CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

My Followers

Sunday, March 7, 2010

Petang Yang Indah...

Salam semua,
Moh layan gambar sekitar Putrajaya....

Air Tasik yang tenang...
Cahaya Mentari di celahan awan...
Awan berarak pergi...
Panorama di kala senjakala...
Ini budak tecek kemaruk mau main2 di taman...


Saturday, March 6, 2010

Yumm...Yummm...


Hari selasa lepas aku anak beranak bersama tuan driver (suami aku daa...) membeli belah stok lauk dan ikan di pasar malam presint 2 sambil2 membeli ikan usha2 sayur-sayuran maka terjumpa la sayur ala2 keluarga bayam tapi batangnya gemuk2 macam pucuk paku...kebetulan adalah sorang kakak 2 tengah pilih2 sayur terdengar encik suamiku ituw pot..pet...sambil membelek2 sayur 2...sayur pe ni...?? akak 2 jawap goreng belacan sedap 2...oooo...ye ke??

Hajat aku nak masak asyik tertangguh je, dulu kelmarin encik suami nak makan beehun goreng je, kelmarin mak mertua aku lepak kat umah aku maka malam nya aku xmasak la...semalam encik abang aku beli lauk jadinya aku cuma masak nasi je...

Jadi hari ni aku merajinkan diri mencuba resepi sempoi ni...ikan bawal ni xtau pe rasanya, tapi kalu nak tau nanas 2 ella yang kasik kat aku....katanya ada lebih masa dia wat agar2 sedap minggu lepas...alah2 terima kasih la puan seri ye kalu x jenuh la aku nak beli 1 tin nenas nak guna sikit jekk...hehehe!!!


:: Ikan Bawal Sweet Sour ::
 

Bahan-bahan:

2 ekor ikan bawal-dilumur garam n kunyit atau dilumur garam dan sedikit tepung jagung.

3 biji bawang merah-ditumbuk

1 ulas bawang putih-ditumbuk

1 inci halia-dihiris panjang2

1 biji tomato-dipotong dadu (kalu suka)

1/2 biji bawang besar-dipotong dadu

2 sudu besar sos masam manis (jenama life) 

2 sudu besar sos cili

2 sudu besar sayur campur (jagung, kacang peas, lobak)

sedikit nenas-dipotong dadu

sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

1. Ikan yg dilumur tadi digoreng hingga garing sedikit. Ketepikan.

2. Tumis bawang yg ditumbuk, halia dan bawang besar.

3. Masukkan sos cili dan sos masam manis (jenama life). Kacau. Masukkan tomato, sayur campur dan nenas tadi. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.


4. Biar mendidih, masukkan garam dan gula. Angkat dan tuang atas ikan yg digoreng tadi.

:: Bayam Goreng Belacan ::

Bahan-bahan:

1 ikat bayam

bahan2 yg perlu ditumbuk: *

2 biji bawang merah *

2 biji bawang putih *

2 biji cili merah *

sedikit udang kering/ ikan bilis *

Sedikit belacan (dibakar seketika) *

Garam dan gula secukup rasa 


Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg telah ditumbuk tadi.

2. Masak batang bayam terlebih dahulu .Goreng sebentar sebelum memasukkan daun bayam dan perasa kan dengan garam dan gula.

3. Sedia dihidang.

2 je aku nak citer..babaiii..............................


Friday, March 5, 2010

Bengang toi...!!!


Aku bengang pepagi buta ni....arrgghhhhh!!!
Nak follow up itu ini, mesyuarat itu, maklum balas ini...
Si pemberi arahan cakap macam keretapi ERL,
Si tukang check tatabahasa berpuluh kali nak edit....
Print, edit, print, edit...ayoyo brape lama nak menghadap kerja 2 je...bis yang lain sape nak wat? aku jugak!!!

Ilang terus mood aku weiii...ko takat letak kertas kuning atas maklum balas tapi xcakap kat aku soh call orang 2...aku jugak kene call ke nak dapatkan maklum balas? kertas 2 entah ke mana pegi, tiap kali edit xkan aku nak simpan buat semak meja je....aku kene carik semula lak no. 2 kemudian sila call dapatkan maklum balas ye...aduyaiii....

Aku bukan berkira pasai kerja tapi aku sendiri confius aku ni unit mana dan sape PSU aku....menci3x!!! tak kira la aku manyak keje ke x nak soh aku jugak wat...alahaiii....

Monday, March 1, 2010

Hati Pedih....


Hatiku merintih sedih...
Satu persatu air mataku gugur berderai...
Kepiluan menyelubungi tiap ruang hati ini...

Tapi...aku hanya mampu mendengar keluh kesahmu...
Aku hanya mampu melihat kau menangis sedih...
Aku hanya termanggu diam kala kau di sakiti...
Aku hanya mampu memarah diriku sendiri,
Kerna aku tak berdaya lagi lemah,
Mengeluarkan kau dari kemelut
yang menyiksakan ini...

Andai Ayahmu masih hidup di dunia ini,
Ku yakin hidupmu akan terbela, bahagia, gembira...
Tapi takdir ini yang terpaksa kau hadapi, harungi...
Dugaan demi dugaan datang menguji kesabaran,
Tetapi kau dan ibumu tetap bertahan,
Menerima tanpa membantah apa sahaja keputusan...

Suaramu langsung tak diendahkan,
malahan kamu sentiasa diperlekehkan...
Layaknya ibumu seperti amah boleh diarah itu dan ini,
Kalian juga boleh disuruh itu dan ini sesuka hati
Jika hati-hati mereka itu tidak puas hati
Kalian bisa saja dimarahi,
dikasari dengan perbuatan ataupun kata-kata
Kerna pertalian darah itu membolehkan
mereka berbuat apa saja... 

Tuihhh! Kamu semua tak layak untuk
bermegah-megah...
Apatah lagi mendabik dada,
mengatakan kamulah yang hebat,
Yang membela nasib anak buahmu sendiri...

Tuihhh! Kamu bagiku sangat keji dan hina...
ku mohon Allah S.W.T mendengar keluh kesah kalian
dan menghukum mereka satu persatu di dunia ini juga...
Kamu masih gembira makan duit anak yatim,
Kamu masih gembira mempergunakan
anak buahmu sendiri,
Kamu sangat gembira menyakiti hati mereka...

Jika kesilapan berpihak pada mereka
Lidah kelu untuk memohon kemaafan,
Tapi tetap menyalahkan kalian
demi menutup keaiban diri...
Kalian memang keji....!!!