji buah bacang.. sedap buat sambal kan..kan..kan..

laksa
mee kicap
durian kegemaran Farisya dan Aneesa
 

rupa²nya mak dah jual pagi tu dengan peraih.. yang ada 3 biji je untuk kami makan.. sampai la ke petang xde pulak durian nak gugur haishhh sabar jelah..

budak ni x makan durian tapi keropok/ais krim durian dia makan hehehe
antarkan yong balik petang tu

kejiranan masak bubur asyura dapat la sebekas

Pukul 2 lebih kami balik semula ke Putrajaya... terima kasih mak ingat kat orang risau dia kita xsempat balik dan x dapat makan durian.. sebab xpuas makan dapat 3 ulas je jadinya mak simpankan durian kemudian masuk freezer minggu selepas tu si edy balik kampung mak kirimkan soh hantar kat kakak dan daku pun dapat juga... al-hamdulillah syukur sangat hehehe...


Signature - ANIM-Yatie Ahmad

No comments :