CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Tuesday, February 23, 2010

Tragedi sebelum 22 Februari 2010

Haiiiiiiii........

Sebenarnya semalam xde sambutan pun sempena birthday encik suami ku ituw....cuma pada Jumaat (19 Februari 2010) kami anak beranak + anak buah (wan) gi Bagan Lalang nuuu kat Sepang jalan2 cari makan....

Petang Jumaat ituw, si ayah bertanya "ibu nak makan durian ke nak makan ikan bakar?" Sambung si ayah kalu nak makan durian kita gi Presint 2 (pasar malam) la...kalu nak makan ikan bakar kita gi Bagan Lalang.....

Aku jadi teruja+tamak haloba....sesambil ituw jenuh nak pilih nak durian ke nak ikan bakar....errmmm....akhirnya ibu tersenyum kambing seraya menjawap "nak dua² buleh?" kuikuikui!!! Ayah geleng kepala, apa² jelah ibu ni.....

"oklah kita gi makan ikan bakar lah" aku menutup perbincangan singkat 2 lalu dengan kadar segera tangan aku mencapai hp lalu mendail no. wan anak buah aku yang menjadi sepupu kesayangan farish. Alang² nak makan teringat² lak aku kat dia....dah makan ke dia? uhhh...naluri keibuan la kunun²nya.....Aku pun ajak dia gi sekali...nanti leh la aku makan dengan aman sebab farish ada kawan....hahaha...bijak sungguh aku kan...!!!

Apa lagi sila layan gambor masa aku makan² dengan gumbira pada malam kejadian hinggalah aku terlupa suamiku dan wan sebenarnya xmakan seafood lalala...

watak pangacau majlis...

Ohhh...no..no..no...jangan amik gambo saya...xrela u!!!

watak pengawal peribadi farish...

ini mamat asyik mengunyah kerepek ubi pedas sambil telan ayor putih...ayoyo perut sudah munyik2 laparrrrr....

 watak utama..uisshhh ganas!!!

birthday boy yang sangat gumbira sebab dapat makan² walaupun tarikh birthday lom tiba...

watak sampingan hahaha!!!

tercokek mak nyah minum ayor tembikai ini, ehhh mana makanan xsampai² lagi ni...isshhh ni bikin mak marah niiii...

ape cito ni asyik minum jek...naik kembung perut kata farish...

Sebelum

wahhh...meriahnya sampai xmuat meja...ni ikan terubuk bakar x sampai lagik...

v

v

v

v

v

v

v

v
Selepas 

ambik ko licinnn pinggan erkk al-hamdulillah kenyang perut hehehe...tapi jenuh ngak aku nak ngabiskan ketam goreng cili 2 sesorang sebab mereka tidak makan seafood hahaha!!!


Monday, February 22, 2010

Selamat Hari Jadi yang ke-30....

Hari ni bersamaan 22hb Februari 2010 (Isnin) adalah hari kelahiran suamiku tercinta...semoga umur yang kian menginjak seiring dengan kedewasaan ye...jangan angin2 selalu nanti badan masuk angin hehehe...!!!

Korang teka apa encik abang aku berjaya dapat sempena umurnya cukup baligh ni....jeng..jeng...jeng....

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

Tarraaaaa......




Macam2 Hal....

Salam, 

Setelah sekian lama aku x update citer2 sensasi maka dengan tahap kerajinan yang sedang membara meh layan citer aku ni sepanjang bulan Februari 2010 huahuahua....

~2 Februari 2010 (Selasa)

Encik suami+aku membeli sebijik laptop...kemudahan untuk encik suami membuat kerja dari rumah dan selain ituw aku pun nak menyibuk juga nak main tenet hahaha!!!

Ehh...encik suami tengah wat keje ke layan mudah.com? Apolah yang dicari2 nya ekk....

~7 Februari 2010 (Ahad)


Aku dah lama mengidam nak beli peti ais besau, amik kau ade 2 peti ais dalam umah aku...hahaha!!! sebenarnya yang lama nak kasik kat anak buah aku yang nak kawin bln 3 ni...

Korang perasan x botol air 2...hehehe suka bangat aku sama ituw botol air...(padahal aku peniaga botol air tapi aku x guna pun botol HP 2) kehkehkeh...!!!


Tapi ada tragedi masa aku nak beli peti ais ni kat balakong, kebetulan kedai elektrik ni depan KFC tiba anak aku meracau2 tahap orang mengidam nak makan KFC (sebutan anak aku TFC ye kawan2...) tapi servis amatlah lemau encik suami Q nak beli TFC terpaksa menunggu selama 1/2 jam..wooooo lemau amat!!!

Ini budak manyak bising masa tunggu TFC nya sampai aduyaii....

Ramainya orang...depa teringin juga kot hehehe!!!

Al-kisah setelah usai makan dengan gumbiranya kami anak beranak gi la kedai elektrik yang aku dah usher lama dalam tenet...berbulan2 aku hold hajat aku sampai mamat kedai 2 sms "akak bila nak datang tgk peti ais?" hehehe...

Farish teruja amat tengok tv ni kebetulan ada citer doremon...
 
Mak aii...ramai lak yang ikut serta farish layan citer doremon...
Amoi kecik ni bertengkar dengan farish....hehehe...si amoi nak bukak penutup vacuum 2 tapi si farish x kacik....jangan usikkk!!!
Amoi kecik xpuas ati, atok dia pujuk pun xmau jugak siap nangis2...tapi mak dia gelak2 lak bgtau anak dia ni memang nakal sikit...


:: Balik Perak ::

~13 Februari 2010 (Sabtu)

Dalam perjalanan balik ke PERAK jalan jem letih gilos...gerak dari Putrajaya kul 2.00 ptg sampai Tapah kul 8.30 mlm...


 kat h/way Rawang
Jalan dalam dari Slim River ke Tapah
 
 
Kuar dr h/way Slim River masuk jalan lama tapi terperangkap jam di Sungkai hingga lah sampai ke Tapah wuarrggghhh!!!
 
Menghibur hati...tahap boring giler... 
 Al-hamdulillah sampai jugak kat umah Opah...amin...


:: Jalan² ke Teluk Intan ::

~14 Februari 2010 (Ahad)

Jalan2 cari makan di Menara Condong, Teluk Intan

Kunun²nya nak makan ikan bakar tapi xtau port best area Teluk Intan maka nya makan nasi goreng kampung jelah...abis makan ronda² sekitar menara condong ni....ade jualan, ade karaoke jamban...pehh sakit telinga den dengar sora2 sumbang nyanyi atas pentas 2...hehehe!!!


:: Jalan² ke Kampar ::

~15 Februari 2010 (Isnin)

Gi KAMPAR jenguk kedai pengantin tengok baju daa...

Perjalanan dari umah aku ke KAMPAR adalah dalam 1/2 jam, aku suka tengok pemandangan hijau sepanjang perjalanan, dulu aku pun amik pakej kat kedai ni jugak masa aku kawen sekitar tahun 2005 tapi sekarang dah banyak pilihan...tengok sampai encik suamiku pun xmelepaskan peluang doq kat singgahsana ni...weii akak 2 cakap mawi kawin pakai kerusi ni la tapi warna merah la...

Dalam perjalanan balik singgah TEMOH antar barang kawan aku order yelah nak pos cian lak kene top-up duit jadi alang² aku balik kampung aku ingat nak jumpa la dia sekali tapi kebetulan dia bercuti sakan sampai lupa nak balik umah aku pun antarkan sampai ke depan pintu umah dia hehehe....

Abis hantar barang aku pun ajak la encik suami tercinta gi pasor TAPAH cari lauk wat masak tengahari, mak aku xsihat demam jadi tugas masak memasak aku la kene wat...tapi kebetulan banyak kenduri kawin la, doa selamat la, bertunang la almaklum lah tarikh cantik 14 Februari 2010 jadi aku masak lambat sikit...aku menitah perintahkan encik suamiku dan anak2 buahku sekalian gi umah kenduri makan kenyang² jadi depa xlah ke depan ke belakang tunggu aku siap masak...hahaha bijak x aku....

Siap membeli pas 2 aku nak belah aku terpandang signboard ni kuikuikui... 
ado jugak kat sini ekk...
   
Dikala petang aku mengajak mak aku + encik suami tercinta mencari tikar getah, yolah kenduri kawen kakak (anak buah aku ye..) xlama lagi jadi ingat nak touch up cikit bilik aku (nanti kakak nak guna daa..) + ruang tamu umah sekali...puas meronta sekitar pekan LANGKAP tapi semua kedai tutup..yolah semua coti raya lagi maa...mak aku ajak gi Pekan TAPAH ROAD lak untung sabut timbul ye x... pehhh rezeki mak aku nak pakai tikor getah baru hehehe....dapat la beli segulong (1 meter dlm rm6.xx X 27 meter = rm18x.xx...)

Kedai lama ni...
Tikor Getah warna merah ati...
Dah siap pasang dalam bilik...farish kene kuarantin sebab ayah nak pasang tikor kat ruang tamu...cian xleh nak menyibuk sama...
sama la color dinding umah tapi xbanyak pilihan jadi amik jelah...


:: Balik Putrajaya ::

~16 Februari 2010 (Selasa)

Masa untuk berangkat balik ke PUTRAJAYA semula, apo laei farish nangis² sebak sebab tinggalkan sepupu2nya yang paling dia sayang... (sayang ada makna hehehe)...

Sekitar Pekan TAPAH
  
 
Sedihnya...ingatkan abang wan, abang mat, abang edy, Opah, pakcik, mak long....miaaw kesayangan Opah jugak...abis farish kerjakan anak kucing Opah huhuhu!!!

Pehh...panjang lebar celoteh aku, si ella dah bising² bila mau siap entry blog sangat lama la....sowi² jangan marah k....tapi banyak lagi aku xupdate ada masalah teknikal jadi tenghari ni aku kene gi beli card reader baru leh sambung cite k....

Tuesday, February 9, 2010

Puisi Untuk Isteri


Perempuan bagaikan angin lembutnya melenakan,
ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih,
menghidang sayang.
Adakalanya mereka seperti anak ingin dibelai,
minta dimanjakan.
Adakalanya mereka seperti nenek berleter seadanya, merungut semahuannya.
Namun, teman kembara dalam kehidupan
yang sementara ini,
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya.
Teliti dengan hati yang terseni rasional atau emosi?
Andainya emosi, belailah emosi itu,
jangan cuba dihadapkan secara rasional.
Kerana sidia tak akan terdaya mengunyah hujah,
Berilah walau seribu sebab lengkap dengan perangkaan statistik atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit,
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?
Cuba gunakan sentuhan semarakkan belaian.
Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda, emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan jangan digoncang...... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang air dicawan
akan kita minum jua.

Tapi awas.....
Kalau ternyata, rajuknya berfakta,
Masamnya berdata, geramnya berilmiah,
Marahnya ada 'prima facie'
Ini rajuk taraf tinggi namanya, perlu ditangani berhati-hati
Kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima mengaku lalu berjanji serta berikrar....
"Sayang abang tak ulang lagi"
katakan "Sayang....abang alpa"
bisikkan "Darling.. I lupa."
Hulurkan tangan, pinta kemaafan pendekatan kasanova,
tapi hati suci..
Rajuk isteri seperti mangga muda perisanya masam tetapi... kalau kena cicahnya enaknya akan terasa, ingat api yang panas, padam oleh salji yang dingin.

Arrgghh...
Tiba-tiba isteri merungut malah kadangkala agak mengugut
Minta aksesori serta perabut
Minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit.
Sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
Tetapi isteri pula, persis Nur Jehan yang meminta petanda keagungan cintanya.
Katanya " Seabadi permata....segermelapan intan "
sedangkan ditangan kita cuma cincin tembaga....

Aduh...
Peritnya mengukur cinta dalam ukuran mayam
atau menimbang setia
Menerusi Bursa Saham papan utama kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.
Tiada guna menyesali diri diakan dulu pilihan kita ?
semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji
Dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita
sudah takdir... permata yang dipilih perlu digilap semula.
Namun putus asa jangan sekali
Terimalah dia, dengan redha.

Justeru isteri pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami,
Wanita adalah tulang rusuk yang bengkok, uruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras,
lembut tapi jangan reput.

Katakan RM bukan segala-galanya
Lalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersama
Bisikkanlah " Duhai isteriku... marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta yang sejati.
Marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci
Kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
Padamu isteri, istanamu, di hati ini.
Padamu sayang kalung cintamu, di jiwa ini."

Puuuh...
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
Usia meningkat kecantikan tergugat dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus,
Betis, tidak lagi bunting padi
Pipi, bukan lagi pauh dilayang
Apakah dengan itu akan berkurang cinta kita?
Jika berkurang, nyatalah cinta kita
Selama ini cinta di mata bertapak di 'body'
Tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
Ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi itulah cinta sejati.

Namun tidak salah di samping menyanjung budi,
Kita merampingkan 'body' kalau ada kesempatan
Ajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunat
Tapi ingat niat kerana Tuhan
Bukan kerana ingin kuruskan badan
Tapi Tuhan Maha Penyayang
Dia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suami
Tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecergasan
sama-samalah merampinkan badan
Yang terlebih dikurangkan.

Jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh
Apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.
Bukan masanya lagi merenung dara
Tapi kini saat menghitung dosa
Lalu ajaklah isteri sama-sama menambah bakti
Moga-moga cinta kita kekal ke hujung usia
Di dunia ini dan di akhirat nanti
Itulah yang dikatakan
Hidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.

Uhhh....
Kekadang isteri mengamuk dengan ombak prasangka
dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu suami?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu?
Kekadang disergahnya kita ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.

Ketika itu nilailah diri, mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan, mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan yang telah kita lakukan
Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
Hadapkanlah diri ke cermin hati, kaji diri satu persatu
Kalau liar, berhentilah kalau berdosa, bertaubatlah
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu, nasihatkanlah baik-baik, bukan senang nak senang...

Ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
Suami yang bersabar dengan isteri yang jahat akan mendapat pahala Nabi Ayub atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab, ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri
"Bersabarlah, kerana sesungguhnya
isteri telah banyak membantu kita.
Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita.
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya ?
Marilah sama-sama kita tabur secubit salji
pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan,
kisah perpisahan.

Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.
Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
Cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.

Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.
Bicara ini diakhiri dengan satu coretan yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulang tahun perkahwinan atau surat biru
yang ingin kau utuskan padanya...
Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu pada malam nanti

Aku hanya seorang suami
yang menerima setulus hati seorang isteri.
Janji yang termeterai di akad nikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur.
Bersamalah kita harungi derita yang datang.
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang.
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata.
Biar kita rasa rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya.

Isteri... tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam.
Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu.....
seorang isteri...

sumber : c&p dr internet